Sunday, March 23, 2008

Tiada Di Dunia Orang Cina Dapat Layanan Se Baik Di Malaysia...



Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


SEORANG Cina menelefon ingin jumpa saya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membangkit mengenai DEB waktu mula menerajui negeri sebagai mengulas kenyataan saya selaku Presiden Group Universiti Hulu Klang, di Putrajaya 13 Mac lalu, bersama anak-anak Melayu Pulau Pinang Wilayah Persekutuan.(Lihat berita dalam blog saya ‘Melayu Terpinggir, Apa Tsu Koon Buat? Dr Mohd Hasyim Cabar Pak Lah..’).

Begitu juga mengenai sikap Lim Kit Siang (DAP) memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Menteri Besar Perak tempoh hari. Dia adalah Riduan Deniel Oon, bekas pemimpin Cina dalam PAS yang aktif sekitar tahun 80an dulu. Dia pernah bertanding dalam PRU menentang Daim Zainuddin dan terlibat dalam pembentukan CCC (Badan Perunding Orang Cina) dengan PAS.

“Jom, kita jumpa seorang lagi Riduan, iaitu Ridhuan Tee kawan lama kita, di sebuah surau berhampiran Bandar Baru Ampang. Dia sudah jadi pemimpin masyarakat, berbanding dulunya jadi pemimpin pelajar di UKM dan UIA. Kini masih terus belajar lagi... sikit hari lagi dapat title ‘Dr’ dalam bidang sains politik...” Ajak Riduan Deniel Oon yang baru pulang dari German, menguruskan perniagaan perkomputerannya di peringkat antarabangsa.

“Semasa saya berada di luar negara, saya lihat tiada di mana-mana negara di dunia, orang-orang Cina mendapat layanan sebaik di Malaysia ini, kecuali di negara mereka sendiri. Itupun, di negara mereka susah nak cari makan macam di Malaysia.” Jelasnya bila kami bersama-sama Ridhuan Tee di surau yang Ridhuan Tee sendiri jadi Pengerusinya.

“Ya. Mana ada negara di dunia yang membenarkan orang Cina sebagai pendatang membuat sekolah dan penggunaan bahasa sendiri hingga ke pengajian tinggi? Lihat Indonesia, Thailand dan banyak lagi negara-negara lain, bahkan nama mereka pun perlu ditukar ke bahasa tempatan.” Jawab Ridhuan Tee pula. “Sekarang orang Cina tuntut macam-macam lagi, dan mula nak pertikai DEB. Walau DEB pun sebenarnya gagal menaikkan taraf orang Melayu seperti yang disasarkan. Apa lagi yang ada pada orang Melayu?”

Tercabar juga saya dengan kata-katanya. Teringat saya kepada ke’dungu’an pemimpin-pemimpin UMNO masa di bawah pemerintahan BN dulu dengan sikap ‘kronisme, rasuah dan ketidakcekapan’. Pada tahun 80an sewaktu PAS rancak mengadakan ceramah, seorang penduduk Kampung Perlis Balik Pulau bernama Abdul Rahman Yatim, bersetuju rumahnya diadakan ceramah PAS.

Saya masih ingat kebetulan bumbung rumahnya sedang ditukar, hasil bantuan kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah BN. Tetapi bila kuncu-kuncunya tahu orang itu sokong pembangkang, pemberian subsidi zink itu pun ditarik balik. Bumbung rumah yang siap dipasang pun dibongkar kembali. Nak tolong orang Melayu apa macam tu? Itulah contoh kecil bahayanya ‘kronisme, rasuah dan ketidakcekapan’.

Berbeda dengan sifat perpaduan kaum Cina. Di Malaysia tiap persatuan dan NGO Cina termasuk Persatuan Perniagaan Orang Cina, semuanya bernaung di bawah HUA TUAN atau badan Gabungan Kesatuan Cina. Tidak kira Cina pembangkang atau penyokong kerajaan, semuanya sama dalam membantu orang Cina. Kesatuan semacam inilah yamg membantu mereka dalam membuat keseragaman tuntutan, mendesak itu dan ini, menyokong pembangkang atau pemerintah apabila tuntutan mereka dipenuhi.

Sebab itulah sepatutnya kita memilih jalan penyelesaiannya melalui Islam, bukan melalui asabiah dan kebangsaan sempit.

Sekian. Wallahi ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 23-03-08. KL.

2 comments:

  1. AsSalama,
    Hmm.. rupa-rupanya cekap jugak hang ni menulis.. ni yang saya duk ngajar trainee dan aprentis saya merata ni bagaimana nak jadi maju dengan menulis sehingga saya berjaya dalam bidang projek Open Source ERP sedunia sebagai ketuanya di http://www.adempiere.org tetapi (perlu sabar ni...) mereka agak terlalu berjaga-jaga apabile menulis tanpa segan sebegini. Bila ada point lalu tulis; bila lepas jumpa kawan dapat natijah lalu tulis, ni lah contoh yang mereka sepatut lakukan. Hari ni saya rasa gombira dapat baca tulisan ante, bolehla saya link kata website saya nanti di http://www.red1.org/ yang ada blogspot gak di sebelah kanan.

    Nanti saya ada masa saya komen lagi. Ni nak pergi jumpa Ann WanSeng pulak, lama tak berjumpa, hampir-hampir tak kenal bila terserempak di airport Kuala Terengganu 2 bulan lepas masa beliau balik berceramah sebagai pendakwah.

    wasalam,
    saudara anta yang lama dalam islam,

    Redhuan Daniel Oon <--- ni eja betul nama hamba :-)

    ReplyDelete
  2. Monday, August 20, 2007
    Politik Orang Cina Malaysia selepas 50 tahun merdeka


    Saya tidak pernah menulis tajuk yang sebegini besar dan penting . Namun pembacaan yang meluas dan pengalaman yang mencukupi serta penting nya kepada kefahaman sebenar tentang tajuk ini telah menyeru saya untuk membincangkannya dengan secara realist dan intelektual . Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat.

    Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle' nya .Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal , ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical.

    Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang mengggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.
    Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

    Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.
    Masyarakat Cina wujud di Indonesia , Thai , Vietnam, Pacific Islands, USA , UK , Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka.

    Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik , ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya , demographic dan pertuturan.
    Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke Tanah Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris.

    Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi Tanah Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil . Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

    Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura , Penang , Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari Tanah Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia.

    Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina .
    Kepesatan monopoli perniagaaan di tanah melayu telah menyebabkan timbul perasaan ' a sense of power ' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh , tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'ya'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang.

    Kadang kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.
    Orang Cina mula bertambah konfiden dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina . Semua in telah memberi satu sense of autonomy dan power untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated .

    Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan .Dari sinilah bermula politik 'pressure group ' cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menhadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang.

    Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaaan memerintah parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina , buka dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina , penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

    Persoalan nya timbul , mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya , ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan.

    Yang keduanya ialah sense of power. Di Indonesia , 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan .

    Sikap singapura terhadap Malaysia dan indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia , di zaman awal penghijrahan orang Cina , dilayan semacam hamba .Sikap White Power telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.
    Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula daring dan adventurous.

    Desakan dari DAP , MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina saperti kapal selam di laut. Kadang kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

    Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga evolve politically dan ekonomically dengan secara agressive . Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan melayu yang ada tetapi orang melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya , kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri.

    Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

    Posted by AhmadHadeed at 7:51 AM
    Newer Post Older Post

    ReplyDelete