Saturday, September 27, 2008

PKR Perlu Cari Jalan Atasi Masalah Ini..

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

SAYA menerima e-mail dari seseorang, Zukri Aksah, mengisahkan masalah perjuangannya dalam http://zukriaksah.com/utama/?p=150 ‘Nota Kecil Di Aidul Fitr’ September 25th, 2008. Antara sedutan tulisannya…

Perjuangan saya pula untuk apa? (sedangkan isterinya sedang berjuang bertarung untuk melahirkan anaknya). Saya masuk politik kerana mahu menyumbang dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik, lebih baik yang macam mana? Lebih Islamkah? Eh… saya masuk politik dah sembilan tahun lebih-kurang, baru-baru ini sahaja saya masuk PAS (Parti Islam SeMalaysia), saya lama dalam Parti Keadilan Rakyat, jadi Exco Angkatan Muda selama dua penggal. Parti Keadilan terkenal dengan laungan reformasinya, reformasi ke arah Malaysia yang lebih baik, soalnya Malaysia yang lebih baik itu lebih baik macam mana? Lebih banyak nilai Islamkah?

Kalau ya Alhamdulillah, ia boleh menjadi amanah Allah yang didokong oleh setiap ahli Parti Keadilan, besar pahalanya sebagaimana seorang ibu menerima anak sebagai sebuah amanah Allah. Tetapi saya tidak merasa begitu pula, bukan kerana saya masih skeptikal dengan parti lama saya ini, atau dengan generalissimonya, tetapi surat tunjuk sebab kepada Zulkifli Noordin sudah jelas membuktikannya, ditambah lagi dengan pengakuan dua orang kuat Parti Keadilan di Perak yang tidak boleh berkata “tidak” kepada ajakan berzina menyerlahkan lagi betapa tidak islamiknya rangka kepimpinan parti ini.

Habis, kalau tidak berasaskan nilai Islam, reformasi ke arah Malaysia yang lebih baik itu memakai faham “baik” yang mana? Semaklum saya, perkara berkait dengan dasar Parti Keadilan diputuskan dengan banyak dipengaruhi oleh blok-blok liberal demokrat dan sosialis, bahkan dasar parti 17 perkara itu adalah ajaran sosialis yang dilembutkan, itu memang saya yakin benar. Apakah Malaysia yang lebih baik itu digagaskan dalam agenda reformasi menggunapakai asas sosialis?

Masalahnya si penganut sosialis Melayu di Malaysia akan berhujah bahawa ajaran-ajaran sosialis itu dekat dengan Islam, ajaran-ajaran sosialis itu Islamik, maka dibukalah kitab Mukaddimah karangan Ibnu Khaldun untuk membuktikannya. Jika benar begitu maka ia menjadi tidak selari semula dengan tindakan Parti Keadilan terhadap Zulkifli Noordin dan perangai penzina dua orang pimpinan Parti Keadilan di Negeri Perak tadi. Lalu soalan akan berpusing kembali, reformasi ke arah Malaysia yang lebih baik? Lebih baik macam mana? Menggunapakai asas apa, Islamkah, sosialiskah, atau apa?

…Bagi setiap dari kita, moga ia menjadi hari kejayaan kepada perjuangan yang kita dokong, tidak kiralah sama ada Saudara Anwar berjaya atau tidak menakluk Putrajaya pada hari tersebut. Yang penting semua dari kita yang berjuang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik; ‘lebih baik’ yang takrifnya bukan hanya dipersetujui secara bersama oleh kita, lebih penting ia diperkenan oleh Yang Bersemayam di Singgahsana Arasy.”

Pada saya, PKR adalah rakan se Pakatan Rakyat. Saudara Zukri Aksah yang baru saya kenal melalui tulisannya itu, perlu berhati-hati dengan hak kebebasan berparti saudara. PKR pula perlu cari formula selesai, supaya ianya tidak menjadi penyakit yang boleh merebak menjadi lebih besar lagi.

Begitulah kira-kira catatan santai untuk kali ini, sekadar menyampaikan kebenaran kepada sahabat-sahabat. Selamat terus berpuasa, bertarawih dan menyongsong bukan menyongsang kedatangan Hari Raya! Taqabbalahhu minna wa minkum..

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September27, 08. KL.

2 comments:

abdrahim kassim said...

Ibnu Hasyim,

Tidak bolehlah nak disamakan antara PAS daan PKR. Kedua-dua wujud dalam zaman yang berbeda dan tuntutan yang berbeda.

Lahirnya Pakatan Rakyat kerana terdapatnya tuntutan yang senada dan pertemuan di satu garisan yang tidak dirancang.

Begitu juga dengan DAP dan PAS. Sepanjang masa kedua-duanya bertentangan tetapi disatu ketika bertemu disatu garisan dengan dukungan tuntutan yang sama.

Ini tidak pula bererti PAS telah boleh menerima DAP dan begitu juga sebaliknya.Yang jelas untuk dukungan tuntutan yang sama mereka boleh berkerjasama.

Kalau kita meyakinan PAS itu lebih baik dari PKR, kita ikutlah PAS dan begitu juga sebalinya.

Tidak ada untungnya mencari perbedaan yang kecil tetapi "membunuh" tujuan asal yang lebih besar.

Hala tuju harus jelas.....

Ibnu Hasyim said...

Betul komen anda. T.kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails