IBNU HASYIM:
Fokus Sejarah PAS Siri 5
MESKI pun jelas terdapat matlamat dan tujuan PAS, tetapi pemerhati-pemerhati politik menganggap penubuhan serta pengisytiharan PAS sebagai sebuah parti politik baru masih tidak mempunyai alasan kukuh bagi kewujudannya. Tetapi apa yang jelas, tokoh-tokoh MATA dan Hizbul Muslimin tetap bersama-sama, sentiasa mengawasi dan mempengaruhinya (Lihat A.K.Hidayat-PAS 1551-1991 Tercabar-Mencabar. Terbitan GG Edar KL ).
PAS juga menyatakan, ia merupakan sebuah pertubuhan yang bebas dari pengaruh mana-mana parti politik, terutamanya selepas dua persidangan politik penting yang telah di adakan di Malaya.
Persidangan tersebut ialah:
1.Persidangan yang dikenali sebagai National Conference yang dibuat kesimpulan untuk terus tidak dihadiri oleh PAS. National Conference adalah tajaan dan gagasan yang diketuai Datuk Onn Jaafar bersama 7 orang Menteri Besar yang berkrisis dan berpecah dengan UMNO. Lantas beliau menubuhkan parti baru, Parti Negara dan meninggalkan UMNO. Parti Negara nama asalnya ialah Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence of Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan pada bulan September 1951.
Dikatakan, elemen-elemen Islam atau semangat Islam dalam PAS ini mula terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Di Pertua Agung pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Datuk Onn Jaafar itu, tetapi tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS. Ramai yang berpendapat, Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Datuk Onn yang juga merupakan rakan karib beliau.
2.Persidangan yang disebut National Convention, walaupun dihadiri oleh PAS tetapi berlaku kekecuhan dan perselisihan. Wakil PAS keluar majlis dan terus tidak mengikuti pada hari-hari berikutnya hingga selesai. National Convention adalah tajaaan Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang mengambil alih kepimpinan UMNO peninggalan Datuk Onn. Haji Ahmad Badawi (ayah kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang) adalah penyokongnya.
National Convention dianjurkan oleh UMNO-MCA atau Parti Perikatan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman. MCA adalah singkatan dari Malayan Chinese Associotian yang asalnya adalah badan kebajikan orang-orang Cina. Ia diberi kuasa politik oleh UMNO yang akhirnya memiliki kuasa politik penentu dan penggugat politik negara di masa-masa mendatang. UMNO-MCA telah menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Gabungan tersebut disertai MIC atau Malayan Indian Congress sebelum pilihan raya 1959. National Convention bersidang pada 11 Oktober 1953 dihadiri oleh 2 wakil PAS, iaitu Muhammad Hanif dan Muhammad Asri. Persidangan itu meluluskan lapuran jawatan kuasa kecil pilihanraya, perlembagaan dan pilihan raya federal 1954.
Dalam persidangan yang dihadiri PAS (National Convention) itu, PAS membantah dasar Jus Soli. Jus Soli adalah satu dasar meluluskan sebarang bangsa asing yang dilahirkan di Malaya menjadi pengundi dalam pilihan raya, atau sebarang bangsa asing yang tidak lahir di Malaya, tetapi tinggal di Malaya selama 5 tahun.
Dikatakan juga:
"Persidangan ini memperlihatkan pertentangan dan perbedaan yang nyata antara PAS dan UMNO. Terutama dalam masalah hak mengundi. Muhammad Hanif tidak bersetuju dengan langkah pemperluaskan kelayakan hak mengundi. Menurutnya, rakyat bukan warganegara federal tidak boleh dijamin kesetiaannya. Hak mengundi hendaklah diberikan kepada rakyat raja-raja Melayu dan warganegara persekutuan sahaja.
Dr Ismail dari UMNO menjawab, bahawa jika hendak menjadikan negara ini demokratik, maka pertama sekali yang mesti dilakukan, ialah memberikan hak-hak demokrasi itu. Kerana perbedaan ini, PAS tidak lagi menghantar wakilnya dalam sessi berikut yaang diadakan pada 14 Januari 1954 (kira-kira 3 bulan selepasnya)."
PAS juga membantah kerana adanya wakil-wakil lombong dan ladang getah menghadiri National Convention itu. Kerana itu PAS juga mencadangkan supaya dikhaskan untuk wakil-wakil penanam padi, bukan kerana petani-petani itu orang Melayu, tetapi kerana bidang pertanian itu penting dan patut dikembangkan untuk kepentingan negara. Namun PAS juga menyokong beberapa isu untuk kebajikan rakyat seperti mendesak pilihan raya umum diadakan cepat pada tahun 1954.
Detik-detik ini juga membuktikan PAS sudah lepas bebas dari pengaruh mana-mana parti politik. Tidak berpihak pada Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman atau Parti Negara pimpinan Datuk Onn. PAS tidak mahu individu-individu tertentu cuba menarik PAS menyokong parti-parti tertentu.
Contohnya, seperti yang berlaku kepada Yang Di Pertua Agungnya Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan sendiri. Beliau terpaksa melepaskan jawatannya, keluar dari PAS untuk bersama-sama Datuk Onn, dalam satu Perhimpunan Khas pada 26 September 1953 (Ada kalangan menyebutkan pada 23 September 1953) di Tanah Liat Bukit Mertajam, Seberang Prai.
Pada hal baru sebulan lalu 600 ahli PAS telah memberi mandat baru kepada beliau untuk terus memimpin PAS dalam Muktamar Agung PAS ke 2, yang berlangsung pada 26 Ogos 1953 di Madrasatul Ulum, Bagan Datuk, Perak. Begitu juga dalam Muktamar Agung PAS ke 1, yang diadakan setahun sebelumnya, di Madrasah Ad-Dairat Al-Maarif, Kepala Batas, Pulau Pinang. Seramai 20 orang AJK eksekutif dan 20 orang dari 11 buah cawangan telah memperbaharui mandat kepada beliau.
Menurut Amaludin Darus yang hadir dalam Perhimpunan Khas di Tanah Liat tersebut:
“Cadangan PAS Pasir Mas yang saya sendiri mewakilinya, telah menyebabkan PAS mengambil satu sikap menyokong National Convention, tetapi tidak terikat kepadanya sekiranya langkah-langkah National Convention itu pada pendapat PAS akan merugikan orang Melayu dan Islam.”
Di sana dengan lantang Ustaz Amaludin Darus berkata:
“Kita hendaklah tegak untuk meminpin manusia dan bukan untuk membonceng sesiapa pun jua. Sesungguhnya saya telah melakukan sesuatu bagi mengekalkan PAS sebagai sebuah organisasi Muslimin di negara kita untuk bebas dan berdikiri, yang mana berikutan dengan peristiwa inilah saya telah mencadangkan supaya undang-undang tubuh PAS dipinda bagi menentukan tidak ada orang yang menjadi anggota parti politik lain, dibolehkan untuk dipilih sebagai ahli jawatan kuasa agung PAS dan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan PAS.”
Pindaan ini telahpun diterima di dalam Muktamr Agung Ke 3 berikutnya.
Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS seperti yang disebutkan, sekali lagi menunjukkan kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud, walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah. Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS, walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.
Di sebalik perselisihan dan perbedaan pendapat dalam PAS itu, rupanya ada kebaikan-kebaikan yang tersembunyi. Proses pembersihan dari taksub atau fanatik kepada seseorang pemimpin yang rapat dengannya, sehingga membelakangkan kebenaran dan keadilan Islam telah berlaku. Proses pengikisan sifat-sifat asabiah dalam ertikata bantu membantu atau sokong-menyokong sesama kaum sendiri dalam perkara mungkar dan kezaliman dalam jamaah Islam sudah bermula.
Kekotoran asabiah yang membaluti tubuh perjuangan Islam sudah terhakis dan dikikis, tanda kekilatan cahaya wadah Islam akan mula terpancar. Tandanya PAS kini sudah lepas bebas tidak lagi dibelenggu oleh mana-mana individu dan organisasi. Tandanya lagi, kebangkitan Islam telah bersama-sama kebangkitan PAS, kerana PAS adalah wadah Islam. Kebangkitan PAS adalah kebangkitan kebebasan dan kebangkitan Islam.
Rujukan:
1.Hasil dari interbiaw penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.
2. A.K.Hidayat-PAS 1551-1991 Tercabar-Mencabar. Terbitan GG Edar KL
3.Risalah & buku-buku kecil terbitan Jabatan Penerangan PAS Pusat sekitar 80an dan 90an..
PAS KENA SEDAR ASAL USUL DAN KE MANA ARAH PERJUANGAN KALAU BETUL BETUL MAHU BERJUANG.KATANYA DULU MEREKA TAK SETUJU TANAH MELAYU MENCAPAI KEMERDAKAAN MEMPERLEKEH LEKEH USAHA UNTUK MENCAPAI KEMERDAKA .SAYA TAK PASTI SANGAT.TAPI ARTIKAL ARTIKAL BERHUBUNG GOLONGAN KIRI TU MAMANG ADA YANG MENGGAMBARKAN SEOLAH TAK PAYAH MERDEKA.KALAU MERDEKA MACAM MENGGADAI HAK MELAYU.BUAT JARUM PUN TAK MAMPU INIKAN MERDEKA SINIS PUAK INI.DARI ARTIKAL DI ATAS BARU SAYA TAHU RUPA RUPANYA YANG ASIK TUDUH ORANG LAIN ASABIAH RUPA RUPANYA MEREKA INILAH PELOPOR ASABIAH.PATUTNYA SEKARANG PERJUANGKANLAH SUPAYA NEGARA INI DIPERNTAH OLEH JEPUN BELANDA DAN MAT SALEH LAGI SEKALI.NAH SEKARANG LIHAT LAH PERBEZAAN .PAS SEKARANG DAH SEOLAH OLAH TAK ADA PERLAMBAGAAN KALAU ADA PUN TAK ADA HAKIM YANG BIJAKSANA.CAKAP SAMAR SAMAR SAJA .TAK ADA KETEGASAN.KALAU SETAKAT KATA AL QURAAN DAN HADIS PERLAMBAGAAN TERTINGGI SEMUA PARTI BARU BOLEH LAUNGKAN. TAPI KEBANYAKAN KATA KATA ATAU HUJAH MEMANG CANTIK .AL MAKLUM ATURAN ADAB PANDUAN DAN SASIAH ISLAM MEMANG CANTIK.NAMUM AMAT JAUH SIKAP DAN WATAK ATAU RAUT MUKA MEREKA TAK MACAM ORANG TAWADUK. BAHKAN BENGIS,KASAR,BERSANGKA BURUK MACAM SEOLAH OLAH ORANG TIDAK TERIMA ISLAM SEPENUHNYA SYAMIL.OLEH ITU ORANG LAIN TAK TURUTI KEHENDAK NAFSUNYA MAKA BOLEH LA DIKATAKAN ADA NIAT JAHAT.MAKA BOLE DOAKAN DIHUKUM OLEH ALLAH.BOLEHKAH BEGITU,MEREKA KATA BOLEH.MEMANG BOLEH PASAL DOA.MEREKA PUN TAK NAMPAK ALLAH MURKA.MAKA MEREKA BERANI.SEDANGKAN ISLAM YANG SYAMIL KALAU NAK ORANG IKUT ISLAM SYAMIL CARILAH PENDEKATAN MACAM NABI BUAT SEWAKTU DIHALANG MASUK KE KOTA MEKAH.SEKARANG APA PEKERJAAN TUAN?' ADAKAH HANYA BERTEMPIK ,MEMAKI SEDANGKAN ORANG ORANG ISLAM MEMERLUKAN BANTUAN DARI SEGI ILMU ,PENDIDIKAN,MAKANAN,WANG,TEKNOLOGI,KEMAHIRAN,KESIHATAN,KESELAMATAN,MASJID YANG SELESA ,PERHUBUNGAN SEDANGKAN KAMU TIDAK MAHU BEKERJASAMA DENGAN PEMIMPIN ISLAM,MALAH KAMU SENTIASA MENGASAH KECERDIKKAN KAMU,HINGGA KAMU AMAT CERDIK DAN BIJAKSANA DI MATA PENGIKUT KAMU.TIADA GUNA HANYA CERDIK DAN BIJAKSANA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN DAN NASIHAT INI ADALAH UNTUK SEMUA YANG MAHU KERJA DENGAN IKHLAS.
ReplyDelete