Saturday, May 17, 2008

Mukhriz: 3 Perkara Untuk Anwar


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


TIGA Perkara yang dilontarkan oleh Dato’ Mukhriz bin Tun Mahatir Ahli Parlimen Jerlun dari UMNO mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama Bil 9, Selasa 13 Mei 2008, semasa membahaskan junjung kasih ucapan dan Titah Yang Dipertuan Agong bermula dalam ucapannya yang bermula pada jam 3.02 petang.


Begini, antara sebahagian dari sedutannya..


{ “Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat dari Gombak dan juga Yang Berhormat dari Padang Serai tadi yang telah menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan


Yang pertama, mengenai artikel dalam majalah Time dalam edisinya bertajuk The 2008 Time 100. Laporan mengenai Datuk Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategi perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Datuk Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih satu juta rakyat Iraq ini?


Yang keduanya, mengenai artikel dalam akhbar Israel iaitu Jerusalem Post yang menggambarkan Datuk Seri Anwar sebagai Malaysia’s Future Prime Minister seperti yang telah disebut oleh kedua-dua Yang Berhormat, yang saya sebutkan tadi dalam Dewan yang mulia ini. Adakah ini juga bukti bahawa Israel juga setuju Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kalau setuju mengapa?


Yang ketiga, mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of The Future. NGO ini menerima dana sebanyak 35 juta dolar dari Jabatan Negara atau State Department Kerajaan Amerika Syarikat, 10 juta dolar dari Bahrain dan 11 juta lagi dari sumber-sumber lain yang tidak ketahui. Pengerusi Foundation of The Future tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar sendiri insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah Datuk seri Anwar mengambil kerja Shahariza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini.


Soalnya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya.... (Tuan Yang di-Pertua mengingatkan masa cuma lima minit lagi.) ...dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman neo-konservatif yang membunuh rakyat Islam di Iraq Paul Wolfowitz ini hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini? Sudah tentu tidak. Selagi nyawa di kandung badan.. UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita! (Disambut dengan tepukan).” }


Cubalah kita sama-sama fikirkan bagi mengatasinya.. Sekian, wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 16-05-08. KL.

2 comments:

Ano Nyme said...

Pendapat saya ada 2 kemungkinan dalam hal ini:
1. DSAI memang boneka Amerika dan Israel dan dua kuasa besar tersebut sedang berusaha untuk memenangkannya.
2. DSAI bukan boneka Amerika dan Israel tetapi dilihat oleh kuasa besar tersebut sebagai orang yang paling hebat yang melalui pemerhatian dan risikan mereka pasti menjadi pemimpin no. 1 di Malaysia lantas mereka mengambil peluang untuk menyokongnya.
3. DSAI tiada kena mengena dengan boneka atau bukan boneka tetapi telah di iktiraf sebagai salah seorang warga dunia yang hebat yang mampu memberi impak kepada percaturan politik dunia yang baru ini (Globalisasi).
Yang pastinya DSAI menjadi salah seorang orang besar di pesada antarabangsa buat masa ini.
Walau apapun kebenarannya tugas para pemimpin kita ialah lahirkanlah seramai mungkin warga Malaysia yang mampu bersaing dengan DSAI dan biarlah rakyat membuat pilihannya. Bukankah ini menjadi lebih mudah apabila pesaing kita berada di dalam kalangan masyarakat kita..? tak perlu berlatih di luar untuk menonjol di pesada antarabangsa.

SYAHAMIN said...

INILAH ZAMAN SEKARANG....

ORANG ISLAM memfitnah ANWAR dan ANWAR tidak mendapat WANG PENCEN setelah menjadi bekas menteri dan TIMBALAN PERDANA MENTERI...

last2 Orang KAPIR juga yang tolong ANWAR... hidup ini perlu pekerjaan...

Apa2pun, Itu FITNAH MAHATHIR, Mukhriz bawa soalan itu adalah skrip yang dikarang MAHATHIR...

sekali MAHATHIR memfitnah, Anak beranak dia pun saya tak percaya.

P/S: Awat MAHATHIR tak dicalonkan dalam 100 manusia paling berpengaruh, tengok majlis yang dianjurkan MYKMU lah, apabila salah seorang menyebut nama ANWAR, terus dihalau keluar.... jangan salah paham!!! dan Kiter daripada PAS bagi kemenangan kepada MUKHRIZ bukannya untuk menaikkan nama MUKHRIZ, just untuk menyekat kemaraan KJ sahaja, ingat tuh MUKHRIZ, selepas KJ jatuh, ko pun akan turut sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails