Oleh: IKANG DUKANG
MEDIA massa memainkan peranannya dengan berkesan apabila secara konsisten memaparkan sikap dua tiga orang pemimpin DAP yang menyinggung dan mencabar sensiviti orang Melayu. Bermula dengan cadangan memulaukan istiadat mengangkat sumpah MB Perak, diikuti dengan gelagat ketika persidangan Parlimen dan diteruskan lagi mempertikaikan campur tangan Sultan dalam kes pertukaran Pengarah JAIP.
Orang Melayu melihat peristiwa-peristiwa ini sebagai sesuatu yang mencabar kewibawaan bangsa. Mereka sedang mencipta satu hipotesis bahawa DAP bukan sebuah parti yang toleran terhadap bangsa Melayu. Hipotesis ini apabila ditambah dengan adegan dan fakta-fakta baru akan menjadi satu teori yang boleh menutup terus sokongan orang Melayu kepada DAP.Kita tidak bimbang DAP kehilangan sokongan Melayu.
Yang kita takut ialah apabila bangsa Melayu tidak lagi mempercayai Pakatan Rakyat. Kita harus berfikiran negatif bahawa orang Melayu terutamanya pengundi-pengundi atas pagar akan menarik balik sokongan mereka kepada PAS dan PKR dalam pilihanraya umum akan datang atau pilihanraya kecil yang mungkin diadakan dalam tempoh empat tahun ini. Maka akan berulangkah kekalahan besar PAS dan PKR seperti tahun 2004? Justeru itu, DS Anwar Ibrahim selaku penasihat Pakatan Rakyat seharusnya melihat perkara ini secara objektif.
Kemelut yang berlaku mestilah diselesaikan. Para pemimpin perlulah didisiplinkan dan diwujudkan satu kontrak sosial dalam pakatan . Tindakan segera perlu dilakukan agar situasi yang tidak kondusif ini tidak berpanjangan. Kita tidak mahu apabila nasi sudah menjadi bubur baru kita yang terhantuk hendak terngadah. Apabila orang Melayu menukarkan hipotesis menjadi teori maka sukarlah kepercayaan ditagih kembali. Kita percaya, bukan sahaja PAS dan PKR tidak mahu sokongan terhakis, malah DAP sendiri ingin menangkis bala ini.
Sudah pasti semua komponen Pakatan Rakyat tidak rela kehilangan kuasa di lima negeri dan kembali menjadi pembangkang yang lemah di Parlimen. Maka sikap toleran dan akur dengan sosio budaya tempatan wajar diterima oleh pemimpin DAP. Sebenarnya saya teruja dengan sikap Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Lim Kit Siang walaupun ada ketikanya agak ofensif dan vokal, namun ada ketikanya beliau berani meminta maaf apabila merasakan perlu berbuat demikian.
Begitu juga dengan anaknya, Lim Guan Eng. Walaupun sukar mengukir senyuman, tetapi sikap prihatin yang menerobos sempadan kaum menjadikan Ketua Menteri Pulau Pinang ini seorang pemimpin yang dihormati,dikagumi dan disayangi, sekurang-kurangnya buat masa ini. Tetapi saya walaupun penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, saya tidak dapat menerima gaya dan pendekatan Karpal Singh, juga sekurang-kurangnya buat masa ini. Adakalanya apabila beliau begitu lantang menikam PAS dengan isu negara Islam, saya dihantar ke satu persimpangan sama ada perlu terus mempercayai Pakatan Rakyat atau mencari alternatif lain.
Namun apabila diingatkan bahawa perangai orang Melayu sendiri yang ramai menolak negara Islam dan hudud malah sanggup menyamannya di mahkamah, hati saya bagai memaafkan Karpal Singh kerana bagi saya, beliau menentang negara Islam kerana kekurangan maklumat dan diracuni oleh gambaran yang salah oleh UMNO sendiri. Konklusinya, sikap toleran, beradab dan berlapang dada yang selaras dengan budaya Timur wajar diamalkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kerana Pakatan itu sendiri terdiri daripada pelbagai kaum yang diikat oleh kerencaman resam dan budaya.
Saya percaya, Karpal Singh dan Lim Kit Siang boleh menyelami maksud saya dan bersedia menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang mula tercalar.
3 comments:
Salam Ibnuhasyim,
Saya banyak memberikan komen dalam beberapa blog mengenai sikap dan perangani DAP, malah saya pernah menyatakan dalam salah satu blog, hanya Melayu Islam yang bodoh sahaja yang mengundi DAP. Walau marah mana sekalipun...saya menyeru pada Melayu Islam ini, janganlah diundi DAP ini kerana mereka ini lupa daratan dan umpama gunting dalam lipatan. Parti yang tidak pernah punyai rasa toleransi dan menghormati orang lain serta menganggap mereka seolah-olah sudah terlalu hebat, kuat dan bebas berbuat apa sahaja. Mereka tidak pernah memikirkan sensiviti orang lain, tidak beradab sopan dan yang lebih tepatnya kurang ajar. Adakah kerana mereka memiliki pengetahuan dalam perundangan, lantas mereka boleh sewenang-wenangnya berbuat apa sahaja. Apa salahnya toleransi sentiasa diamalkan, menghargai sokongan dan undi yang mereka terima. Adakah DAP yakin kemenangan mereka selama ini tanpa undi Melayu Islam. kalau itu keyakinan mereka, saya cabar DAP buat kenyataan "kami tidak perlukan undi Melayu Islam".
Ibnuhasyim,
Soal tidak memahami islam sepenuhnya bukan isunya, bagi saya mudah, kalau agak kurang faham dengan Islam, jangan sentuh atau cuba memandai-mandai membuat komen. Diam sudahlah. Ini tidak, bercajkap memberi komen tentang Islam ikut sesukanya. Saya marah dan rasa Karpal Singh sangat BANGSAT, apabila mengkritik dasar Islam. nasib baik kita masih punyai manusia seperti TG Nik Aziz yang berani bersuara menyanggah kritikan Karpal. Apa karpal ni...lupakah dia, kalau tanpa kerjasama PAS dan PKR (yg sebahagian besarnya Melayu) di Perak, Selangor dan P.Pinang, belum tentu DAP merasa nak jadi EXCO atau Yang Dipertua ataupun Ketua Menteri. Jangan haraplah Teresa Kok nak buat statement kelulusan projek ternakan BABI di Selangor.
Ingatanla untuk DAP, hormatilah sedikit sensiviti dan perasaan rakan kongsi, jangan berlagak seolah-olah DAP menguasai semua dan jadikan orang lain sebagai BONEKA. Jangan cabar Melayu Islam, bimbang, DAP langsung tiada tapak di bumi Malaysia nanti. Wassalam.
Secara peribadi, saya tak suka sikap Karpal Singh yang bercakap sesedap mulut, tanpa mengambil-kira akibat buruknya kepada PR dan juga perasaan rakyat Malaysia yang menganut agama Islam...
Asalamualaikum,
DAP adalah parti serpihan PAP yang mahu kekal dalam Malaysia selepas 1965. DAP menang besar pilihanraya 69 dan kesilapan mereka menempelak Kapal Layar yang hampir tewas di Selangor mencetus 13 Mei 1969.
DAP terus menjadi pembangkang dan tidak boleh terima orang Melayu sebagai anak jati Tanah Melayu.
Ku Li berjaya memujuk DAP untuk satu kerjasama, yang kemudian lebur sekerat jalan bila Semangat 46 mendapat habuan lain untuk kembali ke UMNO.
Anwar berjaya melamar Lim Kit Siang untuk digabungkan dengan PAS dalam satu kerjasama mengalahkan BN tahun 08.
Yang pasti Karpal berugama Sikh. Sikh berasal dari satu kumpulan yang mencampur ugama Islam dengan adat dan kepercayaan hindu di kalangan kaum Punjab. Syak wasangka ini berterusan lebih 500 tahun dan tak mungkin hilang di benua India dan mungkin terpencil di Malaysia ini.
Apapun, masyarakat yang gusar tentang peraturan dan hukum Islam adalah disebabkan maklumat salah dan yang mengelirukan oleh orang yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam. Mereka inilah sebenarnya yang merosakkan Islam sama seperti golongan munafik di Medinah. Setiap hari kita akan lihat golongan munafik ini mendapat liputan luas di akhbar perdana dan media yang lain.
Tidak hairan jika orang bukan Islam menolak Islam. Yang bahaya ialah mereka yang mengaku Islam tetapi enggan mengikut sunnah Nabi dan mahu mengikut nafsunya sendiri. Merekalah yang menghancurkan Islam
Post a Comment