Tuesday, September 16, 2008

Laguku Untuk Teresa Kok & Raja Petra..


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


KU terima sebuah lagu dari sahabatku Syeikh Teluk Intan (lihat coretan Ibnu Hasyim: Syeikh Teluk Intan: Blogger, Dah Jadi Penyanyi? Sept15 08 - YouTube), ku hadiahkan kepada pejuang-pejuang pembela kebenaran, yang baru ditahan di bawah ISA seperti Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng, walaupun ada yang sudah dibebaskan. Atau juga yang sudah lama dan sedang ditahan.

Lagu yang beliau ciptakan apabila tidak tahan rasa terharunya semasa menziarahi anak seorang tahanan ISA yang meninggal dunia di Kajang. Anak yang sering merindui dan mengigaui ayahnya hingga terjatuh dan meninggal dunia. Ayahnya hanya dibenarkan ziarahi jenazah anaknya itu selama 1 jam sahaja. Kerana terharu sangat.. Syeikh ini tak tahu nak buat apa-apa, sehingga lahirnya lagu yang diberi judul ‘I.S.A. Yang Zalim’. Beginilah sarikatanya…

Tidurlah wahai anak ku
Tidurlah dengan lena
Di pembaringan di sana

Kau tetap ku sayangi
Kasih ku tiada hujng dan tepi
Walau pun kau pergi

Air mata ku jatuh ke bumi
Rasa sedih membalut hati
Meski ku redha kau pergi

Ku mendoakan agar kau aman
Bersama orang yang beriman
Bersama orang yang beriman.

Tidak sempat ku jawab soalan
Anak ku tanya kenapa aku di tahan
Tanpa bukti
Tanpa alasan
Tanpa kesalahan

Lama aku di sini
Terkurung di balik tirai besi.

“Hang nak tuju lagu ini kepada orang yang ditahan atas tuduhan antaranya menghina agama Islam??” Kawanku mengherdikku, apabila ku beritahu hasratku ini.

“Kalau betul mereka ditahan kerana menghina agama, mengapa tak hadapkan mereka ke mahkamah agama atau awam? Supaya jelas mana hak orang Islam dan mana hak bukan Islam ke atas agama mereka? Kerajaan seolah-olah menyembunyikan hak-hak tersebut.. Seolah-olah cuba menyembunyikan peraturan yang kononnya dari agama, pada hal dari pemahaman agama yang tidak syumul dan sempit? Mereka ditahan di bawah ISA, tandanya penahanan itu memang bertujuan politik. Dilebelkan kerana kesalahan menghina agama adalah bertujuan mengaut simpati orang Islam, pada hal ianya boleh membakar dan mencetuskan api perselisihan agama!” Aku menjelaskan.

“Lagu ini ada menyebut pasal anak.. kepada Raja Petra takpa la, tapi kepada Teresa Kok kan dia masih belum kahwin lagi?” Soalannya sudah pusing ke lain.

“Ai, kalau belum kahwin, kahwin saje le… Jangan ikut Menteri Perlancungan Pak Lah!!” Aku terlanjur cakap.

Dia terdiam.

“Oo maaf aku terlanjur.. Rupanya DAP tak sama dengan PAS. Ramai pimpinan DAP yang masih belum kahwin-kahwin lagi. Termasuk seorang amoi Cina yang baru ku kenal, ADUN Teratai Selangor YB Jenice Lee Ying He yang ku temui di majlis menyambut seorang tokoh Melayu menyertai DAP, di sebuah hotel di Subang Jaya, baru-baru ini.”

Maaf Cik YB Jenice, aku cuma bergurau!!

Hanya, sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September16, 08. KL.

3 comments:

Anonymous said...

Apani, Malaysia ke Taiwan/China. Inikah rakyat Malaysia. Alang-alang berbangsa Malaysia, malu tidak berbahasa Melayu. Bangsa Malaysia tak perlu menjilat bahasa asing dan meludah bahasa kebangsaan.

Anonymous said...

Blogger Malaysia Dipenjara Berdasarkan UU Keamanan Negara
Jumat, 2008 September 12

Pemerintah Malaysia menjebloskan seorang pengelola blog (blogger) ke penjara berdasarkan UU Keamanan Negara (Internal Security Act atau ISA).

Raja Petra Kamaruddin, pengelola Blog Malaysiatoday.com, menurut ISA Malaysia telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Media massa Malaysia, Jumat, melaporkan Raja Petra "diciduk" 10 polisi di rumahnya pukul 13.10 waktu setempat di Sungai Buloh, Selangor.Dia dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Menurut istrinya, Marina Lee Abdullah, penahanan dengan dasar ISA kepada Raja Petra adalah yang kedua kalinya.Raja Petra sebelumnya ditahan pada tahun 2001 ketika menjadi "webmaster" pada blog www.freeAnwar.com karena tulisan-tulisannya yang membela Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Syed Hamid Albar membenarkan penahanan "raja blogger" Malaysia itu dengan dalih tulisan di blognya dapat mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketentraman masyarakat.

Artikel yang dinilai menganggu ketentraman masyarakat awam dan menghina agama Islam adalah berjudul "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" dan "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Tulisan itu telah menimbulkan protes dan kemarahan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mereka membuat aduan kepada polisi mengenai Raja Petra terkait artikel yang disiarkan melalui blog tersebut.

Blog Raja Petra sempat dibredel oleh pemerintah Malaysia melalui perusahaan telekomunikasinya. Masyarakat tidak bisa mengakses blog Malaysiatoday.com namun mulai pekan lalu blog itu bisa kembali diakses.

Menurut Syed Hamid, polisi punya wewenang menahan Raja Petra selama 60 hari berdasarkan pasal 731 UU tersebut.

Selisih beberapa jam, pemerintah Malaysia juga mengunakan ISA untuk menangkap seorang wartawan harian Sin Chew Daily bernama Tan Hoon Cheng sekitar pukul 20.30 waktu setempat.

Polisi menciduk wartawan tersebut di rumahnya di Bukit Mertajam, Pinang dan membawanya ke suatu tempat rahasia.

Tan Hoong adalah wartawan yang menulis berita mengenai pernyataan ketua UMNO Bukit Bendera Pulau Pinang, Ahmad Ismail, yang dinilai masyarakat etnis Cina menghina dan berbau rasial.

Ahmad menolak pernyataannya dinilai menghina etnis Cina dan rasialis. Ia menilai wartawan Sin Chew Daily telah salah memahami dan salah tulis. Hingga saat ini, ia menolak minta maaf walaupun menerima tekanan dari masyarakat dan partai politik Cina serta pimpinan UMNO.

UMNO akhirnya menjatuhkan hukuman kepada Ahmad dengan mencopot jabatannya dan memberhentikan keanggotaan UMNO selama tiga tahun.

Diam-diam, pemerintah Malaysia juga mengejar wartawan Sin Chew Daily itu
Sumber : ANTARA News - 13/09/08 00:02

Anonymous said...

ISA: Teresa Kok dibebaskan
Sep 19, 08 1:19pm

kemaskini 3:20pm Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya Kok Kim Tong Pong Seh Kwon, peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.15 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Teresa dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan siasatan dan tiada lagi sebab-sebab untuk terus menahannya.

"Selepas penangkapan dan siasatan dijalankan, polis berpuas hati bahawa tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan memutuskan untuk membebaskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ahli politik popular itu ditahan di hadapan pintu masuk kondominium Pearl Tower, OG Height, Jalan Awan Cina, Kuala Lumpurpada 12 September selepas disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails