Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
“KEPUTUSAN Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari UMNO hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela. Masalah dalaman UMNO semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. Walau bagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.
Memandangkan masalah dalaman UMNO yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.” Ulasan Anwar Ibrahim 20 Mei 2008
Menurut Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang,20 Mei 2008 “Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari UMNO merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa UMNO kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.
1..Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.
PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs sedang berlaku dalam UMNO pasca pilihan raya, demi menyusun demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.”
Kalau proses keluar dari UMNO itu terus berterusan, contohnya diikuti oleh Sanusi Junid dan ramai lagi ahli UMNO ianya adalah suatu perkembangan baru, yang boleh jadi macam-macam seperti piliharaya semula dan lain-lain. Tidak seperti keluarnya Presiden-presiden UMNO terdahulu Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn dulu. UMNO akan mendapat saingan kuat dari PKR, dan PKR lebih banyak dapat manfaat dari PAS kerana perjuangannya yang hampir sama… PAS boleh fikir bagaimana boleh mengaut keuntungan agama dari tragedy dalam UMNO itu…
Sekian.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 20-05-08. KL.
4 comments:
Ucapan Mahathir di Parlimen @ 11/8/1965
" Mari kita tengok dan kaji apakah sebenarnya pendirian Mahathir pada 43 tahun yang dulu, tentang isu hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO itu.
Dari Hansard Dewan Rakyat, 11/08/1965. Halaman 41-43.
Dr Mahathir bin Mohamed (Kota Star Selatan): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun hendak chakap untok menentang usul di-bawa oleh Enche' Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan.
Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah oleh kerana ini ada-lah bukan satu usul yang akan membina satu Malaysia yang kuat, tetapi chuma akan menimbul perasaan perkauman yang akhirnya akan menjahanamkan sama sekali Malaysia yang kita sayangi.
Sebab, Tuan Yang di-Pertua, ia-lah dengan kerana saya berpandu kapada keadaan yang ada di-Tanah Melayu sa-belum peperangan yang kedua. Di-masa itu sunggoh pun pehak penjajah British telah ada kuasa berkenaan dengan soal2 luar negeri dan pertahanan, tetapi di-dalam soal2 yang bersangkutan dengan ekonomi, politik dan sa-bagai-nya di-dalam negeri, memang Raja2 Melayu dan juga Ahli2 Dewan yang ada pada masa itu berkuasa penoh. Dan masa itu, orang2 Melayu boleh-lah di-katakan ada hak yang penoh untok mentadbirkan negeri ini dengan sa-chara apa pun juga dia suka.
Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita banding keadaan pada masa itu maka tentu-lah nyata ia-itu sunggoh pun pada masa itu orang2 Melayu boleh di-katakan berkuasa, tetapi keadaan orang2 Melayu bukan-lah lebeh baik daripada masa sekarang, tetapi boleh di-katakan lebeh burok lagi. Mereka memang berkuasa, tetapi oleh kerana kurang kepandaian, kurang perasaan, maka orang2 Melayu telah tertinggal ka-belakang di-dalam serba-serbi di-masa sa-belum perang dahulu. Orang2 China dan orang2 India, dan juga orang2 lain, tidak berhak sama sekali di-Tanah Melayu pada masa itu, dapat juga memperbaiki keadaan mereka itu sa-hingga pada satu masa sa-belum lagi pechah peperangan yang kedua mereka telah memegang peranan yang terbesar sa-kali di-dalam Tanah Melayu ini.
Dan pada masa itu juga saya ingin memperingatkan wakil daripada Kelantan yang berchakap tadi ia-itu mereka juga telah di-jadikan Dato'2 dan sa-bagai-nya. Masa itu orang2 Melayu ber-hak penoh. Tetapi orang2 Melayu telah beri kapada orang yang tidak ada hak sama sa-kali di-dalam Tanah Melayu pangkat2 yang di-sebutkan tadi. Dari itu kita tentu-lah nyata ia-itu chuma dengan mengadakan chatitan yang saperti di-katakan di-sini di-dalam Perlembagaan Tanah Malaysia ini bukan-lah akan menjamin kebaikan kedudokan orang2 Melayu di-Tanah Melayu ini.
Yang mustahak ia-lah kita berusaha, dengan sa-chara orang2 Perikatan berusaha, supaya membaiki kedudokan orang2 Melayu dengan memberikan kapada mereka kepandaian2 yang ke-kurangan di-sisi mereka.
Satu lagi yang timbul di-dalam uchapan Yang Berhormat tadi ia-lah berkenaan dengan Brunei juga dapat di-tinggalkan di-luar daripada Malaysia dan juga dapat berada di-dalam dunia ini dengan tidak payah memasoki Malaysia ini. Saya ingin memperingatkan ia-itu Brunei ini sunggoh pun ada, bukan-lah satu negeri yang merdeka, tetapi ia-lah maseh menjadi tanah jajahan British - di-jajah oleh British.
Di-dalam uchapan-nya pada pagi tadi Ahli Yang Berhormat telah menyebutkan berkenaan dengan perkara jururawat di-Kedah yang mana saya sendiri telah mengambil peranan yang besar. Banyak di-antara orang2 PAS memikirkan bahawa saya telah mengambil bahagian di-dalam perkara ini ia-lah dengan kerana saya memikirkan sa-bagai sa-orang yang berdasarkan kapada perkauman, tetapi yang sa-benar-nya saya ingin menerangkan kapada Rumah yang bahagia ini, saya telah mengambil berat atas perkara ini ia-lah sa-bagai sifat saya sa-orang wakil Perikatan yang ingin berusaha supaya di-adakan satu masharakat yang sama di-dalam Tanah Melayu ini. Saya perchaya sa-bagai wakil Perikatan, dengan ada-nya masharakat yang sama atau pun equitable society baharu-lah dapat kita membena satu negeri yang terpelihara dari huru-hara.
Di-dalam pilehan jururawat di-Kedah itu telah pun terpileh 16 orang yang bukan Melayu dan chuma sa-orang Melayu. Kesalahan ini bukan-lah kesalahan daripada pehak Jawatan-kuasa Temu Duga tetapi ia-lah kesalahan dengan kerana tidak ada arahan yang di-beri kapada Jawatan-kuasa ini berkenaan dengan chara2 untok memileh jururawat itu. Mereka ini chuma berpandu kapada sijil yang di-bawa oleh orang2 yang minta menjadi juru-rawat itu. Dengan sebab itu mereka itu telah memileh sijil yang tertinggi sa-kali. Maka dengan sebab itu-lah kita dapati ia-itu 16 daripada 17 orang yang di-pileh itu bukan orang2 Melayu.
Di-dalam penyelidekan yang saya telah lakukan di-Kedah itu saya dapati bahawa semua daripada 120 orang yang minta menjadi jururawat itu ada-lah terdiri daripada orang yang layak menjadi jururawat. Kalau-lah kita chuma berpandu kapada kebolehan yang terchatit dalam sijil2 mereka maka sudah tentu kita akan memileh orang2 yang bukan Melayu. Ini bukan-lah sebab apa, tetapi kita tentu-lah tahu ia-itu di-dalam pepereksaan L.C.E. dan Senior Cambridge pada tiap2 tahun kebanyakan penuntut2 yang dapat sijil yang tinggi saperti grade I dan juga dapat distinction bukan-lah terdiri dari-pada orang2 bangsa Melayu. Jadi kalau di-dalam 120 orang yang layak menjadi jururawat tadi kita chuma mengikut sijil sahaja maka terpaksa-lah kita memileh orang yang bukan Melayu. Dengan kerana Jawatan-kuasa Temuduga tadi telah memileh chuma tentang sijil2 ini maka orang2 Melayu tidak di-pileh.
Tetapi di-Kedah, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada orang2 yang akan di-jaga oleh jururawat2 itu terdiri daripada orang2 Melayu, maka mustahak-lah juga jururawat bekerja di-Kedah terdiri dari-pada-nya orang2 yang faham berkenaan dengan adat, berkenaan dengan ugama, berkenaan dengan chara tutor bahasa orang2 yang akan jatoh di-bawah jagaan mereka. Kalau perkara ini di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga maka sudah tentu-lah mereka akan memileh orang yang boleh memaham orang2 yang pada satu masa akan di-jaga oleh jururawat2 itu. Ini-lah sebab kerana tidak ada arahan di-beri kapada Jawatan-kuasa Temuduga ini maka mereka itu telah memileh orang2 yang benar2-nya sunggoh pun mereka itu ada sijil yang tinggi tetapi bukan-lah orang yang boleh menjalankan tugas mereka dengan sempurna di-tempat itu.
Kalau-lah pemilehan ini berlaku di-Pulau Pinang atau di-mana2 tempat di-mana bilangan orang2 Melayu kurang, maka ini tentu-lah tidak berperasaan apa2 oleh kerana kalau di-pileh di-Pulau Pinang, umpama-nya, orang2 itu terdiri daripada orang China, jururawat semua-nya orang China, mereka tentu-lah dapat bekerja dengan chekap lagi di-dalam Hospital di-Pulau Pinang. Tetapi di-Kedah dengan kerana kalau sa-orang jururawat itu tidak dapat berchakap dalam bahasa Melayu, dia tidak mengerti tentang tutor Bahasa dan juga adat orang2 Melayu maka boleh jadi mereka itu akan menyenggong orang2 sakit di-bawah jagaan mereka dan ini akan menimbulkan satu perasaan tidak puas hati di-antara orang2 yang akan pergi ka-Hospital2 dan Kelinik2. Jadi, ini-lah sebab-nya saya memikirkan bahawa supaya keadaan di-dalam Jabatan Kesihatan di-Kedah akan di-jalankan dengan lebeh sempurna lagi, maka keberatan juga patut di-beri kapada kerja yang akan di-buat oleh jururawat2 ini. Kalau-lah sa-mata2 berpandu kapada sijil yang tinggi, maka ini akan membawa kapada keadaan di-mana pekerja2 di-dalam Jabatan2 Kerajaan akan terdiri sa-mata2 daripada orang yang bukan Melayu dan mereka ini akan bekerja di-antara orang Melayu dan tidak dapat membawa pengertian yang penoh kapada orang2 yang mana mereka itu mesti bekerjasama. Hanya ini-lah yang mustahak sa-kali di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga.
Saya harap tiap2 parti pembangkang, terutama yang membawa usul ini, jangan-lah memikirkan ia-itu ini akan menjadi satu daripada alasan2 supaya di-masokkan, di-chatitkan di-dalam Perlembagaan kita hak2 bumiputra yang mana di-sebut di-sini. Sa-benar-nya apa yang di-katakan hak2 bumiputra atau pun Malay privileges di-dalam Perlembagaan kita bukan-lah sa-benar2-nya hak, tetapi ia-lah satu chara untok mempertahankan pehak yang lemah, supaya pada satu masa, mereka dapat berdiri dan bertanding dengan lain2 kaum dengan tidak payah lagi bersandar kapada hak2 ini. Dengan chara kita chuma menuliskan di-dalam Perlembagaan hak2 ini bukan-lah akan terjamin kehidupan mereka (Ketawa).
Saya tidak nampak apa2, yang saya kata tadi, yang boleh membawa kapada gelak ketawa. Saya bukan kelakar macham Ahli2 yang berchakap tadi. Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi tidak perchaya dengan di-ada-kan, dengan di-chatitkan di-dalam Per-lembagaan hak2 bumiputra, maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. Apa yang musta-hak ia-lah kita bekerja dan mengguna-kan apa yang di-katakan hak2 istimewa orang Melayu itu untok membangun-kan orang2 Melayu, orang2 yang boleh mempertahankan diri mereka dalam sa-barang pertandingan. Dan pada satu masa kita akan buang sama sa-kali hak2 istimewa orang Melayu. Saya faham bahawa hak2 ini yang ada terchatit di-dalam Perlembagaan pada masa sekarang juga ia-lah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan orang2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika, di-mana mereka itu mesti di-berikan reserve supaya mereka itu dapat hidup di-Amerika.
Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalu-lah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta' ada-lah tanah. Ini-lah satu tanda bahawa kita ini lemah. Dan saya berharap hak2 ini ta' akan kekal dan kita akan berusaha, saya perchaya Parti Perikatan, bagitu juga Kerajaan Perikatan, akan berusaha supaya pada satu masa kita dapat membuangkan sama sa-kali hak2, jangan-lah menambahkan lagi hak2 ini. Terima kaseh.
"
Assalamualaikum,
Ibnu Hasyim, apa yang saya raser telah berlaku dan memang itulah UMNO....
di bawah ini, saya harap IbNU hasyim dapat mendengar komen daripada Shahrir Samad, kalau PAKATAN RAKYAT dapat memerintah, dan ramai AHLI PARLIMEN daripada UMNO keluar.... mereka hendaklah meletakkan jawatan daripada UMNO. dan Pilihanraya akan dilakukan semula. alamaknya, BARISAN NERACA menang lagilah....
kater orang politik UMNO, kemenangan menghalalkan cara!!!!
sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Asalamualaikum,
Usia mahathir cukup panjang untuk beliau menilai apa yang beliau telah lakukan terhadap pimpinan UMNO terdahulu termasuk PM no 1 dan 3.
Kini masanya untuk Institut Pemikiran Mahathir di UUM dibawah pimpinan Prof Motivasi aka BTN untuk mengeluarkan komennya. Yang menghairankan tiada satu komen datang dari kalangan profesor di Sintok ini??? Musykil.
Post a Comment