Saturday, May 03, 2008

Jom Heboh: Mufti Perlis Tampar Muka Menteri Penerangan..


Ibnu Hasyim:CATATAN SANTAI


SYABAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza! Kerana tertulis di blog beliau “Jabatan Mufti Perlis tidak mengharamkan Program Jom Heboh anjuran Stesyen TV3, akan tetapi pihak Jabatan Mufti dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama dengan program Jom Heboh tersebut.” Walaupun tak berani nak haramkan secara terus terang, tetapi teguran-teguran begini membuktikan beliau adalah seorang Mufti yang prihatin.

Beliau menegaskan, teguran mahupun surat bantahan yang dikeluarkan oleh Jabatannya tidak bermaksud mengharamkan Jom Heboh, tetapi sekadar satu pemantauan untuk memastikan tidak ada perkara yang tidak elok berlaku. Ketegasan yang cuba ditekankan oleh Mufti antara lain beliau mencadangkan garis panduan pelaksanaan program Jom Heboh di Negeri Perlis.

1. Program Jom Heboh’ tanpa konsert’ adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis.

2. Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin

3. Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan.

4. Artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Sohaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.

5. Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkan

6. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan

7. Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.

Melihat kepada panduan yang digariskan oleh Mufti tersebut amatlah berhati-hati, ‘bagai menarik benang dalam tepong’ kata pepatah Melayu. Benang yang ditarik tidak putus dan tepung pun tidak berselerak.

Hal ini membuktikan bahawa sasaran kritikannya bukan sahaja kepada pelaku-pelakunya seperti yang pernah disebutkan oleh sebagian dari penulis-penulis, ‘…Seharusnya teguran yang dibuat adalah satu tamparan hebat buat semua artis yang berada dalam kelompok 'bukan artis contoh'…’ tetapi sebenarnya adalah kepada Menteri Penerangan sendiri. Apakah agama dan umat Islam di Perlis tidak sama dengan umat Islam di negeri-negeri lain dalam Malaysia? Apakah di negeri-negeri lain tidak sesuai dengan peraturan begini?

Kalau tujuan peraturan itu hanya untuk negeri Perlis sahaja, apa guna beliau tulis dalam blog yang seluruh dunia Melayu membacanya? Jadi sebenarnya, bukan Mufti itu menampar artis-artis tetapi menampar muka Menteri Penerangan sendiri. Kementerian Penerangan perlu sedar dan patut merasa sakit, kerana banyak program-program tv di Malaysia memperlihatkan ‘nilai-nilai kebodohan’.

Belajarlah dari kejatuhan Menteri Penerangan dahulu yang ‘degil’ dan tidak prihatin terhadap kehendak rakyat. Saya kenal Datuk Ahmad Shabery Cheek semasa bersama Parti Semangat 46 dulu dan pernah memberi taklimat di Pusat Tarbiah PAS Taman Malewar. Saya yakin beliau pun sedar bahaya hiburan seperti disebutkan, mungkin beliaupun ingin menggunakan kaedah menarik benang dalam tepung juga.

Saya nasihatkan, rentap saja benang tersebut kerana muka Datuk sudah ditampar. Kadang-kadang kebaikan itu lebih berkesan bila datangnya dari atas, seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan!

Sekian catatan santai untuk kali ini. Wassalam.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 2 Mei 08. KL.

8 comments:

Ammierto said...

Assalamualaikom Pak Mohd
Barangkali konsert 'Jom' "jom" ini perlu diperluaskan pengharamanya ke negeri lain kerana terbukti tidak membentuk 'modal insan ' yang selalu didendangkan. Rakyat dah boring dengan formatnya.

Ammierto said...

Assalamualaikom Pak Mohd
Barangkali konsert 'Jom' "jom" ini perlu diperluaskan pengharamanya ke negeri lain kerana terbukti tidak membentuk 'modal insan ' yang selalu didendangkan. Rakyat dah boring dengan formatnya.

Shahabudeen Jalil said...

bagus la Dr. Maza nie.. layak jadi ulamak besar satu hari nanti.

Ibnu Hasyim said...

Ha.. Bagus cadangan PAS Serdang. Saya tak teringat pun nak tulis hal itu.

Elok Mufti Perlis bawa ke peringkat Pusat. Baru boleh diterima sebagai ulama nasional macam yang dikehendaki oleh Shahabudeen Jalil..

Wallhu aklam.

Anonymous said...

Ehem... Dah lama sebenarnya disuarakan mufti perak.

Sure Heboh’, ‘Jom Heboh’, ‘Fiesta Hurra’ tetap haram - Mufti Perak [hikmatun.wordpress.com]
Posted on Januari 1, 2007 oleh Hikmatun Oleh : Sahar Abdul Majid

KOTA KINABALU, 25 Mei (Hrkh) - Mufti Perak, Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria berkata, program konsert ‘Sure Heboh’ yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di negara ini tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh’.



Sebuah akhbar tempatan di sini melaporkan, Harussani menyifatkan program itu tetap haram kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan hiburan serta pergaulan bebas.

“Saya bersedih program itu masih diteruskan dan kini timbul pula Fiesta Hurra yang diterbitkan oleh televisyen milik kerajaan sendiriâ€� katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keluarga Islam di Masjid Negeri Perak baru-baru ini.

Menurutnya, program yang diadakan bagi kempen pesta bola sepak Piala Dunia itu sudah bertukar menjadi pesta hiburan dan tarian tanpa mempunyai batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Beliau berkata, sebagai Mufti dan pemimpin Islam, beliau bertanggungjawab untuk membuat kenyataan seperti ini demi menjaga kehormatan umat Islam.

Katanya ketika orang lain sibuk membincangkan masa depan ekonomi, pendidikan dan kebudayaan masing-masing, umat Islam negara ini pula asyik memikirkan tentang hiburan.

Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas memutuskan bahawa konsert ‘Sure Heboh’ adalah haram di sisi Islam kerana ia melalikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.

Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan sesuatu yang melalaikan oleh itu ia wajar dihentikan.

Dalam perkembangan lain, Harussani berkata, umat Islam negara ini juga perlu serius dalam usaha menangani isu murtad kerana ia dikatakan telah membabitkan lebih 100,000 orang terutama remaja Melayu.

Harussani juga berkata, pihaknya juga baru-baru ini menerima surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa 40,000 orang Islam warganegara Malaysia telah memeluk agama mereka.

Umat Islam tidak boleh memandang remeh perkara ini atau bimbang untuk membicangkannya dengan alasan ia sebagai isu sensitif, lapor akhbar berkenaan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Mohd,

Saya rasa ulasan Pak mohd memang wajar diteliti dengan baik oleh kerajaan Perlis dan kementerian terbabit. Cuma mungkin sedikit pembetulan fakta, hakikatnya bukan Menteri Penerangan yang harus ditampar tetapi Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shaziman Mansor dari Tampin. Sebab dialah yang bertanggungjawab dalam soal stesen TV swasta. Si Shabery ni hanya fokus kepada RTM, Bernama, Jasa, Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran.

Ibnu Hasyim said...

Terimakasih komen anda.

Tak marah pun!

Anonymous said...

Sedih juga dimana sebelum ini pernah Mufti Perlis pernah dilabelkan sebagai Wahabi oleh sebahagian mufti seperti mufti Pahang dan Sabah (maklumat dari bank wahabi).

Namun jelas kewahabian yang diperkatakan oleh sesetengah pihak tidak jelas kelihatan. Siapa wahabi pun tidak pasti...

Syabas Dr. MAZA atas pandangan beliau mengenai isu ini.

wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails