Sunday, July 27, 2008

Sanggah Ibnu Hasyim, 3 Perkara Jangan Ragui Anwar!



Mengulas kenyataan ‘Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim BY ASYOK KUMAR'


SAYA rasa kita tidak perlu meragui akan DSAI sebab beliau sebenarnya bukan perkara yang terpenting. Cuma sekarang beliau pengerak utama untuk memberikan pembaharuan dan harapan kepada RAKYAT.


Ada tiga perkara yang tidak akan berubah tak kira bagaimanapun situasi politik tanahair, iaitu:


1) Orang MELAYU dan ISLAM sebagai penduduk majority negara ini tidak akan kehilangan pengaruh walaupun dalam keadaan sebagaimanapun. Apa yang berlaku sekarang dalam pemerintahan sekarang (BN dan UMNO), yang dipentingkan bukan bangsa atau agama, yang paling penting ialah kepentingan sendiri. Bila BN dan UMNO tumbang, secara otomatik politik negara akan berubah dimana MELAYU dan ISLAM akan masih menjadi pengaruh yang dominat.


2) DSAI mungkin akan jadi PM, akan tetapi PM kedua dan selanjutnya akan juga orang MELAYU dan ISLAM dan bermungkinan dari PAS. Akan tetapi, yang pasti dalam keadaan sekarang, walaupun PAS bergabung atau masuk UMNO atau berkerjasama dengan UMNO, orang PAS tak akan menjadi PM atau pengaruh dominat bila keadaan stabil semula dan UMNO kuat semula.


3) Pada orang bukan ISLAM dan bukan MELAYU, realitinya ialah mereaka tak akan menjadi pengaruh dominat akan tetapi menjadi satu factor 'safety' untuk mewujukkan satu keadaan untuk pembaharuan bila keadaan amat sangat memerlukan saperti sekarang. Pembaharuan ini bukan untuk saja kebaikan negara tetapi juga untuk BANGSA dan ISLAM. Yang bukan MELAYU dan ISLAM cuma harapkan satu corak pemerintahan yang adil tanpa kira kaum. INGAT dalam ISLAM perkauman adalah tidak dibenarkan.


Jangan terlalu bimbang dengan DSAI sebab beliau bukan segalanya. DSAI cuma satu factor untuk pembaharuan. Dalam dunia sekarang berkenalan dengan tokoh bangsa lain yang dianggap anti-ISLAM tak semestinya orang itu juga berfahaman sebegitu. Kalau HADI Awang berbincang dengan UMNO, adakah dia juga macam orang UMNO juga?. Yang mengaku ISLAM tidak semestinya baik sesama ISLAM,lihat apa telah berlaku di negara Teluk dan Afrika, ISLAM BUNUH ISLAM.


Yang penting AGAMA mengajar kita kesederhaan. Keadaan rakyat menentang Kerajaan sekarang adalah sebab ia telah keterlaluan, rasuah dan penipuan sudah jadi amanah biasa. Adakah kalian rasa BN dan UMNO boleh direform lagi?.Yang pasti Rakyat berbilang Kaum Malaysia secara umumnya boleh berbincang dengan baik demi kepentingan bersama selagi tidak ada fahaman extreme.


Bukan agama kita juga mengajar kita akan kesederhaan?


Anonymous
July 27, 2008 12:19 AM




Tulisan Asal: Sunday, July 20, 2008: ‘Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim’ BY ASYOK KUMAR

UKAY PERDANA 20 Julai –PAS perlu berfikiran terbuka, bahkan bersikap tegas supaya jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang, dalam soal muzakarah dengan UMNO, bahkan sehingga ke peringkat kerjasama memerintah negara. PAS perlu tegas mempertahan prinsip perjuangannya dan membela rakyat tertindas tidak kira kaum seperti yang dikehendaki oleh agama Islam dengan membelakangkan kepentingan peribadi-peribadi tertentu.

Demikian pandangan Dr Mohd Hasyim, selaku Presiden Group Universiti Ulu Klang dalam suatu majlis pertemuan bersama ahli-ahlinya di sini malam tadi. Contohnya, antara tuntutan yang wajar dikemukakan ialah melaksanakan hukum dan perundangan Islam di negeri yang dimenangi oleh PAS, menurunkan harga minyak supaya tidak membebankan rakyat, menghapuskan ISA, membebaskan tahanan-tahanan politik yang ada kaitan dengannya, memberi kuasa penuh kepada penghapusan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, merancang program baikpulih ekonomi rakyat dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, kuasa ke arah melaksanakan hal-hal tersebut perlu didapati, samada melalui jawatan atau jabatan yang se wajarnya. Tidak kira samada muzakarah atau kerjasama dengan parti atau kumpulan mana sekalipun samada pemerintah atau pembangkang, kalau hal-hal tersebut tidak dapat dilaksanakan, maka muzakarah atau kerjasama tersebut adalah sia-sia dan buang masa sahaja.

“Mana-mana muzakarah atau kerjasama dengan parti-parti yang mampu memberi ruang perlaksanaan hal tersebut kepada PAS, maka barulah muzakarah, kerjasama atau kongsi kuasa itu dianggap wajar…” Jelas beliau lagi yang juga seorang penulis webblog.

Ditanya mengenai maksud ‘jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang’, katanya, “Kongsikuasa PAS/ UMNO 1969, di mana PAS ditipu UMNO, ditendang keluar dari BN diharapkan jangan berlaku lagi. Juga diharapkan jangan ditipu pula oleh pakatan yang akan memerintah!”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails