Sunday, September 14, 2008

Partai Aceh: Menang Pun Perang, Kalah Pun Perang!



Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

DALAM blog ‘shahabudeenjalil.com’ di bawah tajuk ‘Polibiz 001 -Pembohong’ menceritakan kisah seorang raja Armenia mengadakan pertandingan di kalangan rakyatnya yang dapat ‘membuktikan dirinya adalah seorang penipu yang dasyat’.akan dihadiahkan sebiji epal emas. 

Walaupun ramai yang menyertainya, tetapi dengan berbagai alasan tiada seorang pun diterima sebagai pemenang. Akhirnya muncul seorang orang tua miskin lagi selekeh membawa sebuah beg guni yang kotor dihadapan raja. 

“Apa yang kamu nak, menyebabkan kamu datang ke sini?” Tanya raja itu.

Jawabnya, “Tuanku! Sudah tentu tuanku masih ingat, tuanku telah berhutang dengan saya se ketul jongkong emas dan saya datang disini untuk mengambilnya!”

“Cis, kamu penipu yang dasyat! Saya tidak pernah berhutang apa-apa dari kamu!” Sergah raja.

"Oo.. Saya penipu yang dasyat??" kata si tua itu, bererti dia sudah berjaya menjawat pemenang pertandingan itu. "Jadi berikan saya epal emas itu!” Yakni hadiah sebagai pemenang.

Baru raja itu tersedar helah licik orang tua itu, tetapi raja cuba berdalih, “Tidak. Tidak! Kamu bukan penipu..”

“Kalau saya bukan penipu, serahkan kembali jongkong emas yang tuanku hutang dulu!” jawab orang tua itu pula.

Begitulah kisah seorang raja yang cuba bermain politik menghadapi saingannya. Dalam kes perjuagan rakyat Aceh menuntut kemerdekaan dari Republik Indonesia (RI), saya (Ibnu Hasyim) melihat wadah perjuangan rakyat Aceh sebagai raja Armenia tadi dan pemerintah RI sebagai orang tua yang licik itu.

Tengku Daud Barueh, ulama pejuang pembebasan Negara Aceh, pemimpin PUSA atau Persatuan Ulama Seluruh Aceh, bersama Karto Suwirio dari Jawa Barat dan Kahar Muzakkir dari Sulawesi sama-sama berjuang untuk menegakkan Darul Islam atau Negara Islam di RI sejak belum merdeka lagi. 

Atas nama perjuangan kemerdekaan, beliau sanggup membantu Seokarno dengan menghadiah sebuah kapal terbang milik rakyat Aceh kepada Seokarno, kerana waktu itu Aceh mempunyai dua buah kapal terbang. Anda boleh lihat pesawat tersebut dipamerkan di tengah padang di Banda Aceh, atau di Jakarta, sekarang. Sila lihat Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim di Medan Mei31, 2008 melalui weblog ini ‘Peringatan Dari Indon..’ 

Sukarno berjanji akan memberi kebebasan kepada Aceh untuk menegakkan Negara Islam sesudah merdeka. Bermakna Aceh mempunyai kekuatan yang kuat di saat perjuangan kemerdekaan Indonesia masih tiada kekuatan peralatan.. Tetapi selepas merdeka Ogos 1945, Aceh cuma diletakkan di bawah Kecamatan Medan atau Sumatera Utara. 

Untuk dapatkan hak Negara Islam perlu dapat kelulusan dari Medan. Suekarno lepas tangan. Begitulah… perjuangan Islam yang besar dan luas telah di’kecil’kan atau dikhianati oleh nasionalis Suekarno. Akhirnya perjuangan rakyat Aceh disambung oleh GAM atau Gerakan Aceh Merdeka dengan kekerasan dan angkat senjata atau perang melawan Jakarta Pusat, hingga jutaan rakyat terkorban. 

Setelah puas berperang, masing-masing berhenti untuk mengambil nafas. Maka baru beberapa tahun kebelakangan ini selepas malapetaka tsunami, berlaku perjanjian damai antara kedua belah pihak yang ditandatangani di Helsinki, Finland pada 15 Agos 2005.

Pertarungan kini bertukar bukan lagi dengan senjata tetapi melalui peti undi, atau pilihan raya umum RI yang akan diadakan, iaitu Pemilu 2009. GAM, cuba ditukar menjadi Partai Gerakan Aceh Merdeka atau Partai Gerakan Aceh Mandiri, tetapi akhirnya diluluskan dengan nama Partai Aceh (PA). 

Perjanjian di Helsinki menggambarkan ‘papan catur’ corak permainan .’makan memakan’ dalam politik tersebut. 

“PA boleh menangkah pada Pemilu akan datang?” Saya tanya seorang pemimpin media radio dan akhbar di Aceh, se waktu berada di pejabatnya, di Banda Aceh.

“Tentu! Kalau dilihat situasinya…”

“Kalau menang, apakah Aceh akan tuntut merdeka dari RI?”

“Tentu!” Jawabnya.

“Kalau menang, apakah Indonesia akan beri kemerdekaan macam Timur Timor? Kalau tak beri apa akan jadi?”

“Kalau PA menang pun, RI tidak akan beri kemerdekaan. Lihat perjanjian di Helsinki. Kalau tuntut juga, tentu akan berlaku seperti sebelum ini.. yakni, perang terus!”

“Bagaimana kalau PA kalah?”

“Juga akan perang terus, kerana mereka sudah tidak berkuasa dalam negara mereka sendiri!!”

Ulasan Saya:
  1. Kalau perjuangannya PA sama dengan perjuangan parti-parti lain di RI, seperti yang berdasarkan Islam, demokratik atau lain-lainnya, apa perlunya tubuh parti baru? Memadai dengan membuka cawangannya di Aceh saja. Tentu ada maksud tersirat, umpamanya menuntut merdeka atau autonomi penuh. 
  2. Saya belum lagi melihat dasar penuh perlembagaan dan dasar perjuangan parti tersebut, apakah ia seperti Darul Islam sebagai lanjutan dari perjuangan ulama-ulama Aceh terdahulu, atau seperti parti-parti secular lain di Indonesia, walaupun memakai lebel Islam atau kebangsaan. Atau sudah mulai berlaku penghakisan perjuangan ke Islamannya?  
  3. Adalah lebih baik PA menselaraskan perjuangan partainya dengan kehendak Al-Quran dan As-sunnah seperti perjaungan partai-parti Islam global, contohnya HAMAS di Palestin, PAS di Malaysia atau parti-parti Islam di peringkat nasional di Indonesia. 
  4. Supaya perjuangan rakyat Aceh tidak ditipu oleh ‘seorang tua licik’ dengan raja Armenia seperti dalam kisah lucu ‘Polibiz 001 –Pembohong’ di atas, PA perlu menumpukan kegiatannya:

  • Ke arah perkaderan, kepimpinan dan tarbiah ahli-ahlinya sebagai pemimpin atau perlaksana Islam yang syumul. 
  • Mewujudkan bank zakat dan pengagihan menurut asnaf-asnafnya. 
  • Meuar-uarkan projek pembangunan untuk rakyat termiskin dengan perlaksanaan system ekonomi Islam, penghapusan kemiskinan, pengangguran dengan kadar segera, seperti perladangan, pertanian atau perkilangan sesuai dengan strategi peperangan melalui peti undi demi pengekalan kemenangan setiap kali pilihan raya.. 
  • Luaskan hubungan antarabangsa dengan negara-negara Islam, umat Islam atau negara umat Islam. 
  • Luaskan hubungan antaraabangsa dengan negara-negara bukan Islam dan korporat-korporat tidak kira agama, asalkan tidak merugikan agama Islam..
Begitulah pandangan saya kira-kira. Sekian catatan untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September14, 08. KL.

Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

3 comments:

  1. Ache tidak pernah melihat mereka sebahagian dari Indonesia Raya. Bantuan dan perkongsian untuk menghalau Belanda adalahs atu kerjasama pada tahap yang sama. Persoalan untuk duduk dalam Republik Indonesia tidak dilihat akan berjaya kerana status Acheh selama ini tidak lebih sebagai hamba kepada Jakarta.
    Acheh tidak pernah mendapat manafaat terus hasil petroleum mereka. Sebaliknya, bumi Achhe dikuasai oleh keseluruhan pimpinan tentera Jawa.
    Persoalan kesamaan tidak pernah timbul semenjak Bung Hatta menjadi Wakil Presiden dan Pak Natsir menjadi Perdana Menteri pertama. Orang bukan Jawan sentiasa dipandang sepi termasuk Adam Malik sehingga Porf Habibie.
    Masyarakat Jawa lebih rela mempunyai Presiden yang buta mata dan buta huruf dari mempunyai Profesor terbilang bukan Jawa.
    Pada satu peringkat, hatta yang kristian dan anti Islam lebih diterima ebrbanding saudara seIslam bukan Jawa.
    Fenomena inilah yang membantukan usaha kesamaan umat Indonesia Raya.
    Semenjak Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Jakarta bersama jongkah emas dengan bantuan Jepun, usaha penyatuan Melayu Raya berkecai oleh persepsi kuasa hak mutlak orang Jawa sahaja.
    Fenomena yang sama dikuatiri menular ke ke Semenanjung juga.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen anda.

    Banyak yang aku tak faham lagi. Kalau boleh luaskan komen itu.

    aKUaNAKpULAU

    ReplyDelete
  3. Sejarah Berdirinya Kota Banda Aceh

    ISLAM masuk ke Indonesia pada akhir abad pertama hijriah dipantai-pantai Tanah Aceh sepanjang Selat Malaka yang dibawa oleh para pedagang Arab dan Persia dalam perjalanan niaga menuju ke Timur Jauh dan singgah di Tanah Aceh untuk berniaga serta memperbaiki kapal mereka.

    Pada akhir abad kedua hijriah, barulah Islam secara terang-terangan di syiarkan oleh Para Pendakwah yang bertolak dari Teluk Persia menyinggahi Teluk Kambey (India sekarang) dan mendarat di Bandar Perlak dalam tahun 173 hijriah.


    Pada tahun 225 H tepatnya pada hari Selasa tanggal 1 Muharram 225 H diproklamirkan Kerajaan Islam Perlak sebagai Kerajaan Islam Pertama di Asia Tenggara dengan raja pertamanya Sultan Alaidin Saiyid Maulana Abdul Aziz Syah.

    Setelah Kerajaan Islam Peureulak, barulah berdiri Kerajaan Islam Samudera Pase, Kerajaan Aceh Darussalam dan Kerajaan-kerajaan Islam lainnya di seluruh Indonesia dan Asia Tenggara.

    Berdasarkan naskah tua dan catatan-catatan sejarah, Kerajaan Aceh Darussalam dibangun diatas puing-puing kerajaan-kerajaan Hindu dan Budha seperti Kerajaan Indra Purba, Kerajaan Indra Purwa, Kerajaan Indra Patra dan Kerajaan Indra Pura.

    Dari penemuan batu-batu nisan di Kampung Pande salah satu dari batu nisan tersebut terdapat batu nisan Sultan Firman Syah cucu dari Sultan Johan Syah, maka terungkaplah keterangan bahwa Banda Aceh adalah ibukota Kerajaan Aceh Darussalam yang dibangun pada hari Jum'at, tanggal 1 Ramadhan 601 H ( 22 April 1205 M) yang dibangun oleh Sultan Johan Syah setelah berhasil menaklukkan Kerajaan Hindu/Budha Indra Purba dengan ibukotanya Bandar Lamuri. Tentang Kota Lamuri ada yang mengatakan ia adalah "Lam Urik" sekarang terletak di Aceh Besar. Menurut Dr. N.A. Baloch dan Dr. Lance Castle yang dimaksud dengan Lamuri adalah "Lamreh" di Pelabuhan Malahayati (Krueng Raya sekarang). Sedangkan Istananya dibangun di tepi Kuala Naga (kemudian menjadi Krueng Aceh) di Kampung Pande sekarang ini dengan nama "Kandang Aceh".

    Dan pada masa pemerintahan cucunya Sultan Alaidin Mahmud Syah, dibangun istana baru di seberang Kuala Naga (Krueng Aceh) dengan nama Kuta Dalam Darud Dunia (dalam kawasan Meligoe Aceh atau Pendopo Gubernur sekarang) dan beliau juga mendirikan Mesjid Djami Baiturrahman pada tahun 691 H.

    Banda Aceh Darussalam sebagai ibukota Kerajaan Aceh Darussalam dan sekarang ini merupakan ibukota Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam telah berusia 797 tahun (tahun 2002 M) merupakan salah satu Kota Islam Tertua di Asia Tenggara.

    Seiring dengan perkembangan zaman Kerajaan Aceh Darussalam dalam perjalanan sejarahnya telah mengalami zaman gemilang dan pernah pula mengalami masa-masa suram yang menggentirkan.

    Adapun Masa gemilang Kerajaan Aceh Darussalam yaitu pada masa pemerintahan "Sultan Alaidin Ali Mughayat Syah, Sultan Alaidin Abdul Qahhar (Al Qahhar), Sultan Alaidin Iskandar Muda Meukuta Alam dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin".

    Sedangkan masa percobaan berat, pada masa Pemerintahan Ratu yaitu ketika golongan oposisi "Kaum Wujudiyah" menjadi kalap karena berusaha merebut kekuasaan menjadi gagal, maka mereka bertindak liar dengan membakar Kuta Dalam Darud Dunia, Mesjid DJami Baiturrahman dan bangunan-bangunan lainnya dalam wilayah kota.

    Kemudian Banda Aceh Darussalam menderita penghancuran pada waktu pecah "Perang Saudara" antara Sultan yang berkuasa dengan adik-adiknya, peristiwa ini dilukiskan oleh Teungku Dirukam dalam karya sastranya, Hikayat Pocut Muhammad.

    Masa yang amat getir dalam sejarah Banda Aceh Darussalam pada saat terjadi Perang Dijalan Allah selama 70 tahun yang dilakukan oleh Sultan dan Rakyat Aceh sebagai jawaban atas "ultimatum" Kerajaan Belanda yang bertanggal 26 Maret 1837. Dan yang lebih luka lagi setelah Banda Aceh Darussalam menjadi puing dan diatas puing Kota Islam yang tertua di Nusantara ini Belanda mendirikan Kutaraja sebagai langkah awal Belanda dari usaha penghapusan dan penghancuran kegemilangan Kerajaaan Aceh Darussalam dan ibukotanya Banda Aceh Darussalam.

    Dan sejak itu ibukota Banda Aceh Darussalam diganti namanya oleh Gubernur Van Swieten ketika penyerangan Agresi ke-2 Belanda pada Kerajaan Aceh Darussalam tanggal 24 Januari 1874 setelah berhasil menduduki Istana/Keraton yang telah menjadi puing-puing dengan sebuah proklamasinya yang berbunyi :

    Bahwa Kerajaan Belanda dan Banda Aceh dinamainya dengan Kutaraja, yang kemudian disahkan oleh Gubernur Jenderal di Batavia dengan beslit yang bertanggal 16 Maret 1874, semenjak saat itu resmilah Banda Aceh Darussalam dikebumikan dan diatas pusaranya ditegaskan Kutaraja sebagai lambang dari Kolonialisme.

    Pergantian nama ini banyak terjadi pertentangan di kalangan para tentara Kolonial Belanda yang pernah bertugas dan mereka beranggapan bahwa Van Swieten hanya mencari muka pada Kerajaan Belanda karena telah berhasil menaklukkan para pejuang Aceh dan mereka meragukannya.

    Setelah 89 tahun Banda Aceh Darussalam dikubur hidup-hidup dan Kutaraja dihidupkan, maka pada tahun 1963 Banda Aceh dihidupkan kembali, hal ini berdasarkan Keputusan Menteri Pemerintahan Umum dan Otonomi Daerah bertanggal 9 Mei 1963 No. Des 52/1/43-43. Dan semenjak tanggal tersebut resmilah Banda Aceh menjadi nama ibukota Propinsi Nangroe Aceh Darussalam bukan lagi Kutaraja sampai dengan sekarang ini.

    Sumber : Situs informasi pariwisata Banda Aceh


    Posted in Lihat Aceh by Baka Kelana

    ReplyDelete