"KITA Menang, We Won". Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu awal pagi ini telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen esok, premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah akan berlangsung pagi esok.
Di KL pula, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen esok. Astro AWANI melapurkan kenyataan Dato’ Mukhriz bin Tun Mahatir Ahli Parlimen Jerlun dari UMNO, bahawa kemenangan pembangkang di Permatang Pauh itu adalah amaran kedua kepada pemimpin BN sesudah amaran pertama PRU 12 8 Mac lalu.
Masihkah Ketua BN, Presiden UMNO atau PM negara ini menganggap remeh? Apakah benar sudah dua kali amaran peralihan dari rakyat? Bermula dengan harga minyak naik, kerajaan akur minyak turun, tetapi rakyat sudah naik minyak, siapa yang akan jadi tahi minyak?
Tunggu, lihat atau ada yang terus bertindak! Sekian. Merdeka! Merdeka! Merdeka!!. Wallahu 'aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
KL. Ogos27 2008.
No comments:
Post a Comment