Monday, April 23, 2007

Cubaan Anwar Terajui Malaysia..



Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI
Bertolak Dari Ijok:

ASALNYA mungkin dari sebuah banglo yang diubahsuai menjadi restoran. Restoran di Jalan Damai Ampang, yang beroperasi hingga kira-kira 1 atau 2 pagi. Pengunjung-pengunjung kebanyakan terdiri dari orang-orang Arab, dan orang-orang Islam luar atau dalam negara. Masing-masing bercakap Arab, Inggeris, dan sikit-sikit Malaysia. Di depan banglo itu disediakan khemah-khemah cantik, kemas, bersih dengan lampu berkilauan, kolam air pancut.. latarbelakang muzik dan lagu-lagu Arab.

“Haa, macam di negeri Arab..” Kata saya.bila melihat kawan di depan saya sedang menyedut syisya, dari dapurnya, membuang asap ke udara. Syisya disebut juga jurak atau oga. Teringat pula semasa semasa berada di Makkah kira-kira puluhan tahun yang lalu. Di kaki Jabal Sudan ada sebuah pekan Melayu. Di situ ramai orang-orang Melayu, kebanyakannya bercakap dan berbahasa Melayu. Melayu Pattani dan Indonesia. Hampir semua makanan Melayu ada di sana. Ada petai, ada jering.. belacan dan budu pun ada. Pagi-pagi, sarapan saya ialah teh o dan nasi kerabu. Orang Arab di sini pun macam tu juga, ada tempat berhimpun mereka, makan cara mereka dan bercakap bahasa mereka.

“Dulu sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) baru keluar penjara, bila Pak Lah jadi PM (Perdana Menteri) baru ambil alih dari Dr Mahathir, dikatakan sebuah kapal terbang dari sebuah negara Arab menunggu untuk membawa Anwar keluar negara.” Kata kawan saya itu memulakan perbincangan.

Kami yang singgah di restoran ini, sebenarnya baru bertolak pulang dari Ijok mendengar ceramah-ceramah pilihanraya, termasuk ceramah dari DSAI.

“Anwar, asalnya anak orang UMNO yang terkenal sebagai pejuang Islam naik melalui ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) hingga ke peringkat antarabangsa. Disanjungi oleh pemimpin-pemimpin dunia dari negara-negara Arab (Jadi tidak heran bila ada negara Arab yang membantu beliau.) Beliau melompat masuk ke dalam kabinet Dr Mahathir hingga berjaya naik ke jawatan tertinggi, iaitu Timbalan PM dan pernah memangku tugas PM.” Celoteh kawan itu lagi. “…dikatakan juga Dato Seri Najib TPM sekarang, pernah jadi regu atau anak didik Anwar.”

Katanya lagi, “Jawatan TPM zaman Dr Mahathir memang panas punggung, kecuali Pak Lah yang baru naik. Dato Sri Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan DSAI, semuanya, bekas-bekas TPM yang tak tahan lama. Cuma DSAI agak degil tak mahu letak jawatan. Terpaksa diturunkan dengan paksa. Dituduh macam-macam, hingga kena penjara. Kini DSAI dengan TPM sekarang sedang perang besar (perang mulut).”

Medan pertarungan di Ijok menjadi panas, kerana dua berseteru ini saling berbalas tembak kenyataan. Tuduhan dan penafian tidak lari dari isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu; isu komisen pembelian pesawat Sukhoi dan isu komisen pembelian kapal selam. Menurut DSAI beliau mempunyai bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Adip Adam dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan.

Khabarnya bila berita TV di waktu perdana melaporkan hal tersebut, muka Datuk Seri Najib merah padam dan naik angin tatkala mengulas hubungkaitnya dengan kes Altantuya yang banyak didedahkan di media internet. Dengan sikap yang ditunjukkan ramai membayangkan seolah-olah ada fakta yang hendak disembunyikan olehnya kerana tiba-tiba TPM melenting, tiba-tiba TPM naik angin dan tiba-tiba muka TPM merah padam sewaktu ditanya oleh wartawan mengenai hal itu. Begitu juga di hari penamaan calun, bila lagu Altantuya dinyanyikan oleh penyokong-penyokong KeADILan (PKR) menyebabkan pihak lawannya jadi panas, naik berang dan bertindak kasar.

Kawan saya yang disebut-sebut sebagai pengkaji politik pilihanraya itu menambah, “Di gelanggang Ijok inilah masa yang baik untuk Anwar terjun dan memulai ‘pecah langkah silat’, bukan mengamuk tetapi mengatur buah langkah dengan teratur. Memang sekarang masa terbaik untuk menyerang garang. Sasarannya ialah TPM… Mari kita kaji… mengapa Anwar serang TPM sahaja tidak PM? Tidakkah PM ada kuasa juga? Mengapa serang Najib tidak serang orang lain termasuk anak buah PakLah? Tidak serang UMNO? Atau kerajaan BN? …yang secara kasarnya memang nampak macam menyerang semuanya?? Yang penting beliau mesti terus bersilat.. Itu satu hal. Mengapa pula beliau cuma pilih jadi Penasihat KeAdilan (PKR) saja, tidak jadi presidennya? Tentu ada apa-apa. Itu satu hal lagi. Kerana itu ada yang mengandaikan, beliau hanya menyerang kerusi TPM supaya tinggal kosong!!”

“Boleh jadi kosong ke??” Tanya ustaz, juga sedang minum teh Arab bersama-sama kami, dengan gelas kecil yang sesuai untuk sekali langgah sahaja.

“Ya. Kalau boleh dibuktikan kesalahannya di mahkamah!? Kena caranya, tergugat jawatan TPM.”

“Apa pula kena mengena dengan Anwar? Sedangkan dia sudah lama terpecat dari jawatannya dulu?”

“Kalau UMNO yang hidup boleh dimatikan dan dihidupkan semula (zaman pemerintahan Dr Mahathir), Anwar yang sudah dipenjara pun boleh keluar, Anwar yang sudah dihukum boleh lawan balik, Dr Mahathir yang pernah disingkir dari UMNO di zaman PM pertama Tunku Abdul Rahman jadi pun boleh jadi PM akhirnya, apalah sangat kalau boleh diusahakan pemecatan Anwar dari TPM dulunya itu, supaya tidak sah! Pada saya, saya yakin orang-orang Anwar masih banyak lagi di dalam UMNO.” Kata sahabat kami pengkaji politik itu lagi.

“Kalau kerusi TPM sudah kosong, dan pemecatan Anwar boleh ditarik balik, maka kerusi itu sudah tidak kosong lagi!!” Jelas kawan kami lagi. “… jadi milik Anwarlah…”

“Itulah teorinya, kalau Anwar nak cuba terajui semula politik Malaysia mengikut jalan dalam yang singkat.” Saya pula menambah.

“Bagaimana pula dengan PKR, PAS dan rakan-rakan parti alternatif yang lain?”

“Semuanya boleh diselesaikan.” Jelas saya pula. “Kalau dikatakan pesawat dari negara Arab boleh bantu menyelesaikan masalah membawa Anwar terbang keluar negara melalui orang dalam juga, takkanlah orang dalam seperti itu tidak boleh digunakan untuk membawa Anwar terbang masuk menerajui politik Malaysia masa kini dan akan datang!?”

Yang penting pengkalan tempat bertolak bermula dari pilihanraya kecil DUN Ijok, Selangor.

“Ya. Mari sama-sama langgah teh Arab ini untuk cepat pulang, kerana restoran ini sudah beransur nak tutup, dan di rumah sudah ada yang menunggu…

Catatan santai: ibnuhasyim.
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com

3 comments:

Anonymous said...

satu analisa yang menarik. Anwar masih dpt membuktikan dirinya seorang strategis yg hebat. Yang pasti disini, parti pembangkang spt PAS akan ditipu buat sekian2 kalinya.

sheikh teluk intan said...

Soal Anuar tak penting samada nak balik ke kerusi asalnya dengan menumbangkan Tok Najib atau kekal bersama PKR dan BA. .Yang penting Pas perlu guna Strategi 'Guna Kesempatan'. Maksudnya selagi mana Anuar boleh digunakan oleh Pas untuk menang dan meraih Undi, teruskan sahaja. Strategi ini pernah berjaya ketika PAS bersama APU hingga Pas dapat perintah Kelantan. Dalam masa yang sama persiapkan Pas dengan kekuatan yang tulin untuk berjuang tanpa Anuar. Mengikut firasat saya Anuar tak lama bersama pembangkang. Dia akan balik ke lubuk asalnya.
Walaubagaimanapun tahniah kepada Saudara Mohd, kerana mula menulis.Lama sudah tak baca tulisan saudara, yang lain dari yang lain, iaitu bersahaja dan kadang-kadang luarbiasa.SyabaS

Unknown said...



- Tứ Thiên Tôn, Ngũ Thiên Tôn.

Thấy hai người này, Nhạc Thiên lão tổ, Trần Vân lão tổ, Tôn Lương lão tổ, Vũ Văn Lê lão tổ kinh ngạc vô cùng, Nhạc Thành chẳng qua là nói chuyện của tam Thú Tộc mà thôi, cũng không có chuyện tình ở An Hoa Thành.

- Ta lúc trở dongtam
mu private
tim phong tro
http://nhatroso.com/
nhac san cuc manh
tổng đài tư vấn luật
http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
văn phòng luật
tổng đài tư vấn pháp luật
thành lập công ty
http://we-cooking.com/
chém gió
trung tâm ngoại ngữlại An Hoa Thành, vừa lúc đụng phải hai người bọn họ, liền xuất thủ bắt được, tính toán đổi lại Nhị thúc.

Nhạc Thành nhìn Nhạc Thiên lão tổ nói.

- Nhạc Thiên, ngươi thật sự sống lại.

Lúc này Tứ Thiên Tôn Ngũ Thiên Tôn vẻ mặt uể oải bị Nhạc Thành cấm chế nhìn Nhạc Thiên lão tổ, trên mặt cũng có chút biến hóa.

- Thật đúng là hai vợ chồng các ngươi, ta sống lại, bất quá tình huống các ngươi bây giờ cũng không tốt lắm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails