Friday, March 28, 2008

Dato' Dr Hasan Ali... Ingat, Mana Janjimu?

Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


“KINI kerajaan Selangor sudah dapat kepada kita. Kita tunggu janji-janji kerajaan baru. Walaupun masih awal, tetapi masih belum dengar lagi kenyataan-kenyataan nak laksanakan janji-janji bila menang...” Kata seorang ahli PAS di Gombak Setia.

“Bagi le pemimpin-pemimpin kita bernafas sikit!” Jawab kawannya dari PKR.

Teringat saya pada ceramah di majlis pengisytiharan calon-calon yang betanding di kawasan Gombak (Parlimen & Negeri) pada hujung Februari lalu, antaranya berjanji...


Menurut calon P 98 Mohamed Azmin Ali dari PKR...

“Sekiranya kami diberi amanah memerintah Malaysia kami akan...
- Menurunkan harga petrol, diesel dan gas.
- Menyediakan pendidikan percuma.
- Memberikan khidmat kesihatan percuma.
- Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin
- Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan.”
Seperti yang tercatat didalam manifesto BA.


Menurut Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali dari PAS pula...

“Antara tawaran kami dari sudut sosial dan kebajikan rakyat sekiranya kami dipilih di Selangor, ialah;
- Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
- Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
- Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
- Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
- Memberi bantuan dan biasiswa kerajaan untuk anak Selangor.
- Memberi bantuan kepada anak-anak muda yang mendirikan rumah tangga.
- Membuka pusat-pusat sukan mini atau reakreasi bagi belia.
- Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
- Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
- Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
- Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
- Mewujudkan institusi menyelaras hal-ehwal agama selain Islam.”

“Ai, waktu PAS menang di Terenggnu dulu, hari tu juga tol dah tak kena bayar...” Dia jawab balas. “Kerana Malaysia kita belum perintah lagi, tak ape le. Tapi bagi Selangor, kita tak sabar-sabar lagi nak dengar pengisytiharan... Khabarnya, Dato’ Hasan pegang Exco Bahagian Agama..”

Dia beralih kepada saya, “Encik Ibnu Hasyim tolong tulis peringatan ini dalam blog encik! Tentu tak salah kan? Ingat ayat Al-Qur’an surah Al-Ashr. ‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, nasihat-menasihat supaya taati kebenaran dan nasihat-menasihat supaya tetap bersabar.’ Surah 103: Ayat 1-3.”

“Insya Allah!” Saya angguk. Maka lahirlah catatan ini.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 28-03-08. Gombak Setia.

11 comments:

Anonymous said...

hai Ibnu hashim... sebagai blogger takkanlah cetek sangat mentality..
tak leh nak beza janji dalam menifesto.. kalu perintah malaysia barulah benda2 macam turun harga minyak tu boleh buat. kalu tak percaya cuba beri puak2 PAS dan BA perintah Malaysia. Saya yakin puak2ni tak akan mungkir janji.. bukan mcam BN

Anonymous said...

Bagi saya mudah je. Kalau BA tak dpt tunaikan janji PRU nanti tukar BN balik. Macamni baru lah diorg sedar rakyat tidak boleh ditabur janji semata2. Tapi manifesto kena tengok balik samada jika dpt tawan Selangor @ Malaysia?
Ahli Pas Jerai.

Anonymous said...

ahli pas jerai,
ko tak malu ngaku ahli pas tapi nak undi bn kerana tak dapat dunia?

ish... tulung la masuk PKR...

patut lah kedah begitu susah pas nak tawan...

Redhuan D. Oon said...

hmm.. ni takde nama ni yang tak syok ni.. anonymous tu siapa? SB ke? YB ke? MB ke?

anyway, cuma saya nak sebut di sini bahawa janji sedemikian merupakan janji komersil ala fahaman politik negara kebajikan atau sosial state yang popular di Eropah.

Sebuah negara berbentuk sedemikian akan mencabar kepada kerajaan kerana tak kerja pun akan dapat pendapatan asas minima. Jika kerja pun dapat gaji minima yang tinggi. Harga barangan tentunya akan naik lagi seperti diEropah kerana cukai akan bertambah untuk membiayai bajet tersebut dari kerajaan.

Jika tidak kerajaan akan memikirkan ide-ide baru untuk menjanakan ekonomi macam Eropah, iaitu buka kilang lebih dari Proton. Mungkin BMW, Mercedes dan jadi jenama hebat seperti Nokia dan Sony baru maju negara ini sebagai negara kebajikan.

Walau macamanapun kita patut sabar dan terus berikan peluang sekurang-kurangnya habis pantang 100 hari baru kita tegur depa lagi.

Redhuan D. Oon.

Ano Nyme said...

Asyik nak harap kerajaan saja bagi kat kita. Nak itu nak ini. Apa kata kita sama-sama mainkan peranan yang aktif untuk mamastikan orang dipilih dapat mengotakan janjinya. Bukan sekadar bagi warning saja !. Kalau masing-masing dah tau dapat lima state saja tak mencukupi kita mula kerja dari sekarang untuk dapatkan keseluruhan pada PRU yang 13 di samping memerah otak dan keringat mencari peluang yang ada bagi menjadikan negara kita 'lasak globalisasi' yaitu bersedia menerima arus deras dunia tampa sempadan.

Anonymous said...

Apabila pimpinan berubah, rakyat juga wajib berubah. Cara kita tegur dan meminta-minta biarlah sepadan dgn cara hormat pada pimpinan yang ada prinsip dan amanah. Ada bezanya marah kpd pemimpin zalim dengan saranan, ingatan berhikmah kpd pemimpin yang adil. Jangan kita hanya nak orang buat baik pada kita tapi kita buat hodoh dgn orang lain. Masanya untuk berubah. UK, London

Anonymous said...

Saya rasa dalam soal ni kena tengok juga siapa yang pegang teraju memerintah negeri. Pas kena dapat persetujuan dari PKR dan DAP tuk tunaikan semua tu. Apapun syabas kepada Dato' Hassan Ali dan YB Pas yang lain kerana memotong 30% alaun untuk disumbangkan kepada rakyat yang memerlukan..

Anonymous said...

yang memerintah selangor bukan pas sahaja..ada dua lagi parti..jadi sebagai rakyat selangor kita terima apa sahaja yang dapat memberi manfaat kepada kita semua..yang penting kita tendang puak-puak yang kaki songlap duit rakyat

Ibnu Hasyim said...

Alhamdilillah komen-komen anda.

Kerana waktu Umar Al-Khattab baru saja naik jadi Khalifah Islam Se Dunia, seseorang mengkritiknya, kalau perlu orang itu akan betulkan pentadbiran Umar dengan pedang, walaupun masih belum sampai 100 hari pentadbirannya.

Namun Umar tetap rasa bersyukur kerana masih ada orang mahu membetulnya jika beliau tersalah.

Apalagi saya yang kerdil ini, berbanding Umar atau Dr Hasan Ali..

Ibnu Hasyim.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tahniah Ibnu Hasyim kerana telah menunaikan tanggungjawab saudara sebagai umat Islam yang mengingatkan umat Islam yang lain, khususnya pemimpin Islam. Saya yakin peringatan yang diberikan kerana tidak mahu ada rakan Islam kita yang terjerumus dalam sabda Rasullullah yang bermaksud : 3 tanda orang MUNAFIK itu ialah : 1. Bila berjanji ia mungkir. 2. Bila bercakap ia bohong. 3. Bila diberi amanah ia mungkir. Tentunya peringatan ini penting kerana kita sayangkan Dato' Hasan Ali.

Janji MESTI ditunaikan. Itu tuntutan Agama. Adakah MANIFESTO itu kaedahnya tak perlu ditunaikan pun tidak salah, kerana manifesto itu sekadar mainan politik untuk membohongi rakyat atau pengundi. Tidak rasa berdosakah kita yang telah melafazkan manifesto itu dihadapan ribuan manusia atas dasar kepentingan sesuatu...kemudian kita senyapkan begitu sahaja...seolah-olah memperbodohkan rakyat...atau memang bodohkah rakyat kita hari ini yang sekadar terhangguk-hangguk seronok mendengar pemimpin menabur manifesto palsu. Kita sedar hari ini kerana kita terasa terpedaya dengan pimpinan lalu. Tetapi apa bezanya dengan pimpinan baru...mereka sama sahaja...gila kuasa dan berkepentingan peribadi. Sekadar yang kita boleh buat, menanti PRU13 untuk memberi peringatan kepada mereka, tetapi yang lebih penting, tunggulah azab Allah itu amat pedih.

Terima kasih sekali lagi Ibnu Hasyim, teruskan tulisan saudara dengan peringatan-peringatan ini, demi menyelamatkan pemimpin Islam tidak terus hanyut dengan duniawi. Wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

jangan bangang sangat, janji pilihanraya di Selangor dibuat oleh PAS dan PKR. Walaupun kerajaan Selangor ada 3 parti, tapi Menteri Besarnya dari PKR. So MB boleh laksanakan apa....Cuma takut MB dan mulut-mulut PAS yang lain dah kena kunci ngan DAP...Lu mau lama lu mesti dengar DAP cakap...maka sahlah kata ramai orang...MB dab PAS sekadar jadi BONEKA...menumpang DAP...kesiannnnnnnnn. Yang peliknya...para pengikut taksub dan bodoh....tetap menyokong....sepatutnya m,endesak untuk tunaikan janji...jangan dengar cakap DAP, Kafir Laknatullah tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails