Monday, March 24, 2008
Alternatif Anwar Jadi PM, Tubuh Parti Baru..
Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:
DUA teori Anwar jadi PM. Pertama Pelan A, curi 30 kerusi parlimen dari parti pemerintah dan kedua Pelan B, wujudkan kerajaan campuran Pembangkang/BN seperti yang berlaku selepas 13 Mei 1969. Kalau hal ini berlaku, maka tiada atau tidak banyak lagi parti pembangkang di Malaysia, maka perlu ditubuhkan parti baru.
Demikian alasan kumpulan segolongan ahli politik pelbagai parti atau kaum, bekas pimpinan pelajar, ahli perniagaan dan ada juga tokoh-tokoh agama untuk menubuhkan parti politik baru di Malaysia.
Nama parti itu ialah Parti Dunia Islam (PADI). Memperjuangkan konsep Islam yang universial. Tiada ke’pengganas’an. Tiada batas-batas sempadan. Kesederhanaan & keilmuan. Menjadi pemantau dan pengkritik perjalanan politik di Malaysia. Juga akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Kerja-kerja penubuhannya sedang rancak berjalan, sasaran awalnya ialah tenaga muda dari kalangan intelek dan korperat. Mereka tidak mahu tokoh-tokoh parti yang bermasalah menyertai parti mereka, walaupun dari parti pembangkang atau pemerintah.
“Kami mahu tenaga-tenaga awal yang ‘fresh dan baru’ walau tidak ramai. Yang penting kerja-kerja mesti cekap, canggih dan cepat.” Kata seorang dari pemimpin mereka, yang masih belum mengizin namanya dipaparkan.
Sekian. Wallahi ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 24-03-08. KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Oleh kerana Gerakan nak BN "berbilang kaum",
maka eloklah dia tubuhkan parti baru, dan rekrut orang UMNO yg tak puas hati dgn paklah
Wadah perjuangan dah banyak, cukupla ngan parti-parti yg ada ni, pilih je satu dan activele mempromote idea-idea.
uh puak2 hizbuttahrir la tuh. hampeh.
Parti baru tak perlu ditubuhkan. Yang lebih penting semarakkan aktiviti pennyebaran dan pengamalan ilmu. Pemerintah yang memerintah dalam suasana politik zaman sekarang adalah menggambarkan keadaan umat yang diperintah. Adalah sesuatu yang sukar terjadi di mana pemerintah tidak sehaluan dengan yang diperintah kerana yang melantik pemerintah adalah yang diperintah. Pada umumnya jika yang bersungguh-sungguh mencatur kenaikan pemerintah adalah orang-orang yang peka, berilmu dan sedar siapa yang mereka pilih, maka yang naik adalah mereka yang seiring dengan kehendak pemilih. Adalah agak malang jika majoriti yang membuat pilihan tidak sedar apa yang mereka mahu dan tidak mempunyai prinsip yang terang. Maka pilihan yang dibuat juga menggambarkan ketidak pastian tentang apa yang dipilih. Yang menang adalah yang berjaya menarik minat pemilih. Manusia yang tidak menggunakan akal akan lebih terdorong kepada HARTA, KUASA DAN KESERONOKAN. Untuk membuatkan orang yang tidak menggunakan akal memilih kita cukup sekadar dengan menyediakan ketiga-tiga benda tersebut, berbondong-bondonglah mereka akan memilih kita.
Penyelesaiannya ialah bagaimana kita hendak menyedarkan pemilih menggunakan akal...kita memerlukan sekurang-kurangnya 30% pemilih yang menggunakan akal di malaysia ini iaitu lebih kurang 3 juta penduduk malaysia (Berdasarkan jumlah pemilih adalah 10 juta orang).
Saya tertarik dan sertuju dengan pendapat Mohd Subhi di atas. Untuk dapatkan 100% kesedaran memang tidak mungkin. 30% kira hebat la tu.
Hamba rasa lebih baik nama Parti Dunia Insan, dengan keahlian kepada semua masyarakat kerana makhluq Allah jua, sptmn dalam Surah Al Hujarat ayat 13, "Wahai Insan Manusia, sesungguhnya Kami jadikan engkau dari lelaki dan wanita, .. pelbagai kaum... yang paling mulia kalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa.."
Dengan begitu boleh mengelak insan itu yang bumi Malaysia termasuk, Cina apek termasuk, hindu termasuk yang masing2 pencinta kesjahteraan(islam) jua disebabkan fitrah yang Penciptanya sudah tanamkan sejak ajali lagi. Bolehlah elak Islamfobia, Malayphobia, Indiafobia, Umnofobia dan macam2 fobia nanti.
Baik letak itu AnnWanSeng jadi senator ke.. buktikan ke Cina dan Muslim yang negara ni paling unik dan makmur khazanah budayanya yang mana rajanya (Parameswara) asalnya ditabal oleh Maharaja Cina dengan pulut, kain dan payung kuning.
Cina yang ade hari ni (zaman British bawa dari selatan Cina, yang ramai Kantonis) tidaklah setaraf dengan Cina zaman Ming Hang LiPo. Jadi tak heranlah perangai mereka kadang2 berbahasa kasar. Zaman ChengHe dulu cara Muslim, bersantun tinggi.
wasalam
red1
Parti baru tidak perlu ditubuhkan. Ianya akan mewujudkan pertentangan antara generasi lama dan generasi baru yang sudah pasti semangat yang berkobar-kobar tetapi masih kurang pengalaman. Parti Islam tidak boleh ada dua atau lebih. Kumpulan-kumpulan di Afghanistan sebagai contohnya, menang tetapi mudah dibaham harimau (musuh-musuh Islam.
Gerakan yang perlu ditubuhkan pada pandangan saya iailah satu pertubuhan yang merancang, menggerak dan memantau ekonomi, politik, pendidikan, teknologi, geografi dan sosial umat Islam dengan tujuan bukan sahaja mewujudkan kesatuan ummah tetapi mewujudkan perpaduan nasional yang berasaskan Islam.Contohnya GERAK tetapi ianya bergerak dalam satu bidang sahaja dan perlu diperluaskan dan diperkukuhkan.Paling mudah difahami, kaum Cina bukan bernaung di bawah parti tetapi di bawah Dewan Perniagaan Cina. Di mana semua parti, syarikat, pertubuhan, komuniti dan sebagainya bernaung di bawah dewan tersebut. Dewan tersebut sebagai Payung yang merancang dan memantau hala tuju, komponen di bawahnya adalah penggerak dan pelaksana.
Wallahu'aklam.
Post a Comment