Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI
‘SITI’ adalah gelaran yang diberikan oleh seorang ahli bisnes Arab, yang bahasakan Cik Siti Wan Kembang dengan ‘Siti’ sahaja. Hal ini berlaku dalam perbualan didengari oleh beberapa orang yang berada di balai mengadap waktu itu.
“Apakah erti Siti itu?” Salah seorang dari mereka bertanya.
“Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.” Jawab ahli bisnes itu. seperti yang dinukilkan berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja.
Demikian sahabat saya Ustaz Tuan Junuh bercerita mengenai Cik Siti Wan Kembang atau negeri Kelantan. Kami sedang menuju dengan sebuah kereta ke negeri tersebut melalui rentasan lebuhraya timur-barat. Dia ingin balik kampong, dan kawan saya sorang lagi itu, isterinya adalah orang negeri Cik Siti.
Sambungnya lagi, “
Bila sebut sahaja Cik Siti Wan Kembang, orang pasti kaitkan dengan Kelantan, hingga menjadi nama timangan negeri berkenaan selain dari Serambi Makkah. Cik Siti adalah raja ke 6 yang diwariskan oleh ayahnya, adalah dari keturunan Iskandar Shah. Ayahnya ialah Sultan Ahmad (1548-1580) dan bondanya ialah Cik Banun.
Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayahnya yang mangkat, menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diserahkan kepada Raja Husain, sepupu Cik Banun (berasal dari Johor) dengan gelaran Sultan Husain Pemangku Raja (1580-1610). Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan mulai 1610-1677. selama 67 tahun. (Sumber :’Detik-Detik Sejarah Kelantan’, Sa'ad Shukri bin Haji Muda, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1971)
Beliau yang tidak pernah berkahwin, dalam usia 30 tahun telah dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin. Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chinta Wangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.
“Beliau adalah seorang Muslimah pertama perintah Kelantan, yang hebat lagi bijaksana.” Sambung Ustaz Tuan Junuh lagi.
“Kenapa Ustaz kata begitu?”
“Saya beri 2 sebab.” Terang Ustaz Tuan Junuh lagi. “Pertama, sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar negara, terutama Arab dan
“Apa masalah yang diatasinya?” Tanya sahabat saya yang seorang lagi.
“Bukti masalahnya .. bila bimbangkan pemerintahan di Gunung Chinta Wangsa mungkin diserang, beliau merancang pembinaan sebuah
Menurut Ustaz Tuan Junuh lagi, dalam mencari kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. “Di situ, beliau membuka Kota Tegayong, bagaikan kebijaksanaan Parameswara memilih tempat membuka
Di
Baginda dianugerahkan 2 cahaya mata iaitu seorang putera, (dinamakan Raja Sakti juga) yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadung. “Satu lagi kehebatan pentadbiran Cik Siti, di mana beliau berjaya menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Loyor di Jembal, melalui pengambilan Puteri Saadung sebagai anak angkatnya yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.”
“Tetapi kenapa pula Cik Siti tak kahwin-kahwin??” Sahabat saya tadi bertanya lagi. “Nak ikut macam Rabiah Adawiyah seorang sufiah di tanah Arab dulu ke?”
Rabiah binti Ismail Al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran
“Sebenarnya memang ramai raja atau putera-putera raja yang nak kahwin dengan Cik Siti kerana beliau amat cantik. Tetapi peminangan mereka itu tetap ditolak .. alasannya ‘tidak terlintas dihatinya untuk bersuami’. Akhirnya, lama kelamaan keadaan ini menyebabkan beliau merasa sunyi, seolah-olah hidup bersendirian.” Kata Ustaz itu lagi.
Menurut versi yang satu lagi, pada suatu hari apabila Cik Siti melihat ratu kecil Puteri Saadung ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat beliau untuk mengambil puteri anak raja tersebut sebagai anak angkatnya. Setelah berunding, akhirnya dengan kerelaan, Raja Loyor dan permaisurinya sanggup menyerahkan Puteri Saadung untuk dijaga atau dididik oleh Cik Siti Wan Kembang.
“Khabarnya, cerita Puteri Saadung pun menarik juga!?” Sampuk kawan saya itu lagi.
“Panjang ceritanya…” Kata Ustaz Tuan Junuh. Puteri Saadung adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Kecantikan Puteri Saadung itu menyebabkan Maharaja
Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadung sebagai muslimah kedua pemerintah Kelantan. Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chinta Wangsa,
Ustaz Tuan Junoh menyambung. “Seterusnya, penglima tentera
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadung telah melantik Raja Abdul Rahim (saudara raja Abdullah) menjadi Sultan di Kota Mahligai (1671M) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah (anak Penghulu Ngah Jembal). Selepas itu Puteri Saadung menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
“Khabarnya lambang seekor kijang kerajaan Negeri Kelantan ada kaitan dengan Cik Siti?”
“Ya! Bila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau. Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.”
Tiba-tiba kereta kami terpaksa berhenti. Di depan kami pun sudah ada beberapa kereta yang senasib dengan kami. Tak boleh lalu, kerana beberapa ekor gajah sedang berehat di atas lebuhraya, mungkin untuk memanaskan badan….
“Gajah rupanya..” Kata Ustaz Tuan Junuh.
“Kalau gajah ada di kawasan ini, tentu kijang pun ada??” Tingkah kawan saya yang tadi.
“Kijang sudah ada. Tu!” Saya pula menjawab, sambil jari saya menunjuk kepada lambang kijang negeri Kelantan yang terlekat di hadapan keretanya. “Nampaknya anda lebih Kelantan dari sesetengah anak Kelantan jati…”
“Kita perlu buktikan, di mana kita sokong Kelantan (yang pernah dipimpin oleh dua muslimah, dan kini Tok Guru pula), bukan kerana asabiah negeri…” Jawabnya dengan suara yang tinggi sikit. Satu pukulan maut pada sindirgurau saya.
6 comments:
awat skit sangat note nye tu.
awat skit sangat note nye tu.
awat skit sangat note nye tu.
Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.” Jawab ahli bisnes itu. seperti yang dinukilkan berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja.
Sambungnya lagi, “Ada juga sumber sejarah menyatakan beliau turut juga digelarpanggil dengan Paduka Cik Siti. Dalam buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid (terbitan Pustaka Al-Ahliah -1962), menyebutkan ‘Siti’ bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.”
Beliau yang tidak pernah berkahwin, dalam usia 30 tahun telah dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin. Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chinta Wangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.
Post a Comment