Wednesday, April 30, 2008

Ucapan Yang Di Pertua Agung Pukul Pak Lah?



Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


KERAJAAN Malaysia pimpinan BN dan Pak Lah dituntut supaya meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Kelantan kerana kesalahan tidak salurkan bantuan tertentu kepada negeri itu sebagaimana mengikut amalan sistem demokrasi. Itu tuntutan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antaranya, (Menurut Bernama seperti kenyataan Harakah 29April08) memetik Nik Abdul Aziz berkata, sejak 18 tahun yang lalu Kelantan diperintah oleh PAS tidak menerima peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan Pusat. Kalau Terengganu sekarang minta kembali royalti minyak negeri itu yang ditahan semasa pemerintahan PAS dulu, fasal apa Kelantan tak boleh minta bayar balik bayaran yang sepatutnya mereka terima? Kan kita negara demokrasi?

UMNO pula baru-baru ini memutuskan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim lain yang dipecat berikutan krisis kehakiman pada 1988. …. Dan Ketua Pemuda UMNO juga telah meminta maaf kerana menjulang keris telanjang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang selama ini menjadi isu di kalangan rakyat Malaysia bukan Melayu.

Nampaknya UMNO ni macam hendak berubah jadi baik pula?

Tapi bagaimana dengan projek-projek mega yang dirancang di zaman BN di Pulau Pinang telah tak jadi diteruskan dengan pelbagai alasan? Kita tahu sebenarnya adalah kerana yang perintah sekarang adalah kerajaan Pakatan Rakyat? Projek jambatan, monorel dan akan datang apa-apa lagi! Semuanya akan digagalkan. BN memang tidak gentleman macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, yang meneruskan juga ‘projek babi’ Khir Toyo (BN). Bahkan benarkan tambah lagi peruntukan.

Jelasnya, memang kerajaan BN tidak ada maruah dan tiada demokrasi.

Oleh itu, ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah… ucapan yang meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku terpuji demi maruah diri dan negara… pada saya memang terkena atas kepala Pak Lah sebagai pengerusi BN yang tiada maruah dan tidak demokratik itu.

Titah baginda di mesyuarat pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi, sepatunya telus dan terus menelusuri ke telinga Pengerusi BN, yang sudah tentu peka, dan tidak pekak macam telinga kuali…

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 29-04-08. KL.

4 comments:

Shahabudeen Jalil said...

mana tuan haji tau telinga paklah tak pekak ? saya dok rasa dia nie pekak dan buta. Dia tak nampak orang tak suka kat dia walaupun hal ini dah jelas terang tang tang, kata org kedah.

Pedapat saya, ucapan Agung ini boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi kita tafsir dia hentam Anwar supaya jangan dok fikir hanya kepentingan politik peribadi saja sampai tahap nak minta orang lompat2 parti (tapi ucapan ini untuk Ahli Parlimen, Anwar tak termasuk la).

Tapi saya rasa banyak berat kepada Pak Lah dan anak menantu la kot. Sebab dia duduk atas kuasa nie pun sebab nak selamatkan diri dan keluarga dia.

Orang Umno pun tak suka, pembangkang lagi la tak suka. Ada yang kata pembangkang suka paklah jadi presiden umno lama2, supaya umno semakin hancur dan berpecah.

Anonymous said...

Alkisah cerita seorang bapak yang punya 13 orang anak. 13 orang anak = 13 macam kerenah. Sebagai seorang bapa yang baik, dia peka tentang setiap kerenah 13 orang anaknya. Kalau bapak ini bersikap 'select' and 'choose' maka dia bukanlah seorang tokoh bapak baik yang memimpin. Bapak yang baik dia akan berlaku adil dan saksama pada kesemua anak-anaknya yang 13 orang itu. Kita tidak nafikan yang tidak semua 13 orang anak itu sempurna, tapi bapak yang baik dia bijak mengendali kealpaan itu mengikut pendekatan yang bersesuaian. Barulah dia jadi Bapak Mithalan yang boleh dibanggakan.

Itulah bidalan buat PM yang wibawa..renung-renungkanlah

Anonymous said...

Ni tentang bapak yang ada 13 anak ..

Si anak kenalah faham, adil itu bukan bermakna kalau abang dapat baju merah, adik yg lain pun mesti diberi baju merah. Bapa yang bijaksana akan memberi mengikut 'kemampuan' anak anak tersebut. Anak yang rajin dapat RM, anak yang malas tak mungkin dapat senilai. Anak yang taat dan anak yang degil, sudah tentu mendapat layanan berbedza, itulah adil, sebagaimana adil apabila yang buat pahala dibalas syurga dan yang buat maksiat dimasukkan ke neraka, jangalah kerana semuanya itu makhlok Allah, dijadikan oleh Allah, mesti semunya masuk syurga.

Masalahnya .. anak anak kena faham, janganlah setiap orang menuntut si bapak untuk mendengar pandangan mereka, sebaliknya hendaklah si anak belajar untuk akur dan mendengar cakap bapa..

Amanlah keluaraga itu kalau semua anak mendengar cakap bapak berbanding dengan huru hara sibapa yang kena mengikut kehendak anak anak !!!

Unknown said...

Bapak yang baik dia akan berlaku adil dan saksama pada kesemua anak-anaknya yang 13 orang itu.

Si anak kenalah faham, adil itu bukan bermakna kalau abang dapat baju merah, adik yg lain pun mesti diberi baju merah. Bapa yang bijaksana akan memberi mengikut 'kemampuan' anak anak tersebut.

demikian yang di tulis orang dua sahabat di atas.......

tapi kalau bapa beli kasut dan baju yang sama untuk semua anaknya, dari 1-13orang anaknya, nak kata adil memang adil, tapi campur bangang sebab tidak meletakkan sesuatu sesuai dengan tempatnya.
macam negara kita ini kata demokrasi berpalimen dan system beraja, tapi kenapa ada berbagai standard dan kaedah dalam melaksanakan perlembagaan Malaysia? di Kelantan lain perlaksanaanya.
di Johor lain cara perlaksanaanya.
dan berbagai bagai alasan bangang yang timbul, macam kes Balkis di Selangor. macam royalti petrolium di Terenggau, masa Umno dulu, namanya royalti disalurkan kepada kerajaan negeri. tapi tukar nama pada Wang Ehsan bila Pas memerintah di Terengganu,
dan akan timbul berbagai masalah dan kes jika pihak berkuasa mengikut lunas nafsu dengan meninggalkan perintah dari Allah yang Maha Agong Lagi Maha Berkuasa.

Allahuakbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar Walillahilham.

drp: insan marhaen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails