Tuesday, March 25, 2008

Media Arus Perdana Tidak Relevan..


Komen Johan Jafry:

AKU terkilan bila termenonton di RTM1 pagi kelmarin (Sabtu: 22-03-08) akan siaran 'Selamat Pagi Malaysia' yang semakin kurang minat aku dek telatah bodoh sombong dan tidak menunjukkan tahap pemikiran yang matang dan memberangsangkan langsung oleh kedua-dua pengacara lebih-lebih lagi yang lelaki tu.

Ini berlaku semasa dalam bualan dengan tetamu jemputan mereka seorang pensyarah berketurunan India dari USM (entah tak pasti pula namanya). Mereka berbincang tentang isu maklumat dari internet melalui laporan-laporan dari pehak bloggers yang lebih mempengaruhi dan tersebar luas mengalahkan media arus perdana.

Kononnya, apa yang diberi komen atau persoalan oleh si pengacara lelaki itu seolah-olah apa yang terdapat menerusi laman blogs dan melalui infomasi dari pehak bloggers semuanya berbentuk negatif. Lantas si pensyarah tersebut menangkas yang apa yang didapati dalam blog-blog tidak semua nya negatif. Banyak maklumat-maklumat yang lebih telus, terang lagi menasabah hingga dapat mempengaruhi ramai bilangan rakyat Malaysia yang "computer/internet savvy" sekarang ini.

Tengok! berapa punya bodoh sombong lagi si pengacara RTM yang maseh tidak sedar-sedar atau peka (mungkin pekak kut) dan begitu bengap dan naif sekali akan pengaruh penyebaran maklumat cyber (internet) yang begitu menyerlah lagi sekarang ini. Kita orang tidak lagi mengharapkan laporan, maklumat atau berita dari media arus perdana yang banyak putar-belit (spin) dan pembohongan dan temberang dan auta sahaja yang dihidangkan. Malah dalam sembang-sembang, bual bicara sesama pengacara dengan para-para panel jemputan itu nampak seperti sandiwara yang di 'fix' kan untuk memberi gambaran seperti seolah-olah secara sepontan.

Begitu juga apabila pehak TV (mana-mana stesen TV pun) apabila menunjukkan sesuatu temu-bual orang awam di jalan-jalan (interview laymen on the street) kononnya untuk mendapat 'feedback' yang sepontan .... padahal semuanya adalah 'fix' atau mengikut 'text' atau 'skrip' yang di sediakan oleh pehak TV (program terbabit) sendiri. Apa ? ... ingat kita orang tidak boleh tahu atau 'hidu' betapa 'artificial'nya seseorang apabila di tanya akan sesuatu. Sesetengah dari mereka tu nampak sangat lembab dan lembab semasa menjawab soalan kerana sedang memberi tumpuan pada 'text' atau 'skrip' yang tak begitu jelas bagi pandangan untuk dibaca.

Ini berlaku apabila mereka (pehak TV) sedang melakukan sesuatu tinjauan atau 'survey' bagi mendapat maklumbalas dari masyarakat umum untuk memuaskan sesuatu pihak bagi kepentingan pehak berkenaan. Itulah sebabnya terpaksa mengikut arahan 'skrip' yang sudah mereka sedia bagi orang yang di temu-bualkan menyatakan mengikut kehendak selera mereka (TV atau sebarang pehak yang berkepentingan). Sebab itulah media arus perdana (TV dan akhbar) ini sudah tidak relevan lagi. Semuanya maklumat auta dan temberang semata.

Berbanding dengan media cyber (internet) melalui blog-blog dan laman-laman web media arus perdana ni sudahlah bias atau 'one-sided' dan ianya 'one-way communication' pulak. Tidak seperti media cyber (internet) melalui blog-blog yang sistemnya adalah 'sistem dua-hala' atau 'two-way communication'. Itu juga satu faktor penyebab maka ianya begitu popular sekali dizaman millenium ini. Sekarang maklumat dari inforia ke info-info TV swasta ke sudah 'tidak main' lagi - kata orang yang minda 'internet savvy'.

Tidak lama lagi maklumat dan info melalui media arus perdana boleh diucap 'kiss and goodbye' sajalah.

Ini kerana ianya sudah TIDAK RELEVAN LAGI....... bye bye.

3 comments:

Redhuan D. Oon said...

Hamba cuba berikan analisa lebih mendalam tentang punca kelemahan media dan konflik umno sebagai punca sebenar di dalam Berita Harian di sini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20080323221516/Article/

tak sangka tersiar jua :-)

Edyes said...

http://edyesdotcom.blogspot.com/

exchange?

TQ

Anonymous said...

mungkin saudara boleh kongsikan siapa pengacara tersebut..

dan utk pengetahuan saudara, apabila kita bertanya kepada pihak luar (org awam) TIADA text atau skrip yg diberi..

saya bercakap bagi program RTM, stesen lain saya kurang pasti..

howeva terima kasih kerana sudi memberi respon..

selamat menonton SELAMAT PAGI MALAYSIA..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails