Saturday, October 04, 2008

Kisah YB Balik Pulau…


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

KALI ini saya sembahyang raya di Masjid Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang. Kampung kelahiran saya., Ramai kawan-kawan lama yang saya temui. Maklumlah kami sama-sama pernah menggerakkan PAS di kawasan itu, dan saya bertanding dalam PRU DUN Teluk Bahang 1986 dan DUN Bayan Lepas 1990, tapi tak lekat jadi wakil rakyat. Lepas sembahyang, saya berhari raya di rumah salah seorang antara mereka.

“Ni! Rumah aku ni jadi bukti, dulu pernah adakan ceramah PAS, hingga ada sekumpulan anak-anak muda disuruh bunyikan enjin motosikal kuat-kuat ganggu majlis ceramah kita. Hang ingat dak?” Kata seorang yang kami berziarah di rumahnya pagi itu. “Lepas majlis ceramah diadakan, zink rumah aku yang dapat bantuan melalui JKK Kampung tersangkut dibumbung itu, pun ditarik balik kerana kami sanggup membenarkan ceramah PAS diadakan di rumah yang dapat bantuan kerajaan.” Katanya lagi.

“Bukan itu saja, tuan-tuan rumah yang membenarkan ceramah PAS itu sentiasa diugut dan terpaksa berulang-alik ke balai polis. Ni, perangai buruk puak-puak UMNO dan BN yang mengaku nak tolong orang Melayu tu. Porrah! Patut la depa kalah dalam PRU lepas.” Tambah seorang yang lain.

“Ni.. satu lagi masalah. Wakil parlimen kita la ni tak pernah nampak muka pun, bersama-sama dalam majlis rakyat. Dah 7 bulan lebih jadi wakil rakyat, Masjid Kampung Perlis pun tak pernah pijak lagi.. Dia nampaknya, tak minat nak berkawan dengan orang-orang masjid.. seronok berkawan dengan mat-mat rempit.. keanak-anakan sikit..” Seorang lagi menambah,sambil tuding jari pada saya, katanya, “Aku minta hang tulis benda ni, masuk weblog hang!”

(Cik Gu Mat Isa (kiri) bersama penulis)

Malamnya, saya bersama seorang kawan lama Cik Gu Mat Isa, kami sampai di sebuah kedai minum tepi jalan di Kampung Sungai Rusa selang beberapa kampung dari Kampung Perlis… Juga kami dengar perbincangan mengenai topik yang sama. “Hari ini berlaku banjir di sini, melibatkan puluhan buah rumah. Wakil parlimen kita pun tak nampak muka. Kita bukan nak duit dia, kita nak dia jenguk rakyat miskin saja!” Kata seseorang yang baru sampai kerana pergi menyelesaikan masaalah banjir di sini hingga larut malam.

Tiba-tiba seseorang datang…

“As-salamu ‘alaikum?. Saya datang dari Kampung Perlis nak bagi tau pasai ada mayat!...” dan seterusnya pemberitahuan dan jemputan ziarah atau sembahyang jenazah pada pagi besok di kampung itu.…

“Ha!” Kata Cik Gu Mat Isa macam terperanjat. “Mai kita uji wakil rakyat parlimen kita! Kita telepon dia la jugak. Beritahu berita ini dan jemput dia. Tengok apa rekasi ...”

Seseorang pun menelefon. Telefon berjawab. Pemberitahuan dibuat, dan dia YB itu bersetuju untuk hadir besok hari. Cik Gu Mat Isa membuat rumusan… “Hampa (kamu) tengok la ni jam pukui berapa? Hampir pukui 1-30 pagi. Ini menunjukkan dia memang wakil rakyat yang prihatin, kerana dalam waktu begini pun dia boleh jawab telepon. Dan.. besok kita tengok dia hadir ke dak? Kalau tak hadir, memang betul apa yang hampa kata..”

Saya dan Cik Gu Mat Isa pun pulang, dan singgah di tempat mayat seperti yang disebutkan. Setengah jam kemudian, kelihatan sekumpulan anak-anak muda datang. Rupanya, mereka diketuai oleh YB Parlimen Balik Pulau, yang umurnya pun saya agak kira-kira 30an. Tak tunggu besok pagi atau tengahari lagi, sekarang sudah sampai. Bagus le tu, cuma setelah besoknya semasa sembahyang jenazah seorangpun dari mereka atau wakilnya tidak nampak muka.

Sebelah malamnya pula, seperti biasa saya dan Cik Gu Mat Isa round lagi melihat permasalahan rakyat. Kali ini kami makan nasi kandar disebuah restoran mamak di penerunan jalan baru ke Tanjung, di pekan Kongsi. Tiba-tiba dua anak muda datang bersalaman..

“Saya kenal Encik dengan nama Ibnu Hasyim, tapi saya tak tahu nama sebenar. Saya anak asal Balik Pulau, tetapi tinggal di Terengganu. Saya sering melayari blog anda.” Kata seorang dari mereka.

“Ini cik gu saya dulu.” Kata yang seorang lagi kepada saya sambil bersalaman dengan Cik Gu Mat Isa dan perkenalkan pada saya.

“Ini anak Man Dagu. Maaf, terpaksa sebut gelaran supaya hang kenai!” Cik Gu Mat Isa perkenal balas pada saya pula.

“Ya. Bukan saja saya kenal, bahkan beliau ayah hang amat berjasa kepada kebangkitan pembangkang di Balik Pulau. Bahkan kepada PAS sendiri pun! Saya masih ingat, beliaulah satu-satunya orang berpengalaman mengenai pilihanraya yang membantu kami.. sewaktu kami terdiri dari puluhan anak-anak muda yang menggerak dan menubuhkan PAS di kawasan ini, terpaksa berdepan dengan PRU 1986. Kami sangat terhutang budi, walaupun beliau bukan dari parti PAS.” Jelas saya.

“Nanti!” Kata Cik Gu Mat Isa sambil mengarah kepada saya. “Aku nak pekenai kawan aku ni kat hampa. Dia Haji Muhammad Hasyim. Anak Allahyarham Lebai Hasyim Kampung Perlis. Dia bukan saja penulis blog, tetapi juga orang yang mula-mula bawa masuk PAS di kawasan kita ni, walaupun dulu dah ada.. Aku teringat waktu kami sama-sama berada di rumah Allahyarham Tuan Haji Yusuf Rawa, Presiden PAS waktu itu, Allahyarham menepuk bahu Haji Muhammad sambil berkata, ‘Dah puluhan tahun dulu aku pimpin PAS Pulau Pinang, tapi baru sekarang ini hang mampu tubuh cawangan PAS seperti di Kampung Perlis, Pulau Betong, Permatang Pasir dan lain-lain. Aku hormat kat hang.’ Ertinya Presiden PAS waktu itu mengiktirafnya.”

“Beginilah..” Kata anak Man Dagu pula. “Maaf, aku alih cerita sikit, baru-baru ini aku jumpa ramai orang-orang Cina di pekan Kongsi ini yang pernah aku rayu undi supaya pangkah pembangkang pada pilihan raya hari tu... Depa kata mana wakil rakyat hang yang menang tu, muka pun tak nampak? Lain kali kami tak boleh ikut cakap hang lagi. Aku jadi malu..”

“Baiklah, ringkaskan.. apa masalahnya sekarang?” Potong Cik Gu Mat Isa.

Masalahnya…

1..Wakil Rakyat parlimen Balik Pulau dari Pakatan di katakan tidak melawat kawasan, berbanding wakil DUN dari BN.

2..Tidak sensitive dengan kesusahan rakyat. Contohnya di kampung dia sendiri.. ada seseorang yang sakit berpanjangan dan perlukan bantuan tidak pernah diziarahinya. Apa lagi nak bantu? Nama dan alamatnya ada pada saya. Dan saya sanggup bertanggung jawab atas kenyataaan saya ini.

3..Mana front pembantu rakyat dari PKR dalam kes banjir di Sungai Rusa sekarang ini? Yang ada cuma Yunit Amal dari PAS.

4..Masih belum nampak aktiviti-aktiviti membantu rakyat. Yang dikatakan ada kononnya kelas guaman, yang tidak dapat sambutan. Acara-acara dia dalam tv, kononnya dia mengkaji pertarungan politik di Amerika seperti Obama, tidak nampak menguntungkan apa-apa kepada rakyat Balik Pulau.

5...Hal-hal seperti ini perlu ada dan dipanjangkan kepada Pengerusi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikianlah, lebih kurang yang saya ingat, kata-kata anak Man Dagu itu… antara isu-isu yang bertiup kencang di Balik Pulau pada masa ini. Saya kurang pasti samada yang dikatakan masalah itu benar-benar berlaku, atau hanya mainan musuh-musuh politik Pakatan Rakyat. Wallahu ‘aklam.

Demikianlah catatan santai di aidufitri kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang…

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober02, 08
Balik Pulau, PP.

9 comments:

abdrahim kassim said...

itulah mat, hang bagi kat PKR buat apa. Patutnya hang yang bertanding dulu.

PAS ni baik sangat. Bagi kat PKR banyak-banyak kerusi.

Sekarang dah jadi lain. Dah hebuh tak nak sokong PR kerana kerusi melayu kurang.

Anonymous said...

hohoho...

barack obama malaysia tak lawat kawasan?

insyaAllah, ada masa sesuai nanti saya tegur dia.

al maklumlah, ahli parlimen instant. macam kopi segera. kah kah kah

Anonymous said...

Bang Mat balik kali ni tak singgah ke setesyen kami kedai Suri pekan Pulau Betong? Selalunya singgah, tapi kali ni tak nampakpun??

Kami nak dengar cerita baru?

anak Bakaq Kapoq
Pulau Betong.

Anonymous said...

Saya anak Balik Pulau di US. Pak Ibnu Hasyim, tolong cerita sikit, macam mana PAS masuk Balik Pulau...

Kami generasi baru nak tahu.. kalau dapat..

Anonymous said...

Suatu kritik islah yang baik. Sabar dan ambil perhatian YB Balik Pulau..

Anonymous said...

Masa dia umum bertanding dulu pun kami dah angkat2 kening.

Dia ada sejarah hitam dengan kami. Rezeki dia pula menang kali ni.

Budak muda, kejar publisiti dan media, pakar pulak bukan dalam bidang sosial & kemasyarakatan, jadi begitulah.

Silap2 haribulan, bungkus juga. Tak pun masuk UMNO.

The Trader said...

Sebelum AKU ulas sikit..biaq kita renung sat tujuan manusia menjadi khalifah muka bumi ni..

Ulasan AKU:

1) Bab YB yg popular dgn rungutan ni bagi aku kes di mana DIA disayangi dan digalangi sejuta harapan rakyat Balik Pulau untuk tiup arus pembangunan dan modified sistem pemikiran sedia ada ni.. YANG NI alhamdulillah dia ada visi dia yang sebelum ni nama dia MAKMUR dan kemedian tukaq jadi MUAFAKAT..harap-2 lepaih ni jangan jadi nama lain pulakk..kerap tukaq nama pun masalah juga.. RAKYAT FENINGGG !!!

2) VISI yg dalam MUAFAKAT ni nampak cantik la pasai YB ni ada bawa dua tiga visi yg dok kuat hendak AKU sendiri nak majukan..contoh PENDIDIKAN, TARAF SOSIO-EKONOMI dan PEMAHAMAN UNDANG-2.. bab yg baik AKU kena akui dan yg kurang lagi sama-2 kita tambah asam garam bagi dia sedapp..

3) Tapi YB.. please look forward a a mile not a step ahead..
RAKYAT ni dah mempunyai pendidikan yg terbaik takat yg depa mampu dan taraf sosioekonomi depa pun alhamdulillah baik la dari tahun awal 90-an dan sebelumnya..AKU ingat lagi kalau awai 90-an dulu belia Jalan Baru contohnya cukup sennag hang nak pi jumpa kalau singgah sat kat kilang PLAAT, WOODARD, EMICO dan BAXTER... tapi la ni alhamdulillah ramai dah dari kelompok ni yg berjaya dalam bidang niaga sbg kontraktor kecil dan lain-2..DEPA ni bukan paksa YB pi mengadap muka di kedai kopi atau paksa diri makan kenduri masa hari cuti..tapi depa nak satu ACTION that firmly changes even a 1% of current Local Authorities Dissabilities.contoh paling senang la sepanjang Jalan Baru dari rumah AKU (rumah agam putih tinggalan arwah Tok Wan AKU) sampai ke Sg.Burung pantang hujan 30minit ayaq bertakung ataih jalan.... yg dok meniaga tepi-2 tu oghang seagama dgn AKU sebangsa dengan AKU...tiap-2 kali lepas hujan jenuh depa dok kena parking kerusi tak bagi oghang langgaq ayq takut merecik masuk dalam makanan...ni kira kalau YB berjaya selesaikan...paling tidak bonuslah bagi sapa-2 yg alami kesusahan punca daripada ni..budak-2 sekolah pun takdalah kena langgaq dengan LORI TANAH yang HARAM JADAH dok bawa laju-2 pasai budak kayuh basikal sampai ke tengah jalan nak elak kena percik air bertakung... CUKUP MUDAH kalau boleh selesai benda sekecil ni Insya Allah hat yang lain pun mampu YB buat

4) Lagi satu bab lori-2 HARAM JADAH..(yang haram jadah ni drebar lori) samapi ke hari ni bawak laju tak pernah kata nak respek undang-2 jalan raya maksimum 60km/j saja BEB..tapi haram jadah ni balaih ikut dan..AKU ni pasai MALAYSIA ada undang-2..kalau tadak aku dah pinjam senapang bapak AKU haria kepala drebar lori ni sorang-2

5) Nasikat AKU kat YB paling kurang masa balik hujung minggu ni at least spend 45minit setiap hari dengan wakil-2 JKKK/ Qaryah Masjid untuk dapat apa-2 feedback/input untuk YB rancang kerja YB masa depan.. paling BUSUK la 45 minit satu sessi campuq sabtu dan ahad YB dah dapat cover at least 6 kampung satu minggu... takyah dok usung laptop dgn projector tu pasai nak set up saja makan masa 30 minit..orang kampung la ni pun masing-2 tak berapa nak tengok sangat projektor tu pasai masa dulu-2 dah puas dok tengok gambaq Mr. OS dan BADUL kat padang sekolah sungai korok depan projektor van penerangan..
Yang penting YB (sahabat bagi AKU walaupun profession kita tak sama) a face to face discussion and intention worths thousands rather than a book of paper. cuba lah plan masa bukan banyak sikit saja untuk bertemu PELANGGAN anda yg dah keluaq modai masa PILIHANRAYA..bukan duit yang depa mintak tapi ITULAH kehadiran ANDA beserta dengan kata-2 yg bermanfaat Insya Allah takkan dengaq dah rungutan macam ni..

Oghang sayang itu pasai oghang komplen..kalau oghan dah meluat apa hang buat pun oghan tak ambik PORT.. berubahlah selagi diri masih disayangi..

Oghang Pulau Betong YB takyah layan pun takpa pasai sampai ke haghi ni dok jaja nama UMNO walaupun baju singlet yg dia dok pakai tu beli masa ghega RM2.00 dan lani dah ghega RM9.0..betapa lamanya UMNO dihati oghan Pulau Betong... TAPI kalau di PORT kedai Uncle Suri Insya Allah perjuangan sebenar masih segar dalam hati kami...paling kurang tak gheti nak berplotik dan berpropaganda tapi bab nak kecoh dgn pemimpin yg seleweng NO WAY BUDDY!!

Oghang kg perlis YB patut kena singgah pasai daghi zaman PRM sampai ke calon PAS hingga balik calon PKR depa ni solid tak berbelah bagi. Wadah perjuangan ni contoh terbaik tgk kat cikgu AKU (Cikgu Mad Isa)...depan pejabat bahagian UMNO dia boleh haria kempen soghang-2 dia dok ghamai-2 org UMNO keliling dia..ni barulah SOLIDARITY...cakap dia banyak tapi gheja dia buat pun dah banyak tak terkira (semoga Allah sahaja yang mampu balas budi cikgu AKU ni)... remembered well when he interviewing me for PMR English ORAL lesson test... daghi haghi tu AKU mola hilang malu cakap inggeris walaupun pelat tapi kalau nak OPEN DEBATE in English Insya Allah I'm here to participate... cuma jgn bagi tajuk AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR pasai ni kena belajaq banyak lagi... Lim Guan Eng pun kigha boleh sikit-2 cuma tang pangkai dia...

:: @ m e r a l i t y :: said...

dasyat cikgu mat isa noo...saya org kampung perlis generasi muda..x tau sangat pasai politik kampung dulu2..cerita lama2 syok baca :)

nana tanjung said...

salam........

Cik gu Mat Isa aka Bang Cha..dia ni ada gelaran dia sendiri....orang balik pulau tau semua.........
hang nampak ceria laa nie ngan anak pak hashim tu.....janggut koi panjang.......kah kah kah

Cikgu nie geng aku jugak....masa tu aku mengajaq sek sri balik pulau.....cikgu mat Isa mangajaq di SM st goerge, pekan kongsi....balik pulau laa tu.......

dulu kat kg perlis......ramai sokong ameno......aku ngan cik gu mat Isa saja dok ikut rata ceramah.......
baguih laa nie dah jadi pakatan.......

YB Farid ni budak baik...student aku dulu 1978-80.....anak cikgu saad.....bapa dia memang ikon yg dihormati...cuma nak cari makan.....masuk jugak grombolan....

cikgu mat isa nie ada istemewa dia.....tengok tang lain...nampak tang lain.......kah kah kah.....

jngn marah aaa cikgu mat Isa.....lama tak gurau.........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails