Friday, August 29, 2008

Gadis Katholik Rusia Menulis: Kumpulan Mafia Islam?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

SUATU hari di sebuah universiti di Moskow, kawanku juga seorang gadis Kristian bermazhab Katholik seperti aku berkata... “Puak-puak pelajar Islam tu dah melampau, nak minta tempat sembahyang pula. Bagaimana kalau kita pun nak gereja dan puak-puak agama lain pun minta tempat ibadat mereka?”

Kawanku itu mengeluh marah. Memang kami sama-sama anti dan benci kepada orang Islam. “Aku tak tahan dengan sikap mereka, aku harap kau... tolong rundingkan dan selesaikan dengan mereka!” Memang dia pemanas darah orangnya, walaupun kami sama-sama Kristian Orthodok. Aku terima tugas itu.

Aku berunding dengan puak-puak Islam itu, “Apa alasan kamu minta bilik sembahyang?”

“Kami orang Islam wajib sembahyang 5 kali sehari semalam.. kami cuma nak sebuah bilik sahaja. Bayangkan berapa banyak masa kami jimat kalau sudah ada bilik sembahyang?” Kata mereka.

Ku fikir-fikir secara rasional, betul juga kata mereka. Tetapi mengapa mereka perlu sembahyang hari-hari? Apa rahsianya? Bukankah buang masa sahaja? Ku fikir-fikir lagi, rupanya untuk menjadi orang Islam kena taati 5 rukun.

Aku teringat suatu masa aku pernah bertemu dengan seorang pemuda Rusia baru pulang dari Saudi Arabia, dia pilih agama Islam. Baru aku kenal Islam bila dia menerangkan 5 rukun itu.. Pertama, menurutnya mengucap 2 kalimah syahadah.. Sebuah kesatuan kepercayaan, untuk ahli-ahlinya. Tidak takut kepada seluruh makhluk di dunia kecuali ‘Allah’. Dia (Allah) saja yang besar, perkasa dan berkuasa, lain semua kecil dan tak berkuasa, hanya kepada Dia tempat bergantung segala-gala.

Risalah itu disampaikan melalui utusanNya, yang di sebut ‘Nabi atau Rasul’, iaitu terakhirnya, Muhammad pembawa risalah masa kini. Di situlah bezanya dengan kami kaum Kristian. Walaupun Muhammad sudah meninggal dunia tetapi bahan rujukannya masih hidup sepanjang masa. Aku kagum dengan kepercayaan ini, bahkan padaku lebih hebat dari kumpulan mafia yang terlalu menekankan kesatuan ketaatan kepada ketuanya. Kalau dalam kumpulan mafia.. sering diadakan upacara mengingati atau angkat sumpah bagi perkuatkan ketaatan itu.

Rupanya dalam kumpulan Islam, praktikal sembahyang itulah upacaranya. Bahkan lebih kerap lagi.. 5 kali sehari. Dan termaktub kalimah sumpahnya dengan kata-kata dalam sembahyang itu, ‘Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah yang menguasai alam semesta.’ Suatu kalimah yang cukup merbahaya bagi kumpulan saingan yang di luar mereka. Mereka sanggup mati (menurut istilah mereka ‘syahid’) kerana kepercayaan mereka! Begitu.. rukun kedua.

Rukun ketiga pula, puasa Ramadzan. Kalau dalam kumpulan mafia, perlu ada latihan ketahanan jasad, tidak makan dan tidak minum, tapi boleh bekerja macam biasa. Sekurang-kurangnya setahun sekali latihan. Bahkan, kadang-kadang bagi orang Islam, berperang pun mereka pilih dalam bulan puasa. Kekuatan roh sudah menguasai kekuatan jasad. Begitu juga rukun keempat, zakat. Perlunya perkukuhkan ekonomi. Dan rukun kelima, haji. Perlunya ada ikatan global...

Aku ingin mengetahui lebih lanjut perkara-perkara begini. Aku ingin tahu rahsia kekuatan mereka. Aku kena dampingi puak-puak Islam yang pohon untuk buat surau itu. Aku kata kepada mereka, “Ya! Aku setuju kamu buat surau...”

Maka terbinalah surau untuk mereka. Tetapi, beberapa bulan selepas itu, gadis Katholik kawanku yang memberi kuasa selesaikan masalah surau itu memberitahuku, “Lihat, apa sudah jadi? Dah timbul masalah baru! Puak-puak Islam itu tidak benarkan kawan-kawan kita yang bukan Islam berihat di bilik itu!”

“Kan bilik itu untuk ibadat mereka? Bukan untuk kita berihat?”. Rupanya aku sudah jadi pembela kumpulan Islam di universiti ini. Cukup, aku akan sambung tulisan ini... ‘Mengapa Aku Minat Mengkaji Sejarah Islam Rusia?’ akan datang.

DEMIKIAN e-mail yang dihantarkan kepada saya (Ibnu Hasyim) oleh seorang gadis Katholik Kristian, di sebuah universiti di Rusia. Beliau yang tidak mahu namanya disebutkan, mula mengenali Malaysia selepas Presiden Rusia Vladimir Putin melawat Putrajaya pada 17 Oktober 2003. Saya paparkan tulisan ini, demi untuk melihat pandangan orang bukan Islam di Rusia ke atas masyarakat Islam. Semoga memberi manfaat untuk kita.

Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam. Insya Allah bersambung.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos28, 08. KL.

7 comments:

Anonymous said...

that's way too cool.

Anonymous said...

Boleh ka aku nak kenai gadis Rusia itu?

Anonymous said...

Gua tunggu lanjutanya. Kalau boleh gua cadangkan, supaya gadis Rusia itu buat interbiau atau memperkenalkan tokoh-tokoh Islam di sana.

Harap maaf Ibnu Hasyim, kalau tidak menjadi kesalahan.

Maulana Ali
Jakarta.

Anonymous said...

saya mintak izin utk mempostkan semula post tuan ini dlm site saya ye

Anonymous said...

post tuan berkaitan gadis rusia ini amat menarik, berlainan dgn masyarakat malaysia, islam di negara eropah adalah minoriti, jadi ini menjadikan kebangkitan islam disana sangat histerikal. Ini juga sangat berlainan dengan agama islam yg di anuti secara warisan keluarga. Mereka nampak sesuatu yg kami jarang nampak. Keindahan Islam

Ibnu Hasyim said...

Ok.. mo problem. T.kasih atasw penghargaan saudara.

Anonymous said...

Asalamualaikum.

saya nak respon berkenaan artikel saudara berkenaan kumpulan mafia Islam, di sebuah universiti di russia.

msjid / surau tersebut sebenarnya adalah bekas stor / bilik memasak di hostel kami. dan sehingga hari ini status masjid/surau tersebut masih non-legal. alhamdulillah semenjak beberapa tahun,pihak pengurusan hostel sanggup toleran psl benda ni.

sebenarnya hampir setiap tahun masjid/surau ini telah diarahkan untuk di tutup. dan baru je beberapa minggu lepas, Rektor Universiti telah keluarkan notis untuk kosongkan serta merta surau/masjid ni.

memang sudah pasti ,ada yang xpuas hati bila kumpulan2 islam kt sini dapat kemudahan mcm ni kt hostel. student2 islam kt sini sebenarnya telah berhempas pulas sejak sekian lama untuk pertahankan masjid/surau ni. tp masjid/surau yang ada kt moscow ni sangatlah sedikit berbanding jumlah gereja & lain2 tpt ibadah kuffar.

untuk pengetahuan,
dkt ngn kwsn tpt tgl kami ni ada 1 gereja besar. plan awal sebelum pembinaan gereja ni sbnrnya adalah untuk mendirikan masjid. tp, penduduk kwsn ni menentang pembinaan masjid dan mahukan ianya djadikan sebuah gereja. mungkin saudara sedia maklum, dh banyak masjid lama kt sini yang trlah di tukar kepada church dan gudang2 serta muzium.


oh ya, saya nak tanya, ada tak siapa2 kenalan saudara yang boleh dikenalkan di sini? untuk membantu aktiviti2 dakwah kt sini.. kami berharap dapat menembusi civilian, masyarakat russia.. membawa risalah tauhid.. kalau kami dpt islamkan penduduk Russia, Insyaallah Islam akan bangkit di sini, dan kita semua dpt pahala..., kan?

dan kalau ada maklumat2 yang mungkin boleh bg manfaat utk dakwah kt sini,kongsi2 lah ek.....

itu saja untuk kali ini.

sebelum tu, boleh berkenalan x?

regards.

Front Mujahidin Malaysia.!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails