Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan/Santai
O le le di Kotaradja, boleh tak boleh dibawa saja..’ Itulah sebagian kata-kata dalam sebuah lagu Melayu lama yang masih teringat lekat dalam pemikiran saya. Kotaradja nama lama kepada Banda Acheh sekarang, iaitu ibukota Nanggroe Aceh (Negara Aceh).
Negara Aceh adalah sebuah Daerah Istimewa di hujung Pulau Sumatra. Terletak di barat laut Sumatra dengan kawasan seluas 57,365.57 km persegi atau merangkumi 12.26% pulau Sumatra. Negara yang memiliki 119 buah pulau, 73 sungai yang besar dan 2 buah danau. Itulah Danau Laut Tawar di Takengon Aceh Tengah dan Danau Aneuk Laot di Kota Sabang. Aceh dikelilingi Selat Melaka di sebelah utara, Provinsi Sumatera Utara di timur dan Lautan Hindi di selatan serta barat.
“Aceh merupakan kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi (Tsunami pada 26 Disember 2004). Beberapa tempat di persisiran pantai musnah sama sekali. Malah Banda Aceh hampir hancur..” Kata seorang ahli peniagaan asal Aceh yang saya temui di KL malam itu, selepas sholat tarawih. “Namun ada hikmah di sebalik bencana tersebut..”
“Apa hikmahnya??” Saya tanya.
“Apa tidaknya? Sebelum berlaku Tsunami, kami tidak aman sentiasa berperang melawan pemerintah Indonesia. Kami mahu merdeka dari penjajah yang sebangsa dengan kami, setelah kami berperang melawan Belanda dalam peperangan paling lama (Perang Aceh 1873-1942) yang meragut lebih 10,000 orang tentera mereka.” Katanya macam mengeluh, tetapi bersemangat.
“Kini, kami mahu melaksanakan Islam sepenuhnya di negara kami seperti yang dituntut oleh ulama-ulama kami. Mereka penjajah bentuk baru sama kulit dengan kami telah mengorek khazanah sumber bumi kami seperti minyak dan gas asli dibawa ke Jakarta. Akibat ketamakan tersebut hingga berlaku pembunuhan sepanjang masa..”
Menutut beliau lagi, sebelum ditarik balik DOM (Daerah Operasi Militer atau Operasi Jaring Merah) pada 7 Ogos 1998, setelah 10 tahun perlaksanaannya (sejak 1989), tuntutan kemerdekaan Aceh yang disuarakan oleh GAM (Gerakan Aceh Merdeka) terus bergema. Muncul pula tuntutan pungutan suara sebagai akumulasi kekecewaan rakyat Aceh pada pemerintah Jakarta.
Tuntutan yang digerakkan oleh golongan intelek muda Aceh di dalam SIRA (Organisasi Sentral Informasi Referendum Aceh) yang ditubuhkan di Banda Aceh pada 4 Februari 1999. SIRA pimpinan Muhammad Nazar dengan aksinya telah direstui oleh 2 juta rakyat Aceh (penduduk Aceh berjumlah 4.5 juta) dari berbagai kabupaten pada 8 Nevember 1999 di Aceh bagi menuntut hak-hak mereka.
Ditambah lagi dengan kelahiran berbagai organisasi seperti KARMA, Farmidia, SMUR, FPDRA, SPURA, PERAK, dan HANTAM. Antara isu tuntutan mereka, antaranya ialah menuntut gencatan senjata antara Republik Indonesia dan GAM serta meminta penglibatan PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) yang berlangsung pada 6 Mei 2002.
“Ya. Ya. Saya ingat, di sekitar tahun-tahun tersebut saya pernah berada di sana!” Saya menambah. Saya teringat sewaktu saya menaiki beca berenjin di Lhokseumawe,, di mana pemandunya, tiada henti-hentinya mengkritik dan mengutuk habis-habisan pemerintah RI waktu itu.
“Tetapi malangnya, peristiwa 6 Mei 2002 tersebut, berakhir dengan penangkapan tokoh-tokoh dan pemimpin tuan, seperti Taufik Al Mubarak, Muhammmad MTA, Asmara, Askalani, Imam, Habibir, Ihsan, dan beberapa orang lagi. Aksi yang melibatkan campurtangan PBB dalam konflik di Aceh.” Kata saya lagi.
Jelas beliau seterusnya, “Tiba-tiba berlaku tragedi Tsunami yang dahsyat, tetapi membawa rahmat, seolah-olah memberi amaran dan kesedaran kedua belah pihak yang bertelagah itu supaya berdamai. Masing-masing menunjukkan sikap ingin membela rakyat Aceh, di mana akhirnya bermulalah era perdamaian. Berterusan pula dengan pengisian pembangunan di Aceh, yang dibantu pula oleh simpati negara-negara jiran. Alhamdulillah!.”
“Bagaimana pengisian pembangunan di sana? Apa yang boleh kita bantu dan peluang-peluang perniagaan yang boleh kita dapat??” Seorang kawan lagi bertanya.
Ahli peniagaan Aceh tersebut, kini menjadi pengurus sebuah syarikat perunding Malaysia mengenai peluang-peluang perniagaan dan pelaburan di Aceh, katanya, “Memang di Aceh terasa kekosongan dalam bidang tersebut. Pada zaman Nabi Muhammad SAW di tanah Arab dulu, semasa suasana perang beliau melantik pemimpin perangnya yang gagah berani, tetapi bila suasana agak tenang, beliau memilih pemimpin berilmu sebagai pengisian dalam pemerintahannya. Pemimpin-pemimpin seperti itulah yang agak berkurangan di Aceh.”
Menurut beliau lagi, antara peluang niaga dan pelaburan yang perlu dan boleh diuruskan ialah:
1. Masih kekurangan industri kecil seperti kilang cili sos, kicap, sabun, air batu tiub dan pengedarannya ke seluruh Aceh.
2. Masih perlu diimport barangan dari Malaysia untuk sektor pembinaan dan pembangunan. Contohnya seperti bumbung plastik keras tambahan rumah dan lain-lain.
3. Import-eksport dagangan yang dibenarkan antara dua negara Malaysia dan Aceh.
4. Perdagangan butter trade.
5. Import daging halal India-Aceh.
6. Import kenderaan recon Jepun-Aceh.
7. EXIM Bank untuk pelaburan di Aceh.
8. Pengangkutan feri kargo dan pelancung.
9. Pembinaan kilang sawit.
10. Perladangan Sawit Swasta Koperasi dan Kerajaan (Pasera). Dan lain-lain.
“Begitulah kira-kiranya serba sikit peluang-peluang niaga di Aceh. Jika anda berminat sila hubungi saya..” Pelawa beliau.
“Saya akan panjangkan hal ini kepada sesiapa yang berminat. Insya Allah!” Ikrar saya.
O le le di Kotaradja, boleh tak boleh dibawa juga.. Malaysia boleh.. Aceh boleh.. Islam lagi boleh!!
Ibnu Hasyim.
(e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)
KL. 28-09-07
Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
1 comment:
Cepat atau lambat, anda-orang malaysia- akan ditipu oleh orang aceh. mereka sangat terkenal dengan "tipu aceh".
Di masa lalu, semua orang aceh berdiri di dua kaki (double agent) untuk Indonesia juga sekaligus untuk GAM. itulah tipu aceh.
Mereka orang aceh tak cakap bekerja. sehari-hari hanya dihabiskan di warung kopi. bangsa aceh adalah bangsa paling pemalas di Indonesia.
Apakah orang aceh butuh hukum Islam dengan sepenuh hati? Tidak.. Mereka hanya Islam di luarnya. syariat islam berlaku di aceh hanya untuk menghukum orang kecil. hanya untuk orang miskin. orang kaya yang melanggar hukum lolos dari hukum Islam.
Mereka bilang syariat islam di aceh, tapi masih suka berjudi dan main perempuan (melacur) di medan. kalau bapak punya teman di bandar medan, boleh tanyakan bagaimana kelakuan kotor orang aceh di bandar medan. semua tahu itu.
salam
Post a Comment