Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
BANYAK isu-isu yang dikemukakan oleh Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang Kelantan, dalam ucapan di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama Bil 9, Selasa 13 Mei 2008, mulai jam 8.12 malam, tetapi kita muatkan sebahagian sahaja. Antaranya…
{ “Tuan Yang di-Pertua, saya memetik satu kata-kata daripada Imam Al-Ghazali sebab Perdana Menteri kita, dia berminat untuk mencari Imam Al-Ghazali. Jadi saya mengambil petikan daripada Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa...
“Agama itu satu asas. Pemerintah adalah pengawal. Maka sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang.”
Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah telah menjadikan satu realiti, satu rujukan, pesanan Imam Al-Ghazali ini dalam pentadbiran negara Malaysia? Apakah pengabaian penggubalan undang-undang murtad walaupun sudah 50 tahun kita merdeka yang sekarang ini sudah ratusan ribu rakyat yang murtad, yang masih tidak digubal undang-undangnya, apakah ini selaras dengan pesanan apa yang disebut oleh Imam Al-Ghazali? Apakah undang-undang yang tidak mengembalikan hak rakyat iaitu bagaimana kezaliman terhadap hak kemanusiaan itu sendiri seperti undang-undang ISA, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali?
Adakah membebaskan perasuah atasan yang tidak didakwa, perasuah ikan bilis didakwa dan diambil tindakan, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali? Menafikan hak per kapita sekolah agama rakyat, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali? Sebagaimana kita tahu bagaimana hak yang diberi kepada artis dan kumpulan orkestra lebih bernasib baik daripada pembelaan kepada sekolah agama rakyat. Begitu juga kita lihat banyak lagi perkara-perkara yang menjatuhkan maruah agama. Di antaranya bagaimana ribuan tempat-tempat judi, kelab-kelab malam yang diberi lesen berleluasa yang boleh membawa kepada keruntuhan, yang membawa kepada masalah bertambahnya
Hari ini kita dapat mendengar pelbagai masalah yang sedang berlaku dalam negara. Bermula daripada masalah penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan, pembaziran, gejala sosial, masalah wanita, masalah kesihatan, pendidikan, pendatang tanpa izin, diskriminasi, keselamatan, kenaikan harga barang, kemiskinan dan sebagainya. Semua ini adalah menuntut supaya kerajaan yang memerintah hari ini supaya berlaku adil dan bukan memandang remeh setiap isu yang telah dikemukakan oleh rakyat di Dewan yang mulia ini.”}
Kerana agama itu asas dalam kehidupan, maka pemerintah akan berfungsi sebagai pengawal. Kalau di kalangan petani-petani, pemerintah adalah pagar yang mampu menyelamatkan padi dari serangan musuh. Tetapi kalau pagar itu sendiri sudah makan padi tak boleh diharap lagi, seperti kata pepatah ‘harap pagar, pagar makan padi!’, maka sudah tentu asasnya perlu disiasat. Tentu asasnya yang tidak kukuh..
Di situlah perlunya negara berasaskan agama seperti yang diperjuangkan oleh PAS!. Wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 20-05-08. KL.
No comments:
Post a Comment