Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
SOALAN:
“(a)… Apakah kementerian sedar melalui media elektronik terdapat banyak program berbentuk program realiti mahupun berbentuk kuiz yang mempelawa penyertaan rakyat melalui kemudahan SMS; dan (b)… Keuntungan kerajaan, stesen media elektronik yang diperolehi melalui program berbentuk demikian dan berapa dibelanjakan oleh rakyat yang menyertai program-program sedemikian.” Demikian Soalan Datuk Abdul Ghafur bin Saleh Ahli Parlimen Kalabakan dalam Penggal Pertama Mesyuarat 1 Bil 7 Khamis 8 Mei 2008 lalu.
JAWAPAN:
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Joseph Salang anak Gandum menjawab...
“Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan atas soalan yang dikemukakan. Kementerian sedar bahawa pada masa ini terdapat 29 program berbentuk Sistem Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS di stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kerajaan tidak mengambil keuntungan secara langsung dari program-program berbentuk SMS. Sejak Januari 2008, sejumlah RM5,395,840 telah dibelanjakan oleh
Tuan Yang di-Pertua, tidak semua program berbentuk SMS tidak berfaedah kepada orang ramai.
Program dalam kategori derma pula bertujuan untuk memungut derma atau sumbangan melalui SMS yang dihantar oleh orang ramai. Antara program dalam kategori ini adalah Program Bersamamu (TV3) dan Nation Care Charity (NTV7). Kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM sentiasa memantau program-program berbentuk SMS dan mengawal penyiarannya dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu. Terima kasih.”
SOALAN TAMBAHAN:
“Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa ada penghantar SMS ada memberi maklumat, tetapi apa yang saya maksudkan ialah program media seperti Program Akademi Fantasia, Program Gang Starz, program-program berbentuk kuiz, yang sebenarnya ini satu penipuan. Ini satu penipuan, kementerian harus meneliti semua program. Yang berfaedah, kita teruskan.
Jadi saya mahu tahu, program-program penipuan ini merosakkan remaja kemudian mereka ini dijanji bermacam-macam, merosakkan remaja. Jadi saya mahu tahu sama ada kementerian boleh bagi kepada Dewan yang mulia ini, bagi tahu yang mana program yang berfaedah kita terus, yang menipu rakyat, bolehkah kementerian cegah daripada penipuan.” Tanya Datuk Abdul Ghapur lagi.
JAWAPAN;:
“Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Kalabakan atas soalan tambahan. Sebenarnya, pada takrifan kementerian, sekiranya sesuatu program didapati tidak memberi faedah atau menjatuhkan rohani rakyat Malaysia, kementerian tidak akan
Pihak SKMM berpandangan bahawa program yang berbentuk SMS adalah takrifan sebagai program, di mana keseluruhan rancangan tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada penyertaan para peserta atau penonton melalui perkhidmatan SMS. Oleh itu, berdasarkan tafsiran di atas, hanya program berbentuk kuiz, permainan televisyen dan program perbualan atau chat show wajar dikategorikan sebagai program SMS. Penggunaan SMS dalam program-program
Oleh yang demikian, adalah tidak wajar program-program tersebut dikategorikan sebagai program berbentuk SMS. Justeru, bilangan program SMS yang terkini di stesen-stesen televisyen di bawah Media Prima Berhad dan Astro adalah seperti berikut: (i) Game show; (ii) Permainan chat; (iii) Perbualan. Kesemuanya adalah: (i) TV3 - 2; (ii) NTV7 - 0; (iii) 8TV - 3; (iv) TV9 - 1; dan (v) Astro - 6.
Akademi Fantasia yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, tidak dikategorikan sebagai program SMS di Astro, kerana ia tidak tergolong dalam takrifan program SMS yang disebut di atas tadi. Akademi Fantasia merupakan program realiti, pencarian bakat dan turut memaparkan proses pembelajaran peserta di samping konsert mingguan. Elemen SMS hanya digunakan untuk menentukan para pemenang. Terima kasih.” Jawab Dato’ Joseph Salang lagi.
SOALAN TAMBAHAN:
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusi dewan tersebut membenarakan soalan dari Yang Berhormat Bachok, Tuan Nasharudin Mat. Isa.
“Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya membaca satu SMS. Soalan kita berkaitan dengan SMS yang dihantar kepada anak saya yang baru tingkatan tiga dan diforwardkan kepada saya pagi tadi. Penghantarnya, nombor 22123000. Isi SMS nya adalah:
‘Wild youth collection. We have all funny clips and hot sexy mobile videos. Type ON YOU. Send to 33499 now. Free registration’.
Bagaimana pihak kementerian nak respon pada SMS yang sebegini dihantar kepada pelajar Tingkatan 3 dan ramai lagi saya rasa yang memperoleh SMS yang sebegini, dalam rangka untuk kita bertindak seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kalabakan sebentar tadi, yang memberikan kesan negatif kepada budaya, akhlak, khasnya remaja-remaja kita. Terima kasih.” Kata Tuan Nasaruddin.
JAWAPAN:
Jawab Dato’ Joseph Salang anak Gandum, “Terima kasih Yang Berhormat dari Bachok. Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan atau soalan tambahan dari Yang Berhormat Bachok adalah terkeluar dari soalan pokok. Namun demikian saya mengharapkan...”
“Yang Berhormat, kalau terkeluar tidak payah jawab!” Sampuk Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee.
Kata Dato’ Joseph Salang anak Gandum lagi, “Yang Berhormat Bachok boleh menyampaikan pesanan SMS itu kepada... (Beberapa Ahli menyampuk hendak bercakap) Eh, bukan kepada saya, nanti saya pula…
Tuan N. Gobalakrishnan Ahli Parlimen Padang Serai dan beberapa lain bangun hendak bercakap.
“Ahli Yang Berhormat sila duduk, sila diam Yang Berhormat.” Arah Timbalan Yang di-Pertua lagi.
“Ini masa depan negara kita!” Jawab N Gobalakrishnan.
“Yang Berhormat Padang Serai duduk!” Timbalan Yang di-Pertua mengarah sekali lagi.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum menyambung jawapannya kepada Yang Berhormat Bachuk lagi, “...Kepada syarikat telekomunikasi di mana anak Yang Berhormat menjadi pelanggan. Terima kasih!”
Itulah antara dialog dan perbincangan di parlimen yang boleh kita fikir-fikirkan bersama. Benarkah program yang ada kaitan dengan SMS di bawah Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Joseph Salang anak Gandum itu termasuk projek menipu rakyat dan merosakkan anak-anak remaja?
Sekian Catatan Santai dari parlimen untuk kali ini.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 16-05-08. KL.
2 comments:
pertandingan berbentuk sms di tv menggunakan konsep, penghantar pesanan sms terbanyak akan menang.. oleh itu secara terang-terangan mengamalkan unsur riba. Patut di haramkan. Pertandingan sebegini sama seperti judi, mana yang kaya akan terus kaya dan mana yang miskin akan tertindas.
Friday, May 30, 2008
Apabila Imam Dijerat Skim Hadiah SMS AF6!
Oleh USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
Adakah jika tawaran wang RM 14,000 itu betul-betul diberikan tanpa tipu, adakah anda fikir ia halal?
Tidak sama sekali kerana ia hasil Akademi Fantasia, satu rancangan hiburan yang bercanggah dengan Islam tanpa khilaf lagi. Namun Tuan Imam masih berminat? Kekesalan saya yang pertama. Nabi s.a.w bersabda:-
يأتي على الناس زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه أمن الحلال أم من الحرام
Ertinya: "Akan datang satu zaman dimana seorang individu itu tidak lagi memikirkan dari mana sumber perolehan hartanya, samada dari yang halal atau haram." --(Riwayat Al-Bukhari)
Kes ini menunjukkan pengaruh duit free dan cepat, sangat mudah memabukkan orang ramai hari ini. Salah satu ciri mabuk adalah aqal menjadi kurang waras dan tidak dapat berfikir dengan tenang dan tepat.
Saya kesal, kerana RM 14,000 duit free yang ditawar telah mampu dengan mudah menjadikan seorang ahli agama LEMAH pertimbangannya sehingga ‘terlupa' untuk menunaikan hak-hak Islam seperti menyemak kontrak, memastikan apakah asal usul hadiah free ini? apakah hukumnya ?
Dan juga bagaimana kewibawaan sms tersebut sebelum menyertainya atau memberikan kerjasama (memberikan nombor akaun).
Terang dan nyata sms itu datang dari luar Negara, apa kena mengena Indonesia dengan AF yang dianjurkan di Malaysia, oleh salah sebuah stesyen televisyen swasta dari Malaysia?
Namun, kemabukan wang cepat menutup segala pintu kewarasan. Saya sangat bimbang.
Bacaan seterusnya layari zaharuddin.net
Post a Comment