Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
YB GUAN Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bagan dari DAP di Dewan Rakyat Parlimen ke 12, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama Bil 9, Selasa 13 Mei 2008, dalam membahaskan junjung kasih ucapan dan Titah Yang Dipertuan Agong pada jam 11.51 pagi, antaranya menyebutkan…
“…Minta maaf. Di sini, kami harap bahawa isu-isu yang menjadi perkara pokok kepada pengundi-pengundi bolehlah diuruskan dengan segera oleh Kerajaan Pusat. Contohnya penubuhan IPCMC yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Polis harus didirikan dengan segera.
Ketiga, pembahagian ekonomi yang adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia dalam menangani masalah inflasi. Rakyat Malaysia dalam kesusahan, dan di sini kami berharap
Jikalau RM80 bilion keuntungan oleh Petronas setiap tahun, kita hanya tuntut separuh sahaja bukan segala-gala nya. RM40 bilion dibahagikan kepada orang miskin bukanlah lebih, bukanlah melampau hanya sebuah keluarga RM6,000 setahun sahaja bukankah ini sesuatu yang dapat menunjukkan kasih sayang, keprihatinan dan juga bahawa Kerajaan Malaysia adalah milik
Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua tentang buku ‘The Tipping Point’ dan saya rasa Malaysia sekarang adalah satu contoh yang paling jelas bahawa kita mungkin dalam peringkat the tipping point. Satu, ialah politik tsunami pada 8 Mac. Berikutan tsunami politik ini keadaan yang berubah telah menunjukkan kemungkinan bahawa ada perubahan yang lebih besar dan di antara agen-agen tipping point ini adalah selain daripada ketua umum PKR Datuk Seri termasuk juga Yang Berhormat dari Gua Musang dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat,
Satu lagi perkara bukan individu yang memungkinkan tipping point ini berlaku, yang boleh membawa perubahan yang lebih besar adalah masalah rasuah. Di sini kami boleh bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu kegagalan sebelum ini untuk menangani gejala rasuah dan telah mencadangkan beberapa langkah-langkah untuk menunjukkan komitmen beliau dalam menangani rasuah. Saya bimbang bahawa usaha beliau tidak akan tercapai sekiranya tidak ada hasrat politik, sekiranya beliau tidak ada pembantu yang dapat menyempurnakan tugasnya.
Apa gunanya kalau dia satu orang yang hendak hapuskan rasuah dan yang lain-lain tidak begitu
Kebanyakan gas subsidi dinikmati oleh IPP, saya bagi satu contoh untuk tahun 2007 gas subsidi yang telah diberikan oleh Petronas adalah sebanyak RM15.6 bilion. Di mana TNB hanya mendapat RM5 bilion sahaja. Sektor yang bukan swasta RM3.9 bilion, tetapi yang paling banyak ialah IPP - RM6.7 bilion. Di sini Tuan Yang di-Pertua saya hendak mencadangkan kurangkanlah gas subsidi kepada IPP kerana mereka adalah syarikatsyarikat yang telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia yang boleh mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit. Mengapakah mereka boleh menikmati subsidi berbilion-bilion ringgit dan membolehkan mereka mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit?
Manakah keadilan, manakah kesaksamaan, manakah keprihatinan kerajaan untuk rakyat-rakyat miskin? Di sini kerana Malaysia kekurangan gas, di Pulau Pinang kerana ketidak adaannya
Di sini saya juga hendak mempertikaikan macam mana Petronas menggunakan sumber kewangan yang sedia ada. Contohnya dalam keadaan di mana Kerajaan BN enggan memberikan wang Petronas kepada rakyat. Philharmonic Orchestra yang hanya dianggotai oleh 5% pemuzik tempatan… Saya hendak tanya, adakah benar bahawa sejak Malaysia Philharmonic Orchestra itu bukan RM500 juta telah dibelanjakan? Kalau benar macam mana ia boleh membantu mereka yang miskin, mereka yang tidak ada beras sekarang yang tidak mampu beli sekarang.
RM500 juta untuk menampung Malaysian Philharmonic Orchestra yang bukan dianggotai oleh orang tempatan, tetapi kebanyakan oleh orang asing. Sebanyak 95% pemuzik asing dibayar di antara RM16 ribu dan RM28 ribu sebulan. Setiap orang diberikan cuti berbayar 2 bulan setiap tahun. Ketua muzik atau konduktor dibayar RM130 ribu sebulan, manakala pembantunya RM50 ribu sebulan. Jumlah perbelanjaan orkestra Malaysia ini adalah RM33.5 juta sebulan. Adakah ini
Saya harapkan bahawa konduktor muzik Malaysia Ooi Chean See telah meletak jawatan... ...kerana tidak diberikan peranan penting. Dan saya hendak tahu bagaimana Petronas sanggup
Itulah pandangan Lim Guan Eng tentang pembaziran Kerajaan BN. Apakah pemikiran beliau sama atau sudah berpandukan Khalifah Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam dari kerajaan Bani Umayyah yang menyamai ciri-ciri hidup Khalifah Ar-Rasyidin Umar Al-Khattab Khalifah II Kerajaan Islam di Madinah? Apakah kehilangan pelabur asing di Pulau Pinang RM1 bilion sebagai langkah yang boleh ditafsirkan penekanan ke atas negeri yang dikuasai pembangkang dari Kerajaan Pusat?. Nampak tibalah masanya, Kerajaan Pusat pimpinan BN terpaksa ditukar oleh kuasa rakyat!
Sekian Wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 14-05-08. KL.
Teladan: Zuhudnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz
ReplyDelete"Pakaian & Cara Pemakaiannya
Seorang ulama' Quraish meriwayatkan: Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata: Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku. Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru.
Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian.
Pakaian solat
Seorang pengawalnya berkata: Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya. Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki: Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat.
Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab: Sesungguhnya sebaik-baik niat yang ikhlas untuk berzuhud, adalah ketika memiliki kemewahan. Dan masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan, ialah ketika mampu membalasnya.
Harum lagi Bergaya
Raja' bin Haiwah meriwayatkan: Sebelum Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau merupakan lelaki paling harum tubuh dan pakaiannya serta paling bergaya cara berjalannya.
Setelah menjadi Khalifah, mereka telah menilai harga pakaiannya (baju, serban, kain, pakaian luaran & dalaman, kain baldu) hanya sekadar 12 dirham sahaja.
Pakaian Ketika sakit
Salamah meriwayatkan: Suatu masa aku menziarahi Umar Abdul Aziz yang sedang sakit. Aku melihat dia memakai baju yang sudah kotor. Lalu aku berkata kepada Fatimah: Wahai Fatimah, Tolong basuhkan baju Amirul Mukminin. Jawab Fatimah: InsyaAllah, kami akan laksanakan.
Keesokan harinya, aku berkunjung lagi. Aku dapati bajunya masih seperti kelmarin. Lantas aku bertanya:
Wahai Fatimah, Bukankah aku telah menyuruh menbasuh baju Amirul Mukminin. Sepatutnya engkau menukarkan bajunya, kerana orang ramai sentiasa mengunjunginya.
Jawab Fatimah: Demi Allah, hanya baju itulah yang beliau ada.
Dari megasutra.com
"