Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan
BERANDAN atau Pandan adalah sejenis tumbuhan, dari situlah dipanggil Pengkalan Berandan, yang terletak di Kecamatan Berandan Barat dalam pemerintahan Kebupaten Langkat.
Daerah Kabupaten Langkat terletak pada 3014’ dan; 4013’ lintang utara, serta 93051’ dan 98045’ bujur Timur dengan batas-batas sebelah utara dengan selat Melaka dan Propinsi D.I.Aceh.
Selatan berbatas dengan Dati II karo, timur dengan Dati II Deli Serdang, juga barat dengan Dati D.I Aceh (Aceh Tengah). Pengkalan di pinggir Sungai Bebalan yang mengalir ke Laut Selat Melaka, dipenuhi rumah-rumah nelayan yang tidak teratur, menambah seri dan indahnya panorarama di situ. Laut yang bergelombang tenang, bayu yang menyapu muka, bersih, sejuk dan menyegarkan.
Di situ aku melangkah turun dari pengkalan ke dalam sebuah perahu kayu tambang tiada berenjin, yang pemandunya cuma berdayung dengan tenaga manusia sahaja.
“Encik nak pi mana?” Tanya pendayung itu dalam bahasa loghat utara Semenanjung Malaysia, walaupun berada di Indonesia. “Nak pi Pulau Perlis ke, Pulau Kelantan?”
Namanya Hamdan. Ayahnya berketurunan Jawa + ibunya kerketurunan Minang.. maka lahirlah dia. Tetapi kerana tinggal di kampung yang ramai berbahasa longat begitu, menjadikan dia pandai berbahasa begitu. Itulah cakap Perlis, loghat Perlis atau loghat utara Semenanjung Malaysia.
“Berapa tambangnya?”
“Ke Pulau Kelantan Rp2,000 sahaja, Dari Desa Kelantan ke Desa Kedah pun Rp2,000, dan pulang ke sini pun Rp2,000 juga!” Jawabnya. Tukaran wang Rp1,000 = RM0.40 masa ini. Maklum, pulau itu jelas nampak dari daratan. “Sebenarnya, Desa Kelantan dan Desa Perlis bersebelahan dalam satu pulau iaitu Pulau Perlis. Penduduk Desa Kelantan 1/3 dari penduduk Desa Perlis yang menjangkau ribuan penduduk itu.
“Jom kita pi ke Desa Perlis dulu!” Kataku. Dia berdayung terus…
Menurut sejarah, pada masa pemerintahan Belanda dan Jepun, Kabupaten Langkat masih berstatus keresidenan dan kesultanan (kerajaan). Pimpinan pemerintahan disebut Residen dan berkedudukan di Binjai dengan Residennya Morry Agesten. Residen mempunyai wewenang mendampingi Sultan Langkat di bidang orang-orang asing saja, sedangkan bagi orang-orang asal atau pribumi, berada ditangan pemerintahan kesultanan Langkat.
Kesultanan Langkat berturut-turut dijabat oleh Sultan Haji Musa Almahadamsyah 1865-1892, Sultan Tengku Abdul Aziz Abdul Jalik Rakhmatsyah 1893-1927 dan Sultan Mahmud 1927-1945/46. Dibawah pemerintahan Kesultanan dan Assisten Residen, struktur pemerintahan disebut ‘luhak’ Di bawah luhak disebut Kejuruan (Raja kecil) dan Distrik, secara berjenjang disebut Penghulu Balai (Raja kecil Karo) yang berada didesa.
Pemerintahan luhak dipimpin secara Pangeran, pemerintahan kejuruan dipimpin seorang Datuk. Pemerintahan distrik dipimpin seorang Kepala Distrik. Untuk jabatan kepala kejuruan dan Datuk hendaklah dipegang oleh penduduk asal yang pernah menjadi raja didaerahnya. Pemerintahan Kesultanan di Langkat telah dibahagi atas 3 kepala Luhak.
Pada awal 1942, kekuasaan pemerintah kolonial Belanda beralih ke pemerintahan Jepun, namun sistem pemerintahan tidak mengalami perubahan, hanya sebutan Keresidenan berubah menjadi SYU, yang dipimpin oleh Syucokan. Afdeling diganti dengan Bunsyu dipimpin oleh Bunsyuco. Kekuasaan Jepun ini berakhir pada saat kemerdekaan Indonesia diproklamasikan pada 17-08-1945.
Pada awal kemerdekaan Republik Indonesia, Sumatera dipimpin oleh seorang Gubernur iaitu Mr.T.M.Hasan, sedangkan Kabupaten Langkat tetap dengan status keresidenan dengan asisten residennya atau kepala pemerintahannya dijabat oleh Tengku Amir Hamzah, yang kemudian diganti oleh Adnan Nur Lubis dengan sebutan Bupati. Pada tahun 1947-1949, terjadi agresi militer Belanda I, dan II, dan Kabupaten Langkat terbagi dua.
Iaitu pemerintahan Negara Sumatera Timur (NST) yang berkedudukan di Binjai dengan kepala Pemerintahannya Wan Umaruddin dan Negara Kesatuan Republik Indonesia yang berkedudukan di Pangkalan Berandan, dipimpin oleh Tengku Ubaidulah. Berdasarkan PP No.7 Tahun 1956 secara administratif Kabupaten Langkat menjadi daerah otonomi yang berhak mengatur rumah tangganya sendiri dengan kepala daerahnya (Bupati) Netap Bukit.
“Kira-kira dalam tahun sebelum merdeka itulah, kaum keluarga dan kawan-kawan ayah kepada Kepala Desa Perlis sekarang, iaitu Arifin Ahmad dikatakan mai sini, buka pulau ni.. Ada lagi nama-nama lain yang terlibat seperti Mohd Taib, Haji Hanafiah… dan Syed… lupa pulak namanya …datang dari Perlis termasuk dari Kuala Perlis!” Jelas Hamdan lagi sambil menambat perahunya bila sampai ke pulau itu.
Kami pun naik ke pengkalan itu, di sebuah warung minuman yang sebahagiannya berada dalam air.
“Kedai ni kepunyaan anak Kepala Desa.” Sambil memperkenalkannya kepada ku. Aku nak jumpa Kepala Desa itu tetapi iberitahu beliau baru keluar.
Ramai lagi anak-anak muda yang datang bersalam denganku dengan mesra dan hormat. “Saudara berasal dari mana?”
“O… Saya dari Malaysia, berasal dari Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang…” Jawabku.
“Ha. Di Pulau Pinang pun ada desa Perlis??” Kata salah seorang dari mereka dengan gembira.
“Ya. Ada 3 Kampung Perlis, di Balk Pulau, Bayan lepas dan Seberang Perai.”
“Di sini pun ramai orang yang dari Pulau Pinang!” Kata seorang dari mereka. Setelah berbual panjang… “Macam ni la. Kalau hang balik ke Malayisa hang bagi tau orang Perlis, bahawa di Medan ni pun ada orang keturunan Perlis. Mai la ziarah kami.. Kami teringin sangat nak rapatkan hubungan balik, kerana asai-usui kita sama.”
Namanya Jol, dia adalah anak muda lulusan Universitas Asahan tapi masih tiada kerja. “Tolong cari jalan bagaimana kami boleh bekerja di Perlis. Masalah besar kami adalah pengangguran dan kemiskinan.” Dia juga adalah pemimpin koperasi di pulau itu.
“Aku ni ada kebolehan kerja tukang urut. Berapa la sangat pendapatannya” Kata Mat Sidik. “Ada ka kerja tukang urut di Malaysia? Boleh ka encik tengok-tengok?”
Insya Allah. Aku mengangguk.
“Encik nak urut ka??”
“Boleh. Tapi terpaksa pergi ke Desa Kelantan pula. Kalau sempat baru boleh!” Minuman aku yang membayar, walaupun mereka tidak meminta. Kami bersalam-salaman, rupanya makin bertambah ramai, kira-kira 40 orang. Alhamdulillah! Kami pun berpisah.
Ibnu Hasyim
ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Pengkalan Berandan.
8 comments:
Asalamualaikum, sy mncari dan mnjumpai artikel yng saudara tulis setelah beberapa minit tadi baru brkenalan dgn seorang pemuda berasal dari pulau Perlis,Indonesia.Yang kini mencari rezeki di kampung saya. Saya begitu berminat untuk berbual dgn nya kerana beliau bertutur loghat utara dengan saya.Sebelum ini saya hanya mengetahui tentang kewujudan kampung Kedah yang terletak di Acheh dan kebanyakan dari mereka bertutur loghat utara.Berbual dengan pemuda tersebut dalam loghat utara terus mwujudkan kemesraan.
Tahniah saya ucapakan kpd sudara kerana menulis artikel yang jarang diminati oleh penulis2 lain.
Kalau diAcheh ada pulau perlis pulau kelantan dan dimana penduduknye bertutur logat utara tetapi malah dipulau bali ada kampung melayu diwilayah sekitar sungai Lolongan dan penduduknye seratus peratus beragama Islam dan berasal dari Pahang, Terengganu dan tetapi mereka semua bertutur didalam bahasa melayu dan sangat kontras berbanding dengan masyarakat sekeliling yang mejoritinye beragama hindu dan bertutur dalam bahasa Indonesia dan bahasa tempatan.
Assalamuaikum Tuan. Setelah hampir 100 tahun lamanya tidak lg diketahui Keluarga saya. Saya baru tahu saya juga adalah seorang keturunan Melayu Penang yg berasal dari Kedah. Saya kini menetap di Bandar Kuala Tungkal & study di Universiti Jambi,Jambi Province Indonesia. Di Kuala Tungkal ini,bahasa Melayu yg digunakan masyarakat sini hampir sama dgn Bahasa Melayu yg digunakan di Semenanjung & beza jauh dgn dialek Jambi. Malah disini tdk sedikit masyarakat Kuala Tungkal yg mengatakan Hang,Hangpi,Kat,& lainnya yg mirip dgn logat Kedah. Sebenarnya Kuala Tungkal ini dibuka oleh Atok saya yg rupanya org Melayu Penang (Kedah) bersama dgn Majoriti Org2 Banjar dr Borneo yg dtg kesini ibu sy katakan cukup banyak org Melayu Penang kesini bersama org2 Banjar membuka Bandar Kuala Tungkal ini sehingga logat Melayu Tungkal ini agak mirip dgn Logat Kedah. Saya harap ada wakil dari Penang,Kedah,& Perlis mengunjungi Kuala Tungkal ini terutama Sultan Kedah & Perlis. Terima Kasih. Tuan dapat hubungi saya di amirul.mukmin9539@gmail.com & Twitter @amiryogi terima kasih :-)
salam Amirul. Saya dari kedah
Saya orang pulau pangkor perak.ayah saya keturunan vatu bara dari ketueunan nakhoda tomong.sdng mencari sedara di sana
Di palembang dan jambi pun ramai org keturunan patani
Assalam Puan wanitaumnolumut. Nama saya Amirul. Saya juga keturunan Nakhoda Tomong dari belah Ibu. Ibu saya anak Shaari (Pak Ee) Chenderiang, Perak.
Salam..baru blik dr Perlis di pengkalan brandan.Alhamdulillah sambung balik tali persaudaraan.menangis depa bila kita mai.punya la sedih.depa kata lama dah orang Malaysia tak mai sana.mmg terdikriminasi.kami waris arwah tokcik bakoi.tokcik bakoi dgn tokwan kami ni sepupu tokcik bakoi di Perlis ni ramai orang kenai.tp kata warisnya dh arwah pada 2017
Post a Comment