Friday, August 22, 2008

Bantu PKR Sungguh-sungguh... Wan Rahim Wan Abdullah.


Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI dari Permatang Pauh

OGOS22 WALAUPUN penamaan calon pada 16 Ogos, tapi PAS sudah mulakan ceramah sejak 3 Ogos lagi, iaitu ceramah bersama Datuk Seri Anwar PKR dan Datuk Husam dari PAS. Kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Permatang Pauh, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, se waktu saya temui beliau di pejabat Pusat Khidmat ADUN Permatang Pauh yang menjadi markas besar PAS di Permatang Pauh, hari ini.

“Pada 4 Ogos, saya sudah mengusaha dapatkan rumah sewa, kewangan dan segala kelengkapan untuk petugas-petugas penuh masa PAS di sini. Saya adakan mesyuarat di Kota Bharu awal-awal lagi, siapkan kewangannya.. dan terus terjun ke gelanggang perang ini. Terus bergerak di masjid-masjid, kedai-kedai kopi dan padang bola. Terus tumpukan kepada kegiatan muslimat.” Kata beliau. “Tiada masa rilek-rilek, kita sedang di medan perang.. wahai yang sedang berselimut, keluar!!”

“Tak dak lagi, cerita-cerita PAS pulau pilihan raya Permatang Pauh, macam yang hang tulis dulu.. Tak dak lagi cerita pulau.. pulau. Yang ada kerana depa memang lembek..” Kata seseorang menyindir tulisan ku pada Ogos 4 lalu di blog ini..

Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh... Undilah PKR.


Ibnu Hasyim.
Permatang Pauh, P.Pg.
Ogos22 2008.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails