Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan
MOTOSIKAL yang saya tumpangi berhenti depan sebuah warung, tertulis ‘Mie Acheh Istimewa Titi Bobrok’, di Jalan Setia Budi Medan .
“Istimewanya mie Aceh ini buatan sendiri orang Islam, antara campuran tepungnya termasuk rempah dan segala macam.. membuat rasanya lain dari yang lain.” Kata kawan saya itu, sambil turun dari motosikal terus masuk ke kedai itu.
Kedai itu agak maju, 3 kali ganda berbanding 10 tahun lalu waktu itu saya juga menjadi antara peminatnya. “Apakah pengunjung-pengunjungnya hadir kerana simpati kepada perjuangan rakyat Aceh?” Tanya saya.
Hal ini mengingatkan saya kepada pertemuan pagi tadi dengan seorang bekas tentera Republik Indonesia (RI), yang baru-baru ini mendapat hadiah penghargaan kerana jasa perjuangannya kepada negara sejak sebelum merdeka lagi. (RI merdeka pada 1947). Beliau adalah Abdullah Zaman (atau Abdul Rahman) yang lahir pada 22-3-1928, berumur kira-kira 80 tahun, tetapi masih kuat badan dan ingatannya.
“Saya adalah anak buah kepada Tengku Daud Barueh, ulama pejuang pembebasan Negara Aceh. Beliau adalah pemimpin PUSA atau Persatuan Ulama Seluruh Aceh. Beliau bersama Karto Suwirio dari Jawa Barat dan Kahar Muzakkir dari Sulawesi sama-sama berjuang untuk menegakkan Darul Islam atau Negara Islam di RI sejak belum merdeka lagi.” Kata Bapak Abdullah.
“Dan atas nama perjuangan kemerdekaan, beliau sanggup membantu Seokarno dengan menghadiah sebuah kapal terbang milik rakyat Aceh kepada Seokarno, kerana waktu itu Aceh mempunyai dua buah kapal terbang. Sukarno berjanji akan memberi kebebasan kepada Aceh untuk menegakkan Negara Islam sesudah merdeka.”
“… Bermakna Aceh mempunyai kekuatan yang kuat di saat perjuangan kemerdekaan Indonesia masih tiada kekuatan peralatan.. Bagai mana boleh jadi begitu?” Sampuk saya.
“Pertama kerana dasar Islam itu sendiri bisa melahirkan mujahid-mujahid tulin… hingga ada yang bergabung di bawah MASYUMI atau Majlis Syura Muslimin Indonesia . Kedua kerana rakyat Aceh terdiri dari ramai pedagang-pedagang. Contohnya wujud Kesatuan Saudagar Muslim di Aceh masa itu yang membantu perjuangan Islam Aceh… Ini yang ramai orang tidak tahu…” Jelas Bapak Abdullah lagi.
“Terngiang-ngiang di telinga aku pesan Tengku Daud Barueh kepada kami anak-anak buah perjuangannya dulu.. ‘Perjuangan kita hari ini adalah jambatan emas buat anak cucu kita akan datang.’ Aku ingat kata-kata beliau itu sampai sekarang!”
Tetapi dengan rasa sedih dan pilu Bapak Abdullah berkata lagi, “Tetapi selepas merdeka, Aceh cuma diletakkan di bawah Kecamatan Medan atau Sumatera Utara. Untuk dapatkan hak Negara Islam perlu dapat kelulusan dari Medan . Suekarno lepas tangan. Begitulah… perjuangan Islam yang besar dan luas telah di’kecil’kan oleh nasionalis Suekarno. Maka perjuangan terpaksa diteruskan, walaupun masih dalam kelompok sendiri yang kononnya sudah merdeka. Jambatan Emas harapan rakyat Aceh hanya jadi Titi Bobrok (jambatan reput)..”
Kawan saya pembawa motosikal yang saya tumpangi ke gerai mei Aceh itu berkata, “Hingga baru beberapa tahun kebelakangan ini selepas malapetaka tsunami, berlaku perjanjian damai antara GAM atau Gerakan Aceh Merdeka dengan RI… maka pertembungan sudah tiada lagi. Kita singgah ke gerai mei ini tidak lagi diangap sebagai para simpati kepada golongan yang ditindas oleh RI. Tetapi ramainya mungkin cuma kerana sedap dan lazatnya sahaja!.”
Hal ini membuat saya pula merasa sedih dan pilu apabila mengenagkan politik di negara sendiri. Bagaimana pula kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia , apakah PAS atau golongan pejuang-pejuang Islam akan menerima nasib seperti Tengku Daud Barueh tersebut??
Demikian catatan santai untuk kali ini… Wallahu ‘aklam.
Ibnu Hasyim
Medan Indonesia
31 Mei 08
Ikutilah Catatan Perjalanan Seterusnya..
E-Buku IH-8 Catatan Perjalanan.'Medan-Tanjung Balai'
Bab I
Bab II
- Ingatan Pada Wakil Rakyat.. Dari Sumut.
- Politik Mie Aceh
- Tanjung Balai, Kota Mafia Menuju Kamatian..
- Merentasi Selat Melaka Tanpa Pengenalan Diri..
- Asahan Turut Lahirkan Ulama Islam..
- Kisah Debat Dengan Ajaran Ahmadiyah..
- Kupu-kupu Malam.. Ella Memuji Pelacur?
- Rakyat Indonesia Sudah Beri Peluang Islam Memerint...
- Pengajaran Dari Pulau Simardan
- PKS: Bolehkah Perintah Indon?
- Bercakap Loghat Perlis M'sia, Di Pulau Perlis, In...
- Tok Guru! Jenguklah Kami.. Anak Turunan Kelantan d...
- Kota Medan Siapa Punya?
Setuju dngan Ibnu Hasyim ..kemana perjuangan kita selepas ini..selepas 50 tahun barulah PAS boleh berdiri sama tinggi dengan orang lain..Dulu kita kejar politik supaya dapt memerintah dasar islam..kini kita dipuncak kuasa..dimana kita? Adakah ingin berkompromi atau sebaliknya..Alngkah baik nya ada org yang keras seperti Umar al-khattab dalam PAS..Kite perlukan Umar Al-khatab PAS...
ReplyDeletePAKATAN RAKYAT mesti fikirkan bahawa PAS musti berpeluang jadi PM walaupun menurut giliran..
ReplyDeleteAhmad Saijo
Jakarta.
Assalamualaikum, for me, jangan lemahkan PAKATAN RAKYAT.... selagi kita pikir ALLAH itu WUJUD, ALLAH akan menolong perjuangan ISLAM yang suci, kita hanya mampu BERDOA....
ReplyDeleteand then, JANGAN SAMAKAN MALAYSIA dan SINGAPURA..... so different country!!!! walaupun MELAYU, tapi kat saner, kita susah nak beza mana ISLAM dan mana non-Muslim...
P/S: di Indonesia, kepimpinan politik kebanyakannya melalui KAUM JAWA.... Kaum Jawa tidak sensitif sangat berkenaan isu ISLAM. Harap maaf kepada kaum Jawa... tetapi, saya ambil ayat daripada orang ACHEH!!! sebab tuh kebanyakan orang gaji ISLAM daripada Indonesia yang bekerja dengan orang cina adalah daripada JAWA, mereka tak kesah nak masak lauk babi pun.
Assalamualaikum, for me, jangan lemahkan PAKATAN RAKYAT.... selagi kita pikir ALLAH itu WUJUD, ALLAH akan menolong perjuangan ISLAM yang suci, kita hanya mampu BERDOA....
ReplyDeleteand then, JANGAN SAMAKAN MALAYSIA dan INDONESIA..... so different country!!!! walaupun MELAYU, tapi kat saner, kita susah nak beza mana ISLAM dan mana non-Muslim...
P/S: di Indonesia, kepimpinan politik kebanyakannya melalui KAUM JAWA.... Kaum Jawa tidak sensitif sangat berkenaan isu ISLAM. Harap maaf kepada kaum Jawa... tetapi, saya ambil ayat daripada orang ACHEH!!! sebab tuh kebanyakan orang gaji ISLAM daripada Indonesia yang bekerja dengan orang cina adalah daripada JAWA, mereka tak kesah nak masak lauk babi pun.
Assalamualaikum......
ReplyDeleteSebab apa PKR yang baru setahun jagung penubuhannya boleh menjadi KETUA dalam PAKATAN???
Tahu tak sebab apa? kerana PAS dan DAP sibuk dengan AGENDA masing2 yang hentaman dilakukan melalui jauh, berbeza dengan PKR yang sering merunding di atas meja....
Saya tidak menuduh mana2, cuma apa yang saya perhatikan, bila kerana KUASA.... nak bergabung, tapi bergabung nih bermaksud berkerjasama, bukan bila nak bergabung nih berebut kerusi PM lah apa lah!!!!
P/S: Apa2pun, saya nampak DAP hanya melihat ANWAR sebagai penghubung yang boleh mendamaikan PAS dan DAP...... walaupun PAS mempunyai sistem ISLAM yang lebih bagus, tetapi pendekatan WASATIYYAH dalam PAS amat kurang apabila sentiasa ada satu kontroversi....
- Walaupun saya penyokong kuat PAS, tapi saya tak nafikan wujud banyak perkara yang tak betul apabila sesuatu yang dikeluarkan PAS boleh merosakkan AQIDAH contohnya, UMNO adalah KAFIR!!, makan sembelihan yang disembelih oleh orang UMNO adalah HARAM, akad nikah orang UMNO tidak sah, TUHAN MENCARUT, dan banyak lagi, walaupun ianya isu lama, tetapi, saya rasa tak salah kalau kita meminta maaf!!!! sebab kekadang nafsu menguasai diri apabila kita dalam keadaan marah!!! apa2pun, saya setuju konsep WASATIYYAH digunakan dalam PAS dan bincangkan betul2 secara musyawarah antara PAS, DAP dan PKR.... InsyaALLAH ok.....
-kadang2 konsep MUSYAWARAH BN nampak lebih sistematik apabila kurangnya masalah antara UMNO, MCA dan MIC.... tapi, pemimpin mereka ikut nafsu!!!
Aku malah tertarik mi Acehnya :), cuma pasti gak tahan pedesnya hehehe.. salam kenal ya
ReplyDeleteSalam Syahamin,
ReplyDeleteMaaf, kerana tuduhan Sdr mengguris perasaan saya.Jangan jadikan ayat ini "Kaum Jawa tidak sensitif sangat berkenaan isu ISLAM" sebagai pegangan saudara, dalil Quran atau Hadis mana yang dirujuk bagi membuktikan kenyataan ini. Tidak dinafi, mungkin satu dua orang yang bersikap begitu, maka dilabel keseluruhannya orang Jawa. Cuba saudara kaji sedikit pemimpin PAS di Selangor khususnya, ia digerakkan sebahagian besarnya oleh orang Jawa. Cuba saudara kaji bilangan Ustaz dan Ulama' di Selangor sahaja, berapa ramai orang Jawa berbanding orang bukan Jawa. Tu baru Selangor, belum negeri lain lagi. Maaf, perbetulkan persepsi saudara. wassalam.
Jangan ingat me aceh saja, me mamak penang pun sedap jugak.gak pedas. ha ha ha..
ReplyDeletesalam dari mydeen alypitgay..
Anonymous, ntah sapa ntah!!1
ReplyDeleteApa yang saya maksudkan di sini, bukannya orang JAWA di MALAYSIA, akan tetapi, daripada INDONESIA, apa2pun saya just bukakan MINDA mengapa ada orang GAJI ISLAM DARIPADA INDONESIA yang masih bekerja dengan ORANG CINA dan sanggup memasak lauk-pauk BABI.
P/S: apa2pun, kekalkan budaya kita, budaya MALAYSIA, saya rasa susah nak samakan dengan negara lain. ada juga yang nak samakan MALAYSIA dengan ARAB SAUDI sana nun!!! so, jadilah BANGSA MALAYSIA yang sejati!!!
Wah saya salut banget dengan wacana dan pemikiranya. Saya yakin jika umat berfikir seperti ini akan cepat maju. Numpang kenalan dan tukar link yaa...http://www.serbainternet.co.cc/
ReplyDeleteKedai itu agak maju, 3 kali ganda berbanding 10 tahun lalu waktu itu saya juga menjadi antara peminatnya. “Apakah pengunjung-pengunjungnya hadir kerana simpati kepada perjuangan rakyat Aceh?” Tanya saya.
ReplyDeletehen, JANGAN SAMAKAN MALAYSIA dan SINGAPURA..... so different country!!!! walaupun MELAYU, tapi kat saner, kita susah nak beza mana ISLAM dan mana non-Muslim...
ReplyDeletedi Indonesia, kepimpinan politik kebanyakannya melalui KAUM JAWA.... Kaum Jawa tidak sensitif sangat berkenaan isu ISLAM. Harap maaf kepada kaum Jawa... tetapi, saya ambil ayat daripada orang ACHEH!!! sebab tuh kebanyakan orang gaji ISLAM daripada Indonesia yang bekerja dengan orang cina adalah daripada JAWA, mereka tak kesah nak masak lauk babi pun.
ReplyDelete