Wednesday, June 25, 2008

Kupu-kupu Malam.. Ella Memuji Pelacur?


 Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

MOTOSIKAL itu pun berhenti. Dua gadis cantik berpakaian ketat, agak seksi turun dari motosikal, seorang berbangsa Cina dan seorang pribumi. Waktu senja mulai berlabuh dilihat dari atas jambatan melintasi Sungai Asahan Tanjung Balai, tempat muda-mudi bersantai itu.. walaupun dengungan azan magrib dan isyak baru berlalu.

"Itulah kupu-kupu malam." Bisik penjual minuman atas jambatan itu, sambil jarinya menunjuk kepada mereka yang sedang mengambil tempat duduk.

"Mereka mula berterbangan mencari rezeki malam hari dengan menjual tubuh. Siapa yang dapat dipikatnya, dirangkul dibawa ke tempat lain untuk digomolinya. Kebanyakan anak-anak muda yang agak berpendapatan di sini menjadi mangsa dan masuk perangkap mereka."

"Siapa mereka ini? Orang tempatan atau orang luar?" Saya tanya. "Ramaikah?"

"Tak ramai. Kalau di jambatan ini ada kira-kira sepuluh orang. Itupun semua orang luar yang datang khusus menjadi pekerja, kecuali dua orang anak Tanjung Balai ini, di mana salah seorangnya adalah penuntut sekolah. Kalau di hotel-hotel tu ramailah!" Jawabnya sambil mempelawa mereka itu duduk.

Maka jelaslah penjual minuman itu menjadi agen atau barua pencari pelacur, walaupun nampak macam tak secara langsung. Hal ini mengingatkan saya beberapa tahun lalu pernah sampai ke Tanjung Balai ini. Saya sampai waktu malam dari Medan, hotel bersih dari maksiat cuma ada satu, iaitu Hotel Ananda letaknya sebelah masjid yang saya idam-idamkan, sudah penuh. Yang ada cuma di sebuah hotel tepi sungai, itupun tinggal sebuah bilik kecil sahaja, tiada penghawa dingin dan tingkap. Terpaksalah saya terima juga.

Waktu saya masuk bilik hendak tidur, pintunya sentiasa diketuk orang. Rupanya diketuk oleh pelacur-pelacur yang sedang menagih pelanggan. Kerana suasana bilik terlalu panas, saya terpaksa buka pintu dan melihat keluar. Hee.. puluhan pelacur-pelacur muda mungkin ramai yang belasan tahun sedang menunggu dan melayani pelanggan di depan hotel itu. Ada yang berkeliaran dan ada yang duduk-duduk di atas motosikal penunpang. Mereka datang mengerumuni saya. Saya masuk ke bilik dan tutup pintu.

Tetapi kerana tak tahan bilik terlalu panas dan terkurung, saya keluar semula dengan pakaian jogging dan berjalan-jalan pusing pekan itu hingga pagi. Berjalan-jalan melihat pekan yang penuh dengan kupu-kupu malam berterbangan dan berpelesiran... hingga masuk waktu subuh dan saya bersholat di masjid berhampiran. Itu dulu! Tetapi dalam beberapa hari lepas, saya terbaca di akhbar sekitar Sumatra Utara banyak perkara-perkara menarik berlaku.

Orang ramai mulai bertindak memberi amaran dan merobohkan kafe-kafe atau kedai-kedai makan yang terdapat jualan minuman keras, judi dan layanan perempuan-perempuan lacur.. yang diiringi juga muzik rock dan dangdut. Bahkan di Jawa dikatakan ada badan-badan sukarela seperti Front Pembela Islam yang bertindak dengan kerjasama pegawai keselamatan. Terutama yang didirikan menyalahi hukum dan undang-undang negara tetapi didalangi oleh pihak-pihak tertentu hingga kafe-kafe tersebut ada 'kuasa kebal' membangunkan semula walaupun telah dirobohkan oleh orang ramai.

Begitu juga baru-baru ini di Binjai, sekumpulan pembela Islam (kira-kira 2,000 orang) membantah dan memberi amaran akan merobohkan sebuah gereja yang dibina di atas tanah tanpa izin pemerintah kerana di dalam kawasan orang Islam. Teringat juga saya petang tadi semasa naik beca melawat suatu kawasan kafe-kafe seperti itu di luar pekan Tanjung Balai yang masih ada.

"Mengapa di kawasan itu tidak dirobohkan?" Saya tanya.

"Kerana kawasan ini terdapat ramai orang Kristen." Jawabnya, sambil jarinya menunjukkan kepada sebuah gereja besar dengan lambang salibnya terpampang, ditepi jalan di situ. "Di situlah lambang dan tunjang keampuhan mereka... "

Jelasnya lagi, "Walaupun begitu kafe-kafe seperti ini sudah tidak mendapat sambutan lagi di sini, kerana pihak pemerintah telah berjaya membanteras penyeludupan dan kegaiatan mafia. Wanita-wanita tidak lagi dapat diseludupkan sebagai pekerja seks keluar negara melalui Tanjung Balai, kononnya termasuk Malaysia."

Font Pembela Islam (FBI)

Berbalik kepada 'kupu-kupu malam', apakah ia sama seperti lagu 'rama-rama' yang dinyanyikan oleh artis wanita ratu rock Malaysia Ella yang sering ditayangkan sebagai hiburan di tv-tv Malaysia? Bahkan lagu-lagunya juga turut membantu dan memeriahkan kafe-kafe seperti tersebut? Apakah lagunya ini turut memuja pelacur atau pekerja-pekerja seks?? Sama-samalah kita nilaikan...

Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim
Tanjung Balai Asahan.
28 Jun 2008 

Lihat.. 
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'

4 comments:

MUNIRAH BAHRIN said...

terok skali ya

Anonymous said...

Syabas dapat informasi dan kawasan kupu-kupu malam. Lagu kupu-kupu malam dinyanyikan oleh ELLA sedap didengar . lagu itu boleh membuat insan yang dengar tak kira tua atau muda membuat oarng menjari kupu-kupu atau RAMA-RAMA. Anda juga suka dengar lagu RAMA_RAMA nyanyi ELLA sianak dara tua kan?...

Dan memang menjadi ilham penulis lirik dan pencipta sebuah lagu yang berunsur kearah RAMA-RAMA dan sewaktu dengannya biasanya menjurus kepada maksiat secara lancung atau tidak lansung. Dan orang yang menyanyi itu pun sama watak atau melahirkan watak yang kurang baik dari moral dan hukum ISLAM termasuk pakaian. Bukan Ella seorang sahaj semua penyanyi perempuan atau lelaki akan memuja sesuatu dalam lagunya bakal memesong akidah.

Terlalu banyak contuh di Malaysia nak slah Ella atau penulis tau *****ik sebuah lagu yang berunsur maksiat?...... Ibnu Hasyim ada jawapan kerana duta kecil ke Indon......

Hatta lagu berunsur nasyhid di Malaysia pun boleh membawa lalai (SETENGAH ATAU SEBAHAGIAN ). JIKA KITA RENUNG DAN AMATI LAGU NASYID DI DENDANGKAN ADA UNSUR UNSUR LALAI DAN LARI DARI MATALAMAT UNTUK DAKWAH. Kerana si penyanyi nasyid pun bercelaru tingkah laku dan budi pekertinya tidak menjuruk kepada Islam.

Inikan penyanyi pop, pop rok, r & b, irama malaysia, heayv metal, slowrock, dan puluhan gnerek lagu memang hampir 98.% beralun dengan maksiat dan dadah atau arak.

RAMA-RAMA atau KUPU-KUPU salah satu lagu ymg manifestasinya kearah lalai dan berunsur maksiat dan ratusan lagu di lain yang berbentuk pop rock, dan irama malaysia bercirikan benih-benih syaitan yang durjana yang ditempa sendiri oleh oarng atau insan di di dunia malaysia. Sila lhat semua slot hiburan dan lagu di semua salura tv dan radio .

Yang lucunya lagu nasyid bertanding dalam bermacam katogeri atau berhimpun bersama lagu dan watak yang menjurus kepada msksiat dan benih-mukar mungkar konon nak berdawah....ha...ha...ha.....ha...

Hancur hancur jadi tak salan RAMA_RAMA atau KUPU-KUPU masuk kerumah kita dan ke rumah Ibnu hasyim kan seap lagu dia dan lagu sma waktu dengannya..... terimakseh.

Sebab itu kita mahu berpayung di pohom ulama yang baik dan tegas dalam hukum Islam dan tatacara hidup Islam. Di Malaysia terlalu sukar untuk di amalkan kerana kita perlu kuasa pemerintah.......sukar.....sukar RAMA-RAMA cukup liar dan ribuan spesis rama-rama didunia .Lihat shaja taman rama-rama di ibukota puluhan jenis rama-rama ada yang aktif waktu senja . ada yang aktif waktu malam, Dan ada yang aktif bersama lampu dneon di bilik berhawa dingin dihiasi air syaitan dan oren dan "pembelanya" ada yang berugama Islam...sekian

Ali Mahmud said...

Cantik sungguh komen hang di atas, Mohd Noor.

Anonymous said...

Mohd noor..jgn berlagak pandai..selidik dulu sebelum menuduh..dengar dulu sebelum menilai..saya langsung tidak terfikir lirik lagu rama rama adalah dr sudut pandangan pelacur...sebenarnya andalah yg berotak kuning..pantang ada perkataan rama rama..kupu kupu..buterfly dah di tuduh pelacur.
Kenapa rama rama..kenapa tak kupu kupu malam terus..adalah lebih tepat istilahnya....jgn main belasah je nak tunjuk pandai..anda seorang je yg alim..baca dulu liriknya..apa maksud tersirat..sebelum buat sesuatu konklusi...pandai tak bertempat..kurang cerdik tak berajar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails