Tuesday, March 25, 2008
Weblog Bantu Kebangkitan Rakyat & Agama, Bagaimana?
Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
BARU-BARU ini dalam tv Malaysia mantan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Zahid Hamidi dalam temuramah dengannya menyebutkan peranan web dan blog memberi kesan negatif kepada BN dalam PRU 12 lepas. Kawasan golongan menengah ada kemudahan internet dan teknologi siber ini, dikatakan menjadi kawasan kebangkitan rakyat yang menolak BN. Begitu juga dengan kenyataan Menteri Penerangan yang baru selepas PRU 12, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Trend memiliki blog peribadi atau syarikat dilihat semakin berkembang pesat di Malaysia, membuka lembaran baru kepada korpus penulisan dan dunia intelektual komuniti internet dunia. Web dan blog atau ‘weblog’, mula digunakan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat, iaitu Justin Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog sejak 1994 lagi.
Beliau antara blogger terawal dan impaknya penulisan blog membuka lanskap dan dimensi baru dunia penulisan moden. Secara tidak sengaja pada Mei 1999, seorang pengamal dan pemilik blog Peterme.com, Peter Melholz, sambil bergurau memecahkan perkataan web blog kepada ‘we blog’ bersama rakannya menerusi laman blognya. (http://en.wikipedia.org/wiki/Blog). Perkataan blog akhirnya diterima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara meluas.
Blog dibina dan disalurkan dari cetusan peribadi, komentar, ulasan atau berita mengenai sesuatu topik merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, kehidupan seharian, pendidikan, kesenian, hobi dan sebagainya. Penulisan blog lebih berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi kandungannya boleh dikongsi bersama untuk tatapan umum di internet. Di sini, pembaca boleh berinteraksi serta memberikan komen dan ulasan membina ke atas catatan dibuat.
Soalnya sekarang, BN tidak akan berdiam diri melihat perkembangan weblog yang tidak menguntungkan mereka sekarang. Bagaimana pula kita boleh gunakan weblog sepenuhnya untuk memupuk kebangkitan rakyat yang sekaligus membawa kepada kebangkitan Islam di negara ini atau global?
Pertama:
Parti-parti pembangkang belum memerintah Malaysia atau ‘Kerajaan Dalam Penantian’ seperti disebutkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu mengusahakan supaya penggunaan weblog berkembang secara menyeluruh hingga ke akar umbi, paling kurang biar sampai ke peringkat cawangan, atau kawasan (bahagian) yang boleh difungsikankan sebagai pusat weblog tempatan. Dari situlah media tersebut akan terus berkembang hingga ke rakyat bawahan, samada melalui e-mail, cetak semula risalah atau media bersemuka yang amat berkesan.
Kedua:
Kandungan weblog perlu dicanggih sesuai dengan kehendak masyarakat. Contohnya, pengisian ilmu dan tarbiah moral. Biar ianya berfungsi sebagai intitiut, sekolah atau madrasah bergerak di semua peringkat dari pra sekolah, rendah, menengah, remaja dan dewasa. Bahkan ilmu tanaman, sukan, mekanik, teknologi dan lain-lain. Sekurang-kurang ianya menjadi media alternatif kepada media kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat dan parti pembangkang. Contohnya di bidang agama, ceramah Tok Guru boleh dipancarkan ke seluruh negeri dan negara melalui weblog, bahkan boleh bersoal jawab pula secara on line.
Ketiga:
Parti-parti pembangkang terutamanya yang sudah menguasai kerajaan negeri boleh membantu dan memantau weblog-weblog ini, dari segi mutu dan kesampaiannya ke masyarakat akar umbi. Memanggil dan berbincang, membantu tubuh kesatuan dan lain-lain. Boleh dibuat pertandingan, beri hadiah penghoramatan, saguhati, berupa sijil, wang dan sebagainya, samada kepada pengusaha weblog atau pengunjung-pengunjungnya.
Itulah antara sebahagian dari langkah-langkah awal ke arah memupuk kebangkitan rakyat dan agama.
Sekian. Wallahi ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 25-03-08. KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Saya tertarik dengan saranan saudara agar suara kebangkitan islam perlu menggunakan internet sebagai medium dakwah.Jika ditinjau PAS sudah mempunyai laman interaktif dari artikel sehinggalah webtv.Malah web dan blog2 dikalangan gerakan islam begitu banyak malangnya pengisian lebih kepada politik.Sebagai contoh webtv PAS lebih kpd politik bukannya tarbiah dari sudut aqidah,ibadah dan akhlah.Malah laman Dewan Ulamak hanya mempunyai 3 soalan ,2 khutbah dan langsung tiada e-book.
PAS terlau memberi ruang kpd golongan2 bloger utk menjawab persoalan2 agama sehingga menyebabkan berlaku percanggahan sesama sendiri.Malah persoalan Orang Utan amat mengecewakan kerana ianya menjadi polemik tiada kesudahan tidak menjadi 'Fatwa keimanan'.
PAS perlu menerajui gerakan dakwah terumanya aqidah agar masyarakat islam mempunyai keimanan yg kukuh malah saya sendiri tergelak sendirian bila membaca komen2 di youtube apabila mereka mempelak kerajaan kelantan kerana sehingga sekarang rakyatnya masih bermain tarik tali antara PAS dan UMNO.Kadang2 betul juga kerana sepatutnya Kelantan tentu sudah mempunyai keimanan yg tinggi agar terus mempertahankan kerajaan Kelantan islam.
Sama ada kita sedar atau tidak gerakan diterajui rasuldahri.com cukup menggerunkan dengan memberi e-book,mp3dan video secara percuma melonjak gerakan ini walaupun baru di arena internet.Malah saranan saudara agar kuliah agama dibuat secara online sudah digerakkan oleh group ini yg lebih dikenali sbg salafi di paltalk.com atas nama kajian imam syafie.Kajian saya menunjukkan bhw persoalan agama bakal meledak kpd perbincangan ilmiah(4 mazhab) tidak lagi didasari golongan/jemaah@pemikiran tertentu.Moga2 sebagai orang islam kita terus berpegang kepada Al Quran dan Hadist agar tidak terjerumus kepada kesesatan.
jangan dok kemaruk sangatla yang teori hang yang kata Anwar akan jadi PM. itu sekadar teori beb.. semua orang boleh buat. Teori you hanya sekadar nak sedapkan hati orang khasnya pengunjung blog. Aku pasti Anwar dan BA takkan dapat memerintah Malaysia. Pihak BN ada cara tersendiri he he
Hi thеre, Yоu've done a fantastic job. I will certainly digg it and personally suggest to my friends. I'm surе they will be bеnefiteԁ fгom thіs ωebsitе.
My website - snoring how to stop
Thanks , I've recently been looking for info approximately this subject for a long time and yours is the best I've found out
so far. Howevеr, what conсеrning the bottοm line?
Αre уou pоsitiνe about the supply?
Also see my web page - payday loans bad credit
Ӏ hаѵe reaԁ some just right stuff heгe.
Definitelу prіce boоkmаrking fοr revisiting.
I surprіѕe how much effort you рlace to make thе sоrt of fantastiс informatiѵe sitе.
Feеl freе to surf to my wеbѕitе .
.. payday loans
my webpage - payday loans
What's up colleagues, its great post concerning tutoringand fully explained, keep it up all the time.
Review my page - payday loans
Wοw, amazing blog layout! Нοw lοng have
you beеn blogging foг? you makе blogging lоoκ еаsy.
The oveгall lоoκ of your wеb site іs fantastіc, aѕ well as the сontеnt!
Hегe іs my wеb page short term loan - lewissloans.co.uk
Heyа i'm for the first time here. I came across this board and I find It truly useful & it helped me out a lot. I hope to give something back and help others like you aided me.
Feel free to visit my website; payday loans uk
Post a Comment