Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
Dari Parlimen
DR DZULKEFLY Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, berucap di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 38, Khamis 21 Ogos 2008, mengenai Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008. Ucapan ini disunting dari laman web Parlimen Malaysia…
“ Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum daripada itu, kuorum kita ini cukup ke, Tuan Yang di-Pertua? (Tuan Yang di-Pertua mempelawa: Sila, sila teruskan.) Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini amat memahami hasrat dan juga cita-cita Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 ini untuk mengangkat martabat maktab pendidikan untuk diangkat menjadi institusi pendidikan guru yang seluruhnya saya yakini bercita-cita untuk memberikan satu martabat baru bagi maktab pendidikan guru.
Namun seperti mana yang telah disebutkan oleh beberapa Yang Berhormat sebentar tadi, yang kita mahukan pada akhirnya bukan hanya sekadar lambakan guru-guru berijazah tetapi lebih penting daripada itu adalah kualiti guru yang akan menentukan juga sekali gus kualiti murid dan pelajar yang akan mereka jana dan mereka hasilkan. Justeru saya cenderung untuk menyokong pandangan Yang Berhormat Ledang sebentar tadi yang mengatakan, yang menegaskan dan mengusulkan supaya UPSI dan institusi pendidikan ini ataupun institusi seperti ini tetap diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Khusus untuk menjaga dari sudut kualiti, menjaga dari sudut piawaiannya, menjaga dari sudut akreditasinya kerana itu akan antara lainnya menentukan kualiti pendidikan guru-guru berijazah. Tuan Yang di-Pertua, bercakap peringkat dasar ini telah banyak disebutkan antara hal lain termasuklah hal-hal berkenaan belanjawan ataupun belanjaan yang telah dilaburkan dalam pendidikan ini. Menteri Pendidikan sendiri telah pun menyebutkan bahawa daripada sejumlah
Namun, kita dengar di Dewan ini juga keluhan, rintihan bukan hanya daripada Yang Berhormat daripada Sabah atau Sarawak, daripada Kinabatangan dua hari yang lalu, daripada Batang Sadong, Putatan dan seumpamanya tetapi tak perlu mungkin kita pandang jauh-jauh. Masih terdapat lagi jurang, jurang di mana bukan hanya jurang digital, jurang infrastruktur, jurang
Saya bagi mewakili Kuala Selangor pun ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini dalam peruntukan yang sebesar itu yang ada di Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelajaran, kita dapati sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, di kawasan saya, Kuala Selangor mempunyai pelajar seramai 3,000 yang kepadatannya sudah melampaui apa yang sepatutnya.
Namun, sehingga hari ini belum ada lagi komitmen untuk ia direalisasikan. Kita dengar pelbagai keluhan sementara banyak yang telah dibelanjakan. Sekolah-sekolah di Sabah, Sarawak kalau tidak pun ratusan, puluhan yang masih lagi belum mendapat bekalan yang munasabah seperti bekalan elektrik, air bersih yang meletakkan sekolah-sekolah kita itu bermaruah dalam memacu sebuah negara maju 2020. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya kira saya cukup simpatilah dengan Menteri Pelajaran.
Dalam apa usahanya untuk memperbaiki arah kualiti pendidikan di negara ini dan pelbagai program, projek, inovasi yang dibuat masih lagi kita dengar di Dewan ini, dalam perbahasan ini pun. Pelbagai kritikan yang saya kira rata-ratanya membina setelah kita pasti dan setelah kita saksikan pengenalan sekolah bestari, selepas sekolah integrasi, pelbagai sekolahsekolah berasrama penuh diperkenalkan. Terkini dengan sekolah clusternya. Namun, kita lihat macam-macam, kita terpaksa mengakui juga, macam-macam usaha memperbaiki dan menambah baik pendidikan atau sistem pelajaran di peringkat ini.
Macam dikatakan ibarat ‘menampal baju buruk’ Tuan Yang di-Pertua ataupun menampal
Kita pun dalam Dewan ini bercakap tentang revolusi pelajaran dan pendidikan, kita bercakap tentang transformasi. Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melanjutkan sedikit perbahasan saya ini untuk masuk ke topik apa yang sebenar-benarnya pada pengamatan saya bukan yang dipertikaikan itu dari sudut infrastrukturnya, bukan dari sudut kemudahannya semata-mata. Walaupun itu adalah agak utama juga yang perlu dibekalkan, tetapi yang
Bagaimana masih terdapat lagi keciciran ke paras 83,000 hari ini yang dalam semua peringkat 11 setahun yang awal ini tidak kurang daripada 7,000 lebih. Setiap peringkat gugur ataupun tercicir, di mana letaknya? Sementara kita bercakap tentang kecemerlangan pendidikan, apabila kita menyebutkan tentang kecemerlangan pendidikan dan kecemerlangan pelajar-pelajar ini kita agak tersasar atau kita silap dalam mentasawwurkan, mengkonsepsikan apa dia sebenarnya kecemerlangan atau kita masih lagi gagal memahami apa itu pendidikan yang sebenarnya.
Apakah milikan kita sudah menjadi satu yang terlalu bersifat utilitarian ataupun terlalu bersifat melihat kepada pelajar itu. Kemudiannya menjadi mahasiswa itu, kemudiannya menjadi graduan itu hanya di sudut mereka itu adalah modal insan. Modal insan dari segi apa? Dari segi ia hanya merupakan faktor atau dalam Bahasa Inggeris dengan izin factors of production dan lalu. Dengan itu, hala kita membawa pendidikan ini menjadikan ia lebih menumpu kepada memenuhi kehendak-kehendak pasaran ataupun fulfilling market forces ataupun market driven. Kesemua perkara ini, dan hari ini kita lihat, kita bercakap tentang sebentar tadi Yang Berhormat Ledang menyebutkan tentang terlalu sangat kita memberikan pujaan dan pujian, dan penganugerahan akademik semata-mata.
Apakah di situ letak masalahnya? Apakah hari ini kita dengar tentang apa yang dikatakan sebagai total education atau kesemua ini kita perlu lihat kembali, kita revisit kembali? Ini Tuan Yang di-Pertua, mungkin lebih bersifat falsafah tetapi saya mahu juga ia dihuraikan sebenar-benarnya kerana takut kita tidak lagi ataupun takut-takut kita sudah tidak lagi meletakkan kesungguhan pendidikan kita ini di atas paksinya, paradigmanya, modalitinya, dalam kerangkanya, bingkainya yang sehingga hari ini semakin kucar kacir nampaknya.
Semakin menimbulkan pelbagai krisis dan masalah dan setiap seorang sama ada profesornya sendiri, semuanya bangun mengkritik mahukan overhaul of our education, reengineering of our education. Di mana letak silapnya sehingga hari ini, saya juga keliru. Dalam sedikit pengalaman saya mengajar tahun yang lalu di universiti tempatan, di universiti awam dan penglibatan saya dalam pengajian di peringkat menengah dan rendah, secara swasta saya mendapati perkara ini perlu kita harungi bersama.
Saya dapati Tuan Yang di-Pertua, salah satu faktor yang menjadikan pendidikan kita ini semakin tidak berdaya saing dan akhirnya hanya menumpu kepada kecemerlangan yang begitu sempit adalah kerana mungkin kita tidak mengambil peredaran dan penemuan-penemuan pendidikan yang hari ini sudah menjadi sesuatu yang bersifat global tetapi tidak dapat garap bersama. Menjadikan kita hilang daya saing berbanding dengan negeri-negeri di selatan tambak contohnya. Saya minta maaf kalau saya terpaksa mengambil mereka sebagai benchmark. Saya
tidak berapa suka yang dikatakan bahawa kita sudah sepuluh tahun ketinggalan, jauh sekali
Jadi, dalam hal ini, saya mencadangkan Dewan yang mulia ini supaya penggarapan seluruh falsafah pendidikan kita ini dilihat keluar dari hanya meletakkan apa yang dikatakan sebagai satu domain kepintaran yakni yang disebut sebagai hanya satu intelligent quotient atau pun IQ, yang IQ ini saya tidak perlulah bersyarah panjang di sini Tuan Yang di-Pertua, mungkin sudah faham semua tetapi yang menjadi tercicir di sini adalah bagaimana kita setelah memahami kepentingan IQ, EQ dan yang dikatakan spiritual quotient itu dapat membawa pendidikan kita dan meletakkan pengoperasiannya, relevansinya sehinggakan kepada kurikulumnya dan kepada
Orang yang tidak bijak, tidak pintar lalu dipinggirkan dan disudutkan dan akhirnya mereka itu tercicir walaupun mereka suatu haru nanti mungkin menjadi seorang usahawan dan korporat besar, yang dikatakan mereka-mereka yang berjaya dalam sudut dunia keusahawanan dan perniagaan ini tidak semestinya memegang ijazah, PhD dan seumpamanya. Di sini saya mintak Dewan yang mulia ini merakamkan satu keinsafan dan kesedaran bahawa apabila kita bercakap kerana ia telah selalu disebut, maka ia hilang bisanya.
Namun sama ada ia sebenar-benarnya mengesani seluruh sistem pendidikan kita, itu masih dalam pertikaian. Saya berani mengatakan bahawa ketika saya mengajar dahulu saya tidak meletakkan straight A student. Diketahui straight A student or first class student tidak merupakan calon yang baik for the master or PhD, Degree by research, tidak ada jaminan. (Dato’ Ismail Kasim [Arau] mencelah: Mohon laluan.) Baru hendak naik...
(Dato’ Ismail Kasim [Arau]:Yang Berhormat Kuala Selangor memandang saya lama, saya hendak tanya sedikit. Ada sedikit kemusykilan, pandangan.) Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] juga mencelah: Pandangan terlampau lama. Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Bagi berehat sekejap.) Lama duduk, dua hari tak bercakap…
(Dato’ Ismail Kasim [Arau] berucap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada
Adakah juga sistem ini juga menggambarkan level of intellectualism yang sepatutnya, bermakna kata kalau orang itu mendapat PhD, dia belum tentu mempunyai intelektual yang hebat, atau pun dia bukan terletak bersandarkan kepada kedudukan qualification yang dimilikinya. Jadi, dalam keadaan sekarang, apa saranan dan cadangan Yang Berhormat bagi membolehkan kecemerlangan ini dapat kita zahirkan dan terus kita kemukakan kepada masyarakat demi negara yang tercinta ini.)
Terima kasih Yang Berhormat Arau yang saya rasa memahami hasrat hati saya dan pemikiran saya dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita kembali kepada persoalan tadi, sebagai total education untuk melahirkan total personality maka di sinilah yang seharusnya pemikir-pemikir kita, think tankers kita dalam education, jangan kita ambil daripada luar sahaja. Saya tahu beberapa projek-projek besar hanya mengambil konsultan daripada luar, makan juta ringgit. Saya kenal peribadi-peribadi itu, paling tidaknya dengan nama dan CVnya.
Apabila kita gagal untuk memunggah keupayaan intelek yang ada di negara ini, dan kadangkala begitu tersasarnya kita kerana kita tidak nampak dalam satu world view, dalam satu sudut pandang, apabila kita tidak dapat melahirkan satu sistem pendidikan yang dapat meletakkan assessment kita, penilaian kita, kurikulum kita untuk pada akhirnya meletakkan ketiga-tiga tadi, ketiga-tiga domain kepintaran itu digarap untuk dilahirkan dalam setipa peribadi anak didik yang kita lahirkan atau kita janakan dalam sistem pendidikan kita di peringkat rendah, menengah, sehinggalah ke IPT.
Itu saya tidak masuk lagi kepada apa yang merupakan revolusi pendidikan dalam apa yang disebutkan oleh Profesor Howard Gardner dalam tujuh domain kepintaran. Jadi, dalam kata lain, Tuan Yang di-Pertua, pendidikan kita ini hanya menjurus kepada hanya dua, tiga domain
Kesemua itu adalah merupakan intelligence yang system pendidikan kita ini digarap, huraikan dalam sistem penilaiannya dan akhirnya seorang itu berjaya atau tidak dihukum di atas itu. Bagaimana mereka yang cemerlang hari ini hendak kita anugerahkan dengan Datuk dengan RM300,000 selepas memenangi pingat perak di Beijing baru-baru ini. Apa intelligencenya yang dia ada. Kalau kita lihat kepada kepintarannya, apa intelligencenya itu. Kalau tidak disebutkan
Ini lahir dalam domain sports. Kalau saya boleh hurai sedikit, Tuan Yang di-Pertua, ataupun mereka yang mempunyai domain kepintaran dari sudut ini, dan mereka cukup hebat. Kalau ini tidak termasuk dalam assessment, atau dilihat dalam satu kerangka penilaian yang lebih luas, maka orang-orang ini mungkin kita hukum pada rendahnya bodoh. Pada awal lagi, saya tidak mahu menghuraikan keseluruhan ini menjadi satu kuliah yang panjang, Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak saya sebutkan, dalam tujuh perkara itu, kalau boleh, saya tidak pelan pun hendak bercakap dalam ini, tapi ini semua full memories coming back into unit, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, saya hendak tekankan di sini, kalaulah kita pada awal-awal sudah meletakkan sistem pendidikan itu begitu dan kita meraikan mereka yang berjaya dari sudut akademik ini, oh, hebat, 17 A nya. Jadi, saya minta supaya apakah ini yang kita mahu dan kita tidak pernah membuat satu
(Tuan Yang di-Pertua menjelaskan: Yang Berhormat Kinabatangan terpanggil.) Terpanggil… Sila! (Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] berucap: Mikrofon Yang Berhormat ini kasihan, tak berfungsilah Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat, minggu hadapan kena diperbaikilah, dia kena lompat pergi sebelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Saya terpanggil, saya memang mendengar daripada luar dan saya masuk hujah-hujah Yang Berhormat, memang ada inti patinya. Walau bagaimanapun, apakah Yang Berhormat melihat bahawa sistem kita yang ada ini tidak lengkap dan perlu ada transformasi baru dalam sistem pendidikan kita dan kalau ya, apakah cadangan-cadangan yang Yang Berhormat ingin lontarkan supaya turut serta membantu dalam menjana pendidikan negara kita yang dijurus pada masa akan datang. Terima kasih.)
Saya bersedia untuk bersama dalam mana-mana wacana dalam mana-mana fokus untuk melahirkan satu sistem pendidikan yang lebih mantap sesuai dengan peredaran zaman yang kontemporari dan futuristik. Dan saya rasa kawan-kawan di sebelah sini juga bersedia. Kalau sekarang saya punya waktu Tuan Yang di-Pertua saya sedia untuk menghuraikan. Ini yang saya berikan adalah lontaran-lontaran awal supaya kita digerakkan dan disedarkan, diinsafkan bahawa apakah kita telah tersasar sekian lamanya yang merupakan jenayah pendidikan di negara kita ini selama harinya.
Kerana kita tidak mahu kembali revisit and listen to the voice of descends, listen kepada sedikit perbezaan pandangan. Sebab apa sebab ini bukan datangnya daripada kalau saya boleh sebutkan sumber-sumber Islam semata-mata. These are contemporary researches dan itu pun kita gagal untuk menghayatinya. Kalau saya masuk tentang bagaimana Islam pula dari sudut religion driven knowledge lagi tetapi saya rasa tidak perlu yang itu. Saya lebih inclusive daripada itu.
Jadi dengan kata lain kalau saya boleh teruskan sedikit Tuan Yang di-Pertua, saya cukup
Dan flip flop polisinya, saya cukup kesian, saya cukup sedih, saya terus terang sebutkan. Maka dengan kata lain kalau bukan untuk mengambil alih kerajaan itu atau kementerian itu, itu ditentukan oleh rakyat. Tetapi dalam hal ini kalau saya ingin teruskan Tuan Yang di-Pertua sedikit lagi tidak apa, jadi dengan kata lain juga kalau begitulah sifatnya tidaklah yang dikatakan tadi kalau bila PAS bangun bercakap dia bercakap tentang pendidikan itu agama. Tetapi kalau kita lihat apa yang dikatakan IQ emotional quotient itu adalah penting untuk mendidik pelajar supaya mampu mengurus emosinya.
Supaya tidak dapatlah kita lihat seperti mana berlaku di Dewan ini ledakan-ledakan emosi yang tidak terkawal. Walaupun mereka itu Ahli Parlimen Yang Berhormat tetapi kadangkala kerana ia tidak terkawal ia menjadi seperti apa yang kita saksikan the shouting match around everyday, every time. (Dato' Ismail Kasim [Arau]: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Arau tergamit.) Sedikit lagi Yang Berhormat Arau ya. Jadi begitu juga yang dikatakan spiritual quotient ini tidak semestinya religious. Spiritual quotient ini adalah keupayaan, kepintaran untuk memahami hala tuju hidup. Dan hala tuju hidup ini tergantunglah kepada agama mana yang kita anuti.
Dan dengan kata lain kalau kita tidak ada hala tuju hidup, inilah yang menjadikan pelajar-pelajar yang tajam akalnya, tumpul akhlaknya, mundur dan langsung tidak ada punya tujuan hidup, maka mereka tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang. Mungkin hanya terlentang pada hujungnya. Tuan Yang di-Pertua sebab itulah saya perlukan dalam bercakap di peringkat dasar ini menegaskan perkara ini supaya kita kembali benar-benar. Saya kalau masuk sedikit daripada apa yang disebutkan oleh Allah SWT dalam hal ini kalau ini mengambil perspektif agamanya.
Perspektif agamanya dalam total education ini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk melahirkan
Yang ini yang kita hendak lahirkan, pelajar-pelajar seperti ini yang bukan hanya take from the society but gives, they more they have, the more they gives. Yang ini yang kita mahukan, mahu melahirkan manusia-manusia cemerlang ini. Dan siapanya manusia cemerlang ini bukan hanya ditentukan oleh pandangan peribadi ataupun pandangan perspektif Islam semata-mata. Mungkin religious based education lain pun tetapi itu bukan pertikaian saya. Pertikaian saya kembali kepada perkara asas dan falsafah tadi. Tuan Yang di-Pertua saya sudah mula bercakap tentang perkara yang paling titik bengit di Kuala Selangor tadi.
Saya masuk ini kerana saya rasa inilah pada akhirnya yang akan menentukan keberkesanannya, yang akan menentukan taraf keupayaan daya saing kita, the comparativeness of our student and our graduate will finally depend on these Tuan Yang di-Pertua. Maka dengan itu apa pun reformasi, apa pun transformasi, apa pun revolusi yang hendak kita lakukan kita kembali melihat kepada premis kita, world view kita yang akan menentukan kerangka dan bingkai pendidikan itu.
Sebab apa? Sebab walaupun mereka tidak cerdik akademik, mungkin mereka akan menjadi cemerlang dari sudut teknikal dan vokasional. Kenapa kita hukum mereka manusia-manusia tidak bijak, tidak pintar kerana kita tidak tahu bahawa di sana ada kinesthetic intelligence. Ada intra personal intelligence, ada inter personal intelligence. Saya pernah melihat sendiri pelajar-pelajar yang cerdik dan pintar tidak tahu untuk berhubung dengan sesama manusia, tidak tahu untuk communicate and has no social ability, social skill. Apakah itu manusia bijak? Manusia pintar? Jadi kesemuanya ini Tuan Yang di-Pertua perlu digarap akhirnya.
Ini kalau saya panjang lagi memang tidak habislah Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya rasa banyak lagi yang hendak saya sebut. Saya pun faham Tuan Yang di-Pertua pun nampak agak bersetuju dengan saya jadi sudah itu saya di peringkat jawatankuasa nanti saya perlu menghuraikan detailnya. Saya yakin saya hanya dapat rakaman dalam Hansard sahaja. Pandangan-pandangan saya ini mungkin di sini sahaja, di Dewan yang hampir hanya 10% yang dipenuhi tetapi andainya Tuan Yang di-Pertua kita committed, andainya kita sungguh-sungguh punya political will, jangan sampai kementerian ini menjadi momokan.
Flip flop policies dan bukan hanya pembangkang ataupun Pakatan Rakyat sahaja yang menghujah, mengkritik tetapi ahli akademik pun begitu, penganalisis pun begitu. (Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] berkata: Yang Berhormat jangan susah 10
Sekian catatan santai dari Parlimen Malaysia untuk kali ini, wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos24, 08. KL-P.Pauh.
1 comment:
Terlalu ramai guru maktab yang dihanatr ke IPTA dan IPTS untuk mendapatkan ijazah segera. Alasannya agak mengelirukan. Untuk meningkatkan jumlah guru dengan ijazah di semua peringkat sekolah.
Ini bererti kalau guru tiada ijazah tidak menunjukkan tahap pendidikan yang tinggi.
Persoalan yang timbul ialah kadar kelulusan lepasa maktab perguruan sendiri tidak pernah dibawah 99%. Logikkah mana-mana institusi pengajian termasuk mengaji Quran di kampung-kampung semua anak murid mesti tamat dan khatam Quran dalam tempoh 5 tahun?
Logikkah kalau semua lepasan KPLI dan DPLI mesti lulus?
Logikkah guru-guru yang hampir 10 kali memohon masuk ke universiti bersaing dengan pelajar lepasan diploma dan STPM tetapi gagal kini boleh menamatkan Sarjana MUda dengan KEPUJIAN dalam tempoh masa yang sama dengan pelajar lain.
Saya tidak ingin mempersoalkan kerajian dan ketekunan mereka. Cuma harapans aya graduan seperti ini bukan graduan yang masuk IPTA semata-mata untuk mencelup dan keluar dari universiti dengan gred gaji yang lebih tinggi.
Sebab telah banyak kedengaran sikap dan disiplin guru-guru lama termasuk ramai gurubesar ini tidaklah sehandal mana dari segi akademik dan ramai pula dikatakan tidak sepatutnya mendapat ijazah sarjana muda.
Post a Comment