Hukum sebat di Aceh.
Ibnu Hasyim CATATAN PERJALANAN
MALAM itu saya sempat melawat ke suatu kawasan rumah-rumah kediaman mangsa-mangsa tsunami. Kampung itu menjadi contoh terbaik di kalangan banyak kawasan mangsa tsunami. Sempat saya bertemu seorang lelaki perpengaruh dan banyak pengalaman, yang mengetuai di kalangan mereka..
“Hanya tinggal saya dan isteri saya. Anak-anak saya semua telah meninggal dunia diragut tsunami. Selepas tsumani saya jual banyak tanah-tanah saya, saya wakafkan masjid di sini dan akan wakafkan sebuah lagi..” Kata beliau yang sudah berusia 62 tahun. “Cuma saya risaukan masa depan Aceh.. Pemimpin-pemimpin dan generasi mudanya…”
“Kenapa?” Saya tanya.
“Masalah pemimpin-pemimpin… contohnya kurang yang berpendidikan agama, akibatnya tidak telus wang pembahagian tsunami. Remajanya, dulu lepas tsunami semuanya hampir berpakaian menutup aurat dan baik pergaulan. Kini sudah mulai berkurangan.. Bahkan di Banda Aceh inipun sudah ada tempat-tempat muda-mudi dibenarkan berpacaran. Berpasang-pasangan bukan muhrim di remang-remang kota, atau di atas kereta (Atas motosikal.. Motosikal disebut 'kereta' di Aceh).”
“Benarkah?” Saya tanya bagaikan terkejut…
Memang dikatakan sejak Mac 2001, telah dilaksanakan ‘hukum syariat Islam’ di Tanah Rencong ini. Sudah ada contoh kes yang berakhir dengan hukum ‘cambuk’ atau sebat kepada penjudi. Bahkan pernah suatu waktu diadakan konset hiburan di stadium, penonton dipisahkan antara lelaki dan perempuan.
Bahkan seorang penulis bernama Dudi Gurnadi menggambarkan kesan syariat tersebut ke atas sosio budaya hingga selepas tsunami, dalam tulisannya pada Mac11, 2006, setelah sebulan penulisnya berada di Banda Aceh. Antaranya berbunyi…
“ 1…Hampir sebagian besar wanita Aceh ketika di tempat umum ataupun berkendaraan selalu menggunakan jilbab atau minimal kerudung dan biasanya menggunakan baju lengan panjang. Hal ini berbeda dengan sebagian besar bule-bule (orang-orang barat) wanita NGO yang tidak berkerudung ataupun berjilbab walaupun berada di tempat umum. Biasanya, ketika sudah sampai tempat tujuan kerudung atau jilbab tersebut akan dilepas walaupun disitu ada pria yang bukan muhrimnya.
2…Jarang sekali saya melihat pria menggunakan celana pendek (celana hawaii) di tempat umum, mungkin di Jakarta jamak yah liat (lihat) pemandangan seperti ini. Bahkan saya tidak pernah liat yang bertelanjang dada. Ah ini sih kebangetan telanjang dada di tempat umum, cuma saya juga belum pernah liat ada petani yang bertelanjang dada lagi mencangkul, abis belum sempet jalan-jalan ke sawah sih.
3…Ketika berada di pantai Lhokga tidak ada satu pun bule wanita yang berani menggunakan bikini atau pakaian terbuka, namun beberapa pria entah lokal atau bule berani bertelanjang dada untuk menikmati berenang di pantai. Kekekeke, gak tau kalo ada Polisi Wilayatul Hisbah (kalau di Malaysia disebut pegawai pencegah maksiat) ditangkep gak tuh.
4…Sangat sulit untuk menemukan minuman beralkohol di Aceh walaupun kadar alkoholnya kecil. Jangan pernah berharap anda bisa mendapatkan Anker Bir atau Bir Bintang dengan mudah di Aceh. Ditempat-tempat tertentu anda bisa mendapatkannya seperti misalnya di Cafe Country Steak yang sebagian besar pengunjungnya adalah bule. Sayangnya yang boleh memesan bir hanya orang bule, orang lokal ataupun orang Indonesia jangan berharap bisa pesan bir tersebut.
5…Beberapa tempat rekreasi untuk umum seperti pantai Ujong Bate ditutup pintu masuknya (entah oleh siapa ditutupnya) bahkan dipalang dengan sebuah pagar kawat sehingga tidak ada orang yang dapat menikmati keindahan pantai tersebut. Mungkin pantai Ujong Bate ditutup karena sering dijadikan ajang berbuat mesum. Ini masih tebakan saya loh, sebab ada peringatan sejenis (papan tanda) di Pantai Lhoknga yang bunyinya kurang lebih adalah ‘Dilarang berbuat mesum di pantai ini’.
Ketika saya mengunjungi Pantai Ujong Bate, ternyata tetap saja ada beberapa orang yang nekat menerobos pagar tersebut untuk menikmati keindahan sunset, termasuk saya dengan beberapa rekan, namun tidak untuk tujuan mesum dong ah, plis deh.”
Begitu, lebih kurang gambarannya…
Lelaki berpengalaman itu tadi terus bersuara seolah-olah mencabar saya, “Kalau encik tak percaya, malam ini juga encik boleh pergi lihat di Blang Padang, kawasan rumah kediaman pemimpin-pemimpin di Banda Aceh, tiada Polisi Wilayatul Hisbah (Pegawai Pencegah Maksiat) yang mengawalnya! Anak-anak muda bebas berpacaran di remang-remang celahan kelompok cahaya lampu jalanan, hatta hingga lewat jam 12 pun…”
Hal ini membuat saya berminat dan mengajak teman saya pergi meninjaunya dengan naik motosikal. Sesampai di sana, memang betul seperti dikatakan lelaki itu. Berpasang-pasang berdudukan di bangku-bangku yang disediakan oleh peniaga-peniaga kedai makan. Bersenda-gurau kecil. Tetapi tidaklah seteruk macam pasangan-pasangan di Malaysia. Kerana mereka masih memakai tudung, pakaian agak tidak menjolok, dan berkelakuan agak selaras dengan pemakaiannya.
Walaupun begitu, menurut lelaki berpengalaman itu tadi, padanya itulah muqaddimah kepada proses ke arah keruntuhan moral dan akhlak generasi Aceh selanjutnya. Ke arah men’Jakarta’kan dan menjajah budaya Aceh yang Islamik. Saya fikir-fikir betul juga pandangan beliau. Kerana kira-kira tahun 70an lalu semasa saya di Pulau Pinang, ramai anak-anak muda jadi rusak akhlaknya kerana gara-gara wujudnya pusat-pusat rekreasi seperti di Kebun Bunga, Tanjung Bunga, Padang Kota, Padang Broom (bercumbuan dalam kereta) dan banyak lagi.
Di KL pun begitu masa itu, contohnya di Lake Gerden, Jalan Duta (maksiat dalam kereta), dan Beer Garden Ampang Park. Memang awalnya tidak ketara sangat, kerana ianya langkah membiasakan.. iaitu muqaddimah. Hingga kini tiada orang pedulikan tempat-tempat begitu lagi, kerana lebih banyak tempat-tempat lain yang lebih hebat sarang maksiatnya. Itulah dikatakan ‘muqaddimah’ atau pendahuluan tadi!
“Akhirnya saya mahu tanya, apa pandangan encik mengenai cara selesaikan masalah ini?” Beliau minta pandangan saya pula.
“Pada saya kita kena kembali kepada perkara pokok. Iaitu kalimat agung manusia yang bernama Islam. Kalimat yang perlu dibeberkan tiap hari ‘La ilaha illAllah’, tiada tuhan lain melainkan Allah. Kalimat yang perlukan tuntutan pengorbanan. Perlu terpahat di dada perjuangan, 5 prinsipnya. Allah sebagai matlamat perjuangan. Rasul sebagai idola kepemimpinan. Al-Quran sebagai perlembagaan dan perundangan. Jihad sebagai jalannya… dan syahid menjadi idaman dan cita-cita.
Apabila diletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan dalam hidup, dalam bernegara atau berpolitik, termasuk dalam parti, dalam masyarakat, keluarga juga individu, maka selamatlah kita di dunia dan di akhirat. Samada menang bertarung atau mati syahid, dua-duanya adalah kemenangan. Segala tindakan politik, ekonomi dan social, semuanya mesti dalam lingkungan konsep ‘La ialha illAllah’ tadi.
Apabila kita meletakkan ‘La ilaha illAllah’, atau Al-Qur’an, Al-Hadis, Ijmak Ulama dan Qias dalam perundangan dan perlembagaan negara, maka parti lokal Aceh kita, bukan lagi di berada di bawah tempurung lokal kedaerahan, bahkan melebar meluas ke peringkat nasional dan global..” Itu jawapan saya.
Beliau boleh mengangguk dan bersetuju nampaknya. Mukanya pun nampak berseri-seri. Demikian catatan perjalanan di Aceh untuk kali ini. Allahu akbar. La ilaha illAllah! Wallahu aklam.
Catatan Perjalanan ke Indonesia:
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober18, 08
Banda Aceh.
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober18, 08
Banda Aceh.
Maaf Saudaraku Tgk Ibnu Hasyim. Aku kenal Tgk semasa di Dewan Hotel perjumpaan Guru-guru Besar sekolah-sekolah seluruh Aceh tempoh hari. Tgk ada memuji Undang-undang Syariat di sini.
ReplyDeleteTetapi bila aku liat web ini, Tgk seolah-oleh mengorek kelemahan perlaksanaan Undang-undang Syariat ini. Aku juga pernah tinggal lama di Malaysia, nampaknya Tgk lebih nampak kuman diseberang lautan dari bangkai gajah di depan mata..
Banda Aceh 8 Nov 2008
T.kasih atas komen anda!
ReplyDeleteSaya akan jawab dalam catatan santai saya sebentar lagi, kalau ada kesempatan..
As-salamu 'alaikum..
Sepatutnya di taman2 bunga dan Pusat rekreasi, diletakkan papantanda islamik yg menyedarkan umat islam khususnya. Niat asal yg baik untuk keluarga beriadah, biasanya disalahguna. Dimana2 pun sama je. Kita akan nmpak pasangan2 melakukan maksiat dtempat2 tersebut.
ReplyDeleteMukaddimah atau 'bunga' maksiat walaupun nampak kecil tapi kesannya untuk generasi seterusnya amat besar. Selain papantanda islamik dipasang, penuhkan la dengan usaha2 dakwah oleh umat islam yang masih prihatin dgn cara hidup islam.