Saturday, September 20, 2008
Mengapa PM Pegang Menteri Pertahanan?
Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
PERTUKARAN portfolio antara PM (Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan) dengan TPM (Timbalan PM merangkap Menteri Pertahanan) adalah ‘merupakan satu pengakuan yang Abdullah (PM) tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan’, dan ‘Najib (TPM) akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik’ kerana meningkatnya kemelut ekonomi di Amerika Syarikat masa kini.
Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang tertulis dalam web Malaysia Kini bertajuk ‘Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan’ pada Sept 19). Namun kata Dr M seterusnya, "Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop”.
Bila ditanya sama ada pertukaran portfolio itu (Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan manakala Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan) akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam UMNO, Dr Mahathir menjawab secara sinis, “Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun.”
Kalau begitu apa perlunya PM pegang Menteri Pertahanan? Pada saya kerana dua sebab…
Pertama:
Memandangkan semasa pertukaran portfolio tersebut berlaku (Sept 18), PM selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN sedang diserang dari serba sudut akibat kerana merosotnya pengaruh BN dalam PRU 12 yang lalu:
i..Iaitu dari Dr Mahathir dan kumpulannya seperti Datuk Mukhriz.
ii.Dari Tengku Razaleith dan kumpulannya yang berkemungkinan akan kembali merebut jawatan Presiden UMNO.
iii.Telatah rakan-rakan gabungan BN kalah seperti MCA, MIC dan lain-lain.
iv.Terakhir Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menampakkan tidak puas hati terhadap Pak Lah.
v.Juga dengan gelagatKetua Wanita UMNO nya…
vi.Dan peranan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan kegoncangannya yang akan merubah keyakinan YB-YB BN untuk melompat parti.
vii.Campur tangan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.
Maka Presiden UMNO itu perlu menunjukkan beliau ada kekuatan tentera di belakangnya. Ada juga yang mengandaikan apabila dirasakan UMNO akan pecah teruk dari dalam kerana menolak Pak Lah, maka Najib terpaksa menyelamatnya dengan mengarahkan tentera rampas kuasa? Akhirnya yang selamat Najib bukan Pak Lah!
Kedua:
Merujuk kepada tulisan saya ‘Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..’ Mac11,08, ‘Teori 2, Anwar Jadi PM..’ Mac12,08, ‘Pertarungan 3 Tokoh, Teori 2 Anwar…’ Mac13,08, ‘Kerjasama BN-Anwar & Surat Peribadi Mukhriz Mahathir..’ Mac15,08 dan beberapa tulisan lagi selepas itu, ada 2 teori Anwar jadi PM. Plan A dengan mencuri 30 Ahli Parlimen BN, dan Plan B berkejasama dengan kem Pak Lah memerintah negara.
Pada saya, andainya Plan A ini gagal, seperti gagalnya ‘mengambil alih negara pada Sept 16’ ini (walau selepas Sept 16 belum tentu gagal lagi), Anwar akan beralih kepada Plan B. Dalam Plan B pula, ada 2 cara.
i..Kerjasama Anwar-Pak Lah. Saya yakin, masih ada ‘kaki-kakinya’ dalam kem Pak Lah, contohnya dalam kes pembebasan beliau dari penjara, sewaktu Pak Lah baru ambil alih pemerintahan, walaupun menimbulkan tidak puas hati kepada penahannya iaitu Dr M sendiri.
ii.Kerjasama BN-Pakatan Rakyat di mana Anwar sebagai penghubungnya. Dalam politik segalanya boleh berlaku. PAS musuh ketat UMNO sejak belum dan lepas merdeka boleh ‘kongsi kuasa’ selepas Mei13, 1969. Parti Gerakan menentang MCA dalam PRU 1969, tetapi boleh bernaung sebumbung di bawah BN selepasnya. Begitu juga DAP. Sila lihat tulisan saya .’ Rahsia Mengapa Karpal Singh Begitu Celupar..’ April 24, 08.
Maka langkah dan muqaddimah awal kearah teori 2 atau Plan B Anwar jadi PM, ialah dengan peng’ambi-alih’an Kementerian Pertahanan terus di bawah Presiden UMNO itu. Mengapa saya berpendapat begitu dan apakah ada hubungan gelap atau jalan belakang Anwar-Pak Lah?
Insya Allah, akan bersambung dalam tulisan akan datang. Hanya, sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September20, 08. KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sayo pun ada beberapo soalan.
1. PM ambil alih menteri pertahanan ada kaitan dgn seorang ketua tentera yg menyuarakan pendapat pengguanaan tentera dlm campurtangan politik negara?
2. Mungkin ke seperti huraian saudara,
3, Mengapo KJ membuat keputusan untuk bertanding Ketua pemuda UMNO selepas Najid dan Pak Lah tukar jawatan?
4. Mungkin ke negara kito akan jadi macam Thailand............. krn sebab sebab di huraikan?
5. Mungkin ke Najid juga diherat dan dipergunakan krn ada sesuatu di tanggan PM kito?
ada byk lagi soalan..... tak berani teka sangat takut nanti giliran pulak...
Barangkali ada yang takut utk terima pendapat ini , iaitu , israel melalui perisikannya yg telah agak lama bertapak di singapura , merupakan dalang di sebalik semua percaturan ini
di singapura , isreal melalui perisikannya telah dilantik sebagai penasihat dalam banyak disiplin stratgeik , khusunya pertahanan ,ekonomi dan pelaburan
pertahanan , sudah jelas & ada nya perjanjian isreal & singapura
ekonomi & pelaburan , bagaimana israel yg begitu kecil , skrg ni mengawal ekonomi asia barat , malah melalui yahudi di amerika mereka menguasai ekonomi dunia
begitu juga, singapura melalui temasek holding berjaya menguasai secara perlahan - lahan ekonomi ASEAN, termasuk malaysia , melalui proxy nya , iaitu 'orang' tertentu di putrajaya , yang dikenali rapat dengan pemerintah
bagaimana ? adakah terdapatnya kerjasama strategik antara singapura [ baca : israel ] dengan malaysia.
adakah ianya mempunyai hubung kait dengan isu yg dibangkitkan ?
Persoalannya sekarang, adakah ahli pas akan menerima kalau bedolah nak bergabung dengan anuar? bedolah sebagai pm dan anuar sebagai tpm? bedolah tak kan bergabung hanya sebagai tpm. Atau anuar bergabung dengan team bedolah lalu kj diangkat sebagai menteri yg penting?
betul , i dah dpt info yg hampir confirm , iaitu kj salah seorang dlm team kabinet anwar
Post a Comment