Ibnu Hasyim: Catatan Santai Dari Dewan Negara
KALI ini kita berkisar pula sekitar lapuran Dewan Negara Khamis, 24 Julai 2008. Mesyuarat dimulakan dengan doa pada 10 pagi. Seterusnya setelah persidangan berjalan lancar kita lihat pertanyaan dari Puan Mumtaz dari PAS…
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(b) adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan koc kereta api laju ke Kelantan demi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menjawab: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan saya ringkas sahaja tidak ada rancangan kerajaan untuk
Jika sekiranya kajian ini mendapati ada keperluan bagi negeri-negeri ini, maka projek ini
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya, sekiranya kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mengembangkan monorel dan LRT ke bandar raya lain, berapakah bilangan koc yang akan dibeli untuk monorel
Kedua, memandangkan peningkatan monorel dan LRT pada masa sekarang, berapa kerapkah pemantauan dan penyeliaan yang dibuat pada koc-koc untuk menjamin keselamatan dan keselesaan para penumpang kerana baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar tempatan
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat. Sebenarnya buat masa kini, koc-koc yang ada cukup untuk kegunaan para penumpang. Namun demikian saya ingin maklumkan bahawa ada peningkatan penumpang masa kini apabila harga
Sekian catatan santai dari Dewan Negara, wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Julai29, 08. KL.
4 comments:
Sdr Md Hashim,
Kita sudah bicara pengangkutan canggih doh. Tapi hambo risau Abang Md ni hadapi kesukaran menaiki kenderaan canggih sangat.
Hambo tempoh hari beberapa minggu lepas cuba hubungi Bang Md tak dapat. Telefon tak leh pakai. Pergi terus sampai ke pintu rumah bagi salam tado oreh jawab.
Lega lah bilo Bang Md kunjungi pulok kat blog hambo. Laju pulak ya? Itulah internet. Lagi canggih dari Monorel dan Duarel.
Sdr mu dalam perjuangan
Redhuan D. Oon
" kereta api ekspres biasa akan beroperasi pada masa kini iaitu daripada KL-Tumpat dan Tumpat-KL akan sentiasa beroperasi pada setiap hari iaitu di mana kereta api KL-Tumpat akan bertolak pada jam 8.30 malam dan tiba pada keesokan harinya ke Tumpat 9.55 pagi. Begitu juga di sebaliknya Tumpat-KL akan berlepas daripada Tumpat pada jam 6.30 petang dan sampai pada 7.38 pagi keesokan harinya. "
Mutu perkhidmatan keretapi yang tak pernah bertambah baik sejak sebelum merdeka !
Masa tak pernah tepat, cakap jer gitu. Asyik lambat jer. Semua orang komplen.
Tapi kerajaan buat sardin jer.
Nak wat camner, rakyat marhaen je yang pakai perkhidmatan ni.
"Sebenarnya buat masa kini, koc-koc yang ada cukup untuk kegunaan para penumpang."
sebenarnya koc-koc tidak pernah cukup, terutama semasa waktu puncak.
orang yang menggunakan perkhidmatan ini sahaja yang tahu.
Mohon maaf pada semua,
Bukan saya bermaksud untuk menyusahkan rakyat. Tapi saya rasa sudah cukup setakat ni apa yang kami (pihak kerajaan) berikan pada rakyat cukup selesa.
Walau pun saya menggunakan kereta mewah dan berhawa dingin (pemberian kerajaan) dan tidak pernah rasa naik keretapi tetapi saya tahu macamana situasi rakyat apabila berhimpit2 untuk menaiki keretapi waktu kemuncak.
Cukuplah apa yang diberikan oleh kerajaan sekarang ni. Saya tidak mahu dikatakan membazir.
Post a Comment