▼
Thursday, March 06, 2008
TPM Najib Asal-usul Parit, Tak Pernah Melawat Parit.
Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:
MALAM tadi saya dijemput berceramah dalam kawasan Parlimen P.069 Parit. Pengundinya berjumlah 28,859, Melayu 92.95%, Cina 3.22%, India 3.79% dan lain-lain bangsa ).04%. Calon Barisan Alternatif dari PAS Dr Najihatussalehah Ahmad melawan Mohd Nizar Zakaria (BN), bagi merebut kerusi yang sebelumnya disandang oleh Nasarudin Hashim dari BN yang merampas dari PAS dengan majoriti 4,696 undi.
Di perjalanan dalam kereta yang dipandunya, seorang anak jati Parit bercerita…
“Ratusan tahun dulu, ada seorang pemuda bernama Leman (mungkin Sulaiaman) kerjanya bisnes kain baju dan barangan kegunaan orang kampong sekitar Sungai Perak. Dalam usaha niaga sering hilir-mudik melalui sungai itu, pada suatu hari sampannya tenggelam karam di suatu tempat yang akhirnya disebut Pasir Garam. Mungkin dagangannya termasuk garam yang cuba diselamatkan sudah bercampur pasir, disebut-sebut hingga lekat menjadi nama tempat itu ‘Pasir Garam’.
Di situlah dia dipertemukan jodoh dengan seorang wanita bernama Lindong, yang akhirnya disebut Tok Lindong, kerana dia memperoleh 12 anak hasil perkahwinannya. Bila anak-anak ini dewasa, salah seorang dari anak-anaknya agak berfikiran lain sikit, tidak mahu tinggal di kampung itu. Dia pun berhijrah atau dikatakan melarikan diri ke suatu tempat bernama Sungai Keladi, dalam kawasan Pekan, Pahang.
Hasil asal-usul inilah, lahirnya seorang yang bernama Hussain, yang memiliki anak bernama Razak. Itulah Tun Haji Abdul Razak bin Hussain yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 2, anak orang Pekan, Pahang. Kini anak beliau Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pula menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang sekarang disebut-sebut lebih wibawa dari Pak Lah Perdana Menteri sekarang.”
Anak jati Parit yang membawa kami itu perlahankan keretanya, ibujari yang terlentang tangannya menunjukkan kepada kami, “Tu, cuba lihat! Agak ganjil sebuah hospital besar bagi saya, terletak dalam kawasan kampung… jarang berlaku.”
“Kenapa??” Kami tanya.
“Itulah yang dikatakan bukti, di mana Allahyarham Tun Haji Abdul Razak semasa hidupnya sering melawat Parit, kampung asal-usulnya. Bahkan beliau turut mendirikan sebuah hospital tanda kenagan buat anak-anak Parit, daerah tumpah darah nenek moyang-moyetnya dulu.” Jawabnya dengan bangga. Sambungnya, “Tetapi, tidak macam anaknya Najib, tak pernah jenguk-jenguk ke sini pun!”
“Eh, bagus le tu.” Kata saya mengacah. “Sedangkan banyak lagi dearah-daerah lain yang perlukan hospital di Malaysia tak dapat, hanya kerana ‘asal-asul’, orang-orang Parit dapat tuah!”
“Bukan tuah tetapi ‘kewajiapan’!. Kewajipan kerajaan kepada rakyat. Bukan ‘tolong’, tetapi itu ‘hak’ rakyat. Kerajaan komunis, dan bukan Islam pun tunaikan kewajipan pada rakyatnya lebih dari yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia ini. Tunai kewajipan dan hak itulah konsep negara kebajikan. Tidak buat kebajikan pada rakyat adalah pengkhianat negara!” Suara jawabnya makin tinggi.
“Sila beri contoh??” Ada yang mencelah.
“Contohnye, yuran sekolah. Kononnye udah hapus. Anak awak (saya) ke sekolah, cik gu kate yuran hapus.. puluh-puluh RM saje, tapi kena bayo lebih lagi ratus-ratus RM… duit itu le, duit ini le. ‘Hapus’ kepale bapak ape!!??”
Lagi sembang-sembang PRU 12 untuk kali ini. Wallhu aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 06-03-08. Parit,PK.
terlupa kot..
ReplyDelete