Thursday, September 18, 2008
Tambah 3 Lagi Di Tahan? Blogger Kickdefefella & …
Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
KELUAR berita, Malaysia Kini, seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang semalam 17 September.. Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (Kickdefella.Wordpress.com) itu ditahan di rumahnya. Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang. Laptopnya dirampas.
Menurut isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan. Blogger tersebut, dituduh mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik. Sebelum ini seorang blogger (Penarik Beca) juga ditahan kira-kira sebulan dua lalu, kononnya dituduh menghina logo polis dan dibebaskan kemudiannya.
Kempen ‘bendera terbalik’ telah menarik perhatian PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia?" Begitu PM dilaporkan berkata.
Mungkinkah hal ini sebagai langkah awal untuk mengheret atasannya, Dato’ Husam Musa? Mungkin kerana Husan Musa adalah antara pemimpin PAS rapat dengan Datuk Seri Anwar yang ditakuti akan merampas jawatan PM? Dan Anwar pula diramalkan sekali lagi akan berdepan dengan ISA. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya semalam semasa PM mengumumkan rombakan kecil kabinet, antara lain, PM menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".
Sementara itu, Bernama memetik PM berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, kerajaan akan melakukan apa yang perlu. Juga kata PM, "Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri,"
Datuk Seri Najib Tun RAzak, Timbalan PM yang juga hadir di situ berkata, ‘permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara’. WAlaupun Anwar dituduh gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa 16 September, tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan. Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa PM tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu. Inikah sebenarnya yang mencabar PM?
Kalau spekulasi ini berlaku, maka setelah Syed Azidi, akan tambah 2 lagi, jadi 3 tambahan.. dan mungkin 'tangkap borong' seterusnya.
Hanya, sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September18, 08. KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Polis bebaskan blogger Kickdefella
Andrew Ong | Sep 20, 08 4:44pm
Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 1 tengahari ini selepas ditahan selama tiga malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID).
Sebaik sahaja dibebaskan, beliau ditemui pula pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Beliau keluar dari ibupejabat CCID pada kira-kira jam 4 petang dan disambut oleh anggota keluarganya serta rakan-rakan nya.
Syed Azidi, 38, pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu mengikut Akta Hasutan pada 17 September.
Beliau disiasat kerana didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.
Beliau akan dipanggil semula oleh polis pada 17 Oktober depan.
Tidak beri kenyataan
Bercakap kepada pemberita di rumah saudaranya di Kuala Lumpur kemudiannya, Syed Azidi berkata beliau tidak memberi sebarang kenyataan kepada polis sepanjang dia ditahan.
kickdefella released syed azidi 200908 lawyer amrit pal singh (left) salahuddin ayub (right)"Saya beritahu mereka jika mereka mahu kenyataan, mereka hendaklah mendakwa saya dan saya akan beri kenyataan saya di mahkamah di depan hakim," katanya.
Syed Azizi berkata, beliau sedar bahawa polis sedang mencarinya sejak hari Selasa di tempat kerjanya di Kelantan.
"Saya cuba menyerah diri kepada polis Kelantan sebaik saya tahu mengenainya, tetapi mereka kata, mereka tidak mencari saya," katanya.
Pada hari Rabu, sebuah Pajero lalu di rumahnya sebanyak empat kali sebelum pegawai polis turun dan meminta Syed Azizi mengikut mereka ke Kuala Lumpur.
Syed Azidi mendakwa, pada ketika itu dia tidak sedar yang dia ditahan dan hanya menyedarinya pada hari berikutnya di Mahkamah Majistret Kota Bharu di mana perintah reman dikeluarkan terhadapnya.
'Polis layan saya dengan baik'
Beliau berkata, sebaik sahaja polis mendapat perintah reman, dia dibawa ke Kuala Lumpur dan ditahan selama dua malam di ibupejabat polis daerah Dang Wangi.
Syed Azidi berulangkali memuji polis kerana melayannya dengan baik, sambil menambah, mereka memenuhi permintaannya untuk mendapatkan ubat, sejadah dan juga minuman ringan kerana tahap gulanya rendah.
"Mereka tidak mengurung saya bersama suspek yang lain. Saya ditempatkan di dalam bilik tahanan seorang diri," katanya.
Syed Azidi percaya penahannya bermotifkan politik.
"Mereka cuba menakut-nakutkan penulis blog lain dan memudarkan semangat saya. Ia tidak berjaya," katanya.
Mengenai siasatan SKMM, Syed Azidi berkata, ia tdak ada kaitan dengan siasatan polis terhadapnya. Berita asal
TERKINI - Raja Petra ditahan dua tahun bawah ISA
Berita
UtusanOnline 23/09/2008 11:55am
KUALA LUMPUR 23 Sept. – Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dikenakan hukuman penjara dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah dituduh menghina Islam.
Isterinya, Marina Lee Abdullah hari ini berkata, Raja Petra yang merupakan pengasas laman web Malaysia Today telah dihantar ke pusat tahanan di Kamunting selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani arahan penahanan malam tadi.
“Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan dia akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa perbicaraan,” kata Marina. – AFP
Post a Comment