Monday, August 18, 2008

Guan Eng Tuduh Pembangkang UMNO Kafir?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

“HA, ni ada cerita menarik di Permatang Pauh. Beberapa hari sebelum penamaan calon ada banyak penceramah dari Pakatan Rakat, antaranya DS Anwar, Khalid MB Selangor dan Lim Guan Eng KM Pulau Pinang!”

“Apa yang menariknya?” Aku tanya.

“Dari cerita-cerita tersebar dan ada yang Guan Eng sendiri sebutkan, bahawa dalam suatu majlis beliau berdepan dengan puak-puak pembangkang UMNO dalam kerajaan Pulau Pinang. Beliau diasak dengan tekanan soalan menyerang beliau, akhirnya beliau menasihati mereka, bertakwalah kepada Allah!... Puak-puak UMNO itu naik berang dan memberi amaran, kata-kata tersebut boleh dianggap menuduh mereka jadi kafir.

Betul ke? Guan Eng jadi panik. Beliau minta laluan keluar nak ke bilik air. Beliau terus telefon Tok Guru Nik Aziz, mengesahkan apakah kata-kata itu benar-benar menuduh mereka jadi kafir. Tidak... kata Tok Guru. Baru Guan Eng lega dan meneruskan majlisnya.” Jelas kawanku itu.

“Dari kisah di atas, kalau benar-benar terjadi, boleh dibuat kesimpulan:

1.Pakatan Rakyat sudah mulai intim, bahkan Tok Guru mulai diterima sebagai rakan, penasihat dan penyelesai masalah.

2.Perlu diadakan banyak lagi program-program yang menjirus ke arah keintiman tersebut.

3.Generasi muda kepimpinan PAS perlu banyak bergaul dan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan bersama mereka dan generasi baru mereka, terutama dari kalangan yang berlainan bangsa.

Sekian, sembang-sembang pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini.

Catatan santai:
ibnuhasyim.com
e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
Ogos17, 08 KL.

8 comments:

Anonymous said...

Aku pun nak cerita fasai matang pauh..

Mula-mula kempen, PAS tak bagi kerjasama.. Bila dapat arahan tok guru suruh, baru semua kerja jalan.

Tandanya PAS bukan keja untuk peribadi.. ikut arahan pemimpin. Ikut ulama..

dari
akuanakpulau.

Anonymous said...

sila lihat blog www.penjualubat.wordpress.com dengan tajuk guan eng mat sabu dap utk cerita sebenar..

Anonymous said...

Re: Guan Eng Tuduh Pembangkang UMNO
bebal betul lah puak umno ni.
LGE cuma bagi nasihat,taklah sampai nak mengkafirkan pulak....
puak2 adun umno tu tak pernah pergi sembahyang jumaat ke?
bukan ke tiap2 minggu khutbah jumaat akan beri ingatan utk bertaqwa kpd Allah...

Anonymous said...

"..............Generasi muda kepimpinan PAS perlu banyak bergaul dan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan bersama mereka dan generasi baru mereka, terutama dari kalangan yang berlainan bangsa................"

soalan

i]. Mengapa penulis membuat kesimpulan seperti ayat di atas ?
ii]. Adakah generasi muda PAS hidup macam kera sumbang , atau katak di bawah tempurung , maknanya tidak bergaul atau hidup dalam kepompong sendiri
iii]. Adakah keadaan dan penyakit ini serius di kalangan generasi muda PAS ?
iv]. Apa yang harus dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS supaya generasi baru nya berani terjun ke lapangan , berani berdakwah di kompleks2 membeli belah , pub - - pub , night club , padang2 gof , gereja , kuil mcm yb mb kedah buat , .....bukan kah pas itu untuk semua ?


penulis mungkin ada pengalaman tersendiri ?

Anonymous said...

Kebanyakkan orang Pulau Pinang tahu hubungan akrab antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Naib Presiden PAS Hj. Mohammad Sabu. Mungkin kerana pernah sama-sama ditahan ISA di Kem Kemunting suatu ketika dahulu, hubungan baik mereka berterusan hingga sekarang.

Ketika berceramah pada malam hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Lim Guan Eng ternyata berjaya memukau ribuan yang hadir mendengar ucapannya. Jika sebelum ini Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sering disebut, perkataan iman dan taqwa pula muncul dimulut beliau kali ini.

Beliau juga berkata jika kerajaan sebelum ini telah menghilangkan berjuta wang rakyat untuk kepentingan sendiri dan kroni-kroni mereka selama bertahun-tahun, dia akan cuba mengembalikan wang tersebut kepada rakyat dalam masa setahun. Beliau juga memuji isteri Datuk Sri Anwar Ibrahim, Datuk Sri Wan Azizah sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa kerana dapat bersabar dengan segala apa yang berlaku dekat Datuk Sri Anwar Ibrahim, jika orang itu tidak ada iman dan taqwa mustahil dapat menahan segala ujian yang melanda, tambah beliau lagi disambut dengan tepukan gemuruh dari ribuan yang hadir.

Terdengar suara-suara orang ramai yang hadir mengatakan ucapan Lim Guan Eng dimalam itu menyerupai nada Hj. Mohammmad Sabu yang terkenal dengan kepetahan ketika berucap, malah terdengar juga ada yang menggelarkannya sebagai Mat Sabu DAP.

Anonymous said...

SUATU KETIKA DULU SEORANG KAWAN YG BUKAN BERAGAMA ISLAM PERNAH BERTANYAKAN SESUATU PADA KU IAITU" KENAPA KAH....ORANG UMNO SUKA MENAKUT2KAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP AGAMA ISLAM"

KISAH INI TERJADI DI ZAMAN TDM IAITU KETIKA KERAJAAN KELANTAN HENDAK JALANKAN HUKUM HUDUD

KAWAN AKU NI BERASA SANGAT PELIK DGN TINGKAH LAKU UMNO NI....PATUTNYA MEREKA MENYOKONG ATAU SEKURANG2NYA MEMBERI GALAKKAN ATAU DORONGAN KPD KERAJAAN KELANTAN DAN BUKAN MEMBERI AMARAN KERAS....

5 THUN KEMUDIAN KAWAN KU INI TELAH MEMELOK AGAMA ISLAM....

Anonymous said...

Dewan Pemuda PAS terutamanya mereka daripada para alim ulama, agar dapat mendekati rakan di Pakatan Rakyat dengan lebih serius. Terimgat akan kata Tuk Guru dimuktamar lalu DAP keluar dari pakatan BA kerana tidak tahan dengan puak MCA yang menuduhnya taliban kerana berkawan dengan PAS.

al-brangi Online said...

Terima kasih kerana melawat blog saya. Ini memberi semangat baru kepada saya yg baru berkecimpung 2 bulan dlm dunia blog atau apa2 bidang penulisan.

semoga Lim Guan Eng mendapat hidayah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails