Sunday, March 16, 2008

Pak Lah Diserang, Beri Laluan Pada Najib.



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:

“Tadi saya lalu dari UIA ke Ulu Klang, banyak sepanduk-sepanduk dan kain rentang dibentangkan sepanjang highway itu menyeru supaya Pak Lah letak jawatan.” Kata seorang pensyarah.

“Di KL pun banyak”. Sampuk seorang lagi. “Khabarnya, ia dilakukan oleh kem dalam BN yang menentang Pak Lah. Mereka mahu supaya Pak Lah berundur. Beri laluan pada Najib, Timbalannya sekarang.. Ikut ceritanya, Pak Lah mula-mula setuju nak letak, tetapi ditahan oleh geng-geng dia dengan bermacam alasan, maka tak jadi…”

“Kem mana pula?” Aku Tanya.

“Ada orang kata kem yang didalangi oleh bekas PM sebelum ini, beliau marah bila Pak Lah tak jujur, terutama bila bebaskan Anwar. Beliau tahu bahayanya Anwar, itu sebab beliau penjarakan, untuk memudahkan penggantinya. Beliau masih berkeyakinan bahawa Anwar adalah agen Amerika. Bukan saja dari dulu (zaman beliau berkuasa), bahkan selepas dibebaskan masanya banyak di Amerika, dan anak sulungnya pun ‘dilatih’ di Amerika! Lebih kurang Banazir Bhutto kalau di Pakistan!”

“Hei! You jangan tuduh bukan-bukan..” Seseorang dari kami nampak mulai marah.”You bercakap mesti ada bukti!”

Seorang India dari Sungai Siput, beliau datang ke sini beberapa hari lepas pilihan raya, katanya, “I dapat tahu, idea tuntutan Hindraf minta pampasan dari bekas penjajah British yang membawa boroh-boroh India sebagai pekerja di Malaya dulu dan wangnya masih tersimpan di London sekarang adalah idea dari mantan PM kita itu juga. Beliau yang beri jalan supaya mereka menuntut hak mereka… Soal jadi demontrasi, itu soal lain.”

“Ini satu lagi, mana buktinya?” Yang marah tadi bertambah berang.

“I cuma beri info awal, kalau you nak bukti you siasat la..”

Begitulah dialog yang saya dengar petang tadi. Pada saya suara-suara itu adalah suara sampingan antara pencetus gelombang senyap dari utara… Gelombang yang mahu menghimbau Pak Lah supaya terlepas dari jawatannya, tetapi jangan jawatan itu disambar oleh Anwar, dan jangan juga jawatan itu diberi Pak Lah kepada Anwar, kerana yang patut menerimanya, adalah Najib. Itu yang mereka mahu.

Kita sambung lagi dalam sembang-sembang PRU 12 akan datang. Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 16-03-08. KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails