Sunday, August 03, 2008

Aku Ingin Jadi Penembak Tepat..


Ibnu Hasyim: Catatan Santai


“KAJIAN menunjukkan 1% dari kanak-kanak di Amerika bila ditanya cita-cita masa depan mereka, jawabnya.. ingin jadi penembak tepat!” kata Mohd Shubhi yang datang mengajak saya berjalan-jalan di KL petang semalam.


Beliau, seorang ahli perniagaan yang berjaya, telah menulis catatan perjalanan kehidupannya dalam ‘Warta Shubhi’ blogspot bertajuk ‘Belajar Menembak’… anda boleh layarinya. “Tulisan ini banyak menarik pelayar-pelayar blog, berkali-kali ganda berbanding tulisan-tulisan lain dalam blog saya… walaupun blog saya agak baru dan belum dikenali…” Katanya lagi.


“Agak-agaknya kenapa hasil kajian menunjukkan begitu?” Saya tanya. “Bolehjadi ke, kerana kekalahan tentera US atau sekutu-sekutunya di Iraq, adalah kerana ‘penembak-penembak tepat’ dari kumpulan pembebasan rakyat Irak yang tidak mampu di atasi US hingga sekarang?? (Saya sebut tentera penakluk itu ‘kalah’ kerana masa proses menakluk dan jumlah kematian tenteranya terus meningkat hingga kini.) Ertinya hati nurani rakyat Amerika sendiri mengiktiraf penembak-penembak tepat dan handal itu sebagai idola mereka. Kita sendiri boleh lihat bagaimana CD-CD yang tersebar luas mengenai tentera US dikalahkan oleh penembak-penembak tepat Iraq yang mereka anggap sebagai penembak curi itu..”


“Mungkin ada 2 sebab kenapa kanak-kanak di US bercita-cita nak jadi penembak tepat..” Jawab Mohd Shubhi. “Pertama.. kita sendiri lihat bagaimana filem-filem barat terlalu banyak mempromosikan adengan-adengan pertarungan dan penembak tepat sebagai hero dalam filem-filem mereka. Hal ini mempengaruhi kanak-kanak di barat!”


“Saya tidak fikir hal ini suatu kebetulan, bahkan ianya suatu perancangan dalam dunia hiburan mereka.. Sudah tentu hiburan mereka ada matlamat tersirat, bukan macam hiburan kita.. melalut tiada matlamat.. Banyak wang peruntukan dibazirkan kerajaan BN dalam hiburan yang tak tentu arah dan matlamat. Kalau kita atau negara selain Amerika dan kuncu-kuncunya itu yang menyemai benih-benih seperti itu, mereka terus cop ‘pengganas, pelampau atau ektream.. Kalau depa buat semua tak pa. Kalau kita semua tak boleh!” Kata saya macam merungut.


Kedua.. bolehjadi kerana kesan dari jenayah mereka di Iraq seperti yang hang sebut tadi…” Sambungnya lagi. “Mereka terpaksa melatih rakyat mereka jadi pengganas untuk melawan orang yang mereka anggap pengganas. Betui ka hang, kalau depa buat semua tak pa, kalau kita buat semua tak boleh!”


“Hang dah masuk Persatuan Penembak Selangor di Subang tu? Ramai ke orang Melayu sertainya?”


“Aku tengok senarai exconya 80% berbangsa Cina?”


“Apakah orang Cina pun ada agenda tersendiri di Malaysia?” Aku cuba korek-korek. Dia cuma gelengkan kepala saja.


Tetapi yang jelas, kaum Cina Malaysia lebih dahulu ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, nabi orang Islam. Kerana Nabi pernah menyuruh,, ajarkan anak-anak 3 perkara... memanah, menunggang kuda serta berenang... yakni termasuk di dalamnya belajar menembak atau memanah! Ertinya agama Islam sesuai dengan mereka, walau masih ramai yang belum Islam. Apakah rahsianya??


Sila lihat pandangan Prof Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya “Halal dan Haram Dalam Islam”. Ada yang dialih-bahasa oleh H. Mu'ammal Hamidy, terbitan PT. Bina Ilmu, 1993.


JENIS-JENIS HIBURAN YANG HALAL

Ada beberapa macam permainan dan seni hiburan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. Di mana hiburan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan. Hiburan-hiburan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.

Di antara hiburan-hiburan itu ialah:

1.Pertandingan.

Sahabat-sahabat Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat. Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada sahabat-sahabatnya.

Kata Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Yakni seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

2.Lumba Lari atau gulat.

Rasulullah SAW pernah gulat dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud). Dalam satu riwayat dikatakan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW gulat dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu, kemudian ia berkata: domba lawan domba. Kemudian Nabi bergulat, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali lagi, lantas Nabi bergulat, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya, lantas Nabi bergulat untuk ketiga kalinya. Lantas seorang lelaki itu bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab: Katakan "domba telah dimakan oleh serigala, dan larilah domba." Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga? Nabi menjawab: Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergulat dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu."

Dari hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan isteri-isterinya. Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat bahawa pertandingan lari cepat, gulat dan sebagainya tidak menghilangkan kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur. Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur di atas 50 tahun.

3.Memanah

Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)

Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobby atau sekedar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup." Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)

Dan sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik) Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah.

Abdullah bin Umar pernah melihat sekelompok manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dilarangnya permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap binatang dan merenggut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.

Justru itu pula Rasulullah SAW. melarang mengadu binatang seperti yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, iaitu mereka membawa dua ekor domba atau sapi kemudian diadu sampai mati atau hampir mati. Lantas mereka senang dan tertawa. Para ulama berkata: "Bahawa prinsip dilarangnya mengadu binatang, kerana terdapatnya unsur menyakiti dan melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekedar bermain-main."

4.Main Anggar

Yang sama dengan permainan memanah, ialah main anggar. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah memberi perkenan kepada orang-orang Habasyah (Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi, dan ia pun memberi perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu.

Dan kepada para pemain Rasulullah mengatakan: "Kerana kamu (kami melihat), hai Bani Arfidah." Panggilan Bani Arfidah adalah suatu julukan yang biasa digunakan orang-orang Arab untuk memanggil penduduk Habasyah. Umar, kerana wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermaksud akan melarang orang-orang Habasyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian dilarang oleh Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata:

"Ketika orang-orang Habasyah sedang bermain anggar dihadapan Nabi, tiba-tiba Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. Kemudian Rasulullah SAW. berkata kepada Umar.--biarkanlah mereka itu, hai Umar." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah SAW dengan mengizinkan permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan sebagai suatu pendidikan buat kaum Muslimin, agar mereka suka bekerja di waktu bekerja dan bermain-main di waktu santai. Di samping itu, bahawa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi suatu permainan yang bermotif latihan.

Para ulama berkata setelah membawakan hadis ini sebagai berikut: "Bahawa masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum Muslimin. Oleh kerana itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka bolehlah dikerjakan di masjid." Kiranya kaum Muslimin di zaman-zaman terakhir ini mahu memperhatikan, mengapa masjid-masjid mereka itu dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan, dan dibiarkan sebagai tempat orang-orang apatis.

Pengarahan Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati isteri-isterinya, iaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti itu. Sehingga kata Aisyah: "Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habasyah itu bermain di dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aisyah juga berkata: "Saya pernah bermain-main dengan boneka perempuan di rumah Rasulullah SAW, bersama kawan-kawan saya perempuan yang juga bermain-main dengan saya; dan tatkala Rasulullah SAW masuk, mereka itu bersembunyi, tetapi Rasulullah SAW. senang melihat mereka itu bersamaku, kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)

Allah SWT berfirman: "Kuda, keledai dan himar adalah supaya kamu naiki dan sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8) Dan bersabda Rasulullah SAW "Kuda itu diikat jambulnya untuk kebaikan." (Riwayat Bukhari) Dan sabdanya pula: "Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim)

Dan sabdanya lagi: "Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani)

Dan berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Ibnu Umar meriwayatkan. "Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemerangnya." (Riwayat Ahmad) Semua ini sebagai dorongan Nabi terhadap masalah pacuan kuda. Sebab berpacu kuda sebagaimana kami katakan di atas, adalah permainan, olahraga juga suatu latihan.

Anas pernah ditanya: Apakah kamu pernah bertaruh di zaman Rasulullah s.a.w.? Apakah Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah bertaruh? Maka jawab Anas: "Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah SAW) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya." (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya. Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).

Dan Beliau bersabda: "Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian pandangan Al-Qardhawi. Sebenarnya inilah dasar hiburan dan sukan yang sepatutnya menjadi dasar dalam sesebuah pemerintahan.

Demikian Catatan Santai kali ini. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos3, 08. KL.

11 comments:

Anonymous said...

HIBURAN DALAM ISLAM

1.a. BerhibuR Sekedarnya saja (sa’atan, sa’atan)

“Demi Zat yang diriku dalam kekuasaannya! Sesungguhnya andaikata kamu disiplin terhadap apa yang pernah kamu dengar ketika bersama aku dan juga tekun dalan zikir, niscaya Malaikat akan bersamamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tetapi hai Handhalah, saa’atan, saa’atan! (bergurau sekedarnya saja!). Diulanginya ucapan itu sampai tiga kali.” (HR. Muslim)
Sahabat, mereka biasa bergurau, ketawa, bermain-main dan berkata yang ganjil-ganjil, karena mereka mengetahui akan kebutuhan jiwanya dan ingin memenuhi panggilan fitrah serta hendak memberikan hak hati untuk beristirahat dan bergembira, agar dapat melangsungkan perjalanannya dalam menyusuri aktivitasnya. Sebab aktivitas hidunya itu masih panjang.
Ali bin Abi Thalib pernah berkata: “Sesungguhnya hati itu bisa bosan seperti badan. Oleh karena itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati.” Dan katanya pula: “Istirahatkanlah hatimu sekedarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, bisa buta.”
Abu Darda’ pun berkata juga: “Sungguh hatiku akan kuisi dengan sesuatu yang kosong, supaya lebih dapat membantu untuk menegakkan yang hak.”
Oleh karena itu, tidak salah kalau seorang muslim bergurau dan bermain-main yang kiranya dapat melapangkan hati, dengan syarat kiranya hiburannya itu tidak menjadi kebiasaan dan perangi dalam seluruh waktunya, yaitu setiap pagi dan petang selalu dipenuhi dengan hiburan, sehingga melupakan kewajiban dan melemahkan aktivitasnya.
Bermain-main dalam kehidupan seperti makanan yang dicampur dengan sedikit garam sehingga terasa lezat. Tetapi jika garam itu terlalu banyak akan merusak makanan.
Dalam bermain-main, seorang muslim tidak boleh menjadikan harga diri dan identitas seseorang sebagai sasaran permainannya. Tidak juga diperkenankan dalam berguraunya itu untuk ditertawakan orang lain, dengan menjadikan kedustaan sebagai wasilah (cara).
“Celakalah orang yang beromong suatu omongan supaya ditertawakan orang lain, kemudian dia berdusta. Celakalah dia! Celakalah dia!” (HR. Tirmidzi)

1.b. Macam-macam hiburan yang halal :

Ada beberapa macam permainan dan seni hiburan yang disyariatkan Rasulullah saw. untuk kaum muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. Dimana hiburan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan.
Hiburan-hiburan tersebut kebanyakannya berbentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat dan mempersi-apkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.
Di antara hiburan-hiburan itu ialah :

1.b.i. Perlombaan lari cepat

Para sahabat dulu biasanya mengadakan perlombaan lari cepat, sedang Nabi sendiri mengiyakannya. Ali adalah salah seorang yang paling cepat.
Rasulullah saw. sendiri mengadakan pertandingan dengan istrinya guna memberikan pendidikan kesederhanaan dan kesegaran.
Aisyah mengatakan : “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” (HR. Ahmad dan Abu Daud)

1.b.ii. Gulat

Rasulullah saw. pernah gulat dengan seorang laki-laki yang terkenal kuatnya, namanya rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (HR. Abu Daud)

1.b.iii. Memanah

Di satu saat, Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok saha-batnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah saw. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya:
“Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu.” (HR. Bukhari)
Pertandingan memanah itu bukan sekedar hobby atau bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dengan firman-Nya :
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditam-batkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan Musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah Mengetahuinya.” (QS Al Anfal 8:60)
“Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (HR. Bazzar dan Thabrani)
Namun Rasulullah saw. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dsb. sebagai sasaran latihannya.
“Sesungguhnya Rasulullah saw. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Karena terdapat unsur penyiksanaan terhadap binatang dan merenggut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta. Justru itu pula Rasulullah saw. melarang mengadu binatang.

1.b.iv. Main anggar

Rasulullah saw. telah memberi perkenan kepada orang-orang Habasyah (Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi dan ia pun memberi perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu.
Umar, karena wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermak-sud akan melarang orang-orang Habasyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian dilarang oleh Nabi.
“Ketika orang-orang Habasyah sedang bermain anggar di hadapan Nabi, tiba-tiba Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. Kemudian Rasulullah saw. berkata kepada Umar: biarkanlah mereka itu, hai Umar.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Pengarahan Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati istri-istrinya, yaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti ini. Sehingga kata Aisyah :
“Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habasyah itu bermain di dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ini merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah saw. dengan mengizinkan permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan sebagai suatu pendidikan buat kaum muslimin, agar mereka suka bekerja di waktu bekerja dan bermain-main di waktu main-main. Di samping itu, bahwa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi suatu permainan yang bermotif latihan.
Para ulama berkata “Bahwa masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum muslimin. Oleh karena itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka bolehlah dikerjakan di masjid.”
Kiranya kaum muslimin di zaman-zaman terakhir ini mau memperha-tikan, mengapa masjid-masjid mereka itu dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan.

1.b.v. Menunggang kuda

“Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (HR. Ahmad)
Berkatalah Umar :
“Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah dan perintah-lah mereka supaya melompat di atas punggung kuda.”

1.b.vi. Berburu

Berburu itu sendiri pada hakikatnya adalah bersenang-senang, olahraga dan bekerja, baik dengan menggunakan alat seperti tombak dan panah atau dengan melepaskan binatang buruan seperti anjing dan burung.

1.b.vii. Mengenai Main dadu (termasuk main kartu)

Seluruh permainan yang di dalamnya ada perjudian, hukumnya haram. Sedang apa yang dinamakan judi, yaitu semua permainan yang mengandung untung-rugi bagi si pemain.
Jika tidak dibarengi dengan perjudian, maka sementara ulama ada yang menandang haram dan sebahagian lagi memandang makruh.
Kepada muslim yang bersikap wara maka jauhkanlah permainan ini karena permainan ini telah disifatkan kepada orang-orang yang lalai.
“Barangsiapa bermain dadu, maka seolah-olah dia mencelup-kan tangannya dalam daging babi dan darahnya.” (HR. Muslim)
“Barangsiapa bermain dadu, maka sungguh dia durhaka kepada Allah dan RasulNya.” (HR. Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Malik)

1.b.viii. Mengenai Main catur

Menurut hukum asalnya, segala sesuatu adalah mubah. Dalam hal catur ini tidak ada nas tegas yang mengharamkannya. Dan pada catur itu sendiri melebihi permainan dan hiburan biasa. Di dalamnya terdapat semacam sport otak dan mendidik berfikir.
Kebolehan permainan disyaratkan dengan tiga syarat :
i. Karena bermain, tidak boleh menunda-nunda shalat
ii. Tidak boleh dicampuri perjudian
iii. Ketika bermain, lidah harus dijaga dari perkataan najis
Kalau ketiga syarat ini tidak dapat dipenuhi, maka dapat dihukumi haram.

1.b.ix. Mengenai Menyanyi dan musik

Hal ini dibolehkan dengan beberapa ikatan yang harus diperhatikan sehubungan dengan nyanyian :
1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam
2. Cara menyanyikan yang dilakukan si penyanyi dapat mengalihkannya dari lingkungan halal kepada lingkungan haram
3. Berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur adalah haram
4. Jika nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya, maka harus dijauhi nyanyian tersebut
5. Nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya adalah haram
Menyanyi dan musik bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.
“Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi saw. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar: Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hariraya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

1.b.x. Mengenai Menonton film :

Film atau bioskop kedudukannya sama dengan alat-alat lain, dapat dipergunakan untuk hal-hal yang baik dan yang tidak baik.
Bioskop dan film adalah halal dan baik jika dipenuhi syarat-syarat sebagai berikut :
1. Subjek-subjek yang diketengahkan itu bersih dari kegila-gilaan, kefasikan dan semua hal yang dapat mensirnakan aqidah, syariat dan kesopanan Islam
2. Tidak melupakan kewajiban agama atau duniawi. Tidak halal seorang muslim meninggalkan sembahyang maghrib karena akan pergi nonton bioskop.
3. Jangan sampai terjadi persentuhan dan percampuran antara laki-laki dan perempuan lain, demi menjaga fitnah dan menolak syubhat. Lebih-lebih pertunjukan ini tidak dapat dilakukan, kecuali di tempat yang gelap.

Maraji’
Dr. Yusuf Qardhawi : Halal dan Haram dalam Islam

Anonymous said...

Contoh Cubaan Tembak Tepat Dalam Perang Politik di Malaysia...

Contohnya Berita Mutakhir ini...

Kurang 50% yakin BN, Pakatan Rakyat penuhi janji pilihan raya.

KUALA LUMPUR: Selepas empat bulan pilihan raya umum ke-12 berlangsung, rata-rata kurang 50 peratus rakyat negara ini yakin bahawa kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan memenuhi janji-janji yang dipertaruhkan semasa kempen selama 13 hari.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan, BN memperoleh keyakinan keseluruhan 40 peratus responden manakala Pakatan Rakyat pula 45 peratus - berhubung soalan sejauh mana kedua-dua perikatan itu akan menunaikan janji masing-masing.

Bagaimanapun dilihat daripada sudut sama ada "terlalu yakin akan menunaikan janji", 13 peratus responden memihak kepada BN berbanding hanya lapan peratus ke atas Pakatan Rakyat.

Seramai 27 peratus responden agak yakin dengan BN dan 38 peratus responden agak yakin dengan Pakatan Rakyat.

Peratusan responden yang "agak tidak yakin" adalah tinggi bagi BN iaitu 36 peratus tetapi hanya 27 peratus di sebelah Pakatan Rakyat.

Malah, peratusan "sangat tidak yakin" juga agak tinggi bagi BN iaitu 19 peratus berbanding 15 peratus responden yang memihak Pakatan Rakyat.

Kajian ini dijalankan antara 4 dan 14 Julai lalu membabitkan 1,030 responden di Semenanjung menerusi temu bual telefon.

Pilihan raya umum ke-12 berlangsung 8 Mac lalu menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Selain itu BN juga kehilangan kuasa kerajaan negeri di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Meskipun BN berkempen menggunakan manifesto sendiri tetapi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS menggunakan manifesto sendiri, bukan atas nama Pakatan Rakyat.

Panggilan Pakatan Rakyat hanya diumumkan selepas keputusan pilihan raya umum diketahui.

-------------------------------------------------------------------------------------

TAHAP KEYAKINAN TERHADAP BN DAN PAKATAN RAKYAT BARISAN NASIONAL PAKATAN RAKYAT

Sangat yakin 13% 8%

Agak yakin 27% 37%

Kurang yakin 36% 27%

Tidak yakin langsung 19% 15%

Tidak tahu 4% 12%

Tiada jawapan 1% 1%

---------------------------------------------------------------------------------------

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian ketika dihubungi memberitahu, pihaknya tidak terkejut dengan penemuan tersebut yang menunjukkan tidak sampai separuh rakyat negara ini yakin sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat akan menunaikan janji-janji pilihan raya.

"Saya tidak terkejut kerana dari segi persaingan politik kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat masih belum ada keputusan muktamad... masih banyak perkara yang belum menunjukkan penyelesaian ketara," katanya.

Sejak kali pertama selepas pilihan raya umum 1969, negara menyaksikan urutan perisitiwa politik hampir setiap minggu - termasuk yang terbaru keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Ibrahim, ketika banyak pihak masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat untuk melaksanakan apa yang dijanjikan, penemuan ini menunjukkan BN kehilangan sokongan ekoran sentimen selepas kenaikan harga minyak dan kesan susulan.

"Banyak pengundi merasakan mereka telah dibelakangi dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Ini faktor utama (menyebabkan paras rendah tahap keyakinan ke atas BN)," katanya.

Jelas beliau, persekitaran pendapat umum kemungkinan berubah menjelang akhir tahun memandangkan Pakatan Rakyat "masih dalam tempoh berbulan madu" dan ada banyak perkara yang tidak boleh dilakukan oleh ikatan pembangkang itu disebabkan halangan batasan kuasa.

Berhubung soalan sejauh mana berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Rakyat, 57 peratus menyatakan persetujuan berpuas hati walaupun hanya sembilan peratus yang berada dalam kumpulan "amat berpuas hati".

Bilangan responden yang "tidak berpuas hati" dan "sangat tidak berpuas hati" adalah seramai 32 peratus.

Berkaitan soalan yang sama membabitkan kerajaan persekutuan BN pula, 44 peratus "berpuas hati" dengan pakatan 14 parti komponen itu dengan "lapan peratus sangat berpuas hati".

Seramai 54 peratus responden pula "tidak berpuas hati" dan "sangat tidak berpuas hati" dengan kerajaan persekutuan BN.

Hanya 42 peratus responden yang "berpuas hati" dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala 54 peratus melahirkan pandangan sebaliknya.

Sama ada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan muncul sebagai Perdana Menteri yang baik kelak (ekoran pelan peralihan kuasa Jun 2010), 34 peratus "yakin" dengan kenyataan tersebut berbanding 47 peratus yang "tidak yakin" manakala 17 peratus "tidak pasti".

Hanya kira-kira 36 peratus berpandangan bahawa Umno, anggota komponen utama BN, mencerminkan aspirasi dan keperluan rakyat negara ini manakala 33 peratus "tidak berpuas hati" dengan pandangan sedemikian.

Anonymous said...

Maaf. Tulisan ini asalnya memang tulisan g,manimaran. Tapi yang memasukkan dan memberi komen atas tulisan ini di ruang ini adalah saya...

aku anak pulau.
harap maaf.

Anonymous said...

orang melayu islam ramai yang masuk pelapis... semalas-malas saya orang awan ni pun, tak masuk pelapis pun dah tau guna m-16, masuk tanding hari tu pun dapt no.2 itupun yang menang bekas2 tentera... tentera byk buka peluang pada bangsa melayu islami.

faisol said...

terima kasih sharing ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Berdzikir Membuat Hati Tetram, Benarkah?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/berdzikir-membuat-hati-tentram-benarkah.html

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

putra said...

macam mana nak memohon untuk menyertai belajar menembak...?

putra said...

macam mana nak mendaftar untuk belajar menembak... siapa yang harus saya berjumpa...?

JM said...

Salam Jihad!

Anonymous said...

[url=http://trustedpaydayloanhere.com/#13866]payday loan[/url] - payday loan , http://trustedpaydayloanhere.com/#13642 payday loan

Anonymous said...

[url=http://buyonlinelasixone.com/#7667]order lasix[/url] - lasix no prescription , http://buyonlinelasixone.com/#15170 lasix without prescription

Anonymous said...

[url=http://buyaccutaneorderpillsonline.com/#6644]cheap accutane[/url] - cheap generic accutane , http://buyaccutaneorderpillsonline.com/#4078 accutane online without prescription

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails