Friday, September 21, 2007

Dari Niaga Depan Masjid, Ke Guangzhou



Ibnu Hasyim:
CATATAN SANTAI



IMPIAN ke Guangzhou mulai terlaksana। Kini dia berada di Macau. Tetapi kerana ada sedikit hal mengenai visa, Syukri terlewat. Dia telefon kawannya yang rupanya sudah 4 jam menunggu, dan sudah dalam perjalanan pulang ke Guangzhou. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan temannya itu, cuma suruh tunggu di tempat yang dijanjikan, di mana dia berpeluang berjalan kaki melintasi kedai dan lorong yang persis macam Chow Kit Road untuk menaiki bas ke distinasi. (Tulisan ini adalah ekoran dari ‘Dari Niaga Depan Masjid Ke Peniaga Global॥’ Lihat Tranungkite.net 8-8-07 atau blog penulis.)

Setelah semuanya selesai, dia dibawa temannya si ansar bernama Yusof, ayah kepada si anak dan anak kepada si datuk yang bertemu dengannya di perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur kira-kira sebulan dua yang lalu। Dia dibawa bersiar-siar dan makan-makan bersama keluarga Yusof itu ke bandar Guangzhou yang terletak di tepi utara Sungai Mutiara. Di daerah Yueh Hsiu, Guangzhou adalah penempatan lama yang kini tetap menjadi pusat perdagangan dan kedudukan kerajaan.

Pada masa lalu, di sinilah tempat pertemuan manusia, di mana sekarang dengan bangunan moden pencakar langit, taman, dan jalan raya telah banyak mendominasi. Di antara monumen-monumen menarik di daerah ini ialah Muzium Kerajaan Bandaraya Guangzhou iaitu sebuah pagoda merah yang didirkan pada 1380, Lembaga Gerakan Petani terletak berhampiran pusat bandaraya, Masjid Huai Sheng dianggap masjid tertua di China dan maqam sahabat Nabi Saad bin Waqqas pembawa Islam ke Negara China।

“Kepadatan penduduk di pusat bandaraya ialah seramai 3 juta orang, dengan kebanyakannya menggunakan dialek Kantonis” Kata Yusof memberi penjelasan। “Kini Guangzhou muncul sebagai salah satu bandaraya yang padat dan penting di negara China, kerana ia merupakan salah satu pusat perniagaan bercirikan peradaban gaya Barat yang kian menular bersama fahaman kapitalis."

Syukri tertegun mendengar kata-katanya।

“Kerana bandaraya ini merupakan suatu pusat perniagaan penting, maka kita perlu belajar cara-cara merebut peluang berniaga dan mengambil kesempatan dari pusat perniagaan ini। Ramai peniaga-peniaga dari seluruh dunia datang merebut kesempatan di sini. Dari dulu hingga sekarang. Bahkan saya pun begitu!!”

Jika dilihat dari sudut sejarah, bandaraya ini didirikan pada tahun 214 SM atau sebelum kelahiran Nabi Isa AS lagi. Ianya berkembang pesat di bawah regim China lama, di mana kuil Buddha tumbuh bercambahan dengan kominiti yang lebih padat. Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan sokongan dari pedagang Arab dan Hindu, yang memang pandai berniaga dan mengambil kesempatan।

Dengan itu, sempadan bandar terus diperluas bagi menampung pertumbuhan dan kepadatan penduduk di dalam Dinasti Sung (960-1279). Begitu juga dengan imigrasi penduduk selatan China untuk menghindari serangan Mongol dari utara pada abad 13-14. Dinasti Man Chu pula memerintah 1644-1911, di mana Guangzhou menjadi ibu negeri Guangdong dan Guangxi. EIC pula mulai berdagang pada tahun1699…

Peristiwa Perang Candu I (1839-1842) pula berakhir apabila penduduk Guangzhou merampas dan menghancurkan candu-candu haram yang diseludup oleh Inggeris, bagi melemahkan penggunanya terdiri dari pekerja-pekerja India dan China. Perang Candu II pula terjadi di antara Inggeris-Perancis, dengan China pada 1856, dan Guangzhou dijajah oleh pihak Inggeris-Perancis sehingga tahun 1861।

Pada ketika itu juga permusuhan di dalam dinasti yang berkuasa telah meletuskan Pemberontakan Tai Ping (1820-1864). Gerakan ini menjadi gerakan bawah tanah selepas kekalahan pertama pemberontak dan kemudian muncul lagi bersama Sun Yat Sen pada 1885. Pada tahun 1949, setelah penjajahan Jepun di dalam Perang Dunia II, pemerintahan komunis mengambil alih kekuasaan termasuk bandarayanya sekali dan berlanjutan hingga wujudnya Revolusi Kebudayaan pada 1966-1967।

“Encik pun begitu? Maaf॥” Jawab Syukri। Sudah lama dia menunggu peluang untuk bertanya hal ini. “Untuk memotivasi diri saya, saya masih belum tahu perniagaan encik. Melihat kehidupan encik yang sudah mempunyai kebebasan kewangan, bahkan pada saya sudah berlebihan dan mewah, maka sudah tentu encik termasuk orang yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan!!”

“O॥ tidak juga!” Katanya merendah diri। “Memang saya bersungguh-sungguh mencari peluang. Saya pernah tinggal lama di Iran dan di UAE Dubai, hingga fasih bahasa Iran dan Arab. Hingga dapat peluang mengeksport barangan dari kilang-kilang di China ke negara tersebut. Sekarang saya mengekspot hydrolic pump untuk Negara-negara Teluk. Kalau minat, kita boleh runding untuk masukkan ke Negara-negara Asia. Apa-apa saja khidmat nasihat yang saudara perlu, insya Allah saya boleh bantu atas nama Islam!”

Tergamam sekejap Syukri। Hatinya berkata, “Aku datang cuma bawa beberapa ribu RM saja. Habis ke tambang, cukai, denda tak siap visa dan macam-macam sudah RM1,000 lebih. Ada le baki kira-kira seribu dua, cadangan aku nak beli seliper atau kasut-kasut untuk jual depan Masjid Negara, itupun tempatnya masih belum ku lawati lagi. Berniaga yang dia tawarkan ini, bukan modal seribu dua?”

Tiba-tiba kereta mewah mereka membeluk memasuki sebuah bangunan pencakar langit। Berhenti. “Jom!” kata Yusuf.

“Kemana??” Tanya Syukri।

“Ke pajabat saya। Kira-kira 40 orang pekerja saya ingin berkenalan dengan encik Syukri, seorang Islam berbangsa Melayu dari Malaysia!” Bersambung…

Perhatian: Penulis telah menerima beberapa e-mail dari pembaca-pembaca, ramai yang tanya cara-cara dan peluang berniaga di China, ekoran dari tulisan lepas ‘Dari Niaga Depan Masjid Ke Peniaga Global..’ Lihat Tranungkite.net 8-8-07 atau blog penulis ini sendiri. Untuk mudahnya anda terus menghubungi: Sdr Syukri Tel: 019 6190145 atau datang ke Gerai Niaga Halaman Masjid Negara pada tiap hari Jumaat sebelum atau selepas sembahyang Jumaat. O ya। maaf kalau penulis tak sempat jawab e-mail anda!

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) KL. 21-09-07

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails