▼
Friday, September 19, 2008
Menyambut Hari Raya Dengan Album ‘Fikirkanlah’ Dari Kumpulan Green.
BY ASYOK KUMAR
PUTRAJAYA Sept18, 08 – Grup Universiti Ulu Klang mula menggerakkan aktiviti Jabatan Kebudayaan dan Keseniannya ke tengah masyarakat, dengan mengedarkan sebuah album terbaru berjudul ‘fikirkanlah’ nyanyian oleh kumpulan GREEN. Lagu-lagu ‘bonos Hari Raya’nya ialah ‘Di Pagi Raya’ dan ‘Berlalunya Ramadzan’ antara 12 lagu di dalam album tersebut.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Hj Mohd Hasyim semasa merasmikan pelancarannya selepas solat Asar dan bersambung dengan majlis berbuka puasa, disebuah restoran di sini.
“Seni itu indah dan Allah SWT sukakan keindahan. Cuma keindahan itu, bukanlah disaluti aktiviti yang membawa kepada kelalaian dan bergelumang dengan perkara-perkara dilarang oleh agama. Kita sedih bila hiburan yang dibelai oleh kerajaan hari ini tidak mempedulikan langsung sensitifiti umat Islam. Apa lagi dalam bulan puasa dan hari raya ini, terutamanya dalam media massa anak didik kerajaan.”
Kumpulan GREEN adalah sekumpulan anak-anak muda yang bercita-cita untuk mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui lagu-lagu hiburan sejajar dengan kehendak agama dan ajaran Islam. Album ini dikatakan sarat dengan unsur ketuhanan dan kemanusiaan. Antara 12 lagu itu selain di atas, iaitu Fikirkanlah, Sujud, Kau Cinta Nabi, Tandus, Cahaya Iman, Terimalah Aku Kembali, Pulanglah Ibu, Tersentak, Mentari Hati, dan Ranjau Kehidupan.
Penulis lagu dan lirik adalah NFZ, Dza, Affan Danial, Domay Green, Budi, Muaasim, Iwan dan Jall. Grup Universiti Ulu Kelang telah diamanahkan oleh NFZ Studio pengeluar album tersebut sebagai pengedar tunggal. Harga promosi sekarang adalah di bawah harga pasaan semasa, iaitu seunit RM12.90 dan penghantaran dalam negeri adalah percuma. Untuk pesanan sila hubungi 016 2099325, 013 3354513 dan 0132053054. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar sila hubungi terus talian di atas.
Ditanya mengenai hukum bermain muzik seperti gitar dan sebagainya dalam kumpulan tersebut Dr Hj Mohd Hasyim mengatakan, “Itu hal khilafiah.. tak perlu dipertengkarkan.”
Sebelum itu ucapan juga disampaikan oleh Timbalan Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Zubir Jaafar. Beliau menyifatkan, …”Lagu-lagu itu bagaikan pisau tajam, kalau kamu umat Islam tidak gunakan untuk yang baik, musuh-musuh Islam akan gunakan untuk menyembeleh kamu! Kini generasi muda negara-negara umat Islam telah disembeleh keperibadiannya… hingga rosak akhlak kerana lagu-lagu jahat!!”
No comments:
Post a Comment