Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
LAGI, kenyataan Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP (Malaysiakini Apr 22,08 8:57pm ‘DAP Desak PAS Gugur Negara Islam’) menggesa PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam. 'Henti buat kenyataan', antara kata-kata Ahli parlimen Bukit Gelugor itu, dan PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasrat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Pada saya Karpal sendiri tahu PAS tidak mampu memperolehi 2/3 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menubuhkan sebuah negara Islam.. Tetapi mengapa mulutnya makin celupar begitu apalagi bila sudah termaterai Pakatan Rakyat?
Pertama:
Mungkin DAP sendiri mula cari pasal, apabila dia tahu dia sudah ada kekuatan mewakili orang bukan Islam dalam parlimen, melebihi MCA, Gerakan, dan lain-lain. PRU 12 lalu DAP peroleh 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi DUN. Harganya kini sudah mahal, mulutnya boleh lantang sekarang, walaupun PAS tidak pertikaikan konsep ‘Malaysian Malaysia’nya selepas pakatan. Dia perlu kekalkan bahawa partinya tetap menjadi hero orang bukan Islam, walaupun kata-katanya boleh menyakitkan hati rakan Pakatan Rakyat.
Kedua:
Ada kemungkinan, mereka cuba test market, menguar-uarkan seolah-olah boleh berpaling tadah menyokong BN kerana:
(i) Mereka lebih beruntung menyokong pemerentah yang lemah dan perlukan wakil bukan Islam yang kuat, daripada bersekongkol dengan pembangkang yang belum tentu akan jadi pemerintah, apa lagi kalau pembangkang makin kuat menyebabkan peluang ‘jual mahal’ agak tipis di kalangan pihak pembangkang. Itu sebabnya dikatakan Karpal lebih suka PM sekarang dikekalkan dari dijatuhkan.
(ii) Harapan kerjasama DAP-BN memang ada. Kalau BN boleh buat kerjasama dengan parti DAP, seperti yang terjadi kepada parti Gerakan (Gerakan juga pembangkang kuat sebelum masuk BN) pada tahun 1969, maka BN akan dapat memiliki semula Pulau Pinang (BN 11 + DAP 19 = 30 dari 40 kerusi yang dipertandingkan), Perak (BN 28 + DAP 18 = 46 dari 59 kerusi yang dipertandingkan) dan Selangor (BN 20 + DAP 13 = 33 dari 56 kerusi yang dipertandingkan).
(iii) Bagi kerusi Parlimen pula, kedudukan BN sudah melebih 2/3 iaitu BN 140 + DAP 28 = 168, sedangkan 2/3 kerusi parlimen cuma berjumlah 148 sahaja. Kedudukan BN tetap akan teguh semula. Dengan itu pemimpin-pemimpin DAP akan dapat jadi menteri, bahkan tuntutan Timbalan PM pun ada harapan dapat. Ianya akan lebih menguntung orang bukan Islam, dan berkemungkinan akan menambah teguhnya kekuatan DAP.
Ketiga:
Kini Kerajaan Persekutuan (BN) mula menekan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP dan PKR. Contohnya pembatalan projek jambatan Pulau Pinang. Saya yakin, tekanan ini pasti semakin kuat, sehingga berlaku berbagai pemboikotan projek dan bantuan dari Kerajaan Pusat. Melihat kepada kebanyakan penyokong-penyokong DAP terdiri dari peniaga-peniaga kecil di bandar, maka tekanan ini akan lebih terasa lagi, tidak seperti yang mampu dihadapi rakyat Kelantan. Peniaga-peniaga inilah antara pendesak-pendesak asas ke arah kerjasama dengan Kerajaan Pusat BN, dan di DAP terpaksa akur kepada kehendak pengundinya.
Contohnya mereka terpaksa menolak BN Pulau Pinang dalam PRU 12 lalu, antara sebab-sebabnya ialah kerana kenaikan haraga barang yang menghimpit mereka. Tidak boleh disamakan dengan Kelantan, kerana PAS sudah bertapak di Kelantan sejak lepas merdeka, dan kekalahan sementara PAS di Kelantan (hujung 1970an hingga 1990) kerana politik curang Perikatan (politik darurat). Sebab itu, maka PAS Kelantan boleh bertahan lama sebagai pembangkang yang di ‘anak tiri’kan. Apalagi bila kekuatan politik PAS hidup di atas kekuatan rohani dan jasmani yang seimbang, bukan jasmani atau material semata-mata.
Celuparnya Karpal, adalah suatu signal…
Sekian komen-komen santai untuk kali ini. Wassalam dan selamat sejahtera.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 24-04-08. KL.
14 comments:
saya setuju dengan teori ini... namun apa nasib PAS jika ini benar-benar berlaku ?? saya rasa PAS masih seperti biasa. PAS bernasib baik kerana berjuang bukan untuk pangkat dan harta.
Sila lihat tulisan bertajuk 'PAS Akan Hancur Jika Lari Dari Landasan' 6.Apr dalam blok ini juga.
PAS tetap PAS. Buah hasil perjuangan PAS adalah buah luruh ranum yang boleh dimakan, bukan setengah masak. Wallahu aklam.
Kalah dah biasa, yang luar biasa bila menang. Agaknya pasal PAS dah biasa kalah, macam-macam benda pelik yg. terjadi. Sesungguhnya menang itupun adalah satu ujian.
Teori pasal DAP itu, memang tak boleh ditolak. Pasalnya dasar mereka dari manusia. So, boleh diubah ikut keperluan masa. Jadi, PAS perlu kukuhkan lagi ikatan, sebarkan dakwah , bekerja lebih keras untuk menyebarkan kefahaman tentang Islam dan memuziumkan fahaman seperti Karpal Singh nih. Dah tak relevan!
Bagaimana kemelut Negara Islam PAS-DAP dapat dirungkai
Posted on Wednesday, April 23 @ 12:39:19 MYT by greenboc
Artikel Oleh fitriyusof
Sekali lagi DAP menyuarakan desakan terbuka agar PAS menggugurkan agendanya untuk menubuhkan negara Islam. Seperti yang saya nyatakan dalam posting yang lalu, bahawa selagi kemelut ini tidak diselesaikan segera, ia akan menjadi api dalam sekam. Isu ini perlu dirungkai elok, bukan sahaja untuk kebaikan politik Pakatan Rakyat, bahkan juga untuk masa depan Islam.
PAS perlu tunjukkan kepada dunia bahawa Islam adalah relevan dengan realiti dunia. Bahkan pendokong Islam mampu duduk bersama-sama dengan orang lain untuk membawa dunia ke arah kebaikan. Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum tentunya menjadi tapak yang cukup cantik untuk menunjukkan betapa pendokong Islam mampu membawa perubahan ke arah keadilan, kemakmuran, kebaikan dan keamanan dunia dengan cara yang aman dan bijaksana.
Saya melihat bahawa beberapa punca utama yang menyebabkan konflik ini terus berpanjangan:
a. Keengganan kedua-dua pihak untuk mengadakan dialog secara telus dan menyeluruh dalam menyelesaikan kemelut ini.
b. Propaganda yang hodoh tentang Islam, undang-undang Islam, dan pendokong Islam, termasuk label pengganas, fanatik, radikal dan militan ke atas pencinta Islam menyebabkan negara Islam sebagai suatu yang ditakuti.
c. Kejayaan sistem demokrasi sebagai sistem politik paling stabil dan adil, di abad 20 dan di abad 21 ini menjadikan struktur bernegara yang dilihat berbeza dari demokrasi sebagai tidak realistik, zalim dan tidak adil kerana tidak demokratik.
d. Sistem bernegara secara Islam yang belum mampu menunjukkan model semasa yang dapat menggambarkan keadilan, kemakmuran, dan pembangunan yang hebat berasaskan Islam pada abad ini- bagi mengatasi kekaguman kepada sistem demokrasi.
e. Kegagalan untuk meyakinkan keindahan sistem Islam, termasuk dalam konteks bernegara kepada masyarakat bukan Islam, bahkan juga kepada umat Islam.
f. Kelemahan untuk melakukan ijtihad dalam aspek fiqh tajdid atau fiqh taghyir (Fiqh Perubahan)- contohnya bagi menjawab persoalan: 'Adakah boleh menggugurkan slogan 'negara Islam' tanpa menggugurkan hasrat Islam sebenar?', 'Adakah boleh mensyaratkan penubuhan 'negara Islam' dengan sokongan rakyat melalui pilihanraya?
e. Kelemahan dalam melakukan ijtihad dalam aspek fiqh dawlah contohnya bagi menjawab persoalan: 'Adakan mewujudkan Majlis Syura Ulama itu satu kemestian dalam sebuah negara Islam?', 'Adakah 'negara Islam' semestinya ber'syahadah'? dan seumpamanya.
f. Kelemahan dalam ijtihad dalam merangka 'tahaluf siyasi' yang baru bagi menggantikan konsep tahaluf siyasi yang lepas yang menghadkan kerjasama sebagai 'pembangkang', bukan kerjasama berkerajaan (kecuali jika Islam debagai ad-deen). Hurainnya telah saya sentuh dalam posting yang lepas. Bahkan dengan pengetahuan yang terhad ini, saya cuba untuk meberikan justifikasi kepada kerjasama PAS dalam kerajaan yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.
Konflik yang berlaku ini sebenarnya bukan satu bala yang menyebabkan pendokong Islam menjadi menggelabah. Bahkan ia adalah satu cabaran yang insyaallah akan mematangkan pendokong Islam bagi merangka gagasan perjuangan bernegara secara Islam, bukan sahaja untuk negara sekecil Malaysia, bahkan untuk struktur dunia sepenuhnya.
Di sini, para pimpinan Islam perlu mengambil tindakan agresif untuk merangka fiqh siyasah baru yang semasa bagi menghadapi cabaran dunia yang besar nanti. Merangka ijtihad ini memerlukan penglibatan ulama, pengamal politik, pakar perundangan, pakar sains politik, bahkan juga pakar ekonomi, dan aktivis masyarakat. Ulama dari luar negara juga wajar dijemput bagi membuka ruang pengalaman para penyelidik.
Di samping itu usaha merancakkan dakwah, penerangan dan dialog secara berterusan perlu dilakukan bagi membaiki keadaan sekarang.
Insyaallah dengan dialog yang serius seiring dengan tajdid dalam fiqh siyasi, serta proses penerangan tentang keindahan Islam secara agresif, insyaallah konflik isu Negara Islam ini dapat dirungkaikan dengan baik.
Hj Ahmad Fitri Yusof
Wajah Esok: sua sponte
http://wajahesok.blogspot.com
"
DAP perlu tukar visi dan misi.
Posted on Thursday, April 24 @ 12:50:53 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh mazwandi
Karpal Singh bertutur ngarut lagi. Tidak habis-habis dengan anti Islamnya dulu kini dan selamanya. Adakah beliau seperti Abu Jahal atau Abu Lahab? Bagi saya, jawapannya adalah ya. Malah lebih buruk lagi dengan Abu Jahal dan Abu Lahab, kerana dua manusia itu menentang Islam dari luar, tetapi Karpal Singh menentang Islam semasa berada di dalam pakatan sesama Parti Islam SeMalaysia PAS.
Jika Karpal Singh dengan angkuh lagi penuh kejahilan mendesak PAS membuang keinginan untuk melaksanakan negara Islam di bumi Malaysia ini, maka kita juga ingin mendesak agar DAP menggugurkan misi dan visi DAP agar perkataan 'bumiputra' dan 'bukan bumiputra' dimansuhkan.
Misi dan visi mengarut DAP agar perkataan bumiputra dan bukan bumiputra dimansuhkan hanya semata-mata untuk melihat keadilan etnik adalah misi dan visi yang begitu chuvanist lagi penuh dengan anti Melayu dan penuh dengan semangat Cina Singapura.
'Non-ethnic-based reform to land-reform' untuk pertanian juga adalah visi tidak bertanggungjawab DAP kepada umat Malaysia. Ianya seolah-olah ingin menghapuskan tanah-tanah pertanian rezab Melayu yang selama ini ada termaktub di dalam perlembagaan penubuhan Malaya.
DAP yang selama ini memperjuangkan sistem sosialis demokratik juga perlu mengkaji kembali sistem yang diperjuangkan selama ini kerana sistem sosialis adalah satu sistem sekular buatan manusia dimana kepincangan yang lari dari semangat insan beragama yang menafikan hak agama di dalam sistem pemerintahan diasingkan hanya semata-mata untuk menaikkan sistem ism manusia.
Jika DAP ingin bersama-sama di dalam Pakatan Rakyat, maka DAP perlu menggugurkan semua visi dan misi DAP agar kekukuhan PR sentiasa terjamin dunia akhirat.
Amacam Karpal Sigh, ada harapan untuk melaksanakan desakan di atas. Jika kamu melenting, salahkan kami di dalam Parti Islam SeMalaysia PAS juga melenting apabila kamu berkurang ajar lagi biadap dengan perlembagaan PAS untuk melaksanakan Islam di negara Malaysia. Oleh itu, tolong diam! wahai insan yang kerdil. Kerana kami tahu anda mengerti akan keadilan Negara Islam, tetapi kerana gila kuasa, kamu menderhaka kepada Tuhan kamu sendiri.
Re: Rahsia Mengapa Karpal Singh Begitu Celupar.. (Score: 1)
by Pena_Jurutera_Islam on Thursday, April 24 @ 09:48:29 MYT
(User Info | Send a Message)
Ana tak rasa pelik bila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan peribadi sebegitu, walaupun ianya mengguris hati kita pejuang agama Allah tetapi kenapa kenyataan dari karpal disensasikan sebegitu rupa sedangkan kenyataan dari Zaid Ibrahim satu ketika dulu lebih hebat apabila mencabar hukum Allah tidak pula disensasikan seperti ini.
Karpal Singh bukannya orang Islam, dia tidak yakin kepada hukum Allah, terpulanglah kepada dia tetapi Zaid itu orang Islam tetapi tidak yakin kepada hukum Allah adalah dikalangan orang-orang munafik. Ana mengerti pendirian puak-puak peguam sivil ni, tak kira muslim ataupun non-muslim, tidak boleh ada sebarang undang-undang lain yang bercanggah dengan undang-undang buah fikiran lord reid ini hatta undang-undang Allah sekalipun.
Bagi mereka lord reid ini manusia yang hebat dan undang-undang tinggalan dia itu sudah cukup sempurna. Cuma ada beberapa kerat dikalangan peguam-peguam Muslim yang masih punya iman kepada Allah dan meyakini bahawa perlembagaan perlu digubal semula untuk digantikan dengan perlembagaan Allah yang tiada tanding taranya. Biarlah Karpal Singh dengan pemikiran prejudisnya, hakikatnya dia tidak senang melihat betapa hebatnya sokongan masyarakat India khususnya kepada perjuangan PAS pada hari ini.
Walaupun mereka masih belum menerima Islam sebagai anutan mereka tetapi mereka begitu menghormati perjuangan Islam dan pemimpin tertinggi PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz. Ana yakin jika apa yang disuarakan oleh Karpal Singh itu sebulat suara diterima sebagai suara DAP, pasti PAS tidak akan teragak-agak untuk keluar dari pakatan rakyat. Pimpinan PAS bukan seperti pimpinan UMNO, lembik dan lembab apabila ditekan oleh komponennya!
Assalamualaikm.
DAP mmg takleh pakai pun. Buang masa je berpakat dengan DAP ni. Tu la di Kedah YAB Ust Azizan tak nak DAP. DAP ni yang dok cucuk PKR kat Selangor dalam isu babi. Baru ni kat Penang, DAP pakat plak dengan Gerakan. Sama je puak kafir ni. Derang mmg pandai berpakat. Kita je umat Islam yang kurang nak berpakat. Umat berpecah. Berapa ringgit Lim Guan Eng naikkan gaji guru agama KAFA? Tempat lain berapa? Ada perbandingan gaji kat negeri-negeri lain tak? Kalau ada sesiapa tolong attach kat sini. Bleh kita pikir sama2.
Ni antara komen rakan apabila ditanya isu babi di Malaysia (jangan salah anggap, bukan hanya di Selangor tapi di seluruh Malaysia).
"Aku rasa projek babi kat Malaysia ni banyak dari puak DAP. Cuma masa dulu susah nak dapat kelulusan. So buat la ladang haram. Cina ni ada semangat kaum yang kuat. Semangat utk kaum...bukan utk parti...so tak kisahlah siapa yang menang. Janji apa yang dia suka buat dia buat, takleh nak kacau-kacau."
Thats why la Khalid kena cucuk kat Selangor pasal isu ni. Kesian Khalid. Bukannya Khalid takde kuasa nak kaji semula kelulusan projek BN terdahulu. Tapi majoriti DAP dlm exco. Bila nak kaji semua DAP bangkang! Macam kita nak buat negara Islam la. Dia dok bangkang je. Pastu dok sibuk bidas isu Melayu yang dibangkitkan oleh istana Kelantan. Kena tempelak dgn YAB Tuan Guru. Padan muka. Aku dah lama tak suka DAP ni. Skrg ni tambah satu lagi....PKR! Dok beriya sgt nak jd PM. Tak layak! PAS selayaknya. DAP dok bangkang! PKR plak senyap membisu coz nak menangguk dia air keruh. Tengok je masa DSAI dlm UMNO dok tarik pembangkang di Sabah masuk BN. PKR kat Sabah siapa? Jeffrey Kitingan adik beradik Pairin Kitingan. Semua sedia maklum la.
Assalamualaikum.....
Saya harap IBNU HASYIM boleh tolong menyampaikan satu pesanan kepada PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT terutamanya PAS untuk membentangkan PERLEMBAGAAN UNDANG-UNDANG AL-QUR'AN KEPADA SEMUA PAKATAN RAKYAT.... ianya perlu dilakukan segera bagi memudahkan pengambilaihan kuasa kelak....
Akan tetapi, saya harap perbincangan berkenaan PERLEMBAGAAN tersebut tidak diketahui UMUM terutamanya PRESS yang selalu memutar belitkan CERITA.....
Saya berpendapat langkah in PERLU bagi menjamin kesepakatan dalam PERJUANGAN ISLAM YANG SUCI LAGI MURNI dalam HIDUP BERSAMA dengan non-Muslim...
P/S: Kekadang tuh, Orang ISLAM sendiri tidak tahu UNDANG-UNDANG ISLAM YANG SEBENAR, apatah lagi orang non-Muslim!! Apa yang kebanyakan orang tahu, potong tangan!! and then, UNDANG2 SEKULAR BARISAN NERACA telah banyak mengelirukan Orang Islam dan non-Muslim berkenaan dengan Undang2 Yang Terdapat dalam AL-Qur'an dan Al-Sunnah yang merupakan Acuan ALLAH S. W. T.
Semoga KITA BERSATU.... Kita tak akan tersesat selama-lamanya selagi kita BERPEGANG KEPADA DUA HARTA TINGGALAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S. A. W. kepada seluruh ummat akhir zaman. Selawat dan salam ke atas JUNJUNGAN.
Saya tambah sikit lagi, KITA GUNA PRINSIP MUSYAWARAH.....
ALLAHUAKBAR!!!! (ALLAH MAHA BESAR)
Apa yang syahamin kata ini hanya sesuai untuk keadaan jika kita dah kuat. Jika dlm keadaan sekarang nak cakap mcm itu, mmg tak berkesan la.. buang karan ja..
kita kena banyak belajar tentang agama kita sendiri.. bukan mencipta kata2 cantik seperti yang saudara buat..
aku sokong ape yg Shahrulazman ckp..
Takbir Allahuakbar 3x..
Budak Muda PAS Pekan
Saya juga tidak dapat tidak berpendapat, teori ini ada benarnya, sekurang-kurangnya dalam hati beberapa orang pemimpin DAP yang berjiwa oportunis.
Saya lihat suasana politik di Malaysia, pejuang-pejuang untuk mendaulahkan syariat Islam, atau sekurang-kurangnya untuk menguatkan Islam (tidak kiralah bagaimana tafsirannya) sudah menjadi semakin defensif.
Untuk menyedapkan hati, selalunya akan adanya komen seperti "biasalah mereka (non-muslim) belum memahami Islam, orang Islam sendiri tidak memahami konsep pemerintahan berlandaskan Islam". Saya lihat kepimpinan PAS perlu bertegas dalam hal ini. Sekiranya dibiarkan pemimpin DAP boleh bercakap sebarangan, orang bawahan juga akan semakin berani. Sedangkan kita marah orang seperti Geert Wilders yang mengeluarkan rencana yang mengguriskan hati Islam.
Sekiranya kita berada di negara orang atau di barat, tidak salah rasanya untuk difensif, tetapi agaklah malang untuk bersikap demikian di negara kita sendiri.
Saya takut perkataan "negara Islam", "undang-undang Islam", "perlaksanaan hukum hudud" akan menjadi perkataan 'taboo' sehinggakan hendak membuka mulutpun hendak menerangkannya pun dianggap tidak relevan oleh masyarakat.
Saya yakin ramai penyokong PAS yang sayangkan Pakatan Rakyat yang terbentuk ini, sehingga masih bersabar. Saya yakin PAS juga tidak akan rugi sekiranya mengambil sedikit risiko untuk mengambil pendirian ofensif dalam hal demikian, sekurang-kurangnya bersuara tegas apabila diserang.
Dan saya rasa PAS juga perlu strategi memancing orang-orang UMNO (pemimpin UMNO) yang sayangkan bangsanya (tetapi masih tidak yakin Islam sebagai solusinya) untuk memperkuatkan PAS. Mood rakyat bahawan menunjukkan sekarang sudah resah dan risau akan nasib dan kedudukan Melayu dan Islam di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat nanti. Kita jangan emosi atau terlalu berada dalam rasa 'feel good factor', dengan laporan-laporan lidah rasmi PAS atau pembangkang mengenai perlaksanaan Islam ini.
Suara-suara dalam bentuk penulisan sudah mula terpapar dalam web-web seperti Tranungkite, untuk menilai semula penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Respons masih dalam bentuk denial (penafian atau sangka baik) dari para pelayar web-web tersebut. Rasa kecewa dengan kenyataan beberapa orang pemimpin PKR mengenai Negara Islam atau perlaksanaan Syariat Islam, mula terpapar dalam web-web dan blog-blog. Saya yakin sekurang-kurangnya para pemimpin PKR yang berjiwa Islam sepatutnya tidak menjawab secara terus isu negara Islam ini kerana mengguris idealisme pendokong perjuangan menegakkan Negara Islam.
Sebagaimana kerajaan Pulau Pinang DAP-PKR berjaya menarik ahli parlimen Gerakan ke dalam pemerintahan negeri. PAS perlu menggunakan kerangka yang sama untuk menarik UMNO bekerjasama dengan mereka, sekurang-kurangnya dalam membentuk satu mekanisme memajukan ekonomi Islam dan sebagainya. Dicadangkan para pemimpin PAS mengurangkan retorik seperti untuk menghancurkan UMNO, menjadikan Johor sebagai muzium UMNO, menguburkan UMNO dan senadanya, kerana pilihanraya sudahpun tamat. Kurangkan retorik dan kata-kata yang melukakan hati orang UMNO bawahan, sebaliknya kita sepatutnya "build bridge", untuk memperkukuhkan kerjasama sesama Muslim, sekurang-kurangnya di peringkat tidak formal atau bawahan.
Wallahu alam
Merujuk kepada posting saya di atas;
ralat: bukan ahli parlimen Gerakan, tetapi bekas pemimpin Gerakan ke dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang
Saya menjawab untuk Shahabudeen Jalil dan para komentar...
SAYA MEMBUAT PENDAPAT SEDEMIKIAN kerana..... pepatah MELAYU menyatakan "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"....
Jadi, apa salahnya kita BERSEDIA untuk mencapai kemungkinan yang TIBA...... kalau dalam peperiksaan dikatakan STRATEGI!!!
P/S: Eloklah kita semua melihat kekalutan di awal kemenangan PAKATAN RAKYAT di beberapa negeri baru2 ini sehingga PRESS dan BARISAN NERACA memainkan isu tersebut walaupun akhirnya BN hanya meludah kelangit.... dan terkena ke muka sendiri!!!!
Post a Comment