Sunday, July 27, 2008

Muzakarah: Tulisan Ibnu Hasyim Pembuka Minda? - Al-Banjari



Update : Plan Abu Bashir ? Pendekatan inikah yang diambil ! Malaysiakini


BILA topik panas tentang "isu rahsia ?" menjadi strategi politik di Malaysia muktahir ini... juga bersetujukah kita tentang apa yang dikhabarkan di buletin utama berita TV3 sebentar tadi bahawa umno setuju dialog dengan Pas. malaysiakini, sedangkan cerita-cerita itu telah mula tersebar diblog penarik beca yang mencetus kontroversi bila di simbol sebagai fitnah, namun spekulasi itu telah di"yes"kan oleh TG DS Hadi Awang di ruangan bicara presiden, harakah online " Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? ". Lihatlah, dan ambillah tulisan Ibnu Hasyim ini sebagai pembuka minda, andai strategi ini akan dipraktikan bagi kesinambungan ketuanan melayu dan islam ?


“ ADAKAH tindakan Osama Laden yang dianggap pengganas oleh masyarakat dunia antarabangsa masa kini bertentangan dengan kehendak agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW??” Masih ada yang bertanya.


Jom kita teliti sejarah di zaman Nabi SAW…


Abu Bashir seorang penduduk Makkah
.Dengan diam-diam beliau meninggalkan Makkah, kerana sudah lama beliau masuk Islam secara sembunyi-sembunyi di sana. Bila pemuka-pemuka Quraisy Makkah sedar, mereka menyuruh dua agennya mengintip dan berjumpa Nabi di Madinah. Abu Bashir disuruh cari oleh Nabi sampai jumpa, dan bersemuka di majlis beliau.


“Encik Bashir” Kata Nabi. “Engkau sendiri dah maklum perjanjian kami dengan Quraisy. Engkau adalah penduduk Makkah, sebab itu jangan terkejut dua utusan ini datang memastikan engkau dibawa pulang ke Makkah, engkau sendiri pun tahu! Kami tidak boleh mengkhianati perjanjian. Ghadar (langgar perjanjian) adalah pantang bagi kita! Oleh itu pulanglah bersama dua orang yang menjemput engkau ini. Saya doakan moga-moga Allah cepat-cepat melepaskan engkau dari kesulitan!”


Perjanjian yang dimaksudkan itu adalah Perjanjian Hudaibiah, antara orang musyrikin Makkah dengan Nabi pimpinan di Madinah. Antara kandungannya ialah,


‘…kalau ada orang Quraisy datang kepada Muhammad tidak se izin pemimpin-pemimpin Quraisy, maka orang Quraisy berhak menuntut supaya orang itu segera dipulangkan ke Makkah. Tetapi sebaliknya, jika ada pengikut Muhammad datang ke Makkah, maka orang Makkah tidak mempunyai kewajipan buat memulangkan mereka kembali ke Madinah.’




Baru selesai sahaja perjanjian itu ditulis, tiba-tiba muncul seorang yang badannya penuh ikatan rantai besi. Dia adalah tawanan Quraisy kerana menjadi pendatang tanpa izin masuk ke kota Makkah. Dia sudah lama mengisytiharkan dirinya seorang Muslim. Dia datang kini, kerana ingin melihat wajah Rasulullah. Rupanya dia terkena dengan isi perjanjian itu dan terpaksa dihantar pulang waktu itu juga. Dia adalah Abu Jundul anak kepada Suhail bin ‘Amer. Suhail adalah penanda tangan perjanjian itu bagi pihak Quraisy.


“Mula kita buat perjanjian dah langgar!” Sergah Suhail kepada anaknya, Abu Jundul. Direntap dan dipukul mukanya. Ditolak ke tempat orang-orang Quraisy yang sedang melihatnya.


“Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kamu biarkan aku jatuh ke tangan musyrikin untuk
menfitnah aku dalam agamaku??” Jerit Abu Jundul yang sedang diseret ke Makkah
.


Namun, keresahan orang-orang Islam yang ada di situ masih terkawal. “Abu Jundul! Kau bersabarlah Allah pasti akan menolong engkau dan semua orang yang lemah teraniaya. Berat bagi kami melanggar janji yang telah diikat. Kita pantang mungkir janji!!” Kata Nabi.


Umar bin Khattab berdiri dekat Abu Jundul sambil memujuk, “Ikut dulu Abu Jundul dan sabarlah! Mereka adalah musyrikin, darah mereka adalah darah anjing!”


Nyaris dia tidak menyerang ayahnya dengan pedang. Kerana setianya pada perintah Rasul, air matanya menitis juga terpaksa menahan marah.



Begitu pula dengan Abu Bashir, bila mendengar ucapan Nabi kepadanya tadi, wajahnya menjadi murung dan muram
. Lama dia termenung, katanya, “Ya Rasulullah! Apakah aku pun tuan sanggup kembalikan kepada musyrikin hingga mereka aniaya aku dalam keyakinan agamaku??”


Nabi tidak menjawab apa-apa lagi
. Dua Quraisy tersebut dengar sendiri perintah Nabi itu kepada Bashir. Abu Bashir pun diajak pergi. Dalam perjalanan, semasa dua Quraisy itu tidur nyenyak tengah malam, disentaknya pedang yang seorang, lalu dibunuhnya yang seorang lagi itu. Yang sedang tidur itu tersedar ketakutan, lalu diarah Bashir berangkat sendiri ke Makkah. Sedangkan dia pusing balik ke Madinah.


Di Madinah dia mengadap Nabi sekali lagi dan menceritakan apa yang berlaku
. “Ya Rasulullah. Perintah tinggalkan Madinah telah ku patuhi. Kesetiaan tuan teguhi janji telah berlaku. Tuan telah serahkan aku ke tangan puak itu. Kini aku telah membela diriku dan agamaku jangan sampai teraniaya, atau mereka membuat sesuka hati padaku!”


Nabi tidak menjawab juga
. Tanpa minta izin Abu Bashir pun pergi. Setelah Abu Bashir pergi baru Nabi bersuara, “Kalau dia dapat kawan, dia boleh cetuskan perang terhadap musuhnya!”


Bashir pun menyisihkan diri ke suatu tempat di tepi laut bernama ‘Iish. Dihubunginya rakan-rakan sealirannya semula, hingga tersebar luas gerakannya bersama kata-kata Nabi tersebut. Dalam masa paling singkat terkumpul 70 pemuda bersenjata terdiri dari pelarian Makkah, termasuk Abu Jundul.


Kerja mereka ialah mengganggu dan merompak kabilah-kabilah niaga Quraisy yang berulang-alik ke Syam, hingga suasana tidak aman lagi. Hal yang menyebabkan puak Quraisy menghantar utusan kepada Nabi, pohon tarik balik isi perjanjian seperti disebutkan, walaupun pelakunya adalah pemuda-pemuda Makkah sendiri. Setelah berlaku tarik balik perjanjian, barulah kaum Muslimin merasa bebas menziarah sahabat-sahabatnya di Makkah. Hingga datanglah arahan Nabi memanggil Abu Bashir pulang ke Madinah.


“Marahkah Rasulullah kepadaku??” Itu mula-mula dia tanya kepada utusan Nabi yang datang menemuinya. Waktu itu dia dalam keadaan tenat kerana luka-lukanya dalam pertempuran.

“Tidak. Bahkan beliau harap engkau cepat-cepat pulang ke Madinah.” Jawab utusan Nabi. “Rasulullah tak marah.. barulah rasa lega.”


Katanya. “Sampaikan salamku pada beliau!” Diapun wafat di hadapan utusan itu.


(Sila rujuk Tafsir Al-Azhar juzuk 26 Surah ke 48 Al-Fat’h oleh Prof Dr HAMKA dan kitab-kirab sirah lain)


Persoalannya, samakah strategi perjuangan Abu Bashir ini dengan perjuangan Osama Laden dalam menentang musuh-musuh Allah masa kini? Bolehkah diterapkan strategi politik ini dalam politik di Malaysia? Marilah sama-sama buka minda kita
.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com 08-12-2007.


Oleh: AL-BANJARI ONLINE


Sila lihat:
'Bisi-bisik Maufakat UMNO-PAS' Mei 3,2008 oleh Ibnu Hasyim & 'Muzakarah/Kerjasama PAS/ Wajar -Dr Mohd Hasyim' Julai 20,2008 oleh Asyok Kumar.



1 comment:

Nostradamus said...

1. If anyone thinks as a Malaysian at heart you will never support any of the current political parties who speaks only about championing or protecting their own race and religious interests. Whether it belongs to UMNO, PAS, MCA, MIC, PKR, Gerakan, Hindraf, PBS, DAP, PPP or whatever new name. It’s called racism and whoever supports that party is called a racist. It is no different from apartheid. It dirties and poison your soul.
2. Those who are racists but speak with a fork tongue (Jeyklls), hiding it behind other causes like religion, meritocracy, education, poverty etc are even worse than clear cut racists and can only fit into the category of satans.
3. Malaysian racists and the MSN have corrupted the following words which meant differently in other countries ex. nationalism, patriotism, royalists, freedom, liberty, corruption, democracy etc.
4. Power, Greed and Selfishnish rule in Malaysia and now we include Racism and Satanism.
5. See more prophesies at http://patek1472.wordpress.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails