Thursday, March 06, 2008
Rasuah: Dr Mahathir Sudah Taubat Atau...
Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:
DR.MAHATHIR, Mantan Perdana Menteri Malaysia dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku terbarunya, ‘Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders (Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia)’, beliau mahu penyokong BN tidak mengundi pemimpin yang ‘korup dan kayu mati’ dalam pilihan raya umum ini.
Sebelum lepas jawatan, di pentas sidang UMNO di PWTC, beliau pernah memberi amaran, merayu dan menangis supaya budaya membeli undi, politik wang dan rasuah dihapuskan. Malangnya, setelah beliau lepas jawatan hendak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu pun tak dapat, kata beliau “Dalam kes saya, saya telah membuktikan bahawa mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangkakan perkara ini akan berterusan sewaktu pilihanraya umum.”
Menghimbau kembali kes-kes rasuah sejak zaman pemerintahan beliau, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam suratnya untuk seluruh rakyat Malaysia menyebutkan antaranya, dalam kes Eric Chia rakyat telah ditipu agar percaya bahawa BPR telah memerangkap ‘jerung besar’ rakan Dr Mahathir yang kaya raya itu agar dijatuhkan hukuman setimpal. Tetapi yang berlaku sebaliknya.
Hakikatnya menurut Dato’ Seri Anwar lagi,
“RM76 juta telah dilesapkan dari Perwaja telah dibuktikan sejak saya membentangkan suatu lapuran di Parlimen pada tahun 1996 lagi. Selepas hampir 10 tahun, dan setelah kerugian yang dianggarkan hampir RM13 bilion dan hampir RM3 bilion nilai transaksi, dan kontrak tidak jujur yang melibatkan Mahathir didedahkan, maka kita merasa amat musykil, bahawa Peguam Negara telah memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan yang begitu tipis dan begitu lemah.”
Menurut Dato’ Seri Anwar lagi, terdapat juga bukti tentang salah laku Dato’ Paduka Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan transaksi perniagaan meragukan, melibatkan Dato’ Seri Samy Vellu, Dr Ling Liong Sik dan beberapa pemimpin BN lain, yang dilindungi Perdana Menteri sekarang. Tindakan kepada ahli kabinet telah bersara Kasitah Gadam dapat liputan meluas adalah ‘tindakan olok-olok’ untuk persiapan kempen pilihan raya.
Pada tahun 1998 Dr Mahathir menggunakan RM2 bilion wang Petronas untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan MISC milik anaknya. Dato’ Seri Abdullah pula, baru 100 hari memegang jawatan, telah menganugerahkan kontrak bernilai RM2 bilion kepada syarikat milik anaknya Crest. Beliau juga perlu jelaskan bagaimana anak lelakinya muncul menjadi antara 10 bumiputera terkaya di Malaysia?
Mengenai kontroversi sumbangan Malaysia kepada program nuklear Libya melibatkan Kamaludin Abdullah dan SCOPE di sebut-sebut, namun layanan kepada individu ini amat berbeda seperti layanan yang diberikan kepada Nik Adli Nik Aziz, anak pemimpin pembangkang yang ditahan di bawah ISA tanpa bukti dikemukakan. Terakhir baru-baru ini, Dr Mahathir sendiri mengakui beliau menyalahgunakan kuasa PM (Perdana Menteri) bagi menzalimi Dato’ Seri Anwar.
Apakah kini Dr M sudah bertaubat? Atau ada lagi udang-udang rasuah yang menyorok di balik batu kroni dan nepotisme? Seperti juga PM-PM terdahulu. PM pertama dan PM ke 3? Apakah hal ini juga akan dibiarkan berlaku hingga zaman Pak Lah, walaupun akhirnya mungkin akan bertaubat?? Walaupun menyesal kemudian sudah kurang gunanya..
Lagi sembang-sembang PRU 12 untuk kali ini. Wallhu aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 06-03-08. KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment