Thursday, March 20, 2008
GPMS: Perjelaskan Pada Rakyat.
KINI masa untuk kita muhasabah diri...memikir, merenung dan menilai kembali yang mana satukah arah perjuangan Umno yang sebenar....Adakah kerana 'Bangsa' atau kerana 'Agama'?
Saya minta maaf, sebenarnya hingga ke saat ini saya sendiri belum jelas masih kabur yang mana satukah arah perjuangan Umno yang sebenar. Apabila kita berada di persimpangan, maka kita tiada pilihan kita terpaksa membuat hanya satu pilihan yang terbaik. Kita mesti memilih yang mana satu arah perjalanan kita yang sebenar adakah kerana bangsa atau agama?
Itu sebab bila saya membangkitkan perkataan 'Mamak' maka janganlah menyalahkan diri saya. Ini kerana selama ini saya dan semua rakyat didendangkan dengan slogan....Kerana Bangsa...Kerana Melayu.
Seperti yang saya telah bangkitkan sebelum ini, jika Umno itu Parti Melayu...jika Umno itu parti Bangsa Melayu tetapi kenapa orang yang bukan bangsa Melayu yang sebenarnya telah diterima menjadi ahli Umno? Tolong jelaskan kepada saya dan rakyat !
Pemimpin-pemimpin Umno tolong jawab soalan saya ini: Siapa Presiden GPMS sekarang ini? Kenapa jadi begitu...? Sebelum ini Datuk Suhaimi Ibrahim telah dikritik, dihentam habis-habisan akhirnya disingkir oleh siapa? Kenapa orang Melayu tidak sedar perkara ini . Bila keadaan menjadi haru biru dan tersepit, maka dijemput semula hamba Allah itu duduk disebelah Presiden dan ditunjukkan melalui saluran TV kepada seluruh rakyat seolah-olah mereka tidak pernah berkrisis sebelum ini. Memang betulah bila bekas 'Presiden Umno 22 Tahun) mengatakan 'Melayu Mudah Lupa'. Memang tepat sekali kata-kata 'Maha...' itu. Mungkin beliau telah lama mengkaji kelemahan orang-orang bangsa Melayu ini sebelum ini.
Kenapa tidak tukarkan saja nama singkatan GPMS itu kepada GPIS? Buangkan M yang membawa maksud bangsa, dan gantikan I yang membawa maksud Islam.
Saya sekali-kali tidak akan mempertikaikan soal bangsa atau agama ini jika Umno sudah berada dilandasan yang betul dan benar. Tetapi saya terpaksa pertikaikannya bila saya melihat arah tujuannya 'tidak pasti' ?
Itu sebab saya telah terangkan apabila perjuangan kita tidak jelas maka sudah pastinya akan timbulah masalah diakhirnya. Jika kita tahu pegangan kita maka barulah kita tahu arah tujuan kita. Bila kita tahu arah tujuan kita maka barulah kita tahu apa yang sepatutnya ada pada hati dan jiwa kita.
Johan Jafry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment