Monday, August 04, 2008

Ingatan Kepada Mufti Malaysia?


Ibnu Hasyim: Catatan Santai



BANYAK e-mail yang telah saya terima. Saya tertarik antara satunya tertulis… “contoh2 soalan dan komen2 seperti yg tertera dibawah ini sampai la la ni masih tidak terurai dan terlerai .... jawapan nya ...jauh sekali lah .... apa lagi tentang kesahihannya?”


Penulisnya adalah Wan Seman, diberi alamat e-mailnya, tulisan di bawah subjek ‘Al-Kisah Hal Ehwal Forum Perdana Ehwal Islam’. Saya cabut antara tulisannya….


“Yang mulia tuan mufti, assalamulaikum wbkt,


Saya baru saja menonton Forum Perdana Ehwal Islam di TV (RTM1) malam tadi - heran juga kerana diberi tajuknya TEH TARIK SATU! macam satu rancangan hiburan pula ..........[tidak kah ada tajuk lain yang bersesuaian dengan rancangan yang bercorak keagamaan?] Kalau sitcom Salam Pantai Timur tak hairan lah, kerana sememangnya ia berbentuk hiburan.


Celah celah tu ...... ada kelucuan tentang hujah seorang doktor yang bertindak sebagai salah seorang anggota panel forum tersebut, dan sebelum ini pun (dimasa yang lain yang lebih dulu sikit), pun doktor yang sama juga memberi hujahnya bahawa nabi kita kunyah makanan didalam mulutnya sebanyak 44 kali....tapi kali ni (malam ni) ... dia perturun sikit .... dia cuma kata sebanyak 40 kali kunyah saja ... hai! siapa pulak yang boleh silap bilang tu? sat kata 44 kali kunyah ....sat kata 40 kali?


Dalam pada tu pulak ada lagi seorang ustaz-perunding motivasi pulak berhujah katanya nabi kita tak pernah menguap .... sebabnya nabi kita cukup sehat wal afiat ... jadi orang macam kita kalau menguap kira tak sehat lah? Hai! macam macam alkesah maka tersebutlah ....... Ini macam nak mempermain-mainkan nabi Muhammad S.A.W. ..... nak memperolok-olok atau nak mempersenda gurau akan perlakuan nabi kita pula? Atau juga nak memperbodoh-bodohkan kita yang jadi penonton dan pendengar yang jenis dengar cara buta tuli?


Namun ianya berpatah balik (backfired) kepada sipenceramah itu sendiri (apatah lagi seorang doktor - lagi amat memalukan), dengan memberi penerangan yang agak tidak masuk lojik akal. Ini kemudiannya jadi bahan tawa orang pulak (laughing stock).


Kalau boleh ingin saya syorkan kepada pihak mufti-mufti diseluruh Malaysia agar tolong menasihati pihak-pihak berkenaan juga pihak-pihak media TV sendiri (berkaitan jodol atau tajuk sebagaimana diperkatakan) supaya mereka memperbetulkan apa yang tak betul dan yang agak janggal pada penerangan dan penyampaian dipihak mereka mereka yang berhujah tentang ugama Islam dan juga berkaitan dengan nabi kita Muhammad S.A.W. yang kita junjung tinggi.


Ini seolah-olah memberi gambaran kepada ramai penonton dirumah (atau pun dimana saja) yang ceramah atau forum agama Islam seperti tidak meyakinkan bersabit dengan hujah-hujah mereka yang amat meragukan (doubtful). Dengan sebab-sebab seperti ini mungkin menggalakkan ramai kalangan anak Melayu kita beralih arah kepada agama lain atau kepercayaan mazhab lain atau pun ajaran sesat lagi menyesatkan. Mungkin juga - sebab itulah sekarang ini semakin ramai yang terpengaruh pada ajaran sesat.


Sebab utama kerana tidak yakin dengan ulama-ulama, penceramah-penceramah, pendakwah-pendakwah, ustaz-ustazah (mungkin sesetengahnya tak bertauliah) yang hanya sekadar diundang oleh pihak media-media TV hanya untuk memenuhi (sekadar mencukupkan quorum sahaja) untuk rancangan terbitan mereka sahaja. Banyak personaliti-personaliti (berkaitan ceramah atau forum keagamaan) yang menjadi undangan dari pihak media-media TV, amat meragukan sekali. Tidak memberansangkan - dan tidak menunjukkan 'credibility' sebagai seorang yang berwibawa dalam hal ehwal agama Islam. Mereka-mereka ini hanya nampak semacam pelakun drama sahaja.


Kalau begitu, pelakun seperti M. Rajoli pun boleh berlagak sebagai ulama didepan kamera sekiranya berpandukan kepada skrip atau text yang sudah tersedia Jadi bagaimana kita penonton yang juga rakyat Malaysia yang berugama Islam hendak menaruh keyakinan terhadap mereka-mereka ini. Contohnya: sebarang persoalan yang dikemukakan oleh penonton tidak dijawab berdasarkan soalan yang dikemukakan - oleh kerana kejahilan (ignorant) mereka atau disebabkan sesuatu yang menghalang mereka dari memberi jawapan yang sebenar atau yang sepatutnya -jadi terpaksalah mereka memutar-belitkan jawapan yang mereka beri.


Jadi mereka sebenarnya tidak langsung memberi jawapan pada soalan yang di utarakan/diajukan. Banyak berlaku perkara-perkara seperti ini. Terlalu banyak sekali. Kesimpulannya - ingin saya beri suatu petikan kata-kata dari Dr. Syed Ali Tawfik Al-Atas(Ketua Pengarah IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia):


"Dr. Syed Ali told The New Sunday Times yesterday that there had been a 'corruption of knowledge' on Islam that need fixing. 'The ulama who speak the truth are being silenced, but the views of those who are ignorant are being heard,' he said. 'Solve this problem, and you will solve the others.'


Itulah maksud saya tentang ...’kerana kejahilan (ignorant) mereka atau disebabkan sesuatu yang menghalang mereka dari memberi jawapan yang sebenar ..........’ Sekian, terima kasih. Wassalam. …ikhlas dari, Wan Seman.”


Inilah sebahagian dari sedutan komen-komen beliau yang ada kaitan dengan hal-ehwal umat Islam di negara ini. Saya panjangkan sebagai suatu usaha dalam membetulkan umat, dan diharap pihak-pihak yang terlibat, termasuk saya atau kita sebagai penyampai, mampu memainkan peranan masing-masing..


Demikian Catatan Santai kali ini. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos4, 08. KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails