▼
Thursday, March 27, 2008
Sekarang Pak Dolah Baru Berani?
Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:
“TOLONG!!!” Jerit seseorang dengan kuat. Kerana badannya sudah dibelit beberapa belitan ular besar, dari kakinya tempat berdiri naik ke atas hingga ke leher. Dengan mulut ular ternganga terjelir lidah bercabang itu, mengadap ke mukanya yang dalam ketakutan. Di badan ular itu tertera tulisan ‘kenaikan harga barang dan minyak’.
Dari jauh nampak ‘superman’ meluru laju di udara terjun ke bumi membantu orang itu. Tangan kanan superman menangkap kepala ular merentap ke mukanya, sedang tangan kiri memegang ekor, sambil matanya merenung dan berkata, “Kerajaan sentiasa prihatin dan sedia menolong!” Di badan superman itu tertera perkataan ‘BN’, ertinya Barisan Nasional. Belitan ular itu jadi longgar dan orang itu kembali tersenyum. Di bawah lakaran katun itu bertulis, ‘PM laksana agenda berani kurangkan beban rakyat’.
Begitulah kira-kira gambaran katun dalam sebuah akhbar harian alat propaganda BN hari ini. (Ada yang menggelar akhbar-akhbar ini Berita Hairan dan Utusan Meloya). Setelah melihat katun itu, barulah saya cari apa bendanya agenda berani Pak Dolah itu. Itulah pakej 3 langkah kurangkan beban rakyat berpendapatan rendah (di muka 2 Berita Harian 27 Mac 2008, katun muka 8).
3 Langkah Pakej Berani Pak Dolah:
1. Mengurangkan impak dan kenaikan harga barang dunia ke atas golongan isi rumah berpendapatan rendah dan menghadkan pembaziran serta kerugian disebabkan subsidi,
2. Mengkaji semula perlaksanaan pelan ekonomi bagi memastikan faedahnya dinikmati rakyat, dan
3. Terus berusaha mengurangkan jurang pendapatan antara dan kalangan kumpulan etnik serta memastikan keadilan untuk semua rakyat.
Ulasannya..
Perkara 1. Mula-mula ‘nak kurangkan kesan dari kenaikan harga barang dunia’. Kerajaan yang naikkan dan sekarang nak kurangkan kesannya? Ini main silap mata… Mengapa tak kawal dari awal supaya jangan naik, kalau benar-benar mahu tolong rakyat? Lepas itu, ‘..Hadkan pembaziran’ Kenapa tak hapuskan pembaziran terus? … (Lihat projek-projek pembaziran dalam tulisan saya 01-03-2008 ‘Pak Lah Cari Al-Ghazali & As-Shafie, Tapi Jumpa Syaitan..’) Dan lebih menyakitkan hati rakyat lagi ialah perkataan ‘kerugian disebabkan subsidi’. Buat kebajikan kepada rakyat dianggap rugi?
Beri subsidi kepada kapitalis-kapitalis luar negara seperti pembebasan cukai (free trade zone) dan lain-lain, boleh! Apakah kerana adanya rakyat merugikan kerajaan? Tak cukup lagi ke cukai yang diperah dari keringat rakyat, bermacam-macam sejak bayi lahir ke dunia sehingga ke liang lahat?? Masya Allah! Inilah pemikiran bengap dan tidak siuman, yang tidak memikirkan konsep kebajikan dalam Islam. Patut le BN menolak sangat-sangat konsep ‘kerajaan kebajikan’ yang di bawa oleh PAS.
Perkara 2, ‘mengkaji semula’. Buat dulu baru nak kaji untuk rakyat. Rupanya, selama ini buat bukan untuk kepentingan rakyat. Tapi propaganda kamu nak tolong rakyat. Betulah BN penipu! Lidahnya macam lidah ular dalam katun itu. Kalau perkara 1`& 2 sudah tak betul, bagaimana nak dapat perkara 3…
Itulah pakej 3 perkara, buat Pak Dolah jadi berani. Lepas PRU 12, baru berani. Bagus le, keputusan PRU 12, yang mentarbiah Pak Dolah jadi berani. Selama ini dia tak berani nak tolong rakyat, mungkin cuma berani tolong suku-sakat se kandang dengannya saja. Sekarang dia berani nak tolong rakyat macam superman. Tetapi 3 perkara yang nak ditolong itu sudah suatu penipuan, bagaimana belitan ular ‘kenaikan harga barang dan minyak’ nak dirungkai?
Jadi keberaniannya itu kepada benda yang tak ada. Berani untuk apa? Yang jelas berani untuk menipu lagi!.
Wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 27-03-08. KL.
BERANI KERANA BENAR.......
ReplyDelete