Friday, August 22, 2008

Minyak: Proton Patut Keluarkan Kereta Guna Air..

Ibnu Hasyim:
CATATAN SANTAI
dari Permatang Pauh


“PROTON patut keluarkan kereta nasional yang gunakan air sepenuhnya, tidak pakai minyak lagi…” Kata seorang taukeh Cina, yang kami tumpangi keretanya. Dia adalah taukeh beberapa buah kilang besar di negara ini, datang meninjau pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini. “Khabarnya Jepun telah pun mampu dan siap sedia untuk mengeluarkan kereta-kereta guna air tersebut, tetapi masih belum dieksport keluar kerana menunggu stok-stok kereta yang guna minyak sekarang, berkurangan. Kecuali hanya beberapa kereta contoh yang dihantar ke US..”

“Tak guna minyak langsung?!” Saya bertanya seolah-olah tak pernah tahu..

“Ya.” Jawabnya. “Ini bukan teknologi baru. Lihat keretapi dulu guna arang, tak guna minyak pun. Kereta-kereta itu gunakan air, yang dijadikan gas sebagai sumber powernya.” Jelas beliau sambil membeluk untuk singgah ke sebuah kedai makan Melayu di Kubang Semang. “Sekarang pun sudah ada dijual di Malaysia sejenis alat untuk kurangkan guna minyak hingga 30%. Ada agen-agennya datang ke kilang-kilang saya, menawarkan untuk kegunaan kenderaan-kenderaan syarikat.”

“Kenapa kerajaan kita tidak canggih berfikir pantas ke arah pembangunan negara mendahului negara-negara lain? Bayangkan kalau negara kita jadi pengeluar kereta guna air di saat-saat banyak negara-negara yang menghadapi krisis kenaikan harga minyak!? Tentu le hebat..” Tanya seorang kawan kami yang lain.

Namun, kereta kami berhenti dekat poster besar bertulis ‘Negara ini bukan negara UMNO/BN punya. Ini adalah negara kita. NEGARA RAKYAT! Merdeka!’. Gambar Anwar (berlatar belakang bayangan bendera Malaysia), iaitu calon PKR sedang menggenggam tangan di sebelahnya. Dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat & anwaribrahimblog.com. Begitu juga dengan poster besar lain, seperti poster bergambar dan tulisan mengajak kita beramai-ramai mengambil alih Putrajaya pada 16 September ini.. Dan banyak lagi.. Terasa seolah-olah Pakatan Rakyat benar-benar berada di ambang kemenangan menawan kerajaan Malaysia.

“Inilah pemimpin yang canggih, boleh bawa kerajaan jadi canggih dan maju. Bukan saja boleh keluarkan kereta guna kuasa air.. bahkan lebih dari itu lagi.” Kata taukeh Cina tadi sambil jarinya menunjuk kepada gambar Anuar calon PKR. “Kalau nak maju kena undi PKR le!!”

“Undilah PKR! Undilah PKR!!” Kami menyebutnya beramai-ramai serentak.

Disambut oleh rakan-rakan sekeliling kami, yang kami belum kenal, “Undilah PKR!!!”

Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh kali ini...


Ibnu Hasyim.
Permatang Pauh, P.Pg.
Ogos22 2008.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails