Saturday, July 19, 2008

Ibnu Hasyim: Bahasa Cina Perlu Jadi Bahasa Kedua..


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

“BARU-BARU ini dikatakan ada usaha-usaha untuk meletakkan bahasa Cina di papan-papan tanda Selangor di samping lain-lain bahasa… Ramai yang marah!” Kata kawan saya. “Apa pendapat saudara?”

Beliau adalah penganjur Kursus Borong China yang menjemput saya memberi ceramah besok pagi 20 Julai 2008 di Hotel Quality KL. Tapi saya baru pulang dari Indonesia, banyak kerja yang belum disiapkan, kerana pemergian kali ini berlaku banyak perkara-perkara di luar dugaan dan perancangan. Walaupun begitu saya sempat menemuinya malam ini.

“Pada saya, isu ini perlu dibawa oleh PAS sebagai parti Islam, bukan untuk menghalang tetapi menyokongnya. PAS perlu buktikan PAS bukan parti perkauman. Soal bahasa bukan soal pokok, bahkan ada seruan-seruan supaya ‘menuntut ilmu sampai ke negeri China’. Apa yang saudara buat Kursus Borong Di China adalah suatu usaha yang baik.” Kata saya.

Yang saya nak, kalau boleh di Malaysia ini diletakkan Bahasa Malaysia bahasa utama, bahasa Cina bahasa kedua dan meletakkan bahasa Inggeris di bawahnya.”

Mengapa saya berpandangan begitu?

Pertama:

Kerana penduduk berbangsa Cina adalah bangsa kedua ramainya di Malaysia, sesudah bangsa Melayu. Bangsa Eropah yang menggunakan bahasa Inggeris tidak termasuk bangsa yang ramai bahkan bangsa penjajah yang telah mengekalkan penjajahannya dari berbagai sudut sejak dulu hingga sekarang. Kini kita sudah merdeka, mengapa masih mengekalkan bahasa mereka terutama dalam pentadbiran negara? Menganggap tiada menggunakan bahasa itu sebagai menghalang kemajuan adalah bukan reality dan boleh dibahaskan lagi.

Kedua:

Bahasa Cina adalah bahasa yang digunakan oleh penggunanya bangsa yang teramai di dunia, bahkan bertebaran di serata negara. Ianya dapat membantu orang Malaysia di luar negara seperti juga penggunaan bahasa Inggeris yang sudah lama didaulatkan di negara ini.

Ketiga:

Mengseimbangkan pengetahuan bahasa di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia terutamanya orang Melayu. Kalau orang Cina wajib tahu bahasa Melayu, maka adalah lebih baik juga orang Melayu tahu bahasa Cina. Kalau ada yang menganggap tidak tahu bahasa Cina antara penyebab kelemahan orang Melayu dalam perniagaan, maka hal ini dapat diatasi.

Keempat:

Suatu kejayaan dan keuntungan dalam politik Islam, apabila dapat menarik orang Cina menyokong Islam, walaupun mereka tidak perlu masuk Islam. Yang penting sekali ialah agama, bukan sahaja bahasa dan bangsa.

Itulah pandangan ringkas dan sepintas lalu dari saya. Wallahu ‘aklam.

Ibnu Hasyim
Kuala Lumpur
Julai 08.
ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

5 comments:

Anonymous said...

Saudara Hasyim, I respect you sebab you cakap serupa bikin. Banyak tokoh politik mangaku pembela AGAMA akan tetapi sebenarnya dalam hati mereka adalah 100% perkauman;Padahalnya mereka sedar ISLAM tak benarkan perkauman. Mereka inilah jenis yang betul-betul telah hinakan ISLAM.Hairan ya, banyak juga pengikut mereka ini yang semua mengaku berjuang untuk ISLAM.

Anonymous said...

Saudara Hasyim, I respect you sebab you cakap serupa bikin. Banyak tokoh politik mangaku pembela AGAMA akan tetapi sebenarnya dalam hati mereka adalah 100% perkauman;Padahalnya mereka sedar ISLAM tak benarkan perkauman. Mereka inilah jenis yang betul-betul telah hinakan ISLAM.Hairan ya, banyak juga pengikut mereka ini yang semua mengaku berjuang untuk ISLAM.

Unknown said...

Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".

Leenoh said...

Salam Ibnu Hasyim.

Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan saudara itu, hujahnya memang kukuh dan menasabah dengan fikrah Islam.
Inilah jalan ke arah perpaduan dan mengurangkan penipuan, rakyat akan lebih memahami di antara satu sama lain.

Anonymous said...

Idea Ibnu Hasyim ini perlu dikembangkan, amat sesuai untuk Islam di Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails