Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
LAGI saya terima e-mail dari seseorang...
{ skip to main | skip to sidebar Apakah reaksi anda apabila membaca tajuk berikut, bagai yang dilaporkan oleh Malaysiakini?
’Gabem: 30% Saham Bernas Dikuasai Negara Luar’ Bagi saya yang belum mahir dalam dunia korporat, sudah dapat melihat betapa lemahnya kerajaan Malaysia menguruskan bekalan komoditi utama negara dan tidak mampu melihat dan memberi jaminan terbaik bagi bekalan masa depan beras di Malaysia. Bukankah suatu yang tidak masuk akal apabila urusan pembelian beras luar ke Malaysia hanya dikuasai (jika tidak dimonopoli) oleh sebuah syarikat sahaja, dan syarikat itu pula disenaraikan di bursa saham yang membuka risiko pemilikan orang asing.
Pertama, bijakkah Bernas sahaja menguasai pembelian beras luar? Kedua, wajarkah pemilikian dan penguasaan syarikat yang menguruskan makan minum rakyat ini, didedahkan kepada sesiapa sahaja? Itu yang saya tahu daripada kedudukan Bernas ini. Jika tersilap, sila harap ada yang membetulkan. Apakah kerajaan langsung tidak dapat berfikir dengan teliti, dan berfikir dalam jarak jangkauan lebih jauh sedikit dalam hal seperti ini?
Lihat sahaja hujah Pak Lah apabila membatal atau menangguhkan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Alasan lemahnya, harga barang naik menyebabkan kosnya meningkat dan reka bentuk tidak sesuai. Terfikirkah kita, projek besar sebegini ditamatkan dengan hujah tersebut?
Lihat lagi apa laporan Malaysiakini:
"Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mendakwa 30 peratus saham Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikuasai oleh sebuah negara luar. Bernas merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Saham Bernas telah dibeli secara konsisten oleh pihak tertentu sehingga mereka kini menguasai 30 peratus sahamnya," kata pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Ekoran itu, Bernama memetik beliau sebagai meminta kerajaan menyediakan dana untuk membeli semula semua saham yang dimiliki oleh syarikat luar itu dan Bernas kembali dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.
"Ini juga untuk mengurangkan permasalahan beras selain lesen pengagihan beras diberikan secara saksama kepada bumiputera," katanya kepada pemberita di Melaka malam semalam.
Rahim berkata, kerajaan diminta menguasai kembali 100 peratus saham Bernas atau memastikan ia dijadikan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) demi menjaga kepentingan nasional ketika krisis makanan kini."
Setahu saya, hanya Singapore yang sangat berminat untuk memiliki syarikat-syarikat strategik di Malaysia ini. Saya tak tahulah 3o peratus itu milik siapa. Jika dikaji di bursa, tentu mudah menemuinya, atau bertanya dengan pimpinan di parlimen. Apakah ini semua berpunca daripada sikap mengejar keuntungan tanpa batasan? Dan apakah syarikat ini sahaja telah dimiliki sebahagian sahamnya oleh negara asing? Apa khabar dengan syarikat-syarikat yang menguruskan bekalan barangan komoditi lain?
Juga keperluan kesihatan dan perubatan negara serta syarikat persenjataan di Malaysia. Manalah tahu, kalau-kalau ia juga terbabit. Menurut menteri berkaitan, bekalan beras negara masih lagi mencukupi, belum ditambah dengan stok penimbal yang disimpan oleh Bernas. Masalah yang rakyat deritai hari ini bukanlah stok ada atau tiada. Tetapi apa yang sedang ditanggung ialah harga beras telah meningkat terlampau tinggi. Sekampit beras yang biasa saya beli pada harga kurang lebih RM21 telah meningkat kepada RM29. Bukankah itu melambung namanya?
Entah lah, bijakkah menteri-menteri kita menguruskan kepentingan umum yang sangat berkaitan dengan warga marhaen dan miskin Malaysia ini, ketika mereka sedikitpun tidak menderita atas apa yang berlaku?}
Rupanya tulisan ini diangkat dari Blog Omar el-baritii di bawah tajuk ’Beras Oh Bernas’. Pada saya kalau betul maklumat ini, pandangan beliau memang bernas. Sehingga tertanya-tanya di fikiran saya, adakah negara kita ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang bodoh dan dungu tidak berpandangan jauh? Atau tidak prihatin atas penderitaan rakyat? Atau sudah korap berkurap?
Tak tahukah peringatan orang tua-tua Melayu, ’Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras?’ Maaf catatan santai kali agak sikit terderas... kerana terasa derita rakyat miskin sudah kian tertekan dan tertindas!! Dan kalau mereka pula takut terima kritikan, elok letak jawatan saja le..
Wassalam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 12-05-08. KL.
Salam,... Sdr Ibnu Hasyim,
ReplyDeleteIzinkan saya memberi sekidit cetusan rasa di sini.
Apakah kita masih boleh menaruh harapan kepada pemimpin2 yang telah sekian lama cuai terhadap hak, kepentingan, dan kebajikan rakyat?
Apakah susah sangat untuk kita lihat betapa pengurusan dan pentadibiran negara kita sejak merdeka hingga kini sedang menuju ke jurang kemusnahan?
Apakah kisah Singapura diserang todak tidak cukup untuk pemimpin2 kita mengambil iktibar darinya?
Apakah kisah Firaun, Namrud, kaum 'Ad, Tsamud, kisah Nabi Nuh, dan lain-lain belum cukup untuk pemimpin2 kita bertaubat dan melakukan islah?
Sampai bila kita akan terus dipimpin oleh mereka yang dalam kerangka pemikirannya kosong tentang benar, adil, amanah, hikmah, maaruf,...?
Kenapa Gapem diterajui oleh orang yang tidak berwibawa? Kenapa UMNO dipimpin oleh orang2 yang tidak ikhlas lilLahi ta'ala? Kenapa masih ramai yang tidak memperdulikan perintah2 dan larangan2 Allah dan RasulNya?
Bukankah kita diperintah untuk kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah untuk mencari penyelesaian? Jika tidak, maka tunggulah saat (kemusnahan) dari Allah Yang Maha Agong.
Sedihnya,...sayunya, hibanya, luluhnya,... bila melihat pemimpin2 kita masih belum mengerti, masih belum menginsafi. Mereka lalai dan membiarkan diri mereka alpa di tengah lautan dunia dengan gelora nafsu yang semakin menggila.....
Assalamualaikum, Alhamdulillah kerana kesihatan dan kenikmatan yang ALLAH kurniakan kepada kita semua.
ReplyDeleteProjek Nur Muhammad:
IBNU HASYIm, saya mempunyai satu proposal ringkas yang hampir siap yang pada mulanya saya ingin berikan kepada KERAJAAN NEGERI TERENGGANU iaitu di tempat KELAHIRAN SAYA tatkala perjuangan ISLAM HADHARI dilaung-laungkan, tujuan sebenar saya buat, bukan atas dasar ISLAM HADHARI, akan tetapi adalah atas dasar sayangkan PENGANUT2 AGAMA ISLAM DI MALAYSIA yang dahagakan KEPERLUAN ROHANI yang semakin berkurangan dan disekat oleh KERAJAAN yang sedia ada,
ALHAMDULILLAH, tak sangka apa yang saya nak buat itu sebenarnya memang saya ingin di PUSATKAN di KUALA LUMPUR atau SELANGOR, akan tetapi, ianya seolah-olah menjadi realiti apabila PAKATAN RAKYAT memegang negeri SELANGOR.
Soalan saya, adakah IBNU HASYIm dapat menyampaikan proposal saya ini dan kalau ada apa2 nak dibuat pembetulan ke atas proposal tersebut menjadi lebih MANTAP, saya alu-alukan..... saya buat ini IKHLAS dan kerana ALLAH, cukuplah apa yang saya cadangkan itu TERSERGAM INDAH dan menjadi PUSAT KEMAJUAN ILMU ISLAM DI MALAYSIA.....
Saya namakan Projek ini sebagai "NUR MUHAMMAD"..... tak tahulah nak kata NUR MUHAMMAD VILLA ataupun NUR MUHAMMAD VILLAGE ataupun NUR MUHAMMAD CITY.... ataupun apa2lah... yang penting CAHAYA MUHAMMAD TERSULUH DI SITU....
Apa yang saya cadangkan adalah atas dasar keprihatinan saya kepada penduduk ISLAM di MALAYSIA terutamanya di IBU KOTA yang dahagakan ILMU ISLAM akan tetapi tersalah tempat mencari tempat2 yang terdapat kerosakan akidah ataupun ilmu sesat tentang ISLAM. ianya menjadi tumpuan UMMAT ISLAm dan dijalankan secara WASATIYYAH dan tidak BERPARTi, semuanya semata-mata untuk ISLAM.
Saya berhajat untuk menyampaikan proposal ini kepada ANWAR IBRAHIm selaku orang yang senang dan dapat realisasikan projek ini, tetapi, saya tidak dapat menghubungi DSAI melalui EMEIL kerana tidak mengetahui emeil beliau.... sekiranya IBNU HASYIM dapat menyampaikan terus kepada DSAI, saya amat hargai........
harap dapat membalas emeil ini.
sekian, terima kasih
yang benar,
SYAHRIL AMIN HASHIM.