Thursday, March 20, 2008

Dolah & Deris, Kekalnya Baik Bagi PAS & Barisan Rakyat.




MUKHRIZ Mahathir dan beberapa kerat ahli dan pemimpin UMNO cuba memberi tekanan kepada PM Abdullah Badawi agar berundur dari memegang tampuk pemerintahan negara. Mereka mempunyai alasan tersendiri yang signifikan. Mereka melihat kekalahan besar UMNO-BN adalah natijah kelemahan Abdullah Badawi. Justeru, Abdullah Badawi wajar bertanggungjawab agar BN-UMNO dapat dipulihkan.

Di Terengganu, suara desakan agar Idris Jusoh tidak dipilih memegang jawatan MB tidak jelas akibat ketakutan ADUN-ADUN UMNO - tikus tidak berani mengusik kucing bukan kerana dia suka akan kucing tetapi ketakutannya lebih difaktorkan oleh sifat ganas kucing yang nanti mungkin akan mencakar kulitnya. Justeru itu, suara tentangan terhadap Idris Jusoh tidak seghairah dan seberani puak Mohd Isa Sabu di Perlis.

Dalam kedua-dua kes di atas, sokongan agar PM dan MB Terengganu terus memegang jawatan masing-masing lebih lantang. Ini berlaku di dalam BN-UMNO. Apa pula sikap Barisan Rakyat?

Saya nampak para pemimpin Barisan Rakyat ( BR) lebih suka Abdullah Badawi dan Idris Jusoh berundur. Sebagai ahli politik, sudah pasti sikap mereka ini bertolak dari satu premis yang berhujah kukuh. Saya dapat menduga apa yang ada dalam pandangan mereka. Tetapi, apabila saya timbang dan sukat, saya dapat satu jawapan yang boleh difikirkan bersama. Bagi saya, baik Abdullah Badawi dan Idris Jusoh dikekalkan oleh juak-juak UMNO. Kalau mereka berdua kekal sebagai PM Malaysia dan MB Terengganu, sebenarnya PAS dan BR beruntung untuk menghadapi PRU 13 akan datang.

Mengapa? Saya rasa para pembaca yang berpengalaman dan bermaklumat dalam politik dapat menangkap apa yang saya fikirkan. Berikut adalah dua hujah saya secara ringkas sahaja.

1. PM dan MB Tererengganu ada kecacatan tersendiri dalam pentadbiran dan politik. Antara kecacatan itulah pentabiran yang lemah, berkepentingan peribadi, suka mencantas sesama sendiri dan membawa pecah-belah dalam UMNO. Mereka mula dibenci oleh rakyat dan sebahagian ahli UMNO. Kalau mereka kekal, perpecahan dalam UMNO dan kebencian rakyat akan lebih menajam seperti tajamnya kebencian rakyat terhadap Mahathir pada akhir penguasaannya.

2. PM dan MB baru akan membuka harapan baru kepada rakyat. Contohnya, apabila Abdullah Badawi baru naik jadi PM, PAS kalah teruk. Tidak mustahil jika Najib Razak naik jadi PM, rakyat akan beri harapan baru dan sokongan semula kepada UMNO-BN. Begitu juga di Terengganu, perpecahan dalam UMNO Terengganu dapat diubati jika MB baru menerajui UMNO dan negeri. Ini tidak membantu PAS dan BR.

Cukuplah dua hujah tersebut untuk direnungkan.

Ikan Dukang
Kemaman

1 comment:

Edyes said...

Nampak gayanya dolah pun dah cuba perbaiki kelemahan yang ada dan menyedari akan kelemahan itu iaitu BEBAN yang ditanggunginya.

Kabinetnya dengan muka2 baru, dan menantu kesayanganya tidak disenaraikan. Ianya jelas menunjukkan bahawa KJ itu adalah maha beban kepada pemerintahan dolah.

Baru2 ini KJ timbul dengan pernyataan "saya tiada niat nak jadi menteri" sedangkan kita tahu wawasan beliau ialah PM termuda. Jika itulah matlamat KJ, seharusnya beliau memegang jawatan menteri supaya matlamat 'SS' si KJ ini menjadi kenyataan.

Keadaan sekarang jelas menunjukkan UMNO sudah 'berceramok' dengan desakan Mukhriz yang berakhir tanpa apa2 hukuman padanya, dengan desakan Ku Li dan khabarnya ingin mencabar dolah untuk jawatan Presiden UMNO. Juga terdapat pecah-belah dalam UMNO di Perlis bersama YB Shidan, lagi bekas menteri letak jawatan setiausaha agung UMNO, dan akhir sekali bendera putih telah dinaikkan oleh YB Toyo.

Inilah antara bukti2 perpecahan yang berlaku dalam UMNO dan mereka sungguh sibuk untuk menyatakan perbalahan Barisan Rakyat dalam akhbar mereka. jagalah dulu Barisanmu UMNO sebelum melihat bangkitnya Barisan Rakyat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails