▼
Monday, March 17, 2008
Komen Kepada Aziz Tapa
Re: JAWAPAN KEPADA VETERAN UMNO AZIZ TAPA
(SEMUA ORANG TAHU YG UMNO (BARU) ITU ADALAH - FAKE UMNO - PALSU - HASIL TIRUAN - MACAM PHOTOSTAT COPY DARI UMNO ASAL YANG TELAH DIHARAMKAN.
BOLEH DITAFSIR SEBAGAI UMNO (CIPLAK) HASIL KARYA MAHATHIR MOHAMMED.
ATAU UMNO (CETAK ROMPAK)
UMNO CLONE) PUN BOLEH JUGAK.
SEMUA TU MANA GENUINE LAGI ..... TIDAK ADA KEASLIAN DAN KETULINAN LAGI MACAM TU LAH PERJUANGAN MEREKA LA NI .... MANA ADA MACAM YANG ASLI DAN TULIN SEPERTI DULU LAGI.........SEMUA SUDAH HILANG BERSAMA UMNO ASAL YANG SUDAH PUN TERKUBUR.
BETUL LAH TU .... BANGSA MELAYU SEKARANG DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG 'FAKE' JUGA ADANYA ..... SEBAB ITULAH MELAYU YANG SEDAR SEMUA MENOLAK SECARA OUTRIGHT .... HINGGA TERJADI GELOMBANG 'TSUNAMI POLITIK' PADA 080308 BARU-BARU INI.
APA TAN SRI TAK REALISE KA? YANG UMNO SEKARANG NI ADALAH FAKE? WHAT A PITY!
Utusan Online Melayu undi DAP tiada semangat kebangsaan
MELAKA 12 Mac – Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini. Beliau berkata, jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib Melayu.
“Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang’, inilah kesannya,” kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini. Tokoh budayawan dan sejarawan berusia 84 tahun itu berkata, generasi muda ini mahukan perubahan saja tetapi mereka tidak tahu perubahan itu boleh merosakkan masa depan mereka. “Falsafah orang Belanda: Manusia sentiasa berkehendakkan yang baru tetapi kadang kala dia terlupa yang baru itu merosakkan dia,” katanya.
Pejuang kemerdekaan itu berkata, mereka tidak tahu betapa susahnya orang Melayu dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris tetapi mereka yang hidup senang lenang pada hari ini, cuba membiarkan hak istimewa orang Melayu terhakis. Mengulas langkah awal kerajaan Pulau Pinang yang baru hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membebaskan pentadbiran negeri itu daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Aziz berkata, dengan pengumuman itu, orang Melayu akan sedar kedudukan kuasa politik mereka kerana DEB yang diperkenalkan pada 1971 dan banyak membantu kehidupan mereka, akan lenyap.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam mendakwa DEB adalah punca berlaku kronisme, rasuah dan pentadbiran tidak efisien. Aziz berkata, dengan DEB sajalah orang Melayu dapat jadi pengurus melalui Mara dan sebagainya. Katanya, tidak mustahil apa yang berlaku terhadap orang Melayu di Singapura akan berlaku kepada orang Melayu di Malaysia, jika DAP memerintah negara ini. Menyentuh keputusan pilihan raya umum yang baru berlalu, Aziz berkata, antara faktor orang Melayu menolak BN ialah pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. ‘‘Isu sampingan seperti kenaikan harga minyak dan barang lain, turut mempengaruhi pengundi untuk membuat perubahan dengan memilih pembangkang,’’ katanya.
Bagi memulihkan keadaan, Aziz berkata, UMNO dan BN mesti bekerja kuat terutama jentera penerangan perlu bertindak segera menerapkan kembali semangat kebangsaan dan membetulkan pemikiran golongan muda yang bercelaru itu. “Ketua Penerangan UMNO mesti bekerja keras masuk ke negeri-negeri sampai ke akar umbi untuk menanam semangat kebangsaan Melayu ini,” katanya.
Ditanya adakah orang Melayu yang menyokong UMNO, PKR dan PAS boleh bersatu, Aziz yakin orang Melayu boleh bersatu apabila mereka terhimpit. “Saya selalu pakai perumpamaan ini, orang Melayu air paras lutut tak apa, paras pinggang tak apa, paras dada tak apa, bila paras hidung, batang nibong dia panjat,” katanya. Sambil meminta anggota UMNO supaya mereka mesti bersemangat kebangsaan Melayu dan bekerja dengan gigih, Aziz mengungkapkan pantun ini:
Pohon nyior di tepi laut
Dimakan kumbang pucuknya layu
Kepada UMNO kita berpaut
UMNO tumbang hilang Melayu.
– Bernama
Untuk UMNO tua & UMNO pencen:
Tengoklah Melayu UMNO dari golongan tua yang memang tak sedaq habaq yang UMNO (baru) tu sudah tak relevan lagi. Dia memang tak nampak atau buta kayu atau terlampau setia membabibuta dgn jenama UMNO hinggakan UMNO halal ke haram ke dia sendiri keliru dan kepala otak dia bercelaru. Ini nak tuduh Melayu yg mengundi DAP ataupun parti pembangkang yg lain tu bercelaru. Bikin malu golongan tua yang sepatutnya berfikiran waras lagi matang .... ini nampak macam dah naik nyanyuk pulak.
Apa yang berlaku (tsunami politik 'wind of change') dalam PRU12 baru-baru ini adalah ANGKARA dan AKIBAT KEPINCANGAN UMNO(baru) ciptaan Mahathir yg tertubuh pada tahun 1988 (bukan UMNO yang asal pimpinan Tunku Abdul Rahman Putera - UMNO (1946 - 1988) yang terkubur kerana pengharaman semasa krisis kepimpinan dalaman UMNO antara Team A & Team B pada 1987/1988 dulu). Apa puak-puak UMNO tua tak ingat ka? kalau tak ingat - memang betoi kata Mahathir 'Melayu mudah lupa'.
Sila baca keratan kepada seorang penghantar emel dibawah yang boleh menerang dengan sendirinya:
Che Fieza oi .... mai abang nak habaq bagi (let me tell you) .... itu UMNO yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dulu tu adalah UMNO asal (pimpinan Tunku Abdul Rahman Putera) ... bukannya UMNO(baru) ciptaan Mahathir yg la ni. Awak tak tau ka? Itu UMNO asal sudah di haramkan oleh Mahathir (the founder of UMNO(baru) sejak tahun 1988 lagi (akibat krisis kepimpinan yg melibatkannya - Team A dgn Team B - puak Semangat 46 (TgRazaleigh Hamzah - ketuanya) - hinggakan UMNO asal terbelah dua - akhirnya dibatalkan dan terkubur)
.... Tak tau ka? Gunalah otak yang Tuhan kasi.... kalau tak tahu .... belajarlah ...... belajar dan kaji sendiri.... banyak bahan boleh didapati. It seems that you never seems to learn about the past? .... about history? about politics? about current affairs? .... or you are not in-the-know at all about what's happenning among our leaders and Malaysian politics? Never bother about history ka? Tuhan bagi akal ..... pikiaq ambik la ... akai ada? UMNO(baru) yg la ni di tubuhkan mulai 1988 (setelah pembubaran UMNO asal) - dan hanya barua-barua Mahathir sahaja yg jadi pengikutnya. UMNO(baru) tu samalah seperti juga dgn UMNO(barua) .... pasai pengikut-pengikutnya semuanya barua-barua presiden mantan PM dulu (who is the founder) belaka. Even the Tunku himself and Tun Hussein Onn never did submit for that new UMNO membership as UMNO(baru) member.
All because that brand-new UMNO is a FAKE one. The real one sudah dibubarkan dan terus terkubur...... nak habaq bagi! FYI - under this UMNO(baru), Mahathir is the first member (with membership no: 0001) - mind you - the first - while his spouse (Siti Hasmah) the second - with membership no: 0002). That's what the newly formed UMNO really is (using the old brand-name just not to confuse the rest of the barua-barua who just follow the then new greedy president blindly - just like 'lembu' ....... 'lembu yang dicucuk hidung'). Learn man ..... oooops .... learn woman ....learn .... sejarah mengajar kita ..... history never cheats ..... record shows. Itulaaa .... Tuhan kasi otak ... tak reti nak pikiaq .... Bila orang kata AKAI TAK DAK ..... GADUH!
Whatever it may be - If you haven't learn abt it yet ... at least now you learn something abt nothing .... or at least you know something ... although its not new to others ..... but may be its totally new to you .... Jangan maraaaaaa ...... Last words: mind your minda accordingly. (for me I always bear it in my mind - I mean what's the real facts is - always in my mind). Dan dibawah ini ada beberapa komen-komen terperinci mengikut komen UMNO veteran yang tersiar dalam Utusan Malaysia Online: Melayu undi DAP tiada semangat kebangsaan
MELAKA 12 Mac – Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini.
komen: UMNO(baru) yang sekarang ini tidak lagi bersemangat kebangsaan sepertimana UMNO dulu yang asal. Akan tetapi lebih kepada SEMANGAT KEBANGGAAN DIRI dan juga ahli-ahli totok UMNO(baru) sendiri yang punyai fikiran bercelaru. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk memperkukuh kedudukan masing-masing dan memperkayakan diri sendiri serta kaum puak saudara-mara mereka sendiri. Beliau berkata, jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib Melayu.
komen: Memberi undi kepada Barisan Nasional adalah seperti membantu memberi ruang dan kesinambungan pada mereka memperkayakan golongan elit yang memerintah. Rasuah dan penyelewengan yang berlaku disana sini oleh golongan pemimpin atasan sampai ke peringkat bawahan semakin menjadi-jadi - apakah itu perjuangan? wahai Tan Sri yang bijaklaksamana [macam Laksamana Hang Tuah lagaknya (dgn berpantun-mantun)]. Itu nampaknya memperjuangkan nasib Melayu yang korup.
Maaf Tan Sri saya tidak sanjung tinggi watak Hang Tuah langsung - tapi lebih kepada watak Hang Jebat. Kalau nak kata 'hero' - Hang Jebat lah 'hero' yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. “Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang’, inilah kesannya,” kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini.
komen: Orang Melayu kurang berfikir? Sebab orang berfikir dengan menggunakan akal yang waras lah maka kita akan melihat perubahan. Wakil Rakyat yang dilantik (especially UMNO) sepatutnya menjadi Hamba Rakyat (bukan Yang Berhormat yang nak jadi Tuan kepada rakyat - itukah KETUANAN MELAYU yang mereka laung-laungkan?). Tokoh budayawan dan sejarawan berusia 84 tahun itu berkata, generasi muda ini mahukan perubahan saja tetapi mereka tidak tahu perubahan itu boleh merosakkan masa depan mereka.
komen: Dengan isyarat dan riak-riak dari apa yang berlaku dan terjadi dalam masyarakat Malaysia sekarang sudah membayangkan kemusnahan dari gejala-gejala yang menular akibat dari pemerintahan puak-puak yang kononnya memperjuangkan masa depan Melayu? Tapi Melayu semakin tersepit dihimpit dengan kesempitan hidup. Melayu yang kaya raya (tambah lagi mendapat habuan dari sumber hasil wang rasuah dan penyelewengan) dikalangan atasan tidak akan terasa keperitan hidup seperti yang dirasai oleh golongan Melayu dan rakyat Malaysia 'amnya.
Perubahan ini (wind of change) dipilih adalah untuk tidak mahu melihat akan bertambah rosak lagi masa depan rakyat Malaysia sejagat. “Falsafah orang Belanda: Manusia sentiasa berkehendakkan yang baru tetapi kadang kala dia terlupa yang baru itu merosakkan dia,” katanya. komen: Siapa yang lupa Tan Sri? UMNO sekarang ini kan UMNO(baru)? UMNO yang baru itulah yang membawa kerosakan dan kemusnahan kepada masyarakat Melayu. Pejuang kemerdekaan itu berkata, mereka tidak tahu betapa susahnya orang Melayu dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris tetapi mereka yang hidup senang lenang pada hari ini, cuba membiarkan hak istimewa orang Melayu terhakis.
komen: Bagaimana dia sebagai "pejuang kemerdekaan" boleh tak tahu UMNO yang mana satu 'halal' yang mana satu 'haram'? Takkan sebarang jenis jenama - asalkan UMNO saja dikira itulah hak mutlak orang Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan? Mana boleh main tangkap-muat saja? Manusia Melayu generasi baru tahu menggunakan akal fikiran dengan waras - bukan jenis mengikut mengangguk membuta-tuli bagaikan lembu dicucuk hidung (macam ahli-ahli UMNO(baru) ciptaan Mahathir yang ada sekarang ni lah). UMNO(baru) ciptaan Mahathir bukan yang memperjuangkan untuk mendapat kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris - tetapi lebih kepada memperjuangkan untuk memperkayakan diri mereka, keluarga, kroni dan kaum puak yang ada kaitan. Mengulas langkah awal kerajaan Pulau Pinang yang baru hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membebaskan pentadbiran negeri itu daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Aziz berkata, dengan pengumuman itu, orang Melayu akan sedar kedudukan kuasa politik mereka kerana DEB yang diperkenalkan pada 1971 dan banyak membantu kehidupan mereka, akan lenyap.
komen: Kita tidak harus berpegang sangat dengan slogan dan dasar kerajaan pimpinan BN/UMNO(baru) yang hanya tidak memberi sebarang kesan efektif dan juga yang begitu mengelirukan rakyat kerana sesudah sejak sekian lama, dasar tetap menjadi dasar yang tidak kunjung capai matlamat. Dasar yang dijadikan sebagai lesen (passport) untuk memancing serta memikat hati orang Melayu yang dungu dan Melayu yang mudah diperkotak-katekkan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam mendakwa DEB adalah punca berlaku kronisme, rasuah dan pentadbiran tidak efisien.
Aziz berkata, dengan DEB sajalah orang Melayu dapat jadi pengurus melalui Mara dan sebagainya. komen: Itulah mentality orang UMNO yang hanya bersikap mengungkit-ngungkit dan hanya menjurus kepada apa yang telah mereka sumbangkan kepada Melayu. Namun itulah seharusnya apa yang dikatakan perjuangan untuk rakyat. Ya! Tan Sri - Itu dulu - itu cerita lama - itu cerita hikayat lama Tan Sri - semasa dibawah tampuk pemerintahan UMNO yang asal sebelum ianya diharamkan dan dibatalkan pada tahun 1988 dulunya. Tapi sekarang punya UMNO(baru) - perjuangannya lain Tan Sri - jauh beza dari UMNO yang asal dulu. Perjuangan UMNO(baru) la ni berjuang untuk kantung sendiri. Katanya, tidak mustahil apa yang berlaku terhadap orang Melayu di Singapura akan berlaku kepada orang Melayu di Malaysia, jika DAP memerintah negara ini.
komen: UMNO(baru) sekarang ini pun apa kurangnya? Malah lagi teruk jika diambilkira dengan projek 'koridor' nya "Wilayah Pembangunan Iskandar" di Johor misalnya. Nampak-nampaknya ianya akan secara 'long-term' akan tergadailah 'wilayah' sebahagian Johor itu kepada bangsa asing - lebih-lebih lagi Singapura. Orang Melayu Johor akan terpinggir dengan sendirinya - macam Melayu di Singapura juga lah Tan Sri oi. Ini juga tidak mustahil Tan Sri. Jadi, Melayu akan kemana akhirnya? Kita tunggu dan lihat! Haruskah kita tunggu dan lihat? Kita harus bertindak lebih awal sebelum terlambat. Ini semua hasil daripada dasar-dasar UMNO(baru) yang mengelirukan dan mencurigakan Tan Sri. Menyentuh keputusan pilihan raya umum yang baru berlalu, Aziz berkata, antara faktor orang Melayu menolak BN ialah pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. ‘‘Isu sampingan seperti kenaikan harga minyak dan barang lain, turut mempengaruhi pengundi untuk membuat perubahan dengan memilih pembangkang,’’ katanya.
komen: Itu lah kenyataannya - salah satu dari faktor selain dari rasuah, songlap menyonglap seleweng menyeleweng (bayangkan kos 'mark-up' "screw-driver" dan karipap yang menjadi "hot issue" dalam laporan audit yang lalu - bayangkan). Jadi siapa nak percaya dan menaruh keyakinan dan harapan kepada pemerintahan dibawah pimpinan UMNO(baru)/BN lagi Tan Sri? Banyak lagi faktor-faktor yang membawa kepada kepincangan, keruntuhan dan kemusnahan dalam sistem dibawah pentadbiran kerajaan pimpinan BN/UMNO(baru). Bagi memulihkan keadaan, Aziz berkata, UMNO dan BN mesti bekerja kuat terutama jentera penerangan perlu bertindak segera menerapkan kembali semangat kebangsaan dan membetulkan pemikiran golongan muda yang bercelaru itu.
komen: Tahu pun akan kelemahan dan kesilapan UMNO(baru) dan BN selama ini. Namun pihak UMNO(baru) tetap sombong dan angkuh tidak akan mengakui akan kesilapan mereka yang lalu. Malah mereka akan menuding jari kepada pehak lain pula, lebih-lebih lagi pehak pembangkang. Golongan muda punya tahap pemikiran tidak bercelaru sebagaimana jangkaan Tan Sri, malah golongan tua veteran seperti Tan Sri dan ahli-ahli UMNO(baru) lah yang berminda penuh dengan korupsi (corrupted mind) dan bercelaru dengan sikap tamakkan kuasa dan kekayaan, kemewahan yang berlebih-lebihan. “Ketua Penerangan UMNO mesti bekerja keras masuk ke negeri-negeri sampai ke akar umbi untuk menanam semangat kebangsaan Melayu ini,” katanya.
komen: Berkerja keras untuk memperkayakan diri mereka dan keluarga mereka adalah. Ditanya adakah orang Melayu yang menyokong UMNO, PKR dan PAS boleh bersatu, Aziz yakin orang Melayu boleh bersatu apabila mereka terhimpit. komen: Memang pun, bila dah terhimpit dan tersepit barulah tergesa-gesa nak bersatu. Itulah sifat dan sikap orang Melayu. Namun bagi mereka Melayu "yang mudah lupa" tidak mudah akan terfikir untuk berbuat demikian hanya dan sa nya bila dah 'terantuk baru tengadah' ... atau bila dah "nasi sudah jadi bubur" barulah terfikir nak berubah nak berbuat sesuatu.
Macam apa yang berlaku akibat 'tsunami politik' perubahan keatas PRU12 di negara Malaysia kita ni. Barulah mereka yang 'terlena' dan 'terbuai' dengan kemewahan dan kekayaan tersedar dan terkejut besar akibat dari kejutan yang tak dijangka mereka itu. “Saya selalu pakai perumpamaan ini, orang Melayu air paras lutut tak apa, paras pinggang tak apa, paras dada tak apa, bila paras hidung, batang nibong dia panjat,” katanya. komen: Betul tu Tan Sri - orang Melayu selalu suka 'mengambil mudah' atau pun kata orang putih 'take for granted'. Tapi orang Melayu dari generasi Melayu baru kini tidak mudah "ambil mudah" - apapun - "enough is enough" - "to everything there is a limit". Sambil meminta anggota UMNO supaya mereka mesti bersemangat kebangsaan Melayu dan bekerja dengan gigih, Aziz mengungkapkan pantun ini:
Pohon nyior di tepi laut
Dimakan kumbang pucuknya layu
Kepada UMNO kita berpaut
UMNO tumbang hilang Melayu.
– Bernama
komen: Kepada UMNO(baru) kita berpaut? "KITA" itu hanya kepada ahli-ahli UMNO(baru) sahaja yang berpaut. Lihat sajalah tingkah-laku puak-puak ahli UMNO(baru) membodek, mencium tangan para pemimpin secara berpura-pura dan menyokong, memuji-muji dengan berlebih-lebihan melampau-lampau ....tiap perlakuan dan perbuatan semuanya ada makna tu .... itu lah maknanya mereka 'berpaut pada UMNO(baru). Mereka-mereka semua itu mengharap dan bergantung sepenuhnya pada UMNO(baru) .... kalau tidak 'syoru miss'.
'UMNO tumbang hilang Melayu'
Bagi saya : UMNO(baru) tumbang .... Melayu keseluruhannya akan bertambah maju.
KALAU UMNO SEKARANG DENGAN JENAMA UMNO(BARU) NYA ..... MELAYU GENERASI BARU PULA ADALAH GOLONGAN MELAYU BARU JUGA.....
HIDUP MELAYU BARU!
Komen Johan Jafry
Kalau UMNO di zaman Tan Sri dulu memang kami percaya telah memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan umat Melayu Islam. Akan tapi, UMNO sekarang sorilah. Mereka buta sejarah tambah2 sayap PEMUDA, PUTERI & PUTERA. Apa yg penting sekarang ialah memperjuangkan agenda peribadi untuk membuncitkan tembolok perut masing2.
ReplyDeleteUMNO hanya melatah apabila kuasa yg selesa membelit mereka telah diganggu gugat oleh pihak lawan. Jadi pada masa itulah mereka akan bangkit atas alasan memperjuangkan agenda kepentingan dan kesejahteraan umat Melayu Islam padahal yg sebenarnya mereka terancam kerana tidak boleh lagi rakus mengaut kekayaan peribadi apabila kuasa tidak bersama mereka.
Sekarang UMNO makin biadap, kurang ajar kerana membelakangkan kehormatan institusi Raja2. Pernahkan di zaman Tan Sri konflik2 ini berlaku dengan parahnya. Saya percaya jika ada krisis pun, ia dapat diselesaikan dengan cara yg bijaksana tanpa membiarkan rakyat resah berpanjangan. Atau adakah kesan krisis dengan institusi Raja2 ini tidak memberikan kesan kepada Tan Sri memandangkan Tan Sri orang Melaka, yang institusi kesultanan Melaka berakhir tahun 1511.
Bodoh punyer artikel. golongan yang dilaknat.
ReplyDeleteada pertentangan pandangan yang cukup hebat...ada yang kata umno perlu di sokong untuk jaga melayu..ada juga pendapat kata umno kena dilenyapkan dan melayu akan lebih selamat serta maju..ada yang kata umno tak salah..yang buat kerenah adalah pimpinan umno..akhirnya kenalah cari kaedah dan pemikiran supaya orang melayu yang menjadi umat majoriti di negara ini boleh terus memerintah...pertelagahan sesama sendiri akan membawa kepada perpecahan...kita dan pandai pandai belaka...buatlah yang terbaik untuk kesejahteraaan bangsa dan negara kita...
ReplyDelete